Malam tadi TV3 menyiarkan satu cerita menyayat hati berkaitan kehidupan rakyat marhain di Kuala Lumpur yang sekali gus menimbulkan banyak tanda tanya tentang tanggungjawab pihak yang diamanahkan untuk menanganinya.
Melalui rancangan 'Aduan Rakyat' stesen penyiaran swasta itu bukan sahaja membuka mata warga kota yang menonton rancangan itu tetapi membuatkan pihak yang sepatutnya prihatin dan mengambil tahu serta mengambil berat mengenai masalah kehidupan sedemikian rupa, turun padang.
Kita sedar akan kewujudan golongan miskin dan papa dan segelintir yang ditakrifkan sebagai 'kutu rayau' atau 'vagrant' iaitu istilah yang merujuk kepada mereka yang tiada rumah atau tempat tinggal, tetapi tidak pula menyangka bahawa ramai daripada mereka menyambung hidup dengan mencari makanan dari tong-tong sampah.
Itulah kenyataan atau realiti kehidupan yang dipaparkan oleh TV3 malam tadi, sesuatu yang cukup menyedih dan mengguris perasaan siapa sahaja yang menonton rancangan 'Aduan Rakyat'.
Kita yang menonton rancangan itu malam tadi sudah pasti insaf dan semestinya bersyukur atas nikmat hidup yang diberi oleh Allah kepada kita kerana kita tidak perlu membuka bungkusan-bungkusan plastik hitam di belakang restoran makanan segera untuk mendapatkan sisa-sisa ayam goreng, kentang goreng atupun burger untuk mengisi perut. Sisa buangan orang lain yang tidak menghabiskan makanan mereka rupa-rupanya menjadi rezeki kepada orang lain yang kelaparan.
Ada di antara kita yang mungkin menyatakan bahawa golongan malang itu malas atau tidak mahu bekerja tetapi apa yang dipaparkan oleh TV3 adalah sebaliknya. Mereka yang diwawancara oleh petugas rancangan 'Aduan Rakyat' berkata mereka tiada pilihan, minta kerja tak dapat kerana, antara lain, latar belakang sebagai bekas bantuan, atau pernah menghuni pusat serenti dan tiada kelayakan.
Semua mereka menjadikan kaki lima, bawah jambatan atau jejambat, stesen LRT atau anjung masjid sebagai tempat tidur. Ada pula satu keluarga yang si bapa berpendapatan kecil dan tidak mampu menyewa rumah membawa keluarganya tidur sama ada di kawasan Dataran Merdeka atau kaki lima.
Saya cukup hormat dan menyanjung tinggi usaha TV3 yang jelas jauh lebih berjaya dan berkesan daripada sesetengah wakil rakyat mahupun jabatan dan agensi kerajaan dalam menangani dan membantu menyelesaikan masalah rakyat. SYABAS.
Apabila TV3 mendedahkan masalah rakyat, kepincangan mahupun penyelewengan termasuk perbuatan mencuri kayu balak atau pasir, barulah pihak-pihak yang diamanahkan turun padang dan cuba selesai atau tanganinya. Boleh dikatakan hampir semua perkara yang didedahkan oleh TV3 dapt diselesaikan.
Sekiranya TV3 tidak berbuat demikian, maka masalah, penyelewengan dan perbuatan jenayah seperti mencuri kayu balak dan pasir akan terus berleluasa. Bayangkan kayu balak yang begitu besar dengan menggunakan lori balak untuk mengangkutnya tidak 'dilihat' oleh pihak berkenaan sehinggalah disiarkan oleh TV3!
Berbalik kepada wujudnya rakyat di ibu kota dan saya percaya juga wujud di kota-kota besar dan sederhana besar di seluruh negara, yang terpaksa mencari makanan di tong-tong sampah, kita ingin tahu apa yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, BAITULMAL dan Pusat Urus Zakat...?
Boleh dikatakan hampir semua warga malang yang didekati TV3 adalah orang Melayu, beragama Islam yang sewajar dan selayak-layaknya mendapat bantuan daripada pihak BAITULMAL DAN PUSAT URUS ZAKAT Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apa dah jadi dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka untuk turun membantu, mereka tidak semestinya duduk di pejabat dan tunggu orang datang minta bantuan, mereka kena buat kerja sikit, iaitu turun padang cari orang yang seharusnya diberi bantuan. Ia adalah tugas yang diamanahkan bukan sahaja oleh pemerintah tetapi oleh Allah.
Malangnya, walaupun wujud BAITULMAL dan institusi zakat yang mempunyai wang dan harta berpuluh malah beratus juta ringgit, masih ada umat Islam yang terpaksa menyambung hidup dengan menggeledah tong-tong sampah di belakang restoran KFC dan A&W di Kuala Lumpur.
Daripada apa yang didedahkan oleh TV3, mereka yang mencari makan dari tong-tong sampah bukan sakit jiwa atau kurang siuman, mereka mengaku terpaksa berbuat demikian kerana itulah saja sumber rezeki untuk terus hidup. Mereka terpaksa menebalkan muka, pedulikan apa orang nak kata asalkan mereka dapat mengisi perut yang lapar sebelum beredar ke kaki-kaki lima, stesen LRT, Dataran Merdeka ataupun masjid untuk tidur.
Salah seorang yang diwawancara oleh TV3 malam tadi menyatakan dia juga terpaksa mendapat makanan daripada sebuah gereja (katanya pihak Kristian, dah tentu gereja) di ibu kota. Apakah pihak gereja lebih prihatin daripada institusi Islam itu sendiri?
Seperkara lagi yang menimbulkan tanda tanya ialah kenapa apabila TV3 turun menyiasat, baru menteri turun padang dengan membawa bersama-samanya sepelatun pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Rakyat, Dewan Bandar Raya KL dan sebagainya.
Seperkara lagi yang menimbulkan tanda tanya ialah kenapa apabila TV3 turun menyiasat, baru menteri turun padang dengan membawa bersama-samanya sepelatun pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Rakyat, Dewan Bandar Raya KL dan sebagainya.
Menteri seharusnya tidak menunggu pendedahan atau liputan media untuk bertindak seperti yang diperlihatkan dalam rancangan 'Aduan Rakyat' malam tadi. Tetapi itulah realiti di negara bertuah bernama Malaysia.
Kepada TV3 kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas sikap keprihatinan anda akan masalah rakyat. Teruskan kerja dan tugas anda yang murni itu kerana bagi mereka yang terbela dan diselamatkan hasil daripada liputan atau pendedahan anda, tiada ucapan lain yang dapat diberikan melainkan 'terima kasih TV3.'
TV3 adalah 'wakil rakyat' dalam erti kata yang sebenarnya. Tahniah dan syabas.
14 comments:
wang Baitulmal hanya digunakan untuk membayar gaji bos-bos ustaz/klaim-klaim ustaz dan pekerja-pekerja sahaja..mungkin?Persoalannya adakah wang zakat digunakan sepenuhnya untuk menolong orang daif atau digunakan untuk perkara-perkara lain ..alllahhualam
Pak Tuan Syed,
1Malaysia - rakyat didahulukan ,prestasi diutama.
Slogan demi slogan -indah nama daripada rupa saja. talk only Not walk the talk. Negara mencapai peningkatan ekonomi luar jangkaan, kata PM tapi rakyat menderit epan mata pun tak sedar. Bila menteri turun padang, berduyun-duyun kakitangan agensi kerajaan turut serta. Bila menteri tiada mereka semua tidur. Mereka kerja untuk menterikah atau untuk rakyat? TV3 terima kasih dan terus dedah masalah rakyat agar pemimpin sedar bahawa rakyat yang meletakkan mereka di kerusi empuk ada yang melarat dan menderita.
Anak Malaysia
kesian..sungguh kesian..
di mana wang zakat..di mana pegawai kebajikan masyrakat...
di mana NGo- ngo melayu Islam???
perkara ini keita tanya juga pada menteri yang paling munafik ( hipokrit ) dlam kabinet sekarang. Menteri senator yang kalah pada budak mentah di Lembah Pantai yang sekarang tugas hakikinya adalah menemani 'wanita terutama Malaysia' ke majlis-majlis ekslusif. Memang dah takda kerja menteri yang sorang ni!!!!
Depa kat pejabat kerja opis hour aje 8 - 5 jadi x jumpak ngan warga ni...
Depa kena la turun malam juga baru tau cerita...tapi sapa nak bayar overtime.?
Sdr Syed,
Pendedahan TV3 tu menunjukkan ada banyak perkara yang "tak kena" dalam urusan dan pentadbiran pihak-pihak yang berkenaan. Semoga perkara ini diperbetulkan segera atas nama kemanusiaan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka yang bergelar pemimpin.
-- BALANGLAMA
kenapa pihak kerajaan sering dipersalahkan bila melihat perkara seperti ini berlaku? di mana peranan masyarakat sekeliling? pernahkah kita persoalkan peranan keluarga mereka?
Kerajaan yang dipilih rakyat tidak boleh lepas dan dilepaskan daripada tanggungjawab. Kerajaan mewujudkan kementerian, jabatan dan agensi yang diamanahkan menjaga kebajikan rakyat dengan memperuntukkan belanja yang agak besar. Jadi ke mana pergi wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk tujuan tersebut?
Majlis Agama Islam mengutip zakat dan diamanahkan oleh Allah untuk membantu golongan tertentu dan sekiranya amanah tersebut dilaksanakan dengan sempurna dan sewajar dan sebetulnya, kita tidak akan melihat umat Islam mencari makanan dari tong sampah, sama ada mereka waras atau sebaliknya.
Betul keluarga ada peranan tetapi dalam keadaan tertentu ia di luar kemampuan keluarga untuk membantu. Bukan semua keluarga hidup senang-lenang.
Peranan masyarakat? Ia lebih mudah diucapkan tetapi amat payah untuk dilaksanakan dalam persekitaran yang bukan kawasan kediaman seperti yang dipaparkan oleh TV3. Ia bukan seperti suasana kehidupan di kampung tradisional. Sebab itulah diwujudkan kementertian dan jabatan tertentu.
Bukankah kerajaan sendiri yang melaung-laungkan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?
Apabila wujud jurang yang terlampau antara si kaya dan si miskin maka sedaqlah kita yang kiamat semakin hampir.
Tuan,
Negara kitalah yang banyak yayasan. Masing-masing bersaing nak hantar bantuan ke Palestin. Penaung nya pula VIP belaka atau isteri VIP.
Yayasan Basmi Kemiskinan pula sibuk nak buat UiTM. Cukai tanah bertahun-tahun tak bayar. Macam mana boleh dapat tanah beratus ekar ?
Namanya nak basmi kemiskinan , tapi nak buat projet berjuta. Yayasan Melaka pula sibuk mahu bayar cukai Yayasan Basmi Kemiskinan. Rupanya yayasan pun miskin. Mana ada kemahuan nak buat rumah untuk orang miskin yang tidur di tepi jalan.
Pendatang asing seperti India, Bangla, Mynmar pula sibuk berniaga business cuci kereta, pasar malam. Ada juga Mynmar menjual berjenis-jenis arak di Jalan Pudu di K.L.
Rakyat sendiri tiada kerja. Hatta di stesyen minyak Petronas pun Bangla yang digaji sebagai cashier. Gadis Melayu kelulusan PMR boleh digaji sebagai cashier. tetapi pihak Giant, Mydin, Tesco lebih suka upah orang asing.
Bila masjid adakan majlis makan, orang Mynmar paling ramai di ibukota. Mereka pula dapat bantuan Baitulmal. Masjid di belakang Penjara Pudu dah jadi pusat pendatang Bangla dan Mynmar bertapak.
Setiap tong sampah di ibukota berulangkali di korek orang yang cari tin kosong untuk jual. Orang Indon pula sudah berani rombak rumah orang besar.Siapa peduli orang miskin yang merana, yang tidur di kaki lima Hospital Kuala Lumpur. Malangnya kebanyakannya adalah orang melayu. RTM buat apa ? TV3 berani mendedahkan kepincangan yang berlaku seperti mencuri air, cable letrik, pasir, kayu balak dan sebagainya.Orang Melayu juga yang jadi pengarah, kerani, kakitangan di semua jabatan kerajaan. Orang Melayu dah hilang jati diri. Sanggup buang bayi setelah puas berzina.
Umar,
Benar. Itulah realiti atau kenyataan mengenai keadaan seadanya.
Bila dah terkena batang hidung tak lama lagi slot aduan rakyat akan dihentikan oleh pihak-pihak yang tak tahan pedasnya. Macam 30 tahun lalu....satu slot live kat rtm kendalian Shakawi Jirim dan rakanya (kalau tak silap zulkifli ???) ..mendedahkan kepincangan jabatan kerjaan..tak sampai 4 siri..dihentikan..lepas tu dibuat rakaman..jadinya tak sepedas live..gitula gamaknya.- pedang malam.
Nama rancangan itu...Panorama dan hosnya Zulkifli Amin.
"Salah seorang yang diwawancara oleh TV3 malam tadi menyatakan dia juga terpaksa mendapat makanan daripada sebuah gereja (katanya pihak Kristian, dah tentu gereja) di ibu kota. Apakah pihak gereja lebih prihatin daripada institusi Islam itu sendiri?"
Makanan percuma yang dinyatakan diatas disediakan oleh pihak NGO pada hari sabtu pagi (pasangan melayu) dan petang ahad (the last i know, sponsor by a korean lady and organize by Food Not Bomb) di depan gereja St. John. Sebab dikendalikan depan gereja, orang ingat christian punya. Makanan yang disediakan berasaskan sayuran untuk membolehkan semua orang makan. Kalau ada masa boleh pi jenguk, ramai yang datang. Semua dari pelbagai bangsa.
Masa saya pun jadi volunteer, saya dok pikiaq, pasai apa golongan muslim takleh buat camni, selalunya yang bagi free food ni, persatuan buddist, christian, muslim tak penah dengaq. Awat hina sangat ka depa ni, bukan dalam islam orang susah kita kena tolong ka?
Pakitam
Post a Comment