Umat Islam akan sekali lagi menyambut Maulidur Rasul atau hari kelahiran junjungan mulia baginda Nabi Muhammad s.a.w. Setiap tahun tarikh 12 Rabiulawal muncul, umat Islam di Malaysia, khususnya, akan menyambutnya dengan majlis-majlis himpunan ramai dan majlis ilmu.
Sejak dahulu hingga sekarang, polimik mengenai sunnah atau bidaahnya menyambut Maulidur Rasul akan dibangkitkan. Tetapi, itu bukan persoalannya di Malaysia kecuali di sebuah negeri di sebelah utara Tanah Melayu, dan mantan seorang mufti muda yang menyatakan ia adalah bidaah.
Walau apapun, persoalan yang tiba-tiba tercetus ialah mengenai laporan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui oleh Parti Tindakan Rakyat (DAP) membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjadi sasaran kritikan dan kutukan, bagaimanapun, menafikannya. Siapa yang benar dan betul hanya Tuhan yang tahu.
Sejak dahulu hingga sekarang, polimik mengenai sunnah atau bidaahnya menyambut Maulidur Rasul akan dibangkitkan. Tetapi, itu bukan persoalannya di Malaysia kecuali di sebuah negeri di sebelah utara Tanah Melayu, dan mantan seorang mufti muda yang menyatakan ia adalah bidaah.
Walau apapun, persoalan yang tiba-tiba tercetus ialah mengenai laporan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui oleh Parti Tindakan Rakyat (DAP) membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjadi sasaran kritikan dan kutukan, bagaimanapun, menafikannya. Siapa yang benar dan betul hanya Tuhan yang tahu.
Seperti biasa, media tidak ketinggalan melaporkan isu "pembatalan" acara perarakan itu dengan penuh bersemangat. Ianya sedemikian rupa mungkin kerana kerajaan atau pentadbiran negeri yang terlibat bukan daripada keluarga Barisan Nasional (BN).
Kita tidak pasti sama ada laporan sedemikian hebat akan dibuat sekiranya pentadbiran negeri yang membatalkan acara perarakan adalah pentadbiran BN dan bukan Pakatan Rakyat. Saya yakin ia tidak akan sehebat ini atau mungkin tidak menjadi satu isu yang panas.
Bermacam tuduhan dan kutukan dibuat termasuk kritikan atau teguran oleh orang politik - dari mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan "panglima-panglima" platun politik termasuk dari kalangan pemimpin kecilan yang datang dari sayap-sayap parti politik. Semuanya dibuat berasaskan laporan media.
Isu perarakan sempena Maulidur Rasul dijadikan sesuatu yang seolah-olah "wajib" dan majlis sambutan tidak akan sempurna tanpa perarakan. Itulah gambaran yang diberikan jika dilihat dari sudut bantahan dan kritikan yang dilemparkan.
Persoalan yang penting dan lebih utama yang harus diteliti adalah sama ada majlis-majlis yang dianjurkan itu benar-benar memperlihatkan kecintaan umat Islam akan baginda Rasul S.A.W. dan bukan sama ada perarakan diadakan atau tidak.
Sambutan Maulidur Rasul adalah lebih daripada hanya berarak dari satu tempat ke satu tempat lain, mengadakan ceramah, jamuan dan sebagainya. Selepas sesuatu majlis itu, hadirin akan pulang dan selesailah tugas dan tanggungjawab penganjur.
Kita akui ceramah adalah majlis ilmu yang perlu, majlis berzanji, marhaban dan qasidah yang lazimnya diadakan sempena Maulidur Rasul juga bagus kerana ia menceritakan dan mengingatkan kita akan sirah Rasulullah. Malangnya, kebanyakan hadirin tidak faham kerana ia adalah dalam bahasa Arab, kecuali ada terjemahan.
Dengan adanya terjemahan maka hadirin akan faham dan mengetahui akan pentingnya mereka untuk mempelajari, memahami dan akhirnya mengamalkan sunnah Rasulullah. Bukankah ini jauh lebih baik daripada hanya berarak dalam kumpulan-kumpulan atau pasukan yang mewakili sama ada jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan sukarela mahupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan?
Yang penting adalah sama ada majlis-majlis yang diadakan itu, terutama perarakan, dapat menyemai perasaan cinta akan Rasulullah, iaitu sesuatu yang semestinya ada dalam sanubari setiap umat Islam. Cinta akan Rasulullah bukan hanya pada tanggal 12 Rabiulawal tetapi mesti sepanjang hayat.
Tanyalah diri sendiri sama ada kita benar-benar cinta akan Rasulullah atau tidak?
Sambutan Maulidur Rasul seharusnya dilihat sebagai satu majlis yang menginsafkan kita supaya benar-benar cinta akan Rasulullah dalam erti kata yang sebenar.
Dengan mengadakan acara perarakan dan perhimpunan yang tidak lebih daripada satu majlis rasmi yang dihadiri oleh pembesar negeri dan negara, adalah tidak mencukupi.
Persoalannya yang harus dijadikan perdebatan adalah adakah syarahan atau ceramah yang diadakan sempena majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul berjaya menyemaikan kecintaan ke atas Rasulullah dan bagaimana umat Islam mengamalkan sunnahnya dengan betul.
Kita akui ceramah adalah majlis ilmu yang perlu, majlis berzanji, marhaban dan qasidah yang lazimnya diadakan sempena Maulidur Rasul juga bagus kerana ia menceritakan dan mengingatkan kita akan sirah Rasulullah. Malangnya, kebanyakan hadirin tidak faham kerana ia adalah dalam bahasa Arab, kecuali ada terjemahan.
Dengan adanya terjemahan maka hadirin akan faham dan mengetahui akan pentingnya mereka untuk mempelajari, memahami dan akhirnya mengamalkan sunnah Rasulullah. Bukankah ini jauh lebih baik daripada hanya berarak dalam kumpulan-kumpulan atau pasukan yang mewakili sama ada jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan sukarela mahupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan?
Yang penting adalah sama ada majlis-majlis yang diadakan itu, terutama perarakan, dapat menyemai perasaan cinta akan Rasulullah, iaitu sesuatu yang semestinya ada dalam sanubari setiap umat Islam. Cinta akan Rasulullah bukan hanya pada tanggal 12 Rabiulawal tetapi mesti sepanjang hayat.
Tanyalah diri sendiri sama ada kita benar-benar cinta akan Rasulullah atau tidak?
Adakah kita mentauhidkan Allah, taat kepada perintah Rasulullah, mempertahankan diri Rasulullah dari dihina seperti yang dilakukan oleh media Barat kebelakangan ini, dan mentaati sunnah baginda?
Sambutan Maulidur Rasul seharusnya dilihat sebagai satu majlis yang menginsafkan kita supaya benar-benar cinta akan Rasulullah dalam erti kata yang sebenar.
Dengan mengadakan acara perarakan dan perhimpunan yang tidak lebih daripada satu majlis rasmi yang dihadiri oleh pembesar negeri dan negara, adalah tidak mencukupi.
Persoalannya yang harus dijadikan perdebatan adalah adakah syarahan atau ceramah yang diadakan sempena majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul berjaya menyemaikan kecintaan ke atas Rasulullah dan bagaimana umat Islam mengamalkan sunnahnya dengan betul.
Pihak yang diamanahkan berkaitan urusan dan pentadbiran agama Islam seharusnya mengadakan majlis-majlis susulan seperti kuliah tentang hadis dan sirah Rasulullah untuk menambahkan ilmu di kalangan umat Islam. Ia jauh lebih penting daripada bertikam lidah sama ada perarakan patut diadakan atau tidak sebagai satu acara sambutan Maulidur Rasul.
22 comments:
Sesetengah jabatan atau agensi menjadikan perarakan untuk menang pertandingan. Pasukan mana yg lebih cantik pakaian dan assesori, barisan yg lurus. Memang lari terus dari niat asal perarakan.
kononnya kita cintakan nabi tapi sunnah nabi diperlekehkan
Politikus kita harus bersifat lebih matang dan waras. Elakkan mengkritik semberono dan gunakanlah bahasa yang lebih berhemah dan berlapik. Nampak sangat kedangkalan ilmu ugama pemimpin tinggi dan yang perasan tinggi dalam mengupas isu ini. Perarakan maulud rasul lebih baik ditiadakan dan diganti dengan majlis ilmu. Dikhuatiri kita mengikut cara penagnut ugama lain seperti perarakan Thaipusam dan Chingay.
Benar seperti kata saudara Anon 7:27, ada pertandingan memilih pasukan/jabatan terbaik dari segi pakaian atau penampilan semasa berarak. Jangan lupa, kakitangan awam diarah hadir mewakili jabatan atau agensi masing-masing. Jika tidak ada arahan, mungkin ramai yang tak hadir kerana ingin bersama keluarga sempena hari cuti.
Ulasan Mr Edz pun tepat berkaitan sunnah nabi. Apapun, kecintaan ke atas nabi bukan sesuatu yang senang dan memerlukan kekuatan iman dan harus datang dari hati yang suci dan bersih.
bukan sebab perarakan tu afdal atau tidak, guan eng cuba nak test market, kalau pas kata ok, lepas ni azan tak boleh pulak, sebab azan pun bukan wajib.ini cara umar abd aziz versi harry lee kuan yew nak tindas umat islam secara test market.nik aziz mcm pariah sambut pulak kata ok. sedarlah wahai jemaah kita ni bukan kuat, penang kita ada 1 kerusi, di perak kita ada 6 kerusi, logiknya org melayu memang tak suka pas kita ni, kita kena tegas
inilah nasib bangsaku, apa saja perkara mesti nak dipolitikkan, ini sememangnya menunjukkan tahap kematangan orang melayu tak berubah dan sukar berubah
disebabkan kebebalan umno, orang melayu tidak lagi dihormati, Islam melayu hanya pada nama sahaja
sekurang-kurangnya orang melayu adalah terbela dibawah pemerintahan Lim Guan Eng itu, pemerintahan beliau berteraskan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz memang menampakkan sedikit perubahan di Pulau Mutiara itu
apa yang mampu dilakukan umno dibahagian sana, harapkan bangunan saja cantik
tak perlulah perarakan, kerana orang umno tak tahu bezakan antara perarakan dan demonstari, bukankah itu bukan budaya kita (budaya mereka)
Rasulluah SAW menangis dan bimbang mengenangkan umat-umatnya yang akan datang apabila Baginda sudah tiada lagi, begitulah kasihnya Rasullulah terhadap kita semua sekalian bangsa
pada kita pula setakat manakah menangis dan bimbangnya kita sesama insan dan sesama muslim, tiada apa yang kita lakukan selain bermain politik seperti gaduh adik dan abang sahaja, tiada apa pun....
MOFIZ, Perak
Banyak lagi perkara penting, Tapi apakan daya Utusan Melayu dan TV3 macam orang gila tentang perarakan ini.Saya pernah dengar sendiri dari seorang Ulamak Pulau Pinang Almarhum
Ustaz Ahmad Bajunid saya Tuan Syed pasti kenal dia. Dia juga mengatakan bahawa perarakan Maulidur Rasul ini adalah satu bidaah tak perlu kita buat.
Almarhum Sheikh Ahmad bin Osman Bajunid adalah guru pertama saya. Saya belajar daripada almarhum pada lewat tahun 1950-awal 1960 di rumahnya di Jalan Kelawai. Semoga Allah merahmati dan menempatkan ruh almarhum di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin.
Apa sudah jadi????? Apabila keikhlasan tiada , merapu jadinya.
The Malay Chamber of Commerce Malaysia secretary-general Datuk Abdul Rahim Abu Bakar has lodged a police report against Penang Malay Chamber of Commerce (DPMPP) president Rizal Faris Mohideen for allegedly threatening him and attempting to assault him at the Penang International Airport last Wednesday.
Abdul Rahim lodged the report at the Selayang police station on Feb 12.
Benar kata Tuan Syed.
Tetapi ada kah perhimpunan nya lilin lebih afdhal?
Adakah perarakan Ching Gay itu satu keperluan kitab Cina? Atau perarakan Taipusan; ada dalam kitab Veda kata mesti ada perarakan? Ayat Veda nombor berapa?
Kalau gitu? Bagaimana dengan tahlil arwah? Ada hadith? Hapuskan tahlil awwah.
Bagaimana pula dengan Nisfu Syaban? Hapuskan Nisfu Syaban sebab tiada nas.
Bagaiman dengan Azan? Ada nas perlu pakai louspeaker? kenapa tidka ikut PAP Singapore? Azan dalam masjid shahja.
Sekarang ni zaman semua Melayu buat salah....
MRSM Kalae Chepo 66/73
MRSM Kalae Chepo 66/73,
Kalau nak tulis bab agama kena belajar. jangan bandingkan perarakan maulidur rasul dengan aktiviti lain pulak.
Tentang tahlil arwah, ianya tidak salah, yang salahnya menetapkan harinya 7 hari, 40 hari dsbnya. Ianya boleh dibuat pada bila-bila masa dengan niat pahlanya disedekahkan kepada simati. Dan jangan pula dijadikan perkara wajib, mesti dibuat - kalau tak buat tak boleh.
Tentang Nisfu Syaban pula ada hadis nabi yang menyatakan sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaban, hatinya tidak akan mati ketika hati-hati manusia lain lalai terhadap Allah swt. Menghidupkan malam bermakna mngerjakan soalt sunat, baca quran, berzikir dll. Tentang amalan lain yang dibuat pada malam tersebut kena tanya tok gurulah betul ataupun tidak dengan kehendak islam.
Berkenaan Azan? mestilah perlu pakai loudspeaker, nak ikut Singapore buat apa - pakailah otak sikit.
"Sekarang ni zaman semua Melayu buat salah...." - Penyataan yang terlalu umum - dah kalau semua melayu buat salah ianya boleh dijadikan alasan untuk kita juga buat salah. Carilah melayu yang beragama yang ikut cara nabi walaupun ianya tak kena dengan selera/ nafsu kita. Ini tidak dok ikut juga cara assobiyah tu... Melayu tak kemana diakhirat kelak - yang lakunya iman dan islam. Jangan kita jadi pengikut yang membuta tuli sahaja. Kena belajar agama dan segala panduan yang ditetapkan agama. Kan nabi ada bersabda diakhir zaman umatku ibarat seperti buih, yang selamat hanya orang yang berpegang teguh dengan ajarannya.
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk tu dari kelemahan diri saya sendiri.
Wassallam.
Yusoff
dengan keadaan umat islam yg dangkal macam zaman sekarang ini dengan perarakan maulidur rasul sekurang-kurangnya dapat kembali mengingatkan umat islam supaya sentiasa mengingati kekasih allah.. mungkin ramai yang tak sepenuhnya menunaikan tuntutan agama tetapi terfikirkah kamu semua mungkin usaha memperingati dan berselawat keatas junjungan rasul allah itu memungkinkan melembutkan hati seorang mukmin itu?? mengapa perlu menghentikan perkara yang baik??adakah perlu kita hentikan perarakan thaipusam?? sedangkan di india sendiri masyarakat disana tidak megamalkannya tetapi kita hormati masyarakat hindu melakukan perarakan thaipusam kerana mereka lakukan untuk menghayati agama mereka..oleh itu salah kah kita menyertai perarakan maulidur rasul untuk memperingati dan mencintai rasullullah??
Adakah itu bidaah?? Ye tetapi bidaah yg tidak mensyirikan ALLAH dan baik untuk menambah kecintaan kepada Allah..
tuan tanah,
Kesian mrsm pengkalan chepa kelantan,
marilah sama sama kita hidupkan solat malam dan solat jemaah subuh, semoga ujian Allh kita dapat hadapi.
taman laman
Apa pulak malaun nak jawab
"Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis"
Terima kasih kepada semua yang mengulas.
Isu perarakan sebenarnya menjadi heboh kerana ia dikatakan, mengikut laporan media, dibuat oleh pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui DAP di Pulau Pinang.
Seperti yang saya katakan terdahulu, ia tidak menjadi isu atau tengkarah sebegitu hebat jika ia dibuat oleh pentadbiran Barisan Nasional.
Ia sebenarnya telah berlaku, bukan di Pahang, bukan di Perak dan bukan di Kedah, tetapi di Pulau Pinang. Ia berlaku semasa Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Pulau Pinang menyambut Maulidur Rasul pada tahun 2003, 2004 dan 2005 tanpa perarakan dan ia tidak pula menjadi isu perbalahan dan tuduh-menuduh yang menyentuh kepekaan agama dan bangsa.
Pada tahun 2003, Pulau Pinang yang ditadbir oleh BN mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, Bukit Mertajam tanpa acara perarakan.
Pada tahun 2004, ia diadakan di Dewan Muhibbah Sungai Dua, Butterworth juga tanpa perarakan.
Pada tahun 2005, majlis sambutan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, seberang Perai Selatan. Tiada perarakan.
Tidak pula kedengaran atau laporan media mengenai sebarang bantahan atau tunjuk perasaan oleh mana-mana pihak.
Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memulakan majlis sambutan pada 25 Februari dengan bacaan Surah Yaa Sin di Masjid Negeri, dikuti oleh Majlis Perhimpunan Ummah dan Perarakan pada 26 Februari.
Pada 27 dan 28 Februari, majlis bacaan Kitab Sirah akan diadakan di MAsjid Negeri, iaitu sebelah pagi pada 27 Feb dan sebelah petang pada 28 Februari.
Jelas sekali keributan, bantahan termasuk tunjuk perasaan dan ulasan-ulasan tanpa usul-periksa termasuk oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan PM Pak Lah dan pemimpin-pemimpin kecil dalam BN terutama UMNO, semata-mata berbaur politik. Itu saja.
Assalamualaikum Pak Tuan Syed,
Ada betulnya kata pak tuan, kes perarakkan Maulidur Rasul ni sengaja nk dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Tapi yang amat menyakitkan hati saya, kenapa MELAYU!! Kenapa yang tak boleh dibuat mesti ditujukan kepada orang MELAYU!! Masyarakat Hindu buat perarakkan Thaipusam, boleh! Masyarakat Cina punya banyak gerai yang HARAM dibuka, tak kacau pun! Pak Tuan Syed sendiri pun orang Penang, mesti Pak Tuan Syed tahu macam mana banyaknya gerai HARAM masyarakat Cina di Pulau Pinang. Mereka tak pernah kacau pun. Saya amat sedih dengan nasib masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Sedih sangat!! Orang kata dia berlaku adil, tapi saya tak rasa begitu. Saya cuma cerita berdasarkan pengalaman yang saya alami dan apa yang saya lihat sendiri hari-hari.
Hanya sekadar nak berkongsi duka. Sekian...
Wa'alaikumsalam,
Kita menyentuh bab perarakan kerana ia telah dijadikan satu isu besar oleh pihak tertentu termasuk media arus perdana. Bab lain, termasuk gerai yang berlesen atau tidak, boleh diperkatakan kelak. Perkara itu berlaku sejak zaman kerajaan Perikatan dan nbukan sesuatu yang baru.
Pasal gerai haram, bukan gerai Melayu sahaja yg dirobohkan, gerai India atau Cina yang haram juga dirobohkan. Dah gerai haram, perlulah dirobohkan, mengikut undang2 sedia ada. Maka, nak menimbulkan isu, ada golongan yg sengaja mendirikan gerai di tempat yg sah sah haram dan kemudian,bila dirobohkan, dikata Kerajaan Negeri menindas orang Melayu.
Kalau bukan orang Pulau Pinang, tak payah ceritalah di sini. Nampak sangat kerajaan sekarang lebih baik dari kerajaan BN dahulu cuma media yang mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan. Politik dangkal yang mengaitkan bangsa dan agama harus dihentikan.
Syed
Saya setuju dengan keluhan anon 12.07 dan sedikit sebanyak mrsm pengkalan chepa.
Pada saya soal perarakan Maulidulrasul bukanlah isu terpencil tetapi perlu dilihat dari kerangka menyeluruh pentadbiran Pakatan Rakyat. Salahkah jika orang Islam/Melayu berkecil hati jika perarakan itu dibatalkan? Apakata jika perarakan Thaipusam dibatalkan? Atau perarakan Chingay? Apakah komuniti yang terlibat akan menganggukkan kepala tanda setuju?
Bilamana HINDRAF Tamil Tigers berdemo dikatakan memperjuangkan hak sejagat, juga bila Diong Zong berjuang atas kesaksamaan tapi bila PERKASA berbisik saja sudah dilonjak sebagai rasis. Adil?? Tepuk dada tanya selera!
Askar Melayu,
yang menjadi tanda tanya, kenapa apabila perarakan tidak diadakan pada tahun-tahun 2003, 2004 dan 2005, iaitu semasa pentadbiran BN di Pulau Pinang dan semasa Pak Lah jadi PM, tidak ada pihak/orang politik/NGO mesra Umno yang buat bising, tetapi apabila ada laporan yang belum tentu betul tersebar kononnya pentadbiran PR nak tiadakan perarakan, ramai yang bising, itu saja. Bukankah itu dwi-standard dan kepentingan politik yang amat sempit di kalangan pihak berkenaan. Saya yakin lepas ini, isu orang Melayu PPinang terpinggir dan dipinggir akan dimainkan, sedangkan ia cerita lama yang sering diulang tayang atas kepentingan politik.
Salam saudara Mat Jerman...
Saya sebagai rakyat negeri Pulau Pinang ini ingin berkongsi sedikit fakta yg selalu saya perhati di satu kawasan di negeri ini.
Kalau saudara berpeluang ke Penang, silalah datang ke pasar Chowrasta di Penang Road. Jika saudara berpeluang datang pada waktu pagi, let's say pukul 9 hingga 12, saudara boleh nampak di belakang pasar ini terdapat banyak peniaga2 cina berniaga di kawasan laluan kereta. Kadang2 tu sampai kereta nak lalu pn x boleh dan terpaksa reverse untuk keluar balik. Nak parking jgn harap la, semua parking lot depa kebas buat gerai. Kalau lalu jgk, siap la nanti ada aunty atau uncle yang akan jegilkan mata dan maki2(tapi bukan semua).. Yg menghairankan, kerajaan negeri pimpinan LGE x penah pn ambik tindakkan ke atas mereka2 ni. Tapi bila bulan Ramadhan, org Melayu nk berniaga di tepi jln di Penang Road jgk x boleh. KENAPA!? Mereka kata ganggu lalu lintas. Abih 2, yg diorg berniaga sampai tergendala tugas2 harian kita x pa plk??? dh la masa mppp nk tutup gerai org melayu bulan Ramadhan lepas, belok jln sikit ja ada banyak pengerai cina, x kacau pn! Apa yg saya cerita saya nmpk dgn mata kepala sendiri. bkn org cerita.
Sekadar nk kongsi pengalaman... Sekian...
Sempena Maulidur Rasul ini janganlah kita ingat Nabi saw hanya pada 12 Rabiulawal ini sahaja, kita sebagai Umat Nabi saw hendaklah mengingati Baginda sepanjang tahun selagi hayat dikandung badan. Bukan sekadar ingat sahaja, Cinta Nabi ialah dengan mempelajari sunnahnya, mengamalkannya, dan menyebarkannya. Ayuh tanya diri kita sunnah apakah yang kita telah laksanakan hari ini?
Post a Comment