Wednesday, September 29, 2010

Apa nak jadi dengan Bernama, tak habis-habis masalah.

Sesuatu yang kurang menyenangkan petugas senior/veteran Bernama sedang melanda agensi berita nasional itu ekoran daripada penstrukturan semula yang sudah lama dinanti-nantikan.

Dalam struktur Bernama terdapat sebilangan petugas yang bukan kakitangan kerajaan yang diambil bekerja melalui satu skim komersil. Ianya dilakukan ekoran daripada pengembangan khidmat dan liputan Bernama yang tidak mendapat persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA. Oleh itu, pengurusan Bernama mewujudkan satu perkhidmatan komersil yang tidak terletak di bawah bidang kuasa JPA ataupun kerajaan.

Atas usaha berterusan pihak berkenaan termasuk Lembaga Pengelola, maka akhirnya JPA bersetuju untuk menyerap kakitangan komersil yang berkhidmat dengan Bernama,  dalam perkhidmatan kerajaan atau SSM. Ia adalah sesuatu yang tidak diduga boleh berlaku kerana jumlah yang terlibat agak besar.

Di bawah SSM, kakitangan komersil akan diletakkan dalam satu skim yang setara dengan yang sedia ada dalam Bernama termasuk mendapat faedah persaraan. Kakitangan Bernama yang setia berkhidmat di bawah SSM pun bersetuju dengan tawaran JPA tetapi nampaknya ada pihak yang enggan menerima tawaran JPA atas beberapa alasan termasuk 'kehilangan' pendapatan yang diterima walaupun ia adalah sementara sehingga diselaraskan menurut SSM.

Tidak pula diketahui  apa kesudahannya jika petugas skim komersil menolak pilihan atau opsyen yang ditetapkan setelah dilanjutkan kepada 30 September ini. Apa pula tindakan JPA dan Bernama selepas tarikh itu juga menjadi tanda soal.

Pengerusi Bernama yang juga mantan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Rahman Sulaiman satau ARES sendiri nampaknya masih buntu untuk mencapai keputusan yang bukan sahaja menguntungkan kedua-dua pihak tetapi yang tidak akan menafikan kekananan petugas setia Bernama. Persoalannya mampukan ARES berbuat demikian walaupun dia dibekalkan pengalaman bekerja dengan Bernama....

Dalam pada itu, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasidan Kebudayaan  seharusnya memberi perhatian serius atas apa yang sedang berlaku dan memastikan tiada pihak yang rugi dari segi kenaikan pangkat dan tiada pihak yang dijadikan mangsa keadaan ekoran daripada penstrukturan semula itu.

7 comments:

Anonymous said...

Sdr Imran,
Masalah Bernama dapat diatasi jika kerajaan setuju agensi berita nasional itu diperbadankan. cadangan Bernama diperbadankan dibuat sejak 20 tahun lalu tetapi kerajaan tidak mahu memberi laluan. Banyak duit telah digunakan untuk membuat kajian perbadanan Badan Berkanun berkenaan. Bagi saya Bernama sepatutnya sudah lama wujud sebagai sebuah syarikat persendirian seperti Reuters atau AFP yang bukan sahaja terkenal sebagai penyalur berita tetapi bersaing dalam industri media dan komunikasi serta IT. Dengan perkembangan dunia multi-media yang meluas, Peranan Bernama seperti kewujudannya pada 1968 telah jauh ketinggalan berbanding dngan peranan media alternatif. Media arus perdana dan akhbar-akhbar tempatan terutama di Sabah dan Sarawak juga tidak lagi bergantung kepada Bernama sebagai "pembekal" berita utama mereka. Usage ke atas berita Bernama oleh pelanggannya menurun setiap tahun. Pelanggan utama Bernama ia itu RTM juga kurang berminat menggunakan berita Bernama Kecuali terpaksa. Satu option lagi, Bernama perlu dicantumkan dalam RTM menjadikan RTM lebih kukuh dan effisen sebagai penyiar berita negara.

nnn

Syed Imran said...

Setuju. Malangnya ada pihak yang berkepentingan dalam soal tersebut. Pendek kata, ada 'permainan politik' yang membantut dan menggagalkan 'kemerdekaan' Bernama daripada kawalan pihak berkuasa.

Bayangkan betapa sukar petugas Jabatan Pengarang untuk membuat liputan di luar negara kerana mereka, iaitu Bernama, terikat dengan Perintah-perintah Am, pekeliling Perbendaharan dan pekeliling pentadbiran. Itu tak boleh, ini tak boleh, peruntukan tidak ada dan sebagainya.

Masalah yang sama dihadapi RTM kerana terikat dengan aturan dan peraturan yang sama. Sudah lama pihak RTM minta diperbadankan atau dilepaskan daripada kawalan pihak kementerian dan menteri berkenaan. Harapan tinggal harapan.

Jika RTM dan Bernama nak maju ke hadapan seperti Al-Jazeera, CNN, BBC, CNBC, Reuters, AFP dan sebagainya, kedua-dua agensi/badan penyiaran itu kena 'bebas' dan berdikari.

adila said...

Salam Pak Syed,

Cek setuju sangat dengan Pak Syed. Sumua yang nnn dan pak syed cakap tu sumuanya betoi. Satu lagi cek nak tambah, badan berkanun macam Bernama atau jabatan kerajaan macam RTM tak usahlah diletakkan jenih orang hak yang dah kena reject dari mana-mana,senang dicucuk hidong dan dungu sebagai peneraju utama. Banyak lagi manusia dalam Malaysia ni hak yang layak untuk pucuk pimpinan pilih. Tak semestinya kena corporatize baru buleh maju kalau peneraju-peneraju ikhlas dan tak utamakan kepentingan diri. Kalu hari ni depa nak corporatize..dah kompem lepaih tu kerajaan kena bail-out depa.

Anonymous said...

"Media arus perdana dan akhbar-akhbar tempatan terutama di Sabah dan Sarawak juga tidak lagi bergantung kepada Bernama sebagai "pembekal" berita utama mereka"

Pembetulan NNN media Sabah dan Sarawak masih menggunakan Bernama sebagai pembekal berita utama dengan kadar 50 peratus ke 65 peratus penggunaan setiap hari. Tak percaya boleh rujuk impak harian atau paling senang dtg ke kedua-dua negeri itu untuk memastikan kesahihan. Ada juga berita Bernama digunakan tapi tak diberi kredit atau hanya "cut and paste" tapi letak nama reporter dia org. So jgn mudah buat andaian. terima kasih.

Anonymous said...

Pak Syed,

isu terbaru dalam Bernama TV. berkuatkuasa hujung bulan Oktober 2010, 70 peratus isi kandungan berita dan program dalam saluran 502 wajib dalam bahasa Inggeris. - ini semua atas arahan CEO yang bodoh dan bangang itu. tindakan dia seolah-olah membelakangkan dasar penyiaran negara selain mengetepikan kedaulatan bahasa Melayu. Encik Amat Wahab pun mati kutu dengan sikap CEO yang bodoh tapi sombong ini.

- petugas BTV

Anti-Apartheid said...

Sheikh,

Bukan kakitangan komersil yang tak mahu sertai SSM tetapi terma yang diberikan are unfavourable.

Eg,
1- gaji pokok dipotong sehingga RM550
2- khidmat yg bertahun-tahun dan kenaikan pangkat sebelum ini tidak diambil kira
3- mereka perlu menjalani tempoh percubaan sehingga tiga tahun sekali lagi
4- tiada jaminan mereka akan diserap ke skim SSM
5- tiada jaminan mereka akan terus memang jawatan sekarang (bagi mereka yang telah dinaikkan pangkat).

Syed Imran said...

Kepada Hamba BERNAMA TV,

Saya menyambut baik semua ulasan tetapi kita harus elak daripada mengguna perkataan atau ayat yang kurang elok. Oleh itu, saya perlu tapis sedikit ulasan saudara.Harap maklum.

Berikut adalah ulasan saudara.

Salam Pak Tuan, BERNAMA nama saja gah di luar, di dalam macam tikus membaiki labu. Sumber manusia, (ditapis) yang handle, macam mana tak haru biru. Kisah penstrukturan ni memang kelakar. Pernah (ditapis) keluarkan memo untuk skim komersil ke SSM pada 2007. Tak sampai 2 minggu dia tarik balik sebab ada yang tak setuju. Tahun ini kembali lagi kisah penstrukturan dan ceritanya hampir sama. Kisah BERNAMA TV lagi teruk sampai hari ni BERNAMA lepas tangan. Yang jadi mangsa staff BERNAMA yang menghidupkan unit AV. Kerja bagai nak gila, overtime 2, 3 bulan baru dapat. Dengarnya tuan baru BERNAMA TV banyak duit tapi nak bayar OT pun lembab. Sampai tahap mogok dan menteri tahu baru nak bayar. Menteri khabarnya kata nak ambil balik BERNAMA TV, biar BERNAMA sendiri yang uruskan. Tapi tak tahulah bila nak ambil. Ambillah cepat, jangan sampai orang tak tengok dan percaya dengan BERNAMA. Kepada Datuk Abdul Rahman Sulaiman, staff BERNAMA berharap sangat Datuk dapat mengembalikan BERNAMA TV kepada BERNAMA. Buatlah cara manapun. Kami ini ibarat hamba tebusan, yang terpaksa bekerja dengan BERNAMA TV yang sebenarnya tak de duit. Sibuk kata gaji staff BERNAMA, BERNAMA TV yang bayar. Tapi la ni BERNAMA yang tanggung. HR BENAMA TV tu pun satu level dengan (ditapis), sama-sama (ditapis) staff BERNAMA buat kerja dengan BERNAMA TV tapi gaji BERNAMA yang bayar.. BERNAMA tak dapat untung apa-apa. Yang GM (ditapis) pulak mengharapkan BERI Merah bayar hutang secara ansur-ansur. Sampai la ni tak bayar... khabarnya 24 juta (ringgit). KSU ganti jerlah GM baru ni. Datang tak bawa apa-apa perubahan pun. Pakailah logik akal mangkuk-mangkuk BERNAMA, kalau overtime yang tak sampai dua tiga ratus dia orang lembab nak bayar, inikan pula puluh-puluh juta. Apa yang buruk berlaku kat BERNAMA TV, bukan orang luar tahu. Dia orang hanya ingat BERNAMA TV tu BERNAMA punya, pada hal BERNAMA TV dah kena jual.Yang nak kena jawab adalah mangkuk-mangkuk BERNAMA juga. (Ditapis) ko memang tak layak pegang HR senior manager. Hidup ko penuh dengan caci maki staff saje. Lepaskan tension ko (ditapis).- Hamba BERNAMA TV.