Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri atas tuduhan meliwat mantan pembantunya.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengambil masa hampir dua jam membaca penghakimannya, mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan ada kes terhadap Anwar.
Anwar, 64, diperintah membela diri. Perbicaraan kes liwat ini mendapat liputan luas di dalam dan luar negeri dan berjalan selama 52 hari.
5 comments:
Salam Tuan Syed,
Keputusan tu tak mengherankan kita pun..sejak zaman Fitnah I lagi keputusan dan hukuman dah ada dalam skrip pengarah yang cuba nak menyamarkan dirinya sebagai Director Ahmad Nisfu. Ini semua cerita masing-masing nak jaga periuk nasi dan amalkan motto "ADA AKU KESAH?"..pegi maboklah korang..baik kita nengok Maharaja Lawak..lagi kelas lawak depa..tunggu jer PRU 13..ye dak Tuan Syed?
Astro lagi pintar, Maharaja Lawak pun kena bayar sedangkan yuran bulanan dah pun naik.
Saya pun dok tunggu PRU 13.
Tuan Syed.
Bukan nak komen tentang Anwar tapi sementara Tuan menyebut tentang Astro, saya rasa Stesyen itu tidak boleh dibiarkan membuli pengguna terus menerus. Dulu Astro biasa, kalau hujang ribut, siaran jadi kelang kabut kemudian terus tidak dapat. Kerajaan suruh baiki, dia buat byond, pasang byond tukar hal lama kena RM20 setiap bulan selama setahun. Yuran bulanan kita bayar, tapi iklan dia banyak juga, program dia ulang-ulang-ulang dan ulang lagi. Pas tu buat saluran seperti warna dan lain-lain lagi suruh kita bayar asing-asing pulak. Byond dia pun bukan semuanya HD, saluran tertentu saja Kerajaan kena tengoklah hal ini, jangan suruh Astro terus buli pengguna/pelanggan. Pendapatan dia berbillion setahun tapi tetap nak cekek juga. Ini dinamakan kapitalis tamak haloba, keparat, jahanam, tak berhati perut. Ahhh.. tak apa kalau PR dalam kempen pilihan raya akan datang kata nak murahkan Astro, saya undi PR ( Walapun saya sangat benci kat anwar Ibrahim).
Raja maharaja lawak.
Pak Syed,
Saja nak gurau,
Kalau sudah naik yuran bulanannya, itu pun pasal kita yang redho pada kenaikannya.
Kalau tak mahu, simply said, just unsubscribe. Kita kan pengguna pak syed, ada hak untuk memilih.
Lainlah, kalau.......pak syed nak sangat tengok Maharaja Lawak. What to do. =P
Saya? Baik tengok ML daripada tengok TV3, lagi2 berita utamanya, dah macam propaganda kerajaan komunis.
Saya tak langgan saluran berkenaan. Saya meminati saluran berita antarabangsa, discovery, natgeog, history selain saluran sukan. Jika tiada saluran-saluran berkenaan, dah lama saya batal langganan Astro.
Post a Comment