Tuesday, February 09, 2010

Zambry MB Perak yang sah, Mahkamah Persekutuan

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini dengan sebulat suara mengisytihar Dr Zambry Abdul Kader sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu bagaimanapun dilihat tidak akan dapat menyelesaikan kemelut politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kerana masih ada satu lagi saluran undang-undang, iaitu semakan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan.

Pihak Pakatan Rakyat boleh mengemukakan rayuan semakan penghakiman kepada Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, adalah difahamkan bahawa pihak Datuk Seri Ir Mohamad Nizar terima keputusan itu dan tidak akan mengemukakan rayuan semakan.


10 comments:

Unknown said...

Allah tetap memehak kepada yang benar

Blow d' whistle said...

Salam Tuan Syed,

Sekarang ni mudah je. Nak tunjukkan majoriti suara tak perlu ada kat dalam DUN...cukup di Istana...dan tempat-tempat lain macam BAWAH POKOK , restoran, hotel

apa pun....ianya da berlaku ...DAN BOLEH BERLAKU LAGI PADA MASA HADAPAN....harap-harap lepas ni kalau dah terkena BATANG HIDUNG SENDIRI....jangan nak KECOH pulak yer

tu saja komen saya

Unknown said...

Cikgu Pencen,

Saya setuju 100 peratus.

Blow d'whistle,

Ekoran daripada penghakiman berkenaan, nampaknya peranan DUN perlu dikaji semula.

lim kit malam said...

Blow d'whistle
Tak kecoh ataupun siapa yang kecoh? Cuma nak kepastian mahkamah yang membebaskan Anwar dulu mahkamah apa? Dan siapa yang tak kecoh masa tu?

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Pada pilihanraya umum rakyat Perka telah membuat keputusan tetapi malangnya tiga manusia yang mendpt amanah rakyat telah menafikan kemenangan mutelak sehingga mengheret ke mahkamah. Hari ini mahkamah memberi kemenangan kepada komponan parti yang tewas berdasarkan huraian undang-undang. rakyat Perak patut akur dengan keputusan mahkamah. Bagaimanapun, Dr Zamry pasti tidak dapat menguasai DUN Perak dengan hanya majoriti mudah itu. Dalam tempoh dua tahun akan datang ini pembagunan ekonomi dan sosial di Perak adalah rapoh. Kedudukan politik di Perak juga tidak akan berubah. Rakyat akan terus menderita kerana orang politik terus bersendiwara.

ahli umno 1969

Unknown said...

Lim Kit Malam,

Jika penghakiman memihak kepada mana-mana orang pun dah tentu ada yang sokong dan ada yang tak sokong.

Dalam kes ini, pakar atau ahli dalam bidang undang-undang pun ada yang sokong dan ada yang sebaliknya.

Walau apapun, keputusan mahkamah, sama ada kita setuju atau tidak, mesti dihormati atas dasar keluruhan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Walaupun demikian, pihak yang kalah tidak akan berpeluk tubuh dan tidak melakukan sesuatu yang dibolehkan oleh undang-undang negara.

Ahli Umno 1969,

Saya percaya kemelut ini tidak akan berakhir di sini.

Oleh itu, adalah lebih baik jika diserahkan kepada rakyat untuk menghakiminya dan dengan itu, mungkin, kemelut dan kekalutan dapat diselesaikan.

Suara rakyat tidak boleh dipertikaikan seperti mana orang mempersoal keputusan sesuatu penghakiman.

Anonymous said...

Tidak tepatkah keputusan ini?
Mana mungkin seorang yang memohon untuk derhaka diangkat menjadi memanda menteri?

Jati Melayu.

Blower said...

Salam Tuan Syed sekali lagi,

Saya terpanggil dengan komen Lim Kit Malam...isunya di sini adalah tentang pemilihan pemimpin...siapa yang memimpin Malaysia sekarang ini?

Perdana Menteri atau YDP Agong? Siapa yang dipilih dan siapa pula yang memilih?
Saya tak nafikan BN menang pada PRU-12 dan wakil BN layak menjadi PM!

Seharusnya isu ini diperhalusi dan diperbetulkan dengan segera...apakah kuasa rakyat SETAKAT/SEKADAR MEMILIH dan yang menang itu tidak semestinya akan memimpin dengan "kebenaran" seseorang? Apakah peranan RAJA dan RAKYAT dalam sistem pilihanraya kita?

kalau benar kita hendak menuju ke arah negara yang dihormati...asas utamanya adalah UNDANG-UNDANG mesti dipatuhi.

Sekian saja buat masa ini.

Lim Kit Malam said...

Blower
"harap-harap lepas ni kalau dah terkena BATANG HIDUNG SENDIRI....jangan nak KECOH pulak yer"

Batang hidung siapakah itu? Ahmad Nisfu? Bukankah "superfrogs" yang dijanjikan pada 16 September itu satu pengkhianatan pada asas demokrasi? "Paradigm Shift" kata Anwar dan "berilmu, beriman dan berpengalaman" kata Nizar bilamana Nasar melompat ke PKR. Dijamu, disanjung dan dirayakan di pejabat Menteri Besar (of all places) tetapi apabila berlaku sebaliknya atau to quote you "terkena BATANG HIDUNG SENDIRI", siapakah yang kecoh? Dalam isu ini, hanya Karpal Singh sahaja yang ada moral high ground, kalau Nizar tu hanya bermain politik tapi sore loser bila tertewas dalam permainan yang sama.

Precisely my point, Syed. Like it or not, the Federal Court decision must be uphold. Jangan hanya bila mahkamah memihak kepada kita barulah mahkamah itu adil.

Blower said...

salam tuan...

rules of transformational

1. always question the routine
2. don't always believe what you see
3. find your niche
4. find out what could kill you

by the way, competitiveness ranking of Malaysia for 2009 is 18, USA = 1, Hong Kong = 2 and Singapore = 3.

Lim Kit Malam...have to agree with you to DISAGREE...

thats all