Sunday, March 18, 2012

Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan


Saya terima kad ucapan Selamat Tahun Baru 2012 melalui pos semalam. Ia adalah dari Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia yang ditandatangani oleh Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Nama saya mungkin diperolehi daripada jabatan berkenaan di Jabatan Perdana Menteri.

Saya bukan ahli Kelab tersebut tetapi adalah seorang pesara, jika boleh dilabelkan sebagai Pesara Kanan Kerajaan, maka sebab itulah saya menerima kad ucapan itu, walaupun kini kita berada pertengahan bulan Mac dalam tahun baru 2012, masih belum lewat untuk menyampaikan ucapan tersebut.

Saya menghargai usaha Aseh Che Mat mengingati pesara kerajaan seperti saya. Terima kasih.

Walau pun demikian, saya tidak ingin menjadi ahli Kelab berkenaan kerana saya  tidak menganggotai mana-mana pertubuhan atau parti politik. Saya ingin terus berpendirian bebas dan berkecuali. Saya amat menghargai kebebasan tanpa menjadi ahli atau penyokong mana-mana parti politik.

Sebagai seorang yang bebas, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik termasuk kelab-kelab atau pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didokong, disokong dan dibiayai oleh parti-parti politik.

Kepada Aseh Che Mat, sekali lagi saya sampaikan ucapan terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

pilihanraya dah dekat tu...

v-chai

Anonymous said...

Klu mmperjuangkan kpentingan pesara bagus la. Tp rasanya jauh panggang dari api. Psl praya kot. Tk je la. Saya pun tima gak..gurupencen

Anonymous said...

harap tuan syed ade button facebook like untuk setiap artikel tuan syed. Kekadang orang suka baca, tp malas nak komen. Lagi satu, bila kita like, maka akan tersebarlah di laman sosial FB. Maka, makin ramai orang yg baca penulisan tuan syed yg tidak bias.

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Tuan,

Teruskan menulis tanpa terikat kepada mana mana parti politik, yang mana salah, di tegur yang mana betul di hargai, yang penting ikhlas dengan apa yang dibuat. Mak saya selalu kata, biarlah diri kita tak dihargai, tapi janganlah kita hilang harga diri. Hidup itu macam roda, sekejab kita di atas, sekejab di bawah. Itulah kehidupan.

Wassalam

MAAM Old Klang Road

Anonymous said...

salam.ingat Mati (sifat mahmudah)agar sgala perlakuan kita adalah Ikhlas, sbb yg Ikhlas shj ditrima ALLAH. renung2kan...prlakuan baik dibuat scara trus (tak tangguh2)atau atas sbb2 trtentu atau ikut musim......