Dengar khabar Bernama TV akan mendapat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru, iaitu Engku Emran Engku Zainal. Baguslah jika ia benar kerana kita percaya ia mampu membawa perubahan dan peningkatan khidmat dan siaran saluran berita berkenaan.
Perlantikan seorang CEO baru bermakna Bernama TV masih belum dikuasai atau dikawal sepenuhnya oleh Bernama, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ini agak janggal dan pihak berkuasa harus melakukan sesuatu untuk meletakkan Bernama TV di bawah kawalan Bernama atas sifatnya sebagai agensi berita nasional negara.
Kita ingin lihat Bernama TV berperanan penting dalam bidang penyiaran berita tv terutama sebagai sebuah saluran satelit yang unggul di Asia Tenggara dan kemudian mungkin ke seluruh Asia.
Dengan perubahan yang berlaku sekarang, kita yakin ia adalah sesuatu yang positif ke arah kemajuan Bernama TV itu sendiri, tetapi kita ingin tahu sama ada hutang RM16 juta telah dijelaskan. Jika belum bagaimana sebuah entiti lain boleh mengambil alih daripada entiti yang sebelum ini yang berhutang dengan Bernama.
Kita juga ingin tahu siapa atau syarikat mana yang mengambilalih daripada syarikat sebelum ini? Siapa pemegang saham atau tenaga utama di belakang tabir?
Bagaimana pula dengan kedudukan beberapa orang tokoh dan mantan tokoh utama Bernama yang berperanan penting dalam Bernama TV sehingga ia menghadapi masalah. Apakah tindakan yang diambil ke atas mereka atau perkara itu dibiarkan berlalu begitu sahaja?
Kita menanti ketelusan di pihak yang bertnggungjawab.
3 comments:
BAGUS TU BOLEH JUMPA DENGAN ERA FAZIRA
CEO baru tapi banyak batang-batang kayu yang sudah reput masih berada di BernamaTV....orang macam AZMAN UJANG yang awal-awal lagi sudah menyembah dan cium buntut CEO baru itu...katanya, CEO sudah beri persetujuan supaya SI KEPARAT itu terus menjadi penasihat editorial di BTV. tak tahulah apa nasihat yang diberikan sebab diri dia sendiripun dia tak boleh nasihat. asyik berkepit dengan blackberry, blueberry dan raspberry dia aje... kerja langsung tak pernah buat.
bila staf BTV akan dapat kenaikan gaji?taraf hidup semakin meningkat. Kalau RM2K di KL, cukup2 mkn je.. OT plak dipotong. Kami di BTV sejak penubuhannya lagi. Tapi gaji x pernah naik2. Kami beri komitmen 100% tapi setimpalkah dgn apa yang kami dapat..? kepada CEO baru selamilah hati isi hati para petugas tingkat 3! Selalu2lah turun tingkat 3, jangan dok bersila panggung je kat atas tu..
Post a Comment