Monday, May 02, 2011

OSAMA BIN LADEN SYAHID DI PAKISTAN


Pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden, mati syahid dalam satu gerakan tentera Amerika Syarikat jauh dalam wilayah Pakistan awal hari ini.

'Kejayaan' pasukan khas Tentera Amerika Syarikat itu diumumkan secara rasmi oleh Presiden Obama ke seluruh dunia dari White House seperti yang disiarkan oleh semua stesen tv satelit utama dunia.

Obama berkata Osama dibunuh dalam satu operasi yang dirancang rapi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat yang mendapat kerjasama pihak berkuasa Pakistan.

Osama dibunuh dalam serangan menggunakan helikopter  yang berlepas dari Afghanistan di sebuah bandar bernama Abbottabad, 60 km dari ibu negara Pakistan, Islamabad. Turut terkorban salah seorang anak lelaki Osama dan seorang wanita.

Selepas sedekad memburu Osama, Amerika Syarikat mungkin berfikir bahawa mereka boleh menarik nafas lega tetapi perlu diingati bahawa ketiadaan Osama tidak bermakna berkuburnya al-Qaeda. Tidak mustahil lebih ramai Osama akan muncul untuk meneruskan perjuangan Osama Bin Laden.

Benar, Osama Bin Laden telah mati, tetapi ia tidak bermakna perjuangannya juga mati.  Kenyataan ini tidak boleh diketepikan oleh Obama atau sesiapa sahaja yang dimusuhi oleh al-Qaeda.




8 comments:

Anonymous said...

ALFATIHA.....

Leman Lawak said...

Salam Tuan Syed,

Innalillah..roji'un. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada hendaknya. Al-Fathihah.

Anonymous said...

Saudara Syed,

Saya berfikir untuk megatakan ia mati shahid agak subjectif. Saya menyatakan sedemikian dalam Islam tidak dibenarkan untuk membunuh secara rambang orang awam.

Akibat dari Osama juga banyak orang Islam terutamanya di tinggal di negara barat mendapat kesusahan.

Persoalan yang timbul sekarang, adalah negara Pakistan yang sekarang ini tertekan kerana terpaksa menjawap bagaimana Osama berada tidak jauh di dalam ibu negara Pakistan.

Terdapat perubahan yang ketara di Timur Tengah di mana Presiden Tunisia, Mesir, Yaman sudah meletak jawatan dan kini Libya,Syiria dan Jordan merasa bahang perubahan yang kuat. Hal ini adalah lebih positif pada negara-negara Islam dan tidak ada kaitan dengan Osama.

Terdapat banyak teori konspirasi mengenai Osama bin Laden.

Wallahuallam. Innallillahi wainnailaihi rojiun

Unknown said...

Saya menghormati pendapat anda mengenai mati syahid.

Cuma, saya tidak mempercayai sepenuhnya berita yang disumberkan kepada Barat terutama Amerika Syarikat. Barat sengaja menggambarkan Allahyarham Osama dan al-Qaeda sedemikian rupa sehingga dunia terpengaruh.

Selepas tragedia 9/11, Barat menuduh Islam dan al-Qaeda atas apa saja letupan, serangan bom dan perbuatan khianat yang berlaku.

Kata-kata tuduhan seperti 'Islamists', atau 'terrorists with link to al-Qaeda' sering dikeluarkan untuk mengaitkan keganasan dengan umat Islam. Bukankah itu satu pembohongan besar?

Lihat saja Iraq. Barat khususnya Amerika Syarikat membekal senjata dan bantuan kepada Sadam Hussein untuk berperang dengan Iran. Apa kesudahnnya? Iraq dijadikan musuh dan Sadam dibunuh.

Di Iraq, CIA mengebom masjid penganut Syiah di Karbala, sebagai contoh, dan menuduh penganut Sunni yang melakukannya. Begitu juga dengan masjid penganut Sunni, Barat tuduh puak Syiah yang terlibat. Akhirnya kedua-duanya berperang sesama sendiri.

Begitu juga dengan Osama. Dia diperalatkan oleh Barat untuk mengusir Soviet Union dari bumi Afghanistan. Barat membekal senjata dan bantuan material dan kewangan kepada Osama, Mujahideen dan Taliban tetapi setelah tentera Soviet diusir, apa kesudahannya?

Barat telah berjaya memperdaya dan memperbodohkan dunia, termasuk negara-negara Islam tetapi masih ramai yang belum sedar.

Apakah kita lupa akan pembohongan paling besar oleh Barat mengenai Iraq? Di mana senjata pemusnah besar-besaran atau WMD yang mewajarkan Barat menyerang dan menduduki Iraq?

Sebab itu saya katakan Osama mati syahid kerana saya tidak mempercayai 100 peratus apa yang dilaporkan oleh media Barat mengenai Osama atau al-Qaeda. Kita sering disajikan dengan berita palsu dan malangnya, media kita juga terlibat dalam penyebarannya sehingga rakyat mempercayainya.

Kakak Sniper said...

pengganas katanya..apa sahaja katanya,ia tak lebih daripada sebuah respon..yang mana rspon ialah hasil dari satu stimulus.salam hal ini,stimulus lah yang bertanggungjawab!..
yg salah ialah amerika yang selalu membuat stimulus (onar) kepada umat islam,we not more than a goup of people who defense ourselves

Lelaki Y said...

Adakah anak dan keluarga Gaddafi yang dibunuh oleh Amerika juga mati syahid ataupun pembunuhan yang mdus operandinya seakan serupa itu perlu disokong?

Adakah tiga ribu orang awam yang mati di WTC itu mati syahid juga? Bila tidak kena pada kita segalanya boleh dijustifikasikan.

Unknown said...

Lelaki Y,

Bab syahid, terpulanglah disebelah tembok mana anda berada. Ulama pun berselisih pendapat.

Anonymous said...

assalamualaikum pak syed,
saya fikir Amerika tidak buang mayat Usama bin ladin kadalam lautan hindi..malah saya fikir mereka membawa mayat Usama balik ke amerika. Mungkin mereka tidak ingin kubur Usama di jadikan tempat naiknya semangat para pejuang al qaeda atau lebih teruk lagi..mereka gunakan mayat Usama untuk menyeksa para tahanan al qaeda di guantanamo..apapun mereka lakukan allah telah tetapkan Usama mati dalam keadaan sedemikian. Beliau mati sebagai Syahid Islam..well for those amongst us yang sedang komen ini..apakah yang telah kita lakukan untuk membantu Islam dalam keadaan kita berada sekarang ini i.e. dihina dan di perlecehkan oleh amerika dan eropah dan juga yg lain..termasuklah lah pemimpin kita sendiri. at least he has met his Lord and he can say what he has done for Islam..what bout you and me & the rest?? ponder and act.. anak tanjung