Tuesday, December 08, 2009

Mahathir dan Nazri - dua kali lima





Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Abdul Aziz menuduh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang bersikap perkauman kerana mempertahankan Biro Tata Negara atau BTN.

Menjawab tuduhan itu, Tun Mahathir secara terang-terangan menuduh Nazri juga seorang yang bersikap perkauman kerana menganggotai sebuah parti politik perkauman, iaitu UMNO. Mahathir cabar Nazri supaya letak jawatan.

Jawab pula Nazri, dia menyertai parti perkauman yang sudahpun wujud kerana ingin berkhidmat dengan kerajaan dan dia tidak terlibat dalam penubuhan parti perkauman itu tetapi Mahathir bertanggungjawab membentuk dasar parti perkauman itu.

Yang pasti dan benar, kedua-dua mereka akhirnya bercakap benar, kedua-dua mereka adalah sebahagian dan sama-sama menyumbang kepada sistem perkauman yang wujud di negara ini.

Benar, UMNO adalah parti politik perkauman, begitu juga dengan hampir semua parti politik di negara ini - perkauman adalah kekuatan bagi mereka. MCA, MIC, DAP, LDP, PPP, IPF , PAS , Gerakan dan parti-parti kecil-kecilan yang lain berpaksikan kaum. Itulah kenyataan, itulah hakikat politik Malaysia.

Begitu juga dengan BTN dan beberapa lagi agensi pemerintah yang tidak boleh dinafikan bersikap perkauman. Semuanya itu kerana wujud politik perkauman. Perkauman adalah sesuatu yang bukan asing di Malaysia. Perkauman adalah satu kekuatan.

Jadi, tengkarah antara Nazri dan Mahathir, bukan sesuatu yang baru dan tidak asing kepada rakyat, tidak memeranjatkan. Kedua-dua mereka adalah hasil sistem perkauman. Kedua-dua mereka betul apabila menuduh satu sama lain sebagai perkauman.

Elok sangat, dedahkan pekung di dada masing-masing untuk terus menjadi bahan ketawa oleh orang lain.


19 comments:

pakcik said...

nazri yang gong...

man dego said...

Mahathir mengaku bahawa dia anggota parti perkauman semestinya mesti dia berpihak kpd kaumnya. Nazri tidak suka perkauman ... jadi dia tidak layak jadi anggota parti perkauman.Dia menjadi darhaka tidak bercakap bagi pihak kaumnya.
Menjadi perkauman bukan bermakna menidakkan hak kaum lain.

bulat said...

Komen saudara jelas didorong oleh rasa dengki atau tak puashati pada mahathir. saudara tak nampak sebab terlindung oleh perasaan dalam hati yang tak elok tu.

Saudara melihat pengakuan mahathir sebagai pengakuan bersalah sedangkan mahathir dengan penuh bangga dan yakin menyatakan umno adalah parti perkauman.

Perkataan perkauman seolah2 satu dosa yang amat besar. Menjadi kesalahan ke kalau kita menjaga dan berbakti kepada bangsa sendiri?
Saudara orang tidak berbangsa ke?

apa saudara akan buat kalau anak, isteri dan sanak saudara sendiri dihina? atau dipijak kepala? Berpeluk tubuh saja sambil berkata "aku menjaga seluruh penghuni bumi-bukan anak bini aku saja"-adakah saudara bapa yang bertanggungjawab atau dayus?

Apakah parti pas yang disanjungi saudara satu pari yang murni? Nak termuntah saya dengan soalan ini sebab hakikatnya jauh panggang dari api. Pas terlalu hipokrit dan berimej 'bodoh-kampung'.

Kenyataan mahathir tentang umno parti perkauman adalah bersifat non-hipokrit, berani, jujur. BUkan macam Pas-parti seribu muka.

mr edz said...

apa la diorang ni.. asyik perkauman jer.. takder rasa nak bangunkan islam ker

d'enricher said...

Menarik sunggoh isu ini kan. Dia tuduh dia, dia balas balik macam budak kecilkan.

Rasanya politik hari ini dah jadi macam cerita kartun, kalau buat komik gerenti laku punye.

UMNO dengan hal nya, MCA tak habis habis dengan "Angan angan kumpulan LTL yang dah kemarok nak jadi Presiden", menariknya OTK senyap aje.

Dah tak ada cerita positif ke???

Anonymous said...

Both will not admit of being racist but truely enough both are EGOIST.

Anonymous said...

Kalau DrM mempertahankan BTN, ia boleh difahami sebab setelah 20 tahun diguna pakai takkan kita nak kata kita buat kerja karut dan buang masa. DrM langsung tidak menimbulkan issue perkauman yang disalah ertikan sebagai mengambil hak orang lain. Malah beliau menerangkan bahwa BTN bertujuan menambah semangat patriotik. Apa salahnya guna kebaikan walaupon sasarannya majority melayu? Bukan salah kerajaan kalau kaum lain lebih suka di pejabat persendirian drp bekerja utk negara.

Si bahlul sorang tu tak paham2. Bawa masuk pulak issue perkauman dan menuduh DrM racist. Dah le bahlul, tak tak ada pulak sopan santun utk menegur orang. Dah dua kali salah masih lagi celupar.

Yang disini pulak nak samakan kedua dua mereka 2x5. Hoi, jauh bumi dengan langit. Paham2 kan lah sikit konteks perdebatan mereka. Mana sama kaca dengan permata, walau pon kedua2 dudok dalam kedai mas tauke cina!

anakpakross

Unknown said...

Bulat,

Nampaknya saudara tak faham sepenuhnya apa yang ditulis. Walaupun begitu, saya hormat pendapat saudara. Sekadar makluman, saya pernah berkhidmat dibawah Mahathir di JPM dan saya amat mengaguminya. Tapi itu tidak bermakna saya tak boleh kritik atau tegur pendapatnya.

Anakpakross,

Maksud dua kali lima ditujukan kepada rujukan mereka berkaitan perkauman, bukan soal lain. Benar, Nazri bak cacing kekeringan berbanding dengan Mahathir. Itu tak dinafikan.

Hj. Rahman Buyong said...

Kepada Saudara Syed (tuan punya blog):

Tolong jangan bohong.

Keluarkan DAP daripada senarai 'parti perkauman' saudara.

Saya seorang Melayu Islam. Saya berserta dengan adik saya merupakan ahli DAP di Selangor.

Bila masanya DAP itu parti perkauman? Tidak wujud konsep ni dalam sejarah DAP dan sekiranya saudara Syed percaya pada pembohongan ini, barangkali saudara Syed salah seorang mangsa BTN.

Naib Presiden DAP itu siapa? Orang Melayu. Tunku Abdul Aziz.

Dalam Majlis Tertinggi DAP ada siapa?
Orang Melayu. Ahmad Ton.

Tak percaya? Baca di sini.

Mohd Asri Othman dulu orang kuat DAP Perak. Dia orang apa? Orang Melayu.

Cawangan DAP di Kinrara siapa ketua dia? Orang Melayu. Ahli-ahli dia siapa? Orang Melayu. Tak percaya? Baca di sini.

Parti perkauman itu parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC. UMNO tiada ahli Cina, MCA tiada ahli Melayu, dan sama juga dengan MIC.

Saya mengecam sekeras-kerasnya tuduhan saudara dan menuntut saudara menarik balik catitan saudara yang mendakwa DAP itu parti perkauman.

Sekian.

yem said...

1. Saya rasa bukan kes 2x5 cuma nazri ni jenis melatah bak kata Dato AKJ ni 'loose cannon' . tun cuma mempertahankan module BTN mengapakah nazri harus melabelkan tun sebagai rasis.Nazri sepatut mempertahankan kenapa module BTN perlu diubah secara memberi alasan rasional . Pada masa yang sama dia juga patut tahu bila dia labelkan Tun rasis sudah pasti orangramai mahu melihat reaksi Tun tambah tambah lagi pemberita.

2.Sebenarnya Tun hanya memberi pendapat bila ditanya tentang isu BTN . Isu BTN bukan isu yang dibangkitkan oleh Tun tetapi PR so why you hit Tun.

3.Jelas sekali nazri berdendam dgn Tun , terbaca didalam akhbar mengenai jawapan Nazri kepada Anwar di Parlimen yang mengatakan sekarang ini Anwar berada disenarai ketiga orang yang dibenci oleh Tun selepas nazri dan Pak lah so seem to be Nazri memang tak senang dgn Tun ,sebab apa ,cuma dia yang tahu.

4. Selalunya apabila menjawap sesuatu tuduhan Tun akan lock the next questions. So Nazri cuma blh membalas bahawa itu jawapan yang bodoh yang jelas memperlihatkan 'siapa yang bodoh'.tun hit the right thing on racist but Nazri seem don't understand what is 'racist'.

5. As 'loose cannon' nazri ambil peluru ,masuk dlm meriam dan halakan mucung meriam kat diri sendiri.

Unknown said...

Sdr Haji Abdul Rahman Buyong,

Saya kata berpaksikan perkauman. Saya sedar ada orang bukan Cina dalam DAP dan Ahmad Nor, mantan Presiden CUEPACS, pernah pegang jawatan tinggi dalam DAP jauh lebih awal daripada Tunku Abdul Aziz, tapi itu tidak melepaskan hakikat bahawan ia berpaksikan kaum Cina, sama seperti GERAKAN yang berkata ia adalah parti berbilang kaum tapi berpaksikan kaum Cina, dan PPP yang berpaksikan kaum India. Walaupun PAS dikatakan parti Islam dan mempunyai ahli bukan Melayu yang beragama Islam, ia tetap dilihat sebagai sebuah parti yang berpaksikan kaum Melayu.

Untuk pengetahuan saudara, UMNO ada ahli yang bukan Melayu termasuk India Muslim, orang Siam (Samsam) dan Kadazandusun di Sabah. Saya kurang pasti dengan keahlian masyarakat Portugis di Melaka. Tetapi, itu tidak melepaskan UMNO sebagai sebuah parti berpaksikan kaum Melayu.

Walaupun dasar sesebuah parti itu didakwa berbilang kaum dan parti berkenaan turut dianggotai oleh kaum yang bukan majoriti dalam parti itu, ia tidak semestinya ditakrifkan sebagai bukan berpaksikan kaum.

Jika ditinjau dari sudut keahlian dan barisan kepimpinan, hanya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) boleh dikategorikan sebagai parti yang tidak berpaksikan sesuatu kaum tetapi berbilang kaum.

Hj. Rahman Buyong said...

Terima kasih atas penerangan saudara.

Namun begitu, ingin saya tekankan bahawa DAP itu parti untuk semua kaum, tidak kira agama. Sesiapa sahaja pun bebas menjadi ahli penuh DAP tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Dayak, atau Portugis. Dan dengan itu hujah saudara Syed bahawa DAP itu 'berpaksikan' perkauman adalah satu definisi yang kurang mantap dan tidak tepat. Ini kerana DAP tidak menetapkan bahawa parti itu untuk kaum tertentu saja. Arus sejarah telah secara tidak sengaja menjadikan DAP itu terdiri daripada kebanyakan orang Cina.

Ini berlaku kerana faktor luaran, iaitu dasar perkauman yang mempengaruhi dan mempolarisasikan landskap politik sejak awal 1970an. Secara khususnya, dasar pro-nasionalis Melayu UMNO serta propaganda-propaganda hasutan yang menggambarkan DAP sebagai parti Cina. Oleh sebab itu, penyertaan orang Melayu kurang sedikit berbanding penyertaan orang Cina atau India. Dan oleh kerana penyertaan ahli Cina agak ramai, parti DAP secara tidak langsung kelihatan seolah-olah ianya parti perkauman walaupun tidak.

UMNO jauh berbeza dari DAP kerana UMNO secara terbuka merupakan parti yang bukan sahaja 'berpaksikan' perkauman tetapi memang secara institusi adalah parti yang berunsurkan perkauman. UMNO secara rasmi hanya menerima rakyat Malaysia yang memenuhi definisi mereka sebagai berkaum Melayu. India Muslim yang menjadi ahli UMNO itu dikategorikan sebagai 'Melayu' mengikut tafsiran UMNO yang berdasarkan definisi Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan, iaitu penganut agama Islam yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menggambarkan sifat segolongan besar India Muslim yang memanggil diri mereka Melayu. Penyertaan golongan berketurunan Portugis adalah perkara yang janggal. Namun kalau begitu, mengapa UMNO tidak menerima warga berketurunan India dan Cina yang sudah beberapa generasi di Malaysia? Argumen pribumi tidak boleh digunapakai kerana soal Orang Asli dan Negrito yang merupakan penduduk asal Semenanjung Malaysia.

PAS pula lebih merupakan parti yang berpaksikan keagamaan. Sebagaimana UMNO bersandar pada Ketuanan Melayu, PAS bersandarkan ketuanan agama. PAS tidak mempunyai ahli penuh yang terdiri daripada penganut agama yang selain daripada Islam. Ahli-ahli 'Kelab Penyokong PAS' bukanlah ahli parti yang sebenar dan yang tidak mempunyai hak mengundi dan penyertaan tulen dalam proses politik dalaman PAS dan sebagainya.

Adalah kurang tepat kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilabelkan parti yang tidak 'berpaksikan' perkauman walaupun dari sesetengah sudut itu ini mungkin benar. Saya berkata sedemikian kerana, kalau dilihat, ahli-ahli PKR majoritinya orang Melayu.

Namun, hanya DAP, PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang merupakan parti-parti utama yang terbuka kepada semua kaum, tidak kira agama dan wawasan dan dasar parti-parti ini tidak dikaitkan dengan mana-mana bangsa.

Oleh itu pada pandangan saya, ketiga-tiga parti ini sahajalah parti yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had dan boleh dikatakan parti-parti yang benar-benar mencerminkan konsep Malaysia. Parti-parti tersebut tidak boleh dikatakan 'berpaksikan' kaum walaupun majoriti ahli parti-parti ini mungkin terdiri daripada sesetengah kaum sahaja.

Sekian.

bulat said...

Saudara syed,
Saya minta maaf sebab terpacul rasa marah dalam komen saya pada saudara.

Memang saya hilang pertimbangan bila saudara samakan Nazri dan mahathir dengan katakan 2x5.

Memang saya penyokong tegar mahathir setelah mengikuti perlakuan dan perbuatannya selama 22 tahun dia jadi PM.

Bila orang kritik mahathir, saya akan kaji kritikan tu betul atau luahan emosi. Mahathir bukannya nabi yang maksum. Namun menyamakan dia dengan anjing kurap hanya menampakkan kejahilan kita yang menidakkan sumbangan besar beliau pada negara Malaysia.


Dan kebanyakannya hanyalah marahkan dia tanpa sebab yang jelas.

Unknown said...

Sdr. Haji Abdul Rahman Buyong,

Saya faham dan hormat pandangan saudara. Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang sihat dalam memperkatakan sesuatu tajuk secara rasional dan bijaksana. Terima kasih.

Sdr Bulat,

Tiada masalah kerana saya menghargai ulasan pengunjung blog ini, tak kira sama ada yang menyokong atau tidak. Saya menghargainya kerana pengulas sudi membaca tulisan saya. Terima kasih.

Sdr Yem,

Setuju. Mungkin dua kali lima kurang tepat, tapi ia ada persamaan dari satu sudut yang kecil. Terima kasih.

Vish said...

Walaupun PAS boleh dilihat sebagai parti politik yang berpaksi kaum, itu juga adalah hanya satu kebetulan.

PAS secara terang menetapkan bahawa mereka adalah parti yang berpaksi Agama Islam. Majoriti ahlinya adalah orang Melayu hanya kerana majoriti penganut agama Islam adalah orang Melayu juga.

Perbezaan yang wujud di antara pendirian PAS dan pendirian parti yang berasaskan paksi perkauman seperti UMNO sepatutnya sangat nyata.

Agama boleh dianggap lebih sebagai satu 'ideologi' - sama seperti ideologi sekularisme, socialisme, conservatif, liberal, dan sebagainya.

Pada dasarnya, politik yang berbentuk ideologi, seperti perjuangan PAS, tidak memecah-belahkan rakyat berdasarkan 'warna kulit' dan keturunan.

Itulah yang membezakan PAS dengan UMNO pada pendapat saya.

-Vish.

Sra said...

Salam Sdra Syed,

Isu yang sedang dilontarkan oleh pembangkang dan diperkatakan oleh ahli UMNO ialah BTN. Apa yang dibincangkan ialah parti politik yang berpaksikan kepada kaum adalah perkauman.

Setelah mendengar komen daripada Dato' Nazri dan membaca laman blog saudara. Saya merasakan ada dua isu yang jelas BTN dan Pati politik yang berpaksikan kaum yang dianggap racist.

Isu racist tdak timubul bila mmperkatakan mengenai BTN. Isu racist timbul diatas ketelanjuran Dato Nazri melebelkan Tun M sebagai racist apabila mempertahankan BTN dari dipinda. Inilah masalah Dato' Nazri. He concluded the issue too fast and generalised that whoever against the idea of ammending BTN is a racist.

BTN has to be viewed from the positive perspective. If you see otherwise then you will agree to what has been said by Tan Sri Khalid as trying to indoctrinised the mind of the people, which is not true at all. I went to BTN and I still critise 'the people' who mend the government policies. It was opened for discussion.

What is important here is to critise on the issues according to our values and culture. Don't have to label people who against our opinion.

Dato' Nazri has gone too far by labelling TUN. As we used to listen to TUN's response it will be very scarstic and you have to read in between the line. Dato' Nazri went ahead by saying Tun also abused the former PM, Tun Abdullah. Everything he did was not right. This is not true either. I think Tun speaks his mind regardless who the PM is. He also admits his mistakes in many occasions such as in choosing the people to lead etc...

So my conclusion is that Tun Mahathir is not the same with Dato' Nazri in many ways. He just cares about the country and if anything that he feels is wrong he would be in the best position to speak his mind. Who else can critise the PM apart from him as the former PM, do you think Dato Nazri would do it. Pleaselah.... He is just a good follower. That's why he didn't dare to complain or be critical during Mahathir time. Therefore, your title is far from correct that is dua kali lima.

On the issue of 'Parti politik yang berpaksikan Kaum' is racist is also not true.

Thank you. Wassalam
Srazali Aripin
Brisbane, AUSTRLIA

p/s -maaf campur bahasa malay and english and I am not tying to side anyboy. Just my 2 cents of thought.

Anonymous said...

sedapnya bahasa kau mendua kali limakan madey dgn sinazri yg malu jadi melayu.
jagalah bahasa tuuuu ....

yem said...

Tuan Haji Rahman Buyung,

1. Mungkin paksi dimaksudkan oleh Tuan Syed bukan sekadar pada ahlinya sahaja tetapi juga dasar perjuangan dan isu isu yang dibawa oleh pemimpin parti tersebut .

2.Dari gambar yang saudara kepilkan menunjukkan 'ahli parlimen atau adun bersama pengundi kawasannya tidak lebih dari itu.

3.sekiranya DAP bukan parti bersifat perkauman sudah semestinya pemimpinnya menjadi jaguh kepada Konsep satu sekolah untuk semua

4.sekiranya Dap bukan parti perkauman sudah pasti ianya mempunyai rancangan seperti DEB untuk merapatkan curang ekonomi antara kaum bukannya konsep tender terbuka yang bersifat kapitalis.

5. sekiranya DAP bukan bersifat perkauman pemimpin mereka seperti Nga tidak hanya mempersoalkan peruntukan untuk masjid tetapi harus juga bertanyakan tentang kuil yang bersepah sepah dan gereja di rumah rumah kedai.

6. Dasar Malaysian Malaysia bukan untuk memberi kepada orang Melayu dan memgambil dari orang Melayu dan memberi kepada kaum kaum yang lain.

7. Mungkin ada orang Melayu yang berjawatan tinggi di dalam DAP tetapi blhkah Tunku Aziz dan Ahmad Ton menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan menjadi penentu arah perjuangan DAP.

Anonymous said...

Kepada Anon 10.29am,

Tolong faham betul betul apa yang dimaksudkan dengan 2X5 tu sebelum anda comment...Ianya adalah dalam context yang diulas oleh Kuda Ranggi...Thats Tun Mahathir not Madey, jaga sikit bahasa tu...Now go fly a kite.