Tuesday, November 15, 2011

Ketua Menteri Pulau Pinang 'anti-Melayu', sejak zaman Chong Eu?

Kecuali  mendiang Tan Sri Wong Pow Nee, setiap seorang ketua menteri Pulau Pinang tidak terlepas daripada dituduh 'anti-Melayu'.

Mendiang Pow Nee yang menerajui pentadbiran Negeri Pulau Pinang sejak Merdeka sehingga pilihan raya umum 1969, terlepas daripada tuduhan itu mungkin kerana sentimen orang Melayu tidak dipengaruhi politik perkauman yang tebal. Rakyat Pulau Pinang memilih Perikatan, iaitu kerjasama tiga buah parti politik yang mewakili kaum Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC) demi mengekal perpaduan dan kerjasama antara kaum.

Kehidupan orang Melayu ketika itu bukanlah senang dan mereka menghuni kampung-kampung tradisional bukan sahaja di Seberang Perai tetapi di bahagian pulau termasuk dalam kawasan bandar raya George Town. Kemiskinan bukan sahaja menimpa orang Melayu tetapi Cina dan India terutama dalam kawasan bandar dan pinggir kota.  

Walaupun Perikatan menguasai pentadbiran negeri, pihak  yang menguasai Majlis Bandar Raya George Town, iaitu pihak berkuasa tempatan tertua dan pertama di negara ini selepas pilihan raya tempatan diadakan, ialah gabungan dua buah parti politik berhaluan kiri,  Partai Sosialis dan Partai Buruh yang membentuk Barisan Sosialis atau "Socialist Front".

Tiada banyak masalah yang timbul walaupun pentadbiran negeri dan pentadbiran kerajaan tempatan dipegang oleh dua buah gabungan parti politik yang berlainan ideologi. Pentadbiran negeri pimpinan Pow Nee menerajui negeri tanpa membawa banyak perubahan dalam bentuk pembangunan fizikal mahupun sumber manusia yang sekarang disebut sebagai pembangunan insan atau modal insan.

Pulau Pinang mula melihat dan merasai perubahan dalam pembangunan apabila pentadbiran Gerakan pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu mengambil alih pada 1969.  Atas daya usaha allahyarham Tun Abdul Razak, Gerakan membentuk kerajaan campuran dengan UMNO yang kemudiannya berkembang membentuk Barisan Nasional.

Chong Eu membawa perubahan besar kepada ekonomi Pulau Pinang apabila beliau berjaya membawa masuk industri elektronik terutama dari Amerika Syarikat dan Jerman. Zon Perdagangan Bebas dan Zon Industri Bebas wujud membuka beratus ribu peluang pekerjaan dan membawa rahmat bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang tetapi negeri-negeri di utara Semananjung dan Pantai Timur. 

Berpuluh  ribu anak Melayu dari kampung dan desa di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terenggu dan Pahang berhijrah ke Pulau Pinang untuk bekerja di kilang-kilang elektronik selain anak watan Pulau Pinang.

Berkat usaha  Chong Eu membawa masuk industri elektronik, ramai keluarga Melayu dapat dikeluarkan daripada takrif kemiskinan.

Selain industri elektronik, Chong Eu turut membangun semula industri pelancongan ekoran tindakan kerajaan persekutuan menarik balik taraf pelabuhan bebas Pulau Pinang untuk diberi kepada Langkawi.  Penarikan taraf pelabuhan bebas itu dilihat sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik dan Chong Eu terpaksa bekerja keras untuk memulih industri pelancongan pulau peranginan yang digelar "Mutiara Timur" itu.

Pembangunan pusat-pusat peranginan dan hotel tepi pantai bertaraf antarabangsa berjaya memulih industri pelancongan walaupun Pulau Pinang bukan lagi 'syurga membeli belah' seperti yang wujud semasa bertaraf pelabuhan bebas.

Walaupun Chong Eu berjaya membawa keluar Pulau Pinang daripada kemurungan akibat penarikan balik taraf pelabuhan bebas dan secara tidak langsung membantu beratus ribu anak Melayu yang menganggur bekerja di kilang-kilang elektronik, beliau tidak terlepas daripada tuduhan 'anti-Melayu'. 

Pengganti beliau, Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon juga tidak terlepas daripada tuduhan sedemikian walaupun beliau tidak sehebat Chong Eu tetapi sekadar meneruskan dasar pembangunan yang diletak asasnya oleh Chong Eu.

Sekarang, ketua menteri DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng pula menghadapi tuduhan 'anti-Melayu'. Tuduhan yang dihadapinya agak unik dan lebih teratur dan dirancang dengan teliti.

Guan Eng  kurang bernasib baik berbanding Chong Eu dan Tsu Khoon kerana dia menghadapi 'bantahan' termasuk secara demonstrasi jalanan oleh kumpulan-kumpulan yang kononnya mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO).  

Penunggang motosikal yang kebanyakannya mewakili penunggang 'kapcai' turut berdemonstrasi menghentam pentadbiran Guan Eng dan mendesak diadakan trek lumba motosikal untuk mereka. Demonstrasi mat-mat motor itu sudah tentu diatur dan dirancang oleh pihak tertentu yang disokong oleh kepentingan politik. Bukan mudah untuk mengumpul sebegitu ramai penunggang motosikal berkumpul di satu tempat untuk bermotosikal ke satu tempat lain secara serentak jika tidak dirancang terlebih awal.

Kita ingin tanya penganjur demonstrasi mat motor itu sama ada mereka sedar atau tidak, negeri-negeri lain juga tiada trek lumba motosikal khusus untuk mat-mat motor atau yang disebut polis sebagai samseng jalan raya. 

Selain penunggang motosikal, pengayuh beca pun dijadikan alat untuk golongan tertentu untuk membantah  pentadbiran Guan Eng dengan bermacam tuduhan. Sekali lagi, kita lihat ada perancangan terlebih dahulu untuk mengumpul pengayuh beca berkenaan.   

Sama seperti Chong Eu dan Tsu Khoon, Guan Eng juga dituduh 'anti-Melayu' dan tuduhan yang dihadapinya jauh lebih berat  kerana ia membabitkan dalang yang mewakili parti politik yang ditolak oleh rakyat Pulau Pinang.

Orang Melayu Pulau Pinang harus sedar bahawa mereka akan terus ditadbir oleh seorang ketua menteri bukan Melayu kerana UMNO, melalui presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, telah memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan tuntut jawatan itu walaupun menang besar. Adakah orang Melayu Pulau Pinang akan mengulangi tuduhan 'anti-Melayu' kepada ketua-ketua menteri berikutnya? 

Orang Melayu Pulau Pinang juga harus lihat kehidupan para pemimpin mereka yang sering memperalatkan golongan Melayu bawahan untuk membantah itu dan ini sedangkan mereka menghuni kediaman  mewah, berkereta mewah dan saban tahun bercuti ke luar negara. 

Penunggang motosikal dan pengayuh beca harus bertanya kepada kepimpinan Melayu Pulau Pinang apa yang mereka buat atau usahakan untuk membantu orang Melayu miskin, yang menganggur dan tiada kediaman tetap? 

Jangan terlalu mudah menuduh orang lain sebagai 'anti-Melayu' sedangkan di kalangan orang Melayu sendiri wujud mereka yang tidak memperdulikan untung nasib bangsanya sendiri.

  





   

10 comments:

Anonymous said...

SALAM pak tua,

saya sokong 150% artikel pak tuan kali ni. sapa tau...tau lar. cerita pun tak guna.

-thethinker- said...

yg herannya .. parti2 majoriti cina dlm BN mencanangkan kpd org bukan melayu kat penang bhw , LGE ni mesra melayu hingga sanggup mengorbankan kepentingan bukan melayu . tapi , pd masa yg sama , taiko BN-UMNO pulak kata LGE anti melayu .. hish hish ..

tapi apa yg pasti LGE agak mesra rakyat berbanding KM yg lalu , tapi , buat masa kini , perubahan yg nampak adalah dari segi pentadbiran dan mindset , pembangunan fizikal tak seiring dbg pembangunan modal insan dan pemikiran pentadbiran Penang. mungkin sbb dikekang oleh fed gov .

Anonymous said...

dapat baju selai + nasik kandaq sebungkuih + duit minyak motor 5 ringgit = anak-anak muda harapan bangsa yang bangang !!

Syed Imran said...

Ya, saya pun diberitahu sedemikian juga. Mereka sanggup jual maruah dan harga diri dengan menerima upah yang begitu murah.

Saya imbau apa yang berlaku di Jakarta pabila penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia untuk membantah dan menghina negara kita. Mereka adalah penunjuk perasaan upahan. Kerja mereka berdemonstrasi asalkan dapat upah sekitar RM30 wang kita, sebungkus makanan dan sebagainya. Budaya penunjuk perasaan upahan sudahpun menular ke negara kita, khususnya di Pulau Pinang.

Walau apapun, saya berpendapt bahawa BN tak akan dapat menawan semula Pulau Pinang. Gunalah apapun helah dan muslihat untuk menjatuhkan pentadbiran Lim Guan Eng, mereka tidak akan berjaya.

Anonymous said...

anak2 hantu penang yang bangang...melayu khianat kat melayu depa tak cerita (pak ali sg nibong kena roboh rumah sekupang depa tak bagi). pemaju cina bole bagi 12 biji flat harga 42K + cash 5K = RM47K setiap sorang kat sg nibong kecik.
piraaaaaah dok hingaq ketuanan melayu

Syed Imran said...

Saya pun nak tanya di mana pemimpin Melayu, pemimpin UMNO khususnya, di mana?

Dalam terlalu ghairah menghentam orang lain, nasib bangsa sendiri terabai.

Yang roboh rumah Pak Ali bukan Guan Eng, bukan DAP.

Anonymous said...

mat rempit-mat melayu no otak
------------------------------------------------

Tidaklah heran jika muda mudi melayu ketinggalan
dan mempunyai 'no ambition' kerana golongan inilah
merupakan pariah di dalam bangsa negara kita.

Saya biasa berbincang dengan seorang mat rempit
yang mengaku terlibat di dalam satu filem melayu
yang memaparkan gaya hidup mat rempit.

Di bayar rm 50 , kawan nih sanggup tunggang motornya
dari kl ke ipoh semata mata untuk jadi ekstra dalam wayang
yang di bikin olih cukong china. Mat rempit nih dapat rm 50
untuk minyak/upah/lepak tepi jalan /menginap walhal saya
ada baca laporan si cukong teoh dapat perolehan berjuta
juta?

Kesian si mat rempit yang no otak -dikuli abdikan dek cukong!!!

apa reaksi utusan dan surat kabar melayu lain?

no respon.


Mereka yang mewakili intellek melayu -busy berdebat pasal
buntut saipol!!! penulis sundal dan bangsat mengisi kebanyakan
warga utusan dan surat kabar melayu!!!



Melayu tak de Champion - bagaikan produk champion dalam marketing
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau kita ikuti berita pasal geng genkini yang baru nak ditubuh di lumut,
jelaslah dasar gomen untuk muda mudi fail ata takde langsong!!

Tak de leadership di kementrian belia dan sokeh!!!

Apa punya mat lembu yang jadi ksu/mentri/pegawai sukan di kem sukan?

Obvious muda mudi dahagakan kepimpinan untuk ada aktiviti untuk mereka.

Bayangkan berapa peserta yang hadir untuk aktiviti haram genkini?

Seratus?

Kem Belia N Sukan
---------------------------


Apa respond kem sukan ?

Apa punya ksu/ opiser yang tak ambil peduli pasal muda mudi?

Mat najib terjerit jerit- rakyat di dulukan. Mat lembu kat kementrian tak

tahu menahu.


Right hand tak tahu apa left hand bikin sindrom.

Sedihnya kem sukan tak de wawasan yang bolih di gunakan.

Dulu pada masa rejim madey, Cukong Lim Kok Wing buat

cadangan -rakan muda dan di bayar rm 86 juta.


Dan apa kesudahannya?

zilch. ilek


kkk

inilah dasar gomen buang duit and dasar mat lembu yang
tak de projek untuk muda mudi selain dari
bagi duit pada kroni!!!

Anonymous said...

NI LA PEMUDA JENIH TAKDAK HARGA DIRI, MARUAH. UMNO ja yg tau ajaq melayu totok nie. ha pangkah lagi BN/UMNO biaq depa khianat melayu sampai mati.

sg2

Anonymous said...

Tuan Syed pasti arif tentang keadaan seseorang yang akan lemas dan dihanyutkan arus deras. Dia tidak lagi boleh berfikiran rasional dan waras. Dia akan bergayut kepada apa saja hatta kapada ranting kayu halus yang sedang terapung hanyut atau sehelai lalang.

Dan kalau ada sesiapa yang cuba menyelamatkannya, orang tersebut, kalau tidak berhati-hati, akan juga turut lemas dan dihanyutkan arus deras.

Inilah tindakan 'desperadoes' sebagaimana juga terdapat di kalangan UMNO/BN Pulau Pinang sekarang. Mereka seolah-olah sudah ketandusan idea untuk mengatur strategi yang lebih mantap dan meyakinkan bagi menghadapi pembangkang dan merampas semula negeri itu.

Akhirnya mereka terperangkap dengan 'wild imagination' mereka sebagaimana yang telah Tuan Syed huraikan dalam posting ini.

Saya khuatir sekiranya mereka berterusan begini, mereka akan menjelma menjadi Don Quixote pula.

ZMS

Anonymous said...

THE DON kat penang byk...