Monday, February 22, 2010

Pengerusi Bernama ke-10 belum dilantik ganti Annuar Zaini

Tempoh atau kontrak perkhidmatan Mohamad Annuar Zaini selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA telah berakhir pada 31 Januari 2010. Beliau dilantik ke jawatan bukan eksekutif itu pada 1 Februari 2004 menggantikan Kalimullah Masheerul Hassan.

Annuar Zaini adalah Pengerusi Bernama ke sembilan dan berkhidmat selama tiga penggal.

Antara tokoh yang pernah mengetuai Lembaga Pengelola Bernama adalah Abdul Aziz Yeop, Mazlan Noordin, Prof Abu Bakar dan Abdul Kadir Jasin. Mereka menjalankan tugas tanpa mencampuri urusan pentadbiran terutama di Jabatan Pengarang.

Pengurusan Bernama mengadakan satu majlis perpisahan 'meraikan' Annuar Zaini pada 11 Februari di Wisma Bernama, Jalan Tun Razak.

Siapa pula yang bakal dilantik Pengerusi Bernama yang sudah tentu mesti mendapat restu Perdana Menteri. Beberapa nama menjadi sebutan termasuk seorang mantan Ketua Pengarang Bernama yang pernah sepenggal menjadi Ahli Parlimen dan kemudian berkhidmat dengan unit perhubungan media Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Walau siapapun yang dilantik, dia semestinya tahu dan sedar akan tugas dan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Akta Bernama. Selaku Pengerusi bukan eksekutif, dia perlu tahu bahawa dia tidak boleh bertindak selaku CEO atau ketua pegawai eksekutif, dia juga tidak seharusnya campur tangan dalam urusan pentadbiran terutama di jabatan pengarang.

Lembaga Pengelola lazimnya bermesyuarat sekali dalam tempoh dua bulan untuk memastikan Bernama berperanan berpandukan dasar dan garis panduan yang ditetapkan dan untuk membuat perlantikan jawatan-jawatan kanan, jika perlu.

Lembaga Pengelola Bernama yang berpandukan Akta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, terdiri daripada enam orang ahli yang dilantik mewakili Kerajaan dan enam orang lagi dilantik mewakili media yang juga pelanggan Bernama, melambangkan perkongsian antara kerajaan dengan pengamal media swasta.

Lembaga Pengelola, terutama Pengerusi, tidak seharusnya campur tangan dalam pentadbiran hari ke hari Bernama atau membuat apa-apa pelaburan tanpa kelulusan Lembaga dan dipersetujui oleh Kerajaan.

Tetapi, dalam tempoh perkhidmatannya, Annuar dikatakan telah bertindak menjangkaui bidang kuasanya. Isu perjanjian dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd yang menimbulkan masalah kepada Bernama adalah satu contoh.

Seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong pada bulan Ogos 2009, tiada peruntukan dalam Akta Bernama yang membolehkan sebuah syarikat swasta menggunakan nama Bernama mahupun logonya.

Bernama juga tidak dibenar atau dibolehkan untuk memberi kredit kepada sebuah syarikat swasta atau memberi hak kepada syarikat berkenaan menggunakan premis, peralatan, perkakasan atau sumber-sumber Bernama untuk kepentingan sendiri.

YB Wee juga menyatakan bahawa Annuar memakai dua kopiah, bak kata pepatah Inggeris, iaitu selaku Pengerusi Bernama dan Pengarah Bernama TV Synergy.

Kita tidak tahu apa dah jadi dengan hutang berjumlah RM15 juta yang dilaporkan ditanggung oleh Bernama TV Synergy dan sama ada ia sudah dilunas kepada Bernama. RM15 juga bukan satu jumlah yang kecil, lebih-lebih lagi kepada Bernama.

Bernama TV Synergy adalah sebuah syarikat swasta yang dimiliki oleh seorang ketua bahagian UMNO di Kedah bernama Mohamad Suhaimi Abdullah dan dengan itu, ia memberi gambaran bahawa Bernama dikaitkan dengan UMNO, sesuatu yang tidak betul walaupun ada pihak yang akan berkata demikian.

Pada 1 Ogos 2009, Annuar telah memberi penjelasan ringkas kenapa Bernama memutuskan hubungannya dengan Bernama TV Synergy Sdn Bhd. Ia dikaitkan dengan kedudukan kewangan Bernama TV Synergy. Tetapi nasi sudah menjadi bubur.

Walaupun khidmat Annuar selaku Pengerusi Bernama tidak disambung, apa yang dilakukannya semasa memegang jawatan itu dari 1 Januari 2004 hingga 31 Januari 2010 termasuk isu Bernama TV Synergy Sdn Bhd tidak boleh dibiar begitu sahaja. Demi menegak kesaksamaan dan memperlihatkan ketelusan pentadbiran, elok juga jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia beri perhatian kepada apa yang telah berlaku itu.

Kepada kerajaan, kita berharap tokoh atau orang politik tidak dilantik ke jawatan itu sama seperti yang dibuat untuk badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau lembaga-lembaga pelabuhan dan agensi-agensi pembangunan wilayah.


14 comments:

Anonymous said...

Salam Pak tuan,

Mengenai hutang2 yg tak berbayar apa susahnya ...kami yg machai2 dibernama sedikit sebanyak akan menerima tempiasnya. Overtime disekat (diganti dgn cuti),tuntutan dipotong ,dulu dapat 3 pasang uniform kini diberi 2 pasang , kasut dapat 2 pasang kini 1 pasang. Itu yg kami nampak. Stakat hutang 15 million takde hal punya bak kata orang "Celah Gigi"
Kini beliau pergi dgn lapang dada.

Sekian.
Kuda Semetot

kacapermata said...

saudara syed,
kadangkala saya rasa pelik dan hairan kenapa penyamun profesional boleh lepas bebas di negara ini, sedangkan ikan bilis dikejar habis-habisan. satu lagi yang peliknya, agensi penguatkuasa samada pdrm mahupun sprm tidak boleh bertindak selagi tidak ada laporan polis, walaupun mereka tahu berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa. mungkin sudah tiba masanya, akta berkaitan perlu dipinda. mungkin ada pihak-pihak tertentu yang takut dicekup kerana tak ada polis report - satu penganiayaan kata mereka. kakitangan bernama tunggu apa lagi, janganlah bercakap seperti halilintar membelah bumi, tetapi habukpun tak ada. tak payahlah cakap hebat setakat di kantin tingkat dua kalau nak buat polis report pun tak berani.

Anonymous said...

Annuar Zaini patut diarahkan membayar segala hutang Bernama TV andainya dia telah membuat keptusan yang melebihi bidang kuasanya. Lagipun, RM15 juta apatah sangat pada dia. Satu jumlah yang kecil saja. Ataupun dia boleh minta sahabat sahabat baiknya. seperti Vincent Tan, Abdullah Badawi, Kalimullah, Tony Air Asia, Keluarga di raja Perak DAN LAIN LAIN yang telah mendapat keuntungan kewangan daripada orang kuat Musa Hitam ini.

Orang yang macam dia ni patut diambil tindakan undang undang untuk mendpat semula apa yang telah dia rugikan di Bernama.

sri hartamas

Anonymous said...

Innalillah iwainna ilahiroji'un...
Kesian, bila dia meninggal?

Tentu ramai yang sedih, menangis teresak-esak...Annuar oi Annuar.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kamu...kami sebagai insan kerdil, ngak bisa bantu, dong. Sudah nazak, kata orang.

Yang disebut-sebut calon Pengerusi ke-10 si-Ketot, mantan MP sepenggal dan mantan KP itu? Awas kamu yang merokok, baik sorok rokok kamu cepat...Dia ni tak memilih jenama rokok, janji ada asap!

Kuda Padi...memerhati dari jauh

Anonymous said...

Pak Tuan,

Malang sungguh nasib Bernama. Lebih malang nasib pekerjanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ia sebuah organisasi yang hebat, para pekerja juga hebat tetapi dek kerana kepimpinan yang mempunyai kepentingan sendiri, maka lambat laun layu semangat mereka.

Bagi yang mengenali Annuar Zaini, seakrab para pekerja Bernama, mereka akan tahu hati budinya. Selama dia di sana, selama itulah semangat para pekerja luntur dan layu.

Bagi yang berkepentingan, Annuar adalah juara, walaupun dihamun dan dimaki sesuka hatinya di dalam mesyuarat atau di khalayak.

Di suatu ketika, semasa Annuar sebagai pengerusi dan dua bekas KP bergilir-gilir sebagai Pengurus Besar, Bernama umpama syarikat mak bapak mereka. Diperlakukan sesukanya. Aset utama organisasi iaitu pekerja tidak diperdulikan, kebajikan mereka tidak diendahkan.

Ramai juga yang tidak tahan lalu berhijrah. Ramai yang meninggalkan Bernama berbakat besar, terutamanya para wartawan yang sememangnya bagus dan menjadi aset yang amat bernilai di organisasi baru yang mereka sertai.

Seorang demi seorang meninggalkan Bernama. Ada seorang itu juga berbakat meninggalkan Bernama genap setahun lepas, mungkin kerana tidak yakin lagi dengan kepimpinan di situ. Mungkin juga sudah tidak sanggup berdepan lagi dengan hipokrasi dan sifat bongkak seorang ketua bahagian di situ.

Saya difahamkan di suatu ketika semangat setiakawan dan kekeluargaan di Bernama amat utuh dan kental. Katanya, keadaannya sudah berbeza sekarang.

Pada saya, yang menyebabkan seseorang pekerja itu kekal dan sayang dengan organisasi tempat kerjanya adalah suasana dan hubungan intra-personnel. Mungkin gaji tidak begitu tinggi tetapi persekitaran kerja yang tenang, hubungan yang baik dan rasa saling hormati dan penghargaan orang atasan terhadap orang bawah, membuat seorang pekerja itu begitu bersemangat untuk bekerja dengan baik. To walk that extra mile, so to speak....

Elok lah Annuar dah tiada di sana. Sekarang mungkin those Little Napoleans yang masih di sana akan menyedari bahawa tidak rugi kalau mereka berbudi bahasa, menghormati dan menghargai orang bawahan. Yang bakal diraih nanti bukan sahaja rasa hormat orang bawahan terhadap mereka, tetapi juga kesungguhan para pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada organisasi....


Fikir-fikirlah sendiri wahai bos-bos Bernama, baik yang paling besar mahupun yang sederhana besar yang merasakan diri sudah amat besar...

Salam Pak Tuan dari saya yang bukannya asing kepada tuan...

Kuda Padi...terus memerhati dari jauh.

Anonymous said...

Salam Pak Syed...

Keadaan di BERNAMA baikpun BERNAMATV dah tenat. Cuma di BERNAMA lebih baik daripada BERNAMATV.

Kalau yang datang menggantikan si HAPRAK tu sebagai pengerusi baru tahu apa yang patut dibuat, keadaan boleh menjadi lebih baik di BERNAMA. Cuma di BERNAMATV dah tak boleh nak buat apa-apa. Si tupai yang naik jadi CEO cuba membaiki labu, hancus jadinya.

Apa yang diwar-warkan semuanya komitmen palsu, dan tiada sebarang perjanjian dimeterai oleh pelabur baru.

Staff BERNAMATV, terus ditindas dan menjadi mangsa pihak pengurusan yang terlalu mengikut telunjuk CEO, yang sepatah haram tak tahu tentang industri TV, maupun berita. Kena pulak dia dengan GM Bernama boleh main "bro bro" bila bersembang. Rupanya, dua-dua sama naik!

Kesian staff BTV, dan kesian kat BERNAMA jugak.

Dan si keparat Annuar Zaini tu, boleh pulak tulis surat kat kakiangan Bernama dan BTV secara pribadi, memohon supaya dimaafkan kesalahan dan kekasaran yang dia lakukan. Gila ka hapa dia ni?!!!

Macamana lagi nak dipulihkan situasi ni...

Anonymous said...

Pak tuan syed,
Sudah sampai masanya PM pandang ke Sabah dan Sarawak pula jntuk mendapat seorang tokoh sebagai Pengerusi BERNAMA. Kita kena ingat Malaysia terdiri daripada tiga Semenanjung, Sabah dan Sarawak. sembilan orang semenanjung telah pun diberi peluang kini bagilah peluang kepada anak Sabah/Sarawak pula. Daripada 9 orang Pengerusi Bernama 4 adalah dari Perak - Aziz Yeop, Datuk Mazlan, Kalimullah Hassan dan Anuar Zaini, Johor (2)- Mohd Dom dan Prof. Dr. Abu Bakar.Lain-lainnya Loraine E. Osman (P.Pinang) Datuk A kadir Jasin (Kedah) dan Prof. Dr Mokzani (perlis). Saya diberitahu 2 orang mantan Pengurus Besar Bernama kini dilantik sebagai penasihat di BernamaTV dan Radio24 juga berminat dan sedang lobi dengan rakan-rakan rapat pihak berkuasa di Putrajaya. Jika usaha mereka berjaya, BERNAMA akan jadi teunama.


1Bernama

Anonymous said...

Mr Syed Imran

Jika dilihat pada carta rasmi organisasi BERNAMA yang dipaparkan di www.bernama.com adalah dengan jelas menyatakan bahawa Perkhidmatan Audio Visual adalah merupakan salah satu Jabatan/Bahagian di BERNAMA.

Oleh yang demikian, secara rasminya mengikut Carta Organisasi tersebut Perkhidmatan Audio Visual atau Bernama TV tidak pernah diswastakan?

Seterusnya, berdasarkan Carta tersebut; bagaimana boleh diwujudkan BERNAMA TV Synergy Sdn Bhd dan dikhabarkan BERNAMA memiliki 33% dalam syarikat usahasama tersebut?

Pelik tetapi Benar

Mohon ulasan En Syed Imran


Rakyat Keliru?????

Syed Imran said...

Tepat sekali. Ia menunjukkan bahawa begitu muda pihak berkenaan memperdayakan orang lain.

Apa peranan sahabat saya Ahmad Wahab? Kenapa perlu ada CEO Bernama TV sedangkan Ahmad Wahab ada?

Siapa yang kawal atau 'control' Bernama TV? Bernama atau pihak ketiga?

Tanya Syed Jamil dan Azman Ujang, kedua-dua mereka boleh beri jawapan kerana mereka cukup tahu dan kita tahu bagaimana mereka cukup tahu.

Anonymous said...

Makanya, kita perlu sedar kenapa dua datuk mela'un tu, SJ dan AU, masih tidak mampu hidup bersenang lenang di usia mereka yang sudah senja, lantaran tidak beramanah semasa diberikan kepercayaan menerajui BERNAMA dahulu.

Disebabkan haloba dan sikap "ada aku kesah", maka mereka sehingga hari ini masih di situ dalam kapasiti yang lain.

Andainya mereka berdua membaca ruangan ini, nasihat saya: "Sudah-sudah lah Datuk. Apa lagi yang mahu dikejar? Dah lama sangat di sana. Dah sampai masa untuk berundur. Kalau anda berdua tidak sedar, biar hamba sedarkan...orang BERNAMA dah meluat tengok kamu berdua terhegeh-hegeh di sana."

Sungguh sedih, dua orang BERNAMA yang diberikan kepercayaan, melunturkan kegemilangan BERNAMA, seorang kerana ego dan kesombongannya manakala yang seorang lain kerana kecaleruan minda. Si-Annnuar pula nailed the coffin! Jangan tunding jari pada orang bawahan...the fish rots from the head! Ketika kamu berdua di atas sana, baunya amat busuk dan masih berbau sehingga hari.


Kuda Pagi

Anonymous said...

Pak Tuan,

Pembaca tajuk ini dan komen-komen yang menyusul mungkin membuat andaian bahawa ini semua suara-suara sumbang golongan yang dengki, cemburu dan sakit hati dengan individu-individu yang disebut kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Sour grapes, begitu.

Sebenarnya, semuanya suara dan luahan hati mereka yang sayangkan BERNAMA yang sedih menyaksikan apa telah berlaku kepadanya.

Bagaimana sebuah agensi yang penting dan gah itu, longlai dijarah pihak berkepentingan, demi kuasa mereka dan kedudukan mereka.

PB sekarang tolong ambil iktibar...dengarnya ada juga luarbiasa tindakannya.

Kuda Padi

Anonymous said...

Salam Pak tuan,

Setelah saya amati perasaan kecewa dikalangan warga Bernama begitu menyeluruh. Ini adalah kesan ketidak adilan oleh kepimpinan di bernama. Pabila seseorang pemimpin itu melakukan sesuatu bukan atas hak tetapi atas kepentingan diri begini le jadinyer. Meletakkan kepimpinan kepada kroni dan orang yang sebulu bukan atas merit dan kebolehan. Mengenepikan kritikan dan pendapat orang yang tidak sehaluan..dan hanya menerima pujian dan bodekan dari org sekelilng menjadikan pimpinan itu buta akan kelemahan diri sebagai manusia..dan merasakan diri amat bagus dan tak ternilai kehebatan.Kita lupa kita juga akan disoal atas setiap ketidak adilan itu. Bagi yang mengkritik dengan kata kata kesat nilai lah diri anda ..adakah anda berbeza jika di beri kuasa oleh yang Maha Esa..Manusia memuji bila ia bermenafaat..mengeji bila tidak diberi..Bagi Datok SJ sudah sudahlah ..jaga lah akhlak diri elak lah dikeji..Ingat Nasab anda..
Buat warga bernama semoga Allah memberkati kita dengan pimpinan yg lebih adil..

Anonymous said...

Kepada yang berkenaan,
saya amat kecewa atas sikap anda yag memper soalkan perlatikan Datuk AU dan Datuk SJ di Bernama.
Mereka berdua tidak memaksa mana-mana pihak untuk melatik mereka.Perlantikan mereka adalah atas budibicara pihak pengurusan. Mereka berdua tidak sepatut dipersalahkan tetapi pihak pengurusan patut anda persalahkan.Saya fikir pengelaman mereka masih lagi perlukan maka sebab itulah mereka dilantik selaku penasihat. Anda mesti ingat mereka berdua tidak "mencuri" jawatan orang lain kerana jawatan penasihat diwujudkan berbentuk "ad-hock" dan mereka boleh diberhentikan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi.Janganlah kita berdengki, busuk hati dan berdendam. Kita mesti berani terima kenyataan. Jangan kita suka amalkan sikap "baling batu sembunyi tangan" membuat tuduhan melulu dan memburuk-burukan seorang kerana kita tidak sukakan seseorang itu.


1Bernama

Anonymous said...

salam semua..

kesian kepada warga BTV yg bakal dipindahkan sekali lagi dalam masa terdekat ini..

di kesempatan ini, saya ingin menegur la sikit..

staf2 BTV sering dilihat berperwatakan tidak sedar diri dan berlagak tak bertempat..

ada juga yang menerima bayaran yang tinggi dan tidak sepadan dengan apa yang disumbangkan

badan komunikasi korporat BTV juga tidak mempunyai fungsi kerana sering mempergunakan komunikasi korporat BERNAMA.

eloklah sekiranya staf2 BTV tidak bersikap seperti taiko kerana itulah pandangan staf BERNAMA terhadap BTV...mereka juga sombong...

mungkin ada yang akan bersuara..
"biarlah apa yang orang kata, kita tak boleh memuaskan semua org.."

betul tu...tapi hampir semua orang mengatakan perkara yang sama..jadi tingkatkan prestasi disamping bermain Playstation dan melepak di kafe..

*budak baru belajar 3D