Monday, September 06, 2010

Iklan Aidil Fitri - TV3 tak peka

Penyiaran iklan Aidil Fitri oleh TV3 yang nampaknya terlalu taksub dengan slogan politik 1Malaysia, akhirnya ditarik balik ekoran bantahan umat Islam termasuk parti PAS.

Sahabat saya, Datuk Ahmad A Talib kenalah ambil berat dan ambil tahu akan perkara-perkara yang nak disiarkan oleh TV3 kerana jawatan yang dipegangnya, walaupun atas perlantikan politik,  ttidak terlepas daripada soal akidah dan kepekaan terhadap Islam.

Adalah sesuatu yang sangat tidak kena bagi TV3 nak samakan sambutan Aidil Fitri,  yang menandakan kejayaan umat Islam menyempurnakan salah satu rukun Islam, dengan sambutan atau perayaan agama lain.

Janganlah terbawa-bawa dengan slogan atau konsep 1Malaysia kerana ia tidak lebih daripada slogan rekaan manusia sama seperti slogan Islam Hadhari yang kini tenggelam senasib seperti manusia yang mengada-adakan slogan itu.

Aidil Fitri tidak akan tenggelam sehingga akhir zaman kerana ia bukan slogan atau sesuatu yang direka oleh manusia, ia adalah hadiah daripada Allah Yang Maha Berkuasa kepada umat Islam untuk merayakan kejayaan mereka menyempurnakan ibadat puasa pada bulan Ramadhan.

Tahniah kepada Petronas atas penyiaran iklan Aidil Fitri yang bukan sahaja membuatkan penonton tersenyum tetapi membawa maksud yang berhubung kait rapat dengan kenyataan. Mungkin TV3 kena minta nasihat atau mengupah syarikat pengiklanan yang sama pada masa hadapan.


5 comments:

mr edz said...

tuan.. saya tak bersekempatan untuk melihat iklan ini.. tetapi menurut beberapa blog ianya mirip dengan iklan hari krismas lagaknya... apakah ini slaah satu langkah kristianiti secara senyap senyap?

Syed Imran said...

Mr EDZ,

Orang yang mereka iklan tersebut bukan seorang Muslim, berdasarkan namanya, saya yakin dia penganut Nasrani.

Persoalannya kenapa bos-bos TV3 yang beragama Islam leka akan soal akidah umat Islam dengan membiarkan iklan tersebut dipancarkan. Ia jelas menyimpang daripada kesucian Islam kerana puasa dan sambutan Aidil Fitri adalah soal agamna, bukan adat mahupun budaya.

Benar, bos rangkaian tv Media Prima, Ahmad Farid Ridzuan telah memohon maaf dan sempena bulan baik ini, kita maafkan akan kealpaannya itu.

Kita harap TV3 jangan terlalu taksub dengan 1Malaysia walaupun kita tahu Media Prima milik siapa dan siapa yang mengawalnya.

Anonymous said...

Orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan mesti letak jawatan.

Ahmad A Talib said...

Salam Pak Tuan Syed,

Betul sangat kata Pak Tuan tu! Dan terima kasih atas nasihat dan pandangan. Untuk pengetahuan Pak Tuan, Utusan Malaysia MS13 hari ini ada memuatkan penjelasan dari rakan setugas saya. Saya yakin semua pihak di Sri Pentas sudah bingkas apabila berhadapan dengan isu ini.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

pahit manis

Anonymous said...

YB Dato' Pahit Manis,

Secara peribadi, saya berpandangan iklan TV3 tersebut telah menghina Rasullullah SAW dan syariat islam yang dibawa oleh Baginda. Sama ada sengaja atau tidak, ia tidak menjadi soal. Dan yang memualkan ialah ianya berlaku kepada sebuah organisasi yang diurus oleh majoriti Islam dan Melayu.

Adakah dengan jawapan bingkasnya Sri Pentas sudah memadai? Saya tidak fikir cukup.

Secara peribadi juga, saya dengan bingkasnya meminta CEO TV3 untuk memohon maaf dan meletak jawatan dengan serta merta kerana beliau telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab walaupun telah diberikan sumber dan kemudahan secukupnya di TV3 bagi mempastikan kejadian menghina junjungan besar Nabi Muhammad tidak berlaku. Bukan TV3, beliau ada sumber dari TV9, NTV7 dan 8TV yang boleh digembleng sebelum iklan ini keudara. Tapi, beliau gagal 'big time' dan sewajarnya mengundur diri.