Monday, December 28, 2009

Soal nak penjara orang bukan perkara kecil


Ada kawan yang mengirim SMS kepada saya seolah-olah ingin tahu kenapa saya tidak mempertahankan rakan penulis blog, Datuk Ibrahim Yahya (Dunia Tiger) yang diancam untuk dipenjarakan oleh makhluk DAP. Kata kawan tersebut hanya penulis blog Ahiruddin Atan (Rocky's Bru) yang sokong melalui penulisannya.

Sebagai 'orang lama' yang memiliki pengalaman yang lebih sedikit, saya sebenarnya tidak melihat apa yang dikatakan oleh makhluk yang mengaku dia bertugas di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu sebagai sesuatu yang penting tetapi ia tidak lebih daripada sampah.

Saya anggap orang seperti itu sebagai si bahlol, si baghal dan si tolol yang cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang ada kuasa dan kekuatan untuk mengancam dan mengugut orang lain.

Di Malaysia, hanya mahkamah yang boleh dan diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara selain Menteri Dalam Negeri yang diberi kuasa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan (sebenarnya penjara tanpa bicara) seseorang di pusat-pusat tahanan yang diwartakan seperti di Kamunting, Perak. Orang lain tidak ada kuasa dan tidak boleh berbuat demikian.

Sebab itulah saya rujuk orang yang bekerja di Pejabat KM Pulau Pinang itu sebagai seorang yang tidak lebih daripada si bahlol, si baghal dan si tolol.

Kita tidak perlu layan orang sedemikian rupa kerana kita bukan bahlol, baghal atau tolol.

5 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan,

Cermin -- itu hadiah paling tepat untuk kerajaan PR, baik di Penang mahupun di Selangor. Untuk bos dia orang, kita kasi cermin yang ada bingkai ukiran kayu, bagi dia syok sikit, lama lah dia merenung diri dalam cermin tu nanti.

Kuda Padi

Unknown said...

Kuda Padi,

Rakyat bagi pelung kepada mereka untuk menunjukkan yang mereka boleh buat kerja. Nampaknya, PR ke-13 rakyat kena buat pilihan yang lebih bijak.

Anonymous said...

Betul Tuan Syed, kita juga tengah tengok dan nak nilai UMNO yang dikatakan berpengelaman selama 50 tahun. Terutama macam mana enjin jet boleh hilang, kemudian nak report kat AS - PR dapat cermin, UMNO bagi GST.....

HeroHuruHara said...

integriti dan akauntabiliti perkara yang perlu dipraktikkan dan bukan sekadar dasar atau kempen-2 syok sendiri ala-ala program hiburan..

rasanya PRU 13 ni samada BN atau PR sama-sama berat neraca kepincangan

Unknown said...

Ya, rakyat akan berpeluang untuk sama ada membuat pembetulan atau mengekalkan status quo.

BN dan UMNO pun tak boleh ambil mudah dan terlalu yakin yang rakyat akan memihak kepada mereka. Banyak perkara yang boleh membuatkan rakyat berfikir panjang sebelum menyokong mereka.

Pakatan Rakyat pun begitu. Jangan terlalu yakin akan sokongan kerana apa yang berlaku dan sedang berlaku di kalangan tiga rakan kongsi membolehkan rakyat menimbang semula sokongan kepada mereka.

Seperti yang dibangkitkan oleh HeroHuruHara...integriti atau kewibawaan dan akauntabiliti atau kebertanggungjawaban adalah dua faktor penting.