Tuesday, November 22, 2011

Ke mana perginya semangat kesukanan?

Temasya sukan sekarang bukan seperti beberapa dekad lalu. Dulu semangat kesukanan begitu tinggi dan dihargai. Temasya sukan, sama ada peringkat serantau, benua atau dunia, dijadikan pelantar untuk menjalin hubungan bukan sahaja antara negara tetapi antara para peserta. Begitulah tingginya semangat kesukanan.

Sekarang, temasya sukan dijadikan sandaran untuk meraih nama dan imej. Lebih banyak pingat emas yang diperolehi, lebih megah dan sombongnya sedangkan semangat kesukanan tidak menjadi ukuran.

Negara yang begitu ghairah untuk menang sesuatu acara sukan akan melakukan apa saja yang dibolehkan, dan ada kalanya membabitkan penipuan dan muslihat tertentu, untuk mencapainya. Sukan tidak lagi dijadikan pelantar atau wadah untuk menjalin silatur-rahim dan setiakawan tetapi sebagai medan perang untuk menang.

Beberapa dekad lalu, dua buah negara di Amerika Selatan hampir berperang ekoran perbalahan membabitkan perlawanan bolasepak. Begitulah hebatnya sukan sehingga dua buah negara sanggup berperang. Walau bagaimanapun, kehebatan itu memperlihatkan kejanggalan dalam memahami apa itu semangat kesukanan dan kemenangan bukanlah segala-galanya.

Di kalangan negara Asia Tenggara,  Sukan SEA menjadi kayu pengukur sejauh mana sesebuah negara itu jaguh dalam arena sukan. Setiap negara yang dipilih bergilir-gilir menjadi tuan rumah, akan mengadakan acara sukan yang mampu membawa kemenangan walaupun ianya tidak popular di negara lain. Yang penting ialah untuk mengumpul sebanyak yang boleh pingat emas.

Pada temasya Sukan SEA semasa di Palembang dan Jakarta, kita dapat lihat ketandusan semangat kesukanan di kalangan penyokong malah pegawai tuan rumah. Bagi mereka, Malaysia adalah 'musuh' utama dan di mana saja atlet Malaysia muncul, akan bergemalah ejekan, sindiran, kata-kata cacian dan penghinaan. Mereka tidak langsung menghormati bendera dan lagu kebangsaan kita. Kebiadaban yang diperlihatkan itu amat memalukan dan jelas tidak menghormati tetamu kerana kita dan negara ASEAN yang lain adalah tetamu mereka.

Apa yang amat menyedihkan ialah cara mereka melayani pasukan bolasepak kita. Keperitan yang dilalui oleh pasukan Harimau Muda tidak pernah dilalui oleh mana-mana pasukan kebangsaan.  Mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta perisai milik polis republik itu, mereka dinafikan hak latihan di stadium, mereka di maki hamun dan diperlekehkan.

Namun demikian, segagah  gelaran Harimau Muda, pasukan bolasepak bawah umur 23 tahun Malaysia itu memperlihatkan semangat juang yang tinggi dan tidak gentar menghadapi ancaman dan serangan sang Garuda. Bukan sekali tetapi dua kali Harimau Muda menjinakkan Garuda di gelanggang lawan.  Bukan calang-calang pasukan yang mampu berbuat demikian.

Tahniah kepada Harimau Muda. Tahniah Ong Kim Swee atas kejayaan anda membawa kemenangan walaupun menghadapi 1001 macam dugaan, rintangan dan cemuhan.

Para atlet Malaysia memperlihatkan adab dan sopan santun yang tinggi walaupun tidak dilayan sewajarnya oleh tuan rumah.  Atlet Malaysia menunjukkan bahawa budi bahasa adalah budaya kita. Bukan sebaliknya seperti yang dipertonton oleh penyokong dan sebilangan pegawai penganjur Sukan SEA Jakarta dan Palembang.

Teringat akan saya pepatah Cina yang bermaksud: "Sekeping emas terpelihara kemurniaannya walaupun dicairkan seratus kali. Seorang wira tidak boleh hilang pertimbangan walaupun menempuh bahaya dan kesukaran."

Itulah yang dilalui oleh para atlet Malaysia di Jakarta dan Palembang. Syabas.



  

5 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Pertama, tahniah sebesar-besarnya kepada pasukan bola sepak B-23 thn Malaysia yang berjaya menumpaskan pasukan Indonesia, bukan sekali tetapi dua kali, di gelanggang mereka sendiri untuk menjuarai sukan SEA dua kali berturut-turut. Kita buktikan siapakah 'abang'.

Kedua, untuk sekadar menyatakan kesal atau kecewa dengan layanan tuan rumah Indonesia adalah terlalu ringan bunyinya. Bagi saya, mereka harus dikutuk habis-habisan. Tindakan biadap mereka ini bukan sahaja semasa sukan SEA, malah telah berlaku beberapa kali sebelumnya termasuk membakar bendera M'sia dan membuang najis di Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Ketiga, kalau gelandangan yang terlibat tentu mereka yang diupah. Tetapi kalau pegawai-pegawainya turut terlibat sama tentunya ia mengundang persoalan yang lebih besar.

Keempat,saya kuat berpendapat semangat imperialisma dan 'grand design' Sukarno di rantau Nusantara ini belum lagi berkubur bersama dengan jasadnya. Apabila Sukarnoputri terpilih sebagai Presiden Indonesia, semangat itu membara semula sehingga kini di kalangan pengikut-pengikut setianya - apa tah lagi dengan tercetus beberapa isu yang tidak memihak kepada negara itu seperti Pulau Sipadan, dakwaan layanan buruk pembantu-pembantu rumah dan terakhir pencerobohan tanah di Kalimantan oleh rakyat M'sia.

Stadium Utama Gelora, Senayan telah dinamakan semula sebagai Stadium Utama Gelora Bung Karno, Senayan, venue perlawanan bola sepak di atas. Ini sudah tentunya menggelorakan lagi hati dan sanubari rakyat Indonesia terhadap pemain dan pegawai Malaysia.

Kelima, saya juga berpendapat Malaysia terlalu 'accomodating', malah ada kalanya terlalu' submissive ' kepada Indonesia. Sebagai contoh, satu ketika dahulu kita menamakan 'illegal immigrants' dari mana-mana negara pun sebagai 'pendatang haram'. Tetapi apabila dibantah oleh pemerintah Indonesia kerana kononnya mempunyai konotasi negatif dari segi agama, terminologi itu di tukar kepada 'pendating asing tanpa izin atau PATI'.

Bunyinya mungkin remeh atau 'petty', tetapi ia mempunyai kesan ke atas 'psyche' rakyat Indonesia datang dengan apa cara sekalipun, halal atau haram. Manakala pegawai-pegawainya pula beranggapan Malaysia boleh ditolak ke tepi dan ke tengah sesuka hati mereka.

Keenam, menyifatkan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun adalah satu nostalgia yang 'blatantly misplaced'. Malaysia perlu terus maju ke hadapan tanpa nostalgia ini yang lebih merupakan satu baggage yang tidak membantu walau sebesar biji sawi.

ZMS

Anonymous said...

penyokong indonesia seqopa puak2 SAKAI masuk pekan. JAKUN tak tentu hala...tapi respek kpd BONAI - indonesia player yg cool.

Syed Imran said...

Kerajaan kita terlalu bertolak ansur, lembut dan tiada tulang belakang. Apa tindakan yang diambil ekoran layanan buruk pada kejohanan Piala Suzuki? Bayangkan jika ianya berlaku di Malaysia, sudah tentu dijadikan ribut taufan oleh Indonesia dengan bermacam tindakan bodoh termasuk serangan ke atas kedutaan kita di Jakarta. Tetapi kita, maksud saya kerajaan Malaysia, terlalu bertolak ansur atas nama bangsa serumpun. Hanya kita yang berpendirian demikian sedangkan mereka tidak.

Malaysia mesti mengambil satu tindakan tegas kerana ini bukan pertama kali berlaku. Para atlet kita juga hairan kenapa kita terlalu dibenci oleh mereka.

Walaupun negara lain tidak menerima layanan seburuk kita, mereka juga kurang berpuas hati atas layanan dan rendahnya semangat kesukanan di kalangan peserta dan pegawai Indonesia. Myanmar yang akan menjadi tuan rumah temasya akan datang berikrar untuk menjadi penganjur yang jauh lebih baik daripada Indonesia.

Saya harap Malaysia tidak menyertai apa-apa kejohanan atau pertandingan sukan di Indonesia sebagai bantahan atas layanan buruk mereka.

Kita mesti tegaskan kepada mereka bahawa kata-kata dibibir sahaja tidak memadai tanpa ianya dikotakan. Kita boleh kata pergi jahanam dengan kata-kata bangsa serumpun yang sebenarnya hanya penyedap tlinga.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Setuju sepenuhnya.

Mereka buta sebuta-butannya - buta hati dan buta mata tentang bantuan Malaysia yang telah membangunkan semula Acheh yang musnah oleh tsunami. Memang pandai orang tua-tua kita mencipta perumpamaan "seperti melepaskan anjing tersepit". Jelas bertepatan dalam kes ini.

Sampai bilalah agaknya kita berani bertindak balas di atas kebiadapan mereka. Mungkin kita boleh tanya Zahid Hamidi.

ZMS

Anonymous said...

tanya zahid hamidi?? hahahahaaa
ruang angkasa malaysia dicerobohi beribu kali kat sempadan johor-singapura oleh pesawat udara s'pore. kementrian pertahanan buat taktau ja...apa hal? dayusss! mcm tu la kes pulau batu putih...bertolak ansurrr padia lagutu...