Sunday, November 15, 2009

BERNAMA - Satu Kumpulan Tawar Ambil Alih Bernama TV - Rais

Nampaknya isu Bernama TV masih belum selesai. Walau apapun, kepentingan dan keutamaan Bernama selaku sebuah agensi berita kebangsaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mesti dipertahankan.

Untung nasib para petugas Bernama TV mesti diberi perhatian agar tiada sesiapa yang teraniaya.

Yang penting, mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan Bernama TV berada dalam keadaan sekarang mesti diambil tindakan undang-undang mahupun tatatertib di bawah Perintah-Perintah Am atupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dengar khabar pihak yang berminat nak ambil-alih Bernama TV adalah yang sama yang mengambil-alih The Malay Mail.

(sila klik untuk membaca kenyataan Dr Rais Yatim)
BERNAMA - Satu Kumpulan Tawar Ambil Alih Bernama TV - Rais

2 comments:

Anonymous said...

Tuan KR,
Saya sokong 100 peratus agar siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebabkan kemelut Bernama TV.
Sikap tidak bertanggungjawab menyebabkan peneraju lama Bernama TV berhutang dengan Bernama sehingga mencecah RM16 juta. Ini wang rakyat. Dalam mendokong konsep 1Malaysia -- "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan", pembaziran wang rakyat harus disiasat. Noktah. Tak kiralah yang terbabit mungkin mempunyai gelaran yang hebat.

Anonymous said...

semua penipu..!!!
diorang sedap2 kat atas aku dah dkat 4 tahun masih lg makan gaji hari..!!!
sakit sebulan terlantar kat rumah tak bergaji pernah diorang pedulik..???
diorang kerja public holiday dapat double dapat triple..!!!
aku kerja hari raya sorang2 kat kl,mak bapak kat kampung dapat la rm80..!!!lepas la nk beli mcD pagi raya sbb KEDAI MAKAN SEMUA TUTOP WOI HARI RAYA..!!!
oh lupa,orang atasan mana tau ni semua sbb diorang CUTI SETIAP KALI RAYA..!!!