Friday, September 03, 2010

Fakta adalah fakta

Saya tertarik membaca tajuk dan laporan berita media tempatan mengenai ucapan PM DS Najib Tun Razak pada majlis berbuka puasa dengan media semalam, Yang menarik perhatian saya adalah perkataan fakta.

Fakta amat jelas bermaksud kenyataan peristiwa yang benar-benar terjadi, yang pasti dan yang benar. Oleh itu fakta adalah fakta.

Dalam bahasa Inggeris fakta disebut "fact" yang membawa maksud "certainty" atau sesuatu yang pasti, "reality" atau kenyataan sebenar, dan "truth" iaitu yang benar.

Dalam ucapannya, DS Najib menyebut bahawa laporan berita oleh media arus perdana berasaskan fakta, manakala laporan media alternatif (iaitu media internet, blog, dan mungkin juga Facebook dan Twitter)  tidak menyediakan laporan berdasarkan fakta. Kenyataan Najib  boleh dipertikai dan diperbahaskan, tetapi tiada gunanya.

Saya tidak tahu sama ada DS Najib berucap dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, tetapi berdasarkan laporan media, saya agak ianya dalam bahasa Inggeris. 

Akhbar The Star dan NST melaporkan DS Najib sebagai menggunakan perkataan "fact-based" dan begitu juga dengan Utusan Malaysia yang melaporkannya sebagai "berasaskan fakta".

Seperti yang saya ulas, fakta adalah fakta. Ia sesuatu yang benar-benar berlaku, satu kenyataan yang pasti. Oleh itu adalah tidak betul jika kita katakan sesuatu laporan itu mempunyai fakta yang salah atau fakta yang tepat kerana fakta sudah tentu bukan sesuatu yang salah atau sesuatu yang tidak tepat, jika demikian maka bukanlah fakta namanya.

Oleh itu, saya tertanya-tanya kenapa dalam laporannya, Bernama menyebut "berasaskan fakta yang tepat"?
Akhbar lain menyebut "berasaskan fakta" atau "fact-based" dan rujukan itulah yang betul kerana fakta adalah fakta, tidak timbul sama ada tepat atau tidak. Facts are facts,  no such thing as "accurate facts" or "wrong facts".

4 comments:

Anonymous said...

Fakta adalah fakta.
Itulah yang betul dan tepat.
Saya tak nak sentuh fakta Najib.
Tapi menyeleweng sikit.
Dalam kita menulis buku sejarah, fakta sangat penting.
Saya ambil contoh kecil saja.
Tentang tajuk filem Melayu lama.
Ramai penulis menggunakan ejaan baru termasuk Johan Jaffar dan terbaru buku Amir Mahmud.
Penarek Becha ditulis Penarik Beca.
Nujum Pa' Blalang ditulis Nujum Pak Belalang.
Lanchang Kuning ditulis Lancang Kuning.
Bukan Salah Ibu Mengandong ditulis Bukan Salah Ibu Mengandung.
Anihnya, bila ditegur mereka tak nak terima.
Bodoh sombong.
Menggunakan ejaan baru bukan satu kesalahan tapi ianya bukan fakta.
Itu satu contoh aje.
Sebenarnya ada beribu lagi.

Ramli Mohd Yunus said...

Tuan Syed,

Saya sendiri keliru, macam mana pengertian bahasa diubahsuai oleh kepimpinan negara!

Ada tak perkataan `remorse' dalam kamus pemimpin kita dewasa ini. Tolong Tuan Syed tafsirkan perkatan tersebut.

God Bless Us.

Unknown said...

Sdr Ramli,

perkataan "remorse" mungkin asing bagi sesetengah pemimpin dan masyarakat kita. Perkataan yang membawa maksud sesal, bertaubat dan rasa bersalah itu seolah-olah tidak wujud. Jarang kita dengar mereka mengakui kesalahan atau meluahkan penyesalan yang amat sangat atau rasa bersalah atas kesalahan yang dilakukan apatah lagi bertaubat. Itulah yang saya faham akan perkataan "remorse".

Ramli Mohd Yunus said...

Dear Tuan Syed,

They never learn..I bet you..we will see after 2013.. I have learned to live to witness these political 'sinners'!

May God Bless Us.