Monday, February 01, 2010

1Malaysia - kenapa tak amal dalam BN?

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Haji Ahmad atau Pak Lah, semua orang yang mengikuti tiupan angin dari Kepala Batas, Pulau Pinang begitu asyik dan taksub mendukungi slogan "Islam Hadhari" - itu hadhari dan ini hadhari. Pendek kata, semuanya hadhari belaka.

Tapi sekarang senyap dan sunyi. Ke mana menghilangnya hadhari?

Sekarang - mereka yang dahulunya menyokong hadhari beralih arah mengikuti tiupan angin dari Pekan, Pahang. Semunya asyik dengan konsep 1Malaysia - apa saja dikaitkan dengan angka 1 - semuanya satu belaka. Memang hebat angin yang bertiup kencang dan sesekali berfawana syahdu itu.

Dalam merenungi konsep atau slogan 1Malaysia, bukan sesuatu yang baru kerana Singapura jauh lebih awal memperkenalkan konsep "One People, One Nation, One Singapore" hampuir 20 tahun lampau, saya tertanya-tanya kenapa konsep itu tidak dilaksana dalam hiraki Barisan Nasional?

Jika diteliti, kita akan dapati hiraki BN lebih memihak kepada satu parti iaitu UMNO - pengerusi dari UMNO, timbalan pengerusi UMNO, setiausaha agung UMNO, bendahari agung UMNO, pengerusi wanita UMNO dan pengerusi pemuda UMNO.

Parti-parti komponen lain di mana? Tak layak? atau tidak lebih daripada menjadi ahli Dewan Tertinggi?

Kenapa BN sendiri tidak melaksanakan konsep 1Malaysia - OK kita terima hakikat UMNO adalah tunjang BN dan seharusnya menjadi pengerusi dan timbalan pengerusi (1) manakala ketua parti-parti komponen yang sama ada kanan atau mewaklii sebuah parti yang besar menduduki kerusi naib pengerusi ataupun apa salahnya diwujudkan jawatan timbalan pengerusi (2) untuk mereka.

Apakah jawatan pengerusi wanita BN tidak boleh diberi kepada parti lain, umpamanya MCA, jawatan pengerusi pemuda kepada MIC, setiausaha agung kepada Gerakan dan bendahari agung mungkin kepada sebuah parti terbesar dari Sarawak. Bukankah dengan berbuat demikian BN akan dilihat sebagai sebuah gabungan parti-parti politik yang benar-benar berkongsi kuasa dan menonjolkan konsep 1Malaysia?

Saya sedar akan bangkit bantahan daripada orang UMNO yang taksub mengikut tiupan angin dari Pekan, Pahang tetapi mereka kena faham dan sedar akan keadaan politik semasa dan jika benar-benar memahami dan mendokong konsep 1Malaysia.


9 comments:

airman_1 said...

tepat sekali 1malaysia spatutnya
disandarkan kpd bn bukan kpd umno
sbb ornag umno sentiasa sokong umno/bn tapi orang bukan umno tiada kepastian...

Anonymous said...

Bro Syed,

What 1Malaysia are they talking about? As always government policies or programmes are good but the problem is with its implementation.

Gone were the days when we could see Indian postmasters and Chinese clerks in government offices. How many Indian postmasters can you see nowdays and how many Chinese clerks or officers in government departments? Hardly any.

Look at the 20 or so public universities - how many non-Malay vice-chancellors? None.

As said by PM Datuk Seri Najib, even the conservative Saudi Arabia appointed a non-Muslim Singaporean Chinese to head its most prestigious institute of higher learning and he asked whether such appointment can be accepted in Malaysia. If the PM said so, then where is 1Malaysia?

Hundreds if not thousands of Malaysians, professionals and high achievers academically migrated and are working in developed countries simply because there are no place for them at home.

1Malaysia must be fairly and justly implemented for the concept to succeed. Not mere political rhetoric to win votes. It will fail.

T'ng Lang

Shamsul Yunos said...

I do wonder why Anwar thinks the 'fabricated' evidence would embarrass him or his family

since when is a lie told about you embarrassing

read it http://marahku.blogspot.com/2010/02/why-is-lie-embarrassing.html

Syed Amat said...

Sokong penulisan Pak Tuan, ahli UMNO sendiri tidak pernah didik untuk menjadi lebih terbuka dan menjadi lebih bijaksana dalam berpolitik.

Contoh paling mudah, setelah sekian lama UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah, saya rasa hanya sekarang saja baru ada anak jati Sabah menjawat jawatan Naib Presiden.

Rasanya tidak salah kalau jawatan Naib Presiden ada 4 dan satu jawatan Naib Presiden haruslah diisi oleh ahli UMNO dari Sabah. Perkara ini sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi supaya orang Sabah tidak merasakan kehadiran mereka hanya sekadar penumpang.

Syed Imran said...

Syed Amat,

Ahli UMNO sebelum parti itu diisytihar sebuah pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggim KL adalah jauh lebih terbuka pemikiran mereka daripada ahli UMNO sekarang.

Kebanyakan jika tidak semua pemimpin UMNO yang ada selepas itu yang mula diresapi golongan bukan guru dan kakitangan bawahan kerajaan, telah membawa perubahan yang mengakibatkan UMNO angkuh dan elitis. UMNO dihantui amalan rasuah atau politik wang, tamak kuasa, kedudukan dan pangkat serta mengejar kemewahan hidup.

Syed Imran said...

T'ng Lang,

Agreed. Hopefully under the present concept of 1Malaysia, merit and qualifications would be the criteria to appoint VCs, heads of department, CEOs of government-linked companies and diplomats. Appointments must not be made based on race or religion.

Syed Amat said...

Pak Tuan,

Secara peribadi, saya lihat konsep perkongsian kuasa yg dibawa oleh BN adalah yg terbaik yg pernah saya lihat. Tetapi yg salahnya adalah pemimpin yg memimpin BN. Mereka mula lari dari konsep tersebut.

Melayu UMNO, Cina MCA dan India MIC dulu-dulu saling menghormati hak antara kaum dalam BN. Tetapi kini, Melayu UMNO dah nak jadi macam PAS dulu-dulu sedangkan dimasa sama PAS berubah untuk menjadi UMNO dulu-dulu malah jika dilihat PAS kini lebih UMNO dari UMNO. Jadi tidak hairanlah mengapa kaum cina dan india lebih senang menerima PAS daripada UMNO sekarang.

Walau bagaimana pun, cina MCA kini tidak keterlaluan seperti cina DAP. Mereka masih terbuka dan lebih memahami tentang hak orang melayu. Begitu juga india MIC jika dibandingkan dengan HINDRAFF.

Jadi kesimpulannya, untuk mengembalikan keharmonian di negara kita, rakyat Malaysia sepatutnya bersatu hati menerima konsep yg dibawa oleh BN. Dalam masa yg sama, kita haruslah bersama-sama menukar pemimpin-pemimpin yg kelihatan tidak bersih di dalam BN.

Syed Amat said...

Kini rakyat Malaysia kena buat pilihan untuk menetap di salah satu daerah. Daerah pertama didiami oleh perompak-perompak manakala daerah satu lagi didiami oleh perompak-perompak yang suka merogol. Tiada pilihan ke tiga buat masa ini.

Jadi adalah lebih baik tinggal di daerah yang didiami perompak yang hanya merompak saja berbanding memilih supaya diri kita dirompak lepas itu di rogol.

Sebabnya, selepas kita dirompak hingga jadi papa kedana kita boleh hidup aman sebab kita sudah tiada barang lagi untuk dirompak. Jika kita memilih yang kedua, kita akan terus diganggu untuk dirogol walaupun kita sudah papa kedana.

Inilah kesimpulan yang boleh saya buat berdasarkan suasana politik negara kita sekarang.

Syed Imran said...

Syed Amat,

Benar, konsepnya bagus tapi pelaksanaan dan soal manusia itu sendiri yang pincang.