Saya menghormati sikap ahli politik Singapura yang kalah pada pilihan raya republik itu baru-baru ini yang bukan sahaja menerima kekalahannya dengan tenang tetapi mengambil keputusan untuk terus bersara daripada politik.
Brig-Jen George Yeo, Menteri Luar Singapura dan salah seorang yang pernah disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri republik itu, gagal mempertahan kerusi GRC Aljunied yang diwakilinya.
Kekalahan beliau dan rakan-rakan GRCnya adalah yang pertama membabitkan seorang menteri kanan dan turut memeranjatkan kepimpinan PAP yang memerintah. Sebelum memegang portfolio Kementerian Luar, beliau menerajui Kementerian Penerangan dan Kebudayaan.
Mantan panglima tentera Singapura itu dilihat sebagai seorang 'gentleman' dalam politik Singapura dan ada ketikanya dikatakan mampu menggugat kedudukan PM Lee Hsien Loong. Mungkin itulah antara sebab kenapa Lee Kuan Yew enggan bersara kerana dia mahu mempertahankan kedudukan anaknya itu.
Tindakan BG Yeo bersara daripada politik melambangkan sikapnya yang tegas menerima penghakiman rakyat atau pengundi. Jika rakyat sudah tidak menerimanya, maka diapun berundur sebagai tanda menghormati kehendak rakyat.
Sebaliknya di Malaysia, ahli politik yang kalah pada pilihan raya atau pemilihan parti, amat sukar untuk berundur apatah lagi bersara terus daripada politik. Ia seolah-olah harta warisan yang tidak boleh dilepakan ke tangan orang lain.
Mereka akan menunggu peluang untuk dilantik sebagai Senator atau pengerusi mana-mana agensi, syarikat berkaitan kerajaan atau badan-badan berkanun seperti MARA, RISDA, FELDA, PERDA, KEDA, MADA, KADA, DARA, PETRONAS, SIME DARBY, FINAS, MAS dan banyak lagi.
Perkataan bersara atau berundur tidak berada dalam perbendaharaan kata mereka. Yang ada hanyalah 'habuan, habuan dan habuan' untuk meneruskan keselesaan hidup yang dinikmati menerusi kegiatan politik.
Sebab itulah saya hormati sikap BG George Yeo yang terus bersara apabila kalah pada pilihan raya. Sikap sedemikian tiada pada ahli-ahli politik 'cari makan' di Malaysia.
8 comments:
Tuan Syed,
Ikutkan umur UMNO sudah 65 tahun manakala PAP ditubuhkan selepas UMNO. Tetapi nampaknya kematangan ahli politik kita sangat terbatas dan boleh dibilang jari berapa dikalangan ahli politik kita yang betul betul berwibawa.
Mungkin setelah seratus tahun, mungkin akan lebih matang atau...atau mungkin tidak?....
George Yeo agak terkenal di Asean, jawatan menteri luar agak kritikal bagi Spura...pening rasanya PM singapura untuk mencari ganti.
Saya setuju ,di Malaysia yg mengamal rasuah dan perogol masih diberi Jawatan Penting. Kelakar betul Malaysiaku.
kuda semetot
Kuda semetot,
bukan itu saja, mereka tak segan-silu berlagak alim, baik dan bersih rasuah. Nak kata apa, Malaysia Boleh!
HAIRAN BIN AJAIB LAGU MANA UMNO MERAIKAN 65 TAHUN SEDANGKAN UMNO YG DIASASKAN ONN JAAFAR SUDAH DIBUNGKUSKAN OLEH MANTAN PM DAN UMNO BARU DILAHIRKAN PD 1988. ANDA CONGAK LAH SENDIRI.
kuda semetot.
MARA, RISDA, FELDA, PERDA, KEDA, MADA, KADA, DARA, PETRONAS, SIME DARBY, FINAS, MAS - syarikat GLC ini semua alat untuk ahli politik yang kalah,bersara, atau tidak dapat jawatan lain, untuk mereka memerah duit dan baksis.
sri hartamas
Benar ulasan mengenai umur Umno. Parti itu ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dan dibatalkan pendaftarannya pada 4 Februari 1988. Ini bermakna Umno asal wujud selama 42 tahun.
Parti Umno yang ada sekarang didaftar sebagai sebuah parti baru, iaitu UMNO (Baru) yang kemudian dipinda kepada UMNO tanpa perkataan baru.
Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang mendakwa bahawa parti itu mewarisi UMNO asal sedangkan parti asal telahpun dikuburkan dan pendaftarannya di mansuhkan.
UMNO yang ada sekarang tidak boleh mengaku telah wujud selama 65 tahun kerana ia tidak betul.
Saudara Syed,
Sangat setuju mengenai UMNO baru. Nampaknya namanya sahaja sama tapi semangat UMNO yang ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar sudah hilang.
Sekarang ini terlalu banyak motivasi yang menjuruskan kepada kepentingan peribadi daripada umum.
yes the japanese are also honorable people...they retire or resign when they loose the elections or cause the public hardship like deaths and radiation leaks...but here in Malaysia...they are just posted to yet another high post government companies...Shameless
Post a Comment