Saturday, September 25, 2010

Saja nak tanya Reezal Merican - ke mana hasil cukai arak, judi dan babi...

AJK Pemuda Umno yang juga ahli Umno dalam bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang , Reezal Merican Naina Merican, nampaknya bersungguh-sungguh 'memperjuangkan' untung nasib Melayu Pulau Pinang. Keghairahannya semakin menjadi-jadi setelah BN/Umno tewas dalam pilihan raya lepas di Pulau Pinang.

Ada saja yang tak  kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai 'cek', iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci.

Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark 'press statement'. Cek memang tera. 


Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab.

Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum.

Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri.

Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit  tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam.

Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak.

Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri.

Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ..... jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga.

Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek.

25 comments:

Anonymous said...

mamak bangang

armouris said...

assalamu'alaikum wrmt,

saya bersetuju dengan apa yang saudara tulis di atas, namun apa salahnya kalau lebih bersikap terbuka apabila menerima kritikan. dengan cara ini, dapat membezakan sikap kita dengan sikap BN.

apabila kita menerima kritikan, pertama kita patut berterima kasih atas kritikan yang diterima, bukannya melenting. kalau kita salah, mengaku kesalahan, perbaiki dan jangan ulangi. anggap ia sebagai satu cabaran. selepas kita perbaiki, kemudian barulah kita bidas sebagaimana yang saudara bidas di atas. selain menunjukkan akhlak yang baik, ia juga menunjukkan kepada rakyat sikap PR yang lebih terbuka kepada teguran. jika kita tak bersikap sebegini, sape je yang nak tegur kita? kalau kita jadi kerajaan, BN akan tegur kita. kalau tak boleh terima teguran, PR dan BN 2 kali 5 je.

saya selaku muslim, sebenarnya amat bersetuju dengan teguran tersebut. alangkah eloknya jika wang yang digunakan untuk kebajikan yang diberikan secara direct kepada penerima tidak bersumberkan wang haram. wang haram boleh digunakan untuk kebajikan kepada umum, seperti membina bus stop, baiki jalan etc. itu yang diajar oleh agama, dan itu juga yang boleh diterima secara fitrah oleh mana-mana manusia tak kira agama.

Anonymous said...

betul gak tu
kalau KL guna duit dari source yg haram,
maka guan eng pun mesti la boleh gak.
kalau UMNO suka rasuah dan sapu duit,
maka guang eng mesti la boleh gak.
Jadi tak payah la kita persoalkan lagi pasal guan eng.
dia buat pun bende yg sama kerajaan buat.
tapi pelik bila undi, undi guan eng. nape lak tak undi UMNO.

Anonymous said...

Dalam isu ni saya menyokong 100% YAB Lim Guan Eng. Tindakan beliau adalah baik, mulia dan harus jadi contoh kepada semua kerajaaan negeri mahupun persekutuan.

Apa yang si Reezal ni buat kat Penang masa BN berkuasa? Takde ape-ape melainkan menambah bini muda dari kalangan artis janda yang cantik mulus. Dia tak peduli akan kebajikan orang di Penang atau tempat lain.

Dalam UMNO ada banyak jenis spesis-spesis binatang kalau kita nak buat perbandingan dan Reezal ni umpama kucing yang banyak kurap. Diri sendiri pun kotor ada hati nak tuduh orang lain.

Anonymous said...

kah..kah..kah...tak sangka Pak Tuan boleh buat lawak pedaihh ...
Reezal Meikan tak ada 'moral standing'nak kritik. Ceghmin la diri sendighi tu...hang punya kotoq Reezal pasai makan duit dan jadi gatekeeper Pak Lah, oghang UMNO sendighi pun meluat dan menyumpah hang. Bila nak sedaq dighi? patutnya dia ni masuk MIC saja, beghitu jugak Abdul Azzez Baling.

sri hartamas

Anonymous said...

Campur, tolak bahagi darab, siapa yang untung?

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Tuan,

Saya setuju ulasan Pak Tuan, semua cukai yang di kutip oleh Kerajaan Pusat telah disatukan, kemudiaan di agih - agih kan kepada semua kementerian. Cuma LGE tak hipokrit dia akui guna di sumbangan untuk bantu golongan miskin tegar. Tanyan kat Reezal tu duit yang dia dapat tiap2 bulan tu, sara anak bini dia tu halal ke? Pasal dia bukan berusaha atau berkerja siang dan malam mencari rezeki yang halal, tapi dok fitnah orang, dok dengki kat orang, dok ambil kesempatan dengan tender dan permit. Bersengkongkol dengan monyet tu, tipu orang, ambil bini orang. Dia tak ingat semua tu ke. Tak Ingat kat Allah ke? Tak ingat kat emak bapak dia ke? Umno kalah pasai muluat tengok pemimpin macam ni, tahu tak, jangan nanti orang jumpa kat tengah jalan orang baling dengan kasut dan seliper. Orang tanjung selalu kat, biar rupa kita tak cantik, tapi perangai dan akhlak kena lah jaga (cantik).

MA

Anonymous said...

Derma kelab lumba kuda tuu , digunakan utk prog membasmi kemiskinan utk orang bukan islam . Derma ni senang diasingkan penggunaannya. Duit cukai judi pulak termasuk dlm perbelanjawan , jadilah masjid dan surau yg dibina dgn duit cukai babi dan cukai judi .

Anonymous said...

saya penjual daging babi , setiap hari saya sembelih babi dan jual daging babi dipasar.
Setiap sen dlm dompet saya merupakan hasil penjualan daging babi.
Tiap kali ke Tesco pada hari Isnin ,Selasa dan Rabu , saya malas bawa beg plastik dan terpaksa menyumbang derma ketabung pembasmian kemiskinan P.Pinang
utk mendapatkan beg plastik . Adakah derma saya itu HARAM kerana ianya jelas merupakan hasil jualan babi

Hambali ® said...

bayan lepaih balik pulau
sana terlepaih sini terpelau ...

sekian

anti umno said...

Saudara armouris,
Yang kita perkatakan ialah bukan masalah teguran tetapi fitnah dan adu domba. Kalau ikhlas nak buat teguran demi kebaikan masyarakat, memanglah dialu alukan.

Teguran itu pula hendaknya bukan dihala kepada pihak tertentu saja tetapi mestilah kepada semua. Tak kira kepada lawan atau pun kepada kawan.

Kalau LGE yang bukan Islam pun dituntut memastikan sumber halal diberikan kepada orang Islam maka tuntutan keatas umno yang Islam itu tentu lebih besar lagi.

Cara Rezal buat dakwaan itu bukan teguran tapi tohmahan. Kalau betul nak cegah kemungkaran mengapa selama ini tidak pertikai berbagai kerja mungkar yang dibuat oleh umno, beranikah dia.....? Atau hanya berani pertikai LGE saja...?

Walau apa pun LGE sudah jelaskan bahawa sumber judi itu tidak termasuk dalam sumbangan kepada orang Islam. Bila pula umno nak jelaskan bagaimana sumber duit haram yang berlambak lambak itu diuruskan. Sebab umno hanya senyap membisu saja.

Pelik, apakah LGE tanggung dosa kalau guna sumber haram tapi umno pula tak berdosa...?

Sebenarnya tercetusnya isu ini oleh pemuda umno, menuntut lebih banyak penjelasan ke atas umno daripada ke atas LGE. Umno nak tunggu sampai bila untuk memberi penjelasan. Atau nak sapu ke bawah karpet saja...?

Buatlah apa pun, takdak hal punya. Memang betullah bahawa Melayu mudah lupa.

Anonymous said...

I can agree with you on this Tuan Syed. But you portraying Lim Guan Eng as innocent, is disgusting indeed. He initially denied that the money given to the poor in Penang came from a non-halal source. That is a fact. This braggart of a CM is a LIAR. Stop apple-polishing this CM. His facial expression clearly tells that he is a racist.

Anonymous said...

To anomymous 12.51pm

Your comment,

"I can agree with you on this Tuan Syed. But you portraying Lim Guan Eng as innocent, is disgusting indeed. He initially denied that the money given to the poor in Penang came from a non-halal source. That is a fact. This braggart of a CM is a LIAR. Stop apple-polishing this CM. His facial expression clearly tells that he is a racist."

I think the main points of this is that there a people who are hypocrits, they are trying to finding fault from others but not even bother to mend their misdeeds.

If the members of UMNO want to accused LGE of something then they should find something which is relevant and worth mentioning.

In this case, LGE is giving money to the poor. At least his intention is very good, he doesn't know anything about halal,haram, makruh,sunat or harus but members of UMNO knew and all this while the central government is getting tax from gambling and etc.

There are people in previous government in Penang who are taking magnifying glass to find faults while doing nothing to improve themselves. I think that is more disgusting.

Unknown said...

To Anonymous 12.51pm,

It is not a question of whether one is a racist or not. There are countless racists in this country - Malays, Chinese, Indians and so on. No big deal.

As far as I am aware, YAB Lim Guan Eng sacrificed his young age and went to jail for defending the dignity of a young Malay girl, the victim of a Malay political leader in Melaka. Not a single Malay political leader had done so.

For a 'little Pharaoh' like Reezal Merican to question the good deeds of LGE and not 'admitting' the facts that his political party was a party to the approval of gambling licences, the importation of liquor and so on, is also a sinful act.

I am not defending LGE but I am sick of accusations hauled at him and his administration which are tainted with shit simply for cheap political gain.

Anonymous said...

Anon 12.51 says,

"His facial expression clearly tells that he is a racist."

How is that? Can you tell every face that you meet in the street of being racist or not? You are being racist yourself!

As said earlier by an anon, LGE has proven that he is not a racist. He went to jail once and lost his MP status because he fought for the justice of Ms Norhayati, a 15-year old girl at that time when she was raped and got pregnant by the very UMNO youth chief himself!

Nobody dared to challenge the chief since he had the strong backing from the then prime minister. LGE fought and he paid the great consequence. Like Anwar he lost his position and freedom, being separated from family for 2 years!

Can you anon 12.51, top that? I doubt it!

Anonymous said...

Tuan Syed you said: "YAB Lim Guan Eng sacrificed his young age and went to jail for defending the dignity of a young Malay girl, the victim of a Malay political leader in Melaka. Not a single Malay political leader had done so." -
My opinion is that, LGE was taking advantage over the girl's tragedy. He saw an opportunity to gain political mileage there because this opportunity doesn't comes everyday. He took a gamble but not for the girls sake but more for his political career. Yes, he was jailed but look where he is now. He gain more than the unfortunate Malay girl.

Unknown said...

How many politicians are willing to do that, that is the question in point. As for LGE be where he is today, as the CM of Penang, well for your information is was unexpected. If the DAP had known via their crystal ball of the pending 'political tsunami', they would have told Lim Kit Siang to stand in Penang, not in Perak. It is a known fact that the senior Lim wanted to be the CM but his son was fated to be, and not him.

YM Bukan Syed said...

Syed

1. Isn't this politics? Both divide sama je lah!

2. "Saja nak tanya Nik Aziz dan Hadi Awang - bapak saya masih lagi kafir ke...."

3. Kalau LGR tahu dia akan masuk jel, takkan dipedulinya budak tu. Dia ingat kena denda aja. He also didn't have a crystal ball like his father. Kalau lah betul he was willing to go to jail takkan lah menangis macam budak kecik. He would have said thumpingly "I'm proud to defend this Malay girl" and go to jail defiantly. Bravo anon 11.00!

4. Why then did he support the pornstar E Wong and Didn't defend Bukhari backside?

Unknown said...

YM Bukan Syed,

The point is he did 'merengkok' dalam penjara for what ever reasons you want to say. Name me one other politician that have the guts to do so.

You are free to ask that question to YAB Nik Abdul Aziz. It is your right as it was my right to do so to others.

There are many 'porn stars' around and one can pick which one one want to highlight. Just surf the Youtube and you will be dead surprised.

Anonymous said...

Apa-apa sahaja lah Tuan Syed. Whatever agenda you might have, please remember that we are in our twilight years. Getting popular with the DAP this late will not benefit you much. Think of our children... perhaps more of our grandchildren future. Think of "bangsa Melayu kita".

Unknown said...

No such thing as 'agenda' be it political of something else. Neither am I a fan of any secular, socialist, nationalist or communist political organizations. I was involved for too long in Umno, please note the word 'was', the only political organization I had associated with from 1974. Went through all sorts of 'developments' including as a 'Wakil Calon' of a candidate for the post of Vice-president. I am fully aware of the 'agenda Melayu' and it is nothing more than a political weapon to gain support when needed.
Enough is enough.

Anonymous said...

To Anonymous 4.11pm,

Indonesia is fully controlled by "Melayu kita", they are even worst then us, they got the same problem. It is called corruption.

They even throw shit at us recently. This is Malay throwing shit to Malays.

In Penang, maybe they can fooled the older chaps, pak haji-pak haji giving back the RM100 ringgit, but the newer generations cannot be fooled that easily.

If a political party is corrupt, then says that "think of the Malays" and vote for us. You think that people cannot see what is the reality behind it. How long do you want to play the same tricks.

If UMNO want to get votes from the Malay, stop the corruptions and show the Malay people they really care. Help all the Malays not the few that are already rich and wealthy.

They should also do what LGE did, give the elders, Pak Haji- Pak Haji RM100 for Hari Raya rather then threatening and scaring our "Melayu Kita"

Orang KL

Anonymous said...

Itu sebab semua yang haram tu diharamkan.
Tidaklah timbul masalah.
Sekarang apo nak dikato.

Anonymous said...

LGE flipped-flooped. that's the point.

emerged with the 2nd lie to cover-up the 1st.

and lastly "..saya mana tahu luba kuda itu judi..."

not too easy to govern huh?..

Anonymous said...

Mana perginya wang yg dibagi balik tu...Reezal Mamak sapu belanja pasar malam?