Friday, November 13, 2009

Jika "potong" dikatakan lucah....

Apalah nak jadi dengan segelintir Ahli Dewan Rakyat atau MP kita. Sebegitu banyak masalah dan isu penting yang perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat, isu iklan sebuah syarikat pengendali komunikasi jalur lebar tanpa wayar dijadikan topik.

Penggunaan perkataan "potong" yang digunakan dalam iklan tersebut dikatakan "lucah". Jika perkataan itu sudah dikatakan "lucah" bagaimana pula dengan perkataan-perkataan lain yang juga dikaitkan dengan alat kelamin ataupun badan manusia? Tak perlulah diulangi apakah perkataan-perkataan itu walaupun ia ada kaitan dengan makanan, haiwan dan cara mengupas kelapa.

Jika dilihat dari sudut mana sekalipun, perkataan potong tidak sama sekali membawa pengertian lucah atau kurang sopan. Mungkin pemikiran MP berkenaan yang sedemikian rupa.

Kerat, penggal, hiris adalah antara maksud perkataan potong selain ia merujuk kepada kain baju selaku penjodoh bilangan manakala 'tukang potong' ditakrifkan dalam Kamus Dewan sebagai orang yang memotong (menyembelih) ; tukang gunting rambut; dan tukang sunat atau mudin.

Di mana letaknya "kelucahan" dalam perkataan potong? Adakah bersunat, berkhatan atau seperti yang disebut orang sebelah utara Semenanjung 'masuk jawi' itu lucah?

Kepada saya, apa yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Rakyat berkenaan hanya menonjolkan kejanggalan pemikiran yang melihat sesuatu itu dalam pentafsiran sempit.

Apakah tidak boleh dikenakan hukuman 'potong gaji' sekiranya dia terus membangkitkan perkara remeh-temeh dan yang tidak masuk akal.

"Potong, potong, potong sajalah".

18 comments:

anafakir said...

Para YB yang menentang iklan potong kononnya 'lucah'; sebenarnya
ingin 'mencuri publisiti' murahan.Lebih murah daripada baju bundle lagi.Sedangkan ada antara mereka itu [ YB ] seriang mengeluarkan kenyataan,ucapan dan sindiran lebih lucah dan lebih melampau lagi kepada pihak-pihak tertentu dalam parlimen.Bila diminta tarik balik ,bukan main lagi mempertahankan kata-katanya itu....sedangkan ucapan tersebut terang-terang ditujuk kepada pihak yang opposisi dalam Parlimen.Sedarkah mereka ni?.Mudah lupa rupanya..kalau mudah lupa, memang tak layak jadi YB.Syok sendiri.Sebab itu tidak dilantik jadi menteri...pencacai macam tu jelaaa.

Silap orang lain, kalau dibahasakan silap la, pada saya iklan potong itu, ada humornya, tidak ada silap di mana-mana pun, tidak lucah seperti digambarkan, ia menjadi lucah bila ada YB kangkung mengatakan iklan potong itu lucah...sebenarnya ia menarik,meriah, tidak pun nampak seperti ke arah itu [lucah] dan orang ramai lebih memahami makna sebenar..sekadar gurauan, hilangkan resah gelisah di jiwa. Tetapi pencacai yang memang sudah expirate ni seperti kering idea...isu remeh temeh dipersoalkan.Berganggapan masyarakat negara ini minda kelas ketiga barangkali.Pada saya ada segelintir YB kat Parlimen tu yang memang berfikiran kelas ketiga,kurang cerdik, kurang peka kepada isu yang lebih penting untuk diperjuangkan...Ada beberapa YB di parlimen itu yang perlu direhatkan..ada yang tidak sedar diri, rakyat beri kuasa untuk membela kebajikan rakyat tetapi depa masuk parlimen untuk bercakap ludah, ada macam haiwan.Memang sah-sah tidak layak jadi pemimpin....lebih elok msyuarat pengawas peringkat sekolah.Dengar cakap pengerusi, ikut peraturan, tidak melalak tak tentu pasal,...

Sekian mohon mencadang sekadar untuk renungan.
Umur YB-YB tu ada yang lebih separuh abad tetapi perangai macam budak kelas pemulihan..hancussss.

Syed Imran said...

Tapat sekali Anafakir, YB berkenaan yang tak perlu namanya disebut pun pernah mengucapkan perkataan yang tidak sopan dalam Dewan Rakyat (ikut takrifan Dewan Rakyat).

Apa yang dibangkitkan oleh YB berkenaan tidak ubah seperti kata dulang paku serpih!

senator said...

Saya dah komen sebelum ni, dia tahu penggal ini adalah yang terakhir baginya.

Tapi saya masih menunggu YB Gwo Burn untuk bercakap. Tau ke tidak dia cakap Melayu.

Syed Imran said...

Sentor,

Lebih baik berdiam diri daripada bercakap perkara-perkara yang tidak senonoh. Yang penting buat kerja. Saya bukan peminat apatah lagi penyokong YB yang saudara sebutkan itu. Dia menang pun kerana gelombang yang melanda ketika itu. Kata orang, letak sesiappun boleh menang kerana rakyat bosan dengan BN. Itu dah sejarah tetapi sama ada ia akan berulang, entahlah...

Syed Imran said...

Sharifah Intan,

Saya dah tonton video berkenaan. Maaf, saya tak ulas perkara itu.

Sharifah Intan Nurani said...

Tak mengapa Tuan Syed.

Susah untuk mengulas video Bala dan 5 jutanya jugak, nanti perdana menteri tak suka.

Trime kase.

sm_alkaff said...

salam ami,

zaman skrg adalah zaman persepsi...saya tidak menyebelahi mana2 pihak...akan tetapi kalo kita tonton iklan berkenaan, persepsi pertama kita adalah berkenaan dgn benda "itu"...tanyalah sesiapa, nescaya ia akan disandarkan pada benda "itu"...

jadi terserah utk kita menilainya...bagi ana, kalo kita ada sifat sensitivity (hati-hati) dlm diri, nescaya iklan sebegini tak akan ditayang...

Anonymous said...

Correct,correct,correct !!! (lingam)

Syed Imran said...

SM Alkaff,

Persepsi adalah permainan orang politik.

Berkhatan bukan sesuatu yang asing di seluruh dunia bukan sekadar di kalangan umat Islam atau Yahudi. Berkhatan adalah baik dari segi kesihatan. Oleh itu ia bukan sesuatu yang kotor atau lucah.

Oleh itu saya tidak nampak di mana sensitifnya isu berkhatan atau "potong" seperti yang terdapat dalam iklan berkenaan.

anafakir said...

Orang kita ni masih ditakuk lama sebab terhalang dek persepsi la.Sikit-skit persepsi,..benda yang remeh temeh sekadar humor ringan2 apa lah salahnya.Kat luar sana banyak lagi perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang, tiada pun menteri yang sedia menegur etika berpakaian di khalayak ramai...kalau ditegur ada pulak pihak yang bergerak atas prinsip 'hak asasi'...

Rakyat kita ni memang berada dalam kelas ketiga dibaca 'kelas pemulihan minda' sebab tidak boleh untuk berfikir 'jauh ke dalam' dalam sesuatu isu yang dipertontonkan, mudah sangat melatah.Menteri-menteri pun begitu, YB-YB pun begitu.Tidak ada keintelektualan yang tinggi dalam melihat dan mendalami setiap isu yang diutarakan,semuanya nak cari publisiti murahan.

Kat luar sana pelbagai masalah dan kerenah yang boleh diperdebatkan, boleh dibuat percambahan fikiran untuk mendidik rakyat seperti etika berpakaian yang saya sebutkan kat atas tu.Kat ibu kota KL,tidak kira bangsa..majoriti berpakaian menjolok mata.Akhirnya mereka yang bertudung pulak nampak janggal sebab dikelilingi perempuan yang berpakaian ala-barat.

Subang bukan lahi menjadi hak milik telinga tetapi hidung, bibir mulut dan pusat pun menuntut hak..hak asasi anggota badan.Tak gitu Sister in Islam [ SIS ]?.SIS pun sama..guna nama Islam tetapi mereka juga tidak menutup aurat, sedangkan jelas dalam Islam menuntut aurat itu wajib..dibantahnya juga suruhan Allah atas dasar hak asasi.Mana kita ada hak asasi dengan Allah?.Diri kita ni pun DIA yang jadikan...so kita tak hak langsung terhadap diri kita sendiri bila berdepan dengan Allah, dengan sesama manusia, ya, ada sedikit hak...mana pi menteri di kabinet?Kenapa ahli-ahli SIS yang tidak bertudung ni tidak ditegur dan dikutuk habis2?...dasar penakut, nak jaga undi dan populariti.Dalam memperjuangkan hukum agama, bilang hilang sokongan asal kita menjalankan tugas yang diamanahkan.Kita lepas dari soaljawab dengan Allah...tu saja.

Dek kerana persepsilah kita jadi macam ni...sikit-sikit fitnah, yang jelas depan mata buat don't know je.Kenapa begitu?

Saya sakit kepala dan pening sikap dan prisnsip perjuangan para YB kita hari ini.Apa yang mereka buat?..mengenyangkan tombolok sendiri je la,...hancurrrrrr.

Tuan Senang Besar said...

third world mentality and moving backwards when we're supposed to be progressing.

sad.

umar said...

Sebenarnya iklan itu lucah juga kerana tayangan dalam iklan itu :

1. menunjukan kanak-kanak semuanya laki-laki main kompang seolah-olah meraihkan upacara berkhatan.

2. Menunjukan kedua mempelai atas pelamin yang sedang mengadakan majlis perkahwinan.

3. Kesemua orang yang ditayang dalam iklan itu adalah berbangsa Melayu.

Bukankah itu memalukan bila pengantin perempuan pun sebut 'potong'?

Tak akan lah bangsa Melayu sahaja yang nak melangan 'wireless broadband' ini , itupun belumlagi habis majlis kahwin !

Rupanya Melayu dah hilang malu dan boleh disindir begini rupa dalam iklan. Tidak perlulah seorang Melayu YB untuk menegur benda ini. Sepatutnya pihak yang luluskan tayangan iklan itu yang tidak prihatin dalam menjaga tatasusila bahasa dan adat.
Benda ini boleh terlanjur sehingga nanti ada pihak pula akan buat banyak lagi iklan/duit sekitar mendedahkan hidupan orang Melayu seperti, cukur jambul, aqiqah , kahwin , cerai , urusan jenazah dan sebagainya.

Mahlumlah syarikat teleponlah yang banyak berlumba-lumba beriklankan produk mereka dimedia . Siapa nak tegur mereka ?

Syed Imran said...

Umar,

Jika itu lucah dan kita terimanya sebagai lucah, maka lebih lucahlah segala lakonan, lawak jenaka atau komedi yang dilakonkan oleh orang Melayu, yang banyak menggunakan perkataan-perkatan dwi-makna yang disiarkan oleh semua stesen tv tempatan. Tidak ada orang yang bantah atau bangkitkan dalam Parlimen.

SUBIS said...

Saya setuju..dengan...tuan..Syed...
Berfikiran rasional...dan..bercakaplah..benda0benda.yang mendatangkan. faedah kepada rakyat jelata di Parlimen lebih bermakna dan berguna daripada membangkitkan soal yang remeh temeh macam iklan.."Potong wimax.. saya suka iklan itu... Kalau nak dianalisa banyak lagi iklan lucah dwimakna di TV.. contohnya.. iklan Kopi tongkat ali.. ubat gigi dsbnya....
Haprak punya MB yg macam ini di Parlimen...

salam...

Anonymous said...

Tuan Syed,

Semalam semaca menonton TV, tiba-tiba muncul satu iklan Bahasa Inggeris daripada MILO. Ianys berbunyi begini

"PLAY MORE, LEARN MORE"

Agaknya apakah yang mungkin akan diperkatakan oleh YB YB ini sekiranya mereka menonton iklan tersebut....entah apa yang bermain dalam kepala mereka.... mungkin mereka perlu meneguk segelas MILO dahulu sebelum berfikir apa yang hendak diperkatakan di parlimen kelak :)

Apa komen Tuan Syed?

Syed Imran said...

Sekiranya mereka menonton, saya percaya mereka tak akan bawa isu itu ke Parlimen kerana tidak faham, maklumlah ianya melampaui tahap pemikiran mereka.

Raja Azrul said...

saya rasa iklan ini hanyalah sekadar iklan..

Mungkin diselitkan sedikit humor berkaitan dengan isu berkhatan..tapi saya rasa berkhatan bukanlah sesuatu yang lucah..

Kalau ia memberikan maksud berbeza, itu terpulang kepada mereka yang membuat tafsiran, tetapi kelebihan iklan memberikan kita tentang budaya dan masyarakat melayu yang lebih suka bercakap beralas tanpa perlu menyatakan maksud sebenar.

Kalau nak dikatakan iklan lucah, banyak je iklan yang menampilkan wanita berpakaian seksi, iklan tuala wanita, iklan deodaran dan iklan minyak tenaga batin serta ubat payudara..kenapa iklan-iklan sebegini tidak diprovokasikan sebagai iklan lucah...

Saya rasa kita sebenarnya sudah terbuka, lagipun istilah potong itu memang baik pun..jadi takda masalah besar pun...

Syed Imran said...

Raja Azrul,

Saya setuju sepenuhnya dengan pandangan saudara. Terima kasih.