Tuesday, December 22, 2009

Kecurian enjin jet pejuang cukup mengaibkan

Bukan satu tapi dua buah enjin jet pejuang F5E-Tiger lesap daripada kawalan keselamatan dan diseludup ke luar negara.

Apa nak jadi dengan sistem keselamatan negara dan selepas ini apa pula yang akan lesap... jet pejuang Sukhoi atau kapal selam Scorpene...????

Kehilangan enjin jet pejuang berlaku semasa Kementerian Pertahanan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Pertahanan, iaitu pada tahun 2007 dan hanya disedari hampir setahun kemudian.

Sebuah enjin yang hilang itu bernilai RM50 juta dan ini bermakna jumlah kerugian sebanyak RM100 juta.

Wang ringgit boleh dicari tetapi soal keselamatan negara tiada nilainya dan tidak boleh sama sekali ditolak ansur. Inilah yang membimbangkan kita kerana kecurian itu berlaku dalam kawasan yang tidak sepatutnya berlaku, iaitu di sebuah pangkalan udara yang sudah tentu dikawal ketat.

Dalam laporan yang didedahkan oleh akhbar The New Straits Times, enjin pertama yang hilang dibawa keluar dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth, Pulau Pinang ke Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2007.

Pada 1 November 2007, enjin kedua dibawa keluar dari TUDM Butterworth ke TUDM Sungai Besi untuk kerja-kerja baik pulih dan selenggaraan.

Kehilangan kedua-dua enjin jet pejuang itu disedari pada bulan Mei 2008, iaitu hampir setahun kemudian dan pada 4 Ogos pihak TUDM membuat laporan polis; pada 13 Mei 2009 polis menyerahkan kertas siasatan pertama kepada Jabatan Peguam Negara.

Kehilangan dua buah enjin jet pejuang bukan perkara kecil tetapi ia amat mengaibkan dari segi kawalan keselamatan dan soal keselamatan negara pada keseluruhannya. Jika enjin jet yang bukan satu benda yang kecil dan yang tidak boleh didapati di mana-mana sahaja boleh hilang daripada sebuah tempat yang dikawal ketat, bagaimana pula dengan aspek kawalan keselamatan amnya di semua tempat strategik seperti loji penjanaan tenaga, loji penapisan minyak, prasarana perhubungan dan penyiaran dan sistem pengangkutan termasuk di lapangan-lapangan terbang?

Kehilangan dua buah enjin jet pejuang juga memperlihatkan kelemahan yang amat sangat dari sudut kawalan keselamatan. Sebelum ini negara dikejutkan dengan kehilangan cip mikro bernilai berpuluh juta ringgit yang dibawa dengan lori kontena dari sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang mengakibatkan pemilik kilang dari Amerika Syarikat hilang kepercayaan akan aspek keselamatan di negara ini.

Kita juga sering membaca mengenai kecurian kayu balak yang dikeluarkan dari hutan-hutan simpan oleh berpuluh lori balak dan kecurian pasir yang diseludup ke negara jiran.

Benda yang dicuri bukan benda kecil seperti mancis tetapi kayu balak, cip mikro yang dibawa lari bukan dengan basikal tetapi lori kontena dan pasir yang diseludup bukan dengan perahu kayak tetapi tongkang besar.

Macam mana pihak berkuasa boleh tak nampak dan tidak sedar akan kelilangan dan kecurian tersebut sedangkan benda yang dicuri bukan benda kecil atau kenderaan/pengangkutan yang diguna untuk mencuri atau menyeludup juga bukan kecil.

Kehilangan/kecurian/penyeludupan kayu balak, cip mikro dan pasir adalah serius tetapi apabila dua buah enjin jet pejuang pun boleh hilang dan diseludup ke luar negara.... ia bukan lagi bertahap serius tetapi amat genting dan berbahaya kerana ia melibatkan ancaman kepada keselamatan negara.

Tindakan tegas mesti diambil dan kenyataan Panglima Ankatan Tentera, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin supaya mereka yang terlibat yang disifatkannya sebagai pengkhianat itu didakwa sewajarnya selaku pengkhianat negara.

16 comments:

ghostWRITER said...

erm...yang aku hairan, macamna kawasan tentera yang begitu ketat boleh hilang enjin sebesar tew? apakah ia disabotaj? Atau pihak tentera sendiri yang gagal menjaga amanah negara?

Blower said...

salam tuan syed

apa nak heran tuan syed? we are in the Bolehland!!! everything is possible

the way i see it...civil servant forgotton their real task....its not the money they should aimed for...ITS RESPONSIBILITY

pity me...no one will hear my LITTLE CONCERN...i'm a nobody

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya amat memandang serius terhadap perkara yang berlaku. Apa yang telah belaku amat mengaibkan nama negara kita. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia saya amat berharap kerajaan/polis menyiasat sedalam-dalamnya tentang perkara ini. Setelah tuan menyebut "Benda yang dicuri bukan benda kecil seperti mancis tetapi kayu balak, cip mikro yang dibawa lari bukan dengan basikal tetapi lori kontena dan pasir yang diseludup bukan dengan perahu kayak tetapi tongkang besar", terlintas difikiran saya aktiviti penyeludupan dan kecurian ini juga mungkin dibuat dengan mengamalkan rasuah dengan pihak keselamatan. Keadaan ini tak mustahil. Ini kan Malaysia!!

Sahabat

Unknown said...

Blower, we are somebody when they desperately seeks our votes.

ghostWRITER, saya tak anggap ia sabotaj tetapi ia besar kemungkinan satu perbuatan atau amalan rasuah seperti yang disebut oleh Sahabat.

Anonymous said...

Najib again......ISA di buat demi keselamatan negara tapi di gunakan untuk POLITIK. Bila keselamatan negara di cabar....tak digunakan...maka benar..lah ISA adalah Ikut Suka Aku. Orang bawah juga di salah Panglima dan Menteri naik pangkat.....

Anonymous said...

Salam,

Saya rasa lebih dari 2 , tentu banyak lagi kes-kes seperti ini. dan lagi sebuah kapal tentera yang menggunakan peralatan "Fire Proof" pun boleh terbakar. kira-kira setengah tentera ni lebih teruk dari Komunis.

Perolehan Tentera barang sejuta jadi 4 juta - yang extra bahagi tu bahagi la bagi semua jeneral dan kuncu-kuncu samai ke kerani Joli duit rakyat.

Anonymous said...

done

Anonymous said...

siapakah menteri pertahanan pd waktu itu?? najib razak ler. tak mustahil la enjin jet pejuang bole hilang..... manusia monggolia pun bole hilang. ape nak heran.... org UMNO hebat2 belaka - 1malaysia katakan. kuda ranggi - jgn lah kau buat2 terkejut biawak.......

Anonymous said...

Begitu juga dgn peledak C4

Unknown said...

Tak terkejut biawak. Terperanjat yak...sejenis haiwan yang khusus hidup di kawasan utara khatulistiwa termasuk Rusia dan Mongolia.

Nampaknya ada orang yang terpaksa memikul biawak hidup demi untuk menyelamatkan orang lain.

Yang pasti, Malaysia benar-benar boleh menghilangkan apa saja.

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Syed,

Apa yang nak diterkejutkan sangat.. Semua contoh yang Tuan Syed nyatakan adalah barang-barang yang boleh bergerak, jadi ianya boleh diangkut ke hulu dan ke hilir. Kalau barang yang "TIDAK BOLEH BERGERAK" pun boleh hilang daripada "simpanan" kita pun maka ianya adalah sesuatu yang tidak mustahil sekiranya banyak lagi "perkara/barang" yang akan lesap di masa-masa akan datang.

Tuan Syed dan rakan-rakan yang lain mungkin masih tertanya-tanya akan apakah BARANG YANG TIDAK BOLEH BERGERAK yang hilang daripada milik kita...

Ladies and gentlman, "barang" tersebut tak lain tak bukan, PULAU BATU PUTIH (Pedra Branca)

Kalau Pulau Batu Putih yang tidak boleh bergerak dan sesuatu yang tidak dapat dinafikan milik kita pun boleh "hilang" hakmilik kita (kerana sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab kita) apatah lagi barang-barang seperti kayu balak, pasir dan injin jet yang boleh diangkut ke mana sahaja.
Pendek cerita..."Kalau Ada Padi (Duit) Semua Jadi". Nampak gayanya, keupayaan rasuah begitu tinggi di Malaysia, kita dapat menrealisasikan apa sahaja keinginan dengan merasuah pihak-pihak tertentu

Apa komen Tuan Syed?

Unknown said...

Nak kata apa lagi...yang saudara sebut tu benar belaka.

pedang malam said...

Saya setuju dengan pandangan salah sorang pegomen blog ini....orang bawah jadi kambing hitam...menteri terlepas...seperti kes Tabung Haji ..kedua-dua yang dihukum hanya mengikut arahan Menteri.Tak gitu?

Unknown said...

Betul. Ada orang yang akan berkorban, dikorban dan terkorban.

umar said...

Zaman dulu, Sultan-sultan Tanah Melayu kena bayar Bunga-Emas dekat Raja Siam.Masa itu Siam kuat.
Setelah merdeka, Singapuralah yang jadi competitor kita.Hari ini Singapura dah maju. Syarikat besarnya seperti Capital Land, Temasek,OUB Bank,OCBC bertapak kuat diMalaysia. PKFZ yang berbillion bon dijamin oleh Kerajaan Malaysia di pegang oleh Temasek Holdings juga.Strategic asset kita pun depa pegang.Apa nak kata jika Pulau Batu Putih pun depa ambil. Mahathir nak sangat buat jambatan ke Singapura padahal jambatan di Gelang Patah tidaklah busy.Setipa pasir,bata, cement,air, kayu dan segala alat pembinaan dibeli dari Malaysia.Bila kita bayar upti kepada Raja Siam, dia tak ambil barang kita satupun.Hari ini ada pula syarikat nak buat electric -train ke Singapura..apa nak jadi.

al-Balingi said...

Salam Tuan Syed,

Tuan melihat dari sudut keselamatan. Jika dilihat dari sudut amanah, pentadbiran dan pengurusan harta dan kekayaan negara pulak ?

Mereka mengurus kekayaan negara seperti mengurus kedai kopi.

* Enjin Jet Hilang
*Dr.Mahathir dituduh menggelapkan 100b
*Skandal PKFZ - Rasuah sana sini. Aku rasuah hang, hang rasuah dia.
*Proton yang pernah disaran tutup.
*Tabung Haji? PPRT?
*Laporan Audit - Satu barang dibeli dgn harga berganda. Cth : Sebatang pemutar skru pun boleh dibeli dgn harga beratus2.

Mmg betul BOLEHLAND la.Dan rakyat pulak dok percaya lagi. Melayu...melayu...