Friday, March 30, 2012

PRU-13 - Dua Tun hampir senada mengenai kedudukan BN

Saya amat tertarik dengan kenyataan atau jika boleh dikatakan sebagai 'ramalan' mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan seawal Jun tahun ini.

Yang paling menarik ialah kenyataan mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang juga dikenali sebagai 'orang kanan' mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meramalkan bahawa BN hanya akan mempertahankan kuasanya di Johor, Melaka dan Pahang. Tun Daim dipetik oleh harian berbahasa Mandarin, Nanyang Siang Pau dan dikutip oleh Malaysiaknini sebagai berkata bahawa BN boleh mencatat kemenangan mudah di tiga buah negeri itu.

Ungkapan 'kemenangan mudah' bermakna BN akan dengan mudah menang. Kita tertanya-tanya pula bagaimana kedudukan atau keberhasilan kempen BN yang sebegitu hebat sekarang di negeri-negeri lain yang  ditadbir oleh gabungan parti-parti politik itu? 

Adakah BN akan menang tetapi bukan secara 'menang mudah' atau akan tumbang? Kita ketepikan dahulu soal kedudukan BN di Pulau Pinang dan Kelantan kerana Tun Daim sendiri mengakui bahawa BN akan kalah di kedua-dua negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.

Saya setuju bahawa Pakatan Rakyat akan terus berkuasa di Kelantan dan Pulau Pinang walaupun kedua-dua negeri itu menjadi sasaran serangan hebat dan bertubi-tubi oleh media yang dikuasai, dikawal atau yang menyokong BN. Ada saja berita dan laporan  negatif yang disebar luas mengenai kedua-dua negeri itu.

Perlu diingatkan bahawa menjelang PRU-12 yang lalu, Tun Daim meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dan ia menjadi kenyataan. Oleh itu, apa yang dibayangkan oleh Tun Daim mengenai PRU-13 tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ia mungkin dan boleh menjadi kenyataan memandangkan kedudukan PM Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikatakan semakin popular di kalangan rakyat, disifat pula oleh Tun Daim sebagai "jeneral tanpa askar". Dalam bahasa yang mudah difahami, ia  bermakna jeneral itu akan kalah perang.

Tun Dr Mahathir pula berpendapat adalah sukar untuk meramal keputusan PRU-13 kerana keadaan yang disifatkannya sebagai 'mengelirukan'.

Apa yang mengelirukan hanya Tun Mahathir yang tahu. Tetapi pada umumnya, ia tidak mengelirukan kerana rakyat tidak keliru walaupun pelbagai andaian dibuat oleh pengulas dan penganalisis menara-menara gading yang meninjau dari bilik berhawa dingin  masing-masing. Hampir semuanya memberi ulasan atau kupasan 'akademik' yang pro-BN. Sudah tentu ulasan mereka tidak akan disiarkan jika sebaliknya. Itu cukup jelas.

Tun Mahathir dilapor oleh Bernama sebagai berkata 'bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini' dan saya amat bersetuju dengan pendapat itu. Agakan saya BN tidak akan dapat majoriti dua pertiga.   

Kita ketepikan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita teliti apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir iaitu 'pembangkang sekarang bukan seperti dahulu' dan saya ingin menambah bahawa pengundi sekarang pun bukan seperti pengundi dua dekad dahulu. Pengundi sekarang bijak dan tidak mudah dipengaruhi oleh habuan wang ringgit atau kebendaan. Mereka boleh berfikir dan pandai membuat keputusan. Mereka dapat menilai yang mana satu kaca dan yang mana pula intan.

Soal Anwar sememangnya menjadi 'duri dalam daging' kepada BN dan juga Pakatan Rakyat. Ia boleh menjadi 'penawar' dan juga 'racun' dan kedua-dua pihak yang berlawanan akan menjadikan isu Anwar sebagai senjata untuk menang. Yang jelas Anwar bukan calang-calang orang untuk ditumbangkan walaupun dia pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan dipenjarakan mengikut Kanun Keseksaan, dia masih tegak berdiri. Namun begitu,  Anwar  bukan 'penentu' kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi PAS. 


10 comments:

Anonymous said...

BN terlalu takut dan risau sehingga mereka menggunakan cara
barbaric utk halang NGO / PR utk
buat ceramah.
mengapakah mereka begitu takut??

Anonymous said...

Salam,

Ayat terakhir "Namun begitu,  Anwar  bukan 'penentu' kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi PAS" memang kenyataan yg tak masuk akal. Kalau dsai bukan faktur penentu DAP dan PAS tidak akan dpt duduk semeja dlm Pakatan dan menawan 5 negeri dlm pru12 yg lalu tinggal mimpi. Ini satu fakta yg akan termaktub dlm sejarah betapa besar sumbangan dsai dan kalau pakatan berjaya menawan putrajaya, dsai lah manusia yg patut rakyat m'sia yg mahukan kuasa rakyat dikembalikn berterima kasih. Maka memang layaklah dsai dinobatkan sebagai pm ke7.

Percayalah tanpa dsai, PAS dan DAP akan mengikut haluan masing2 dan sampai kiamat akan jadi "punching bag" BN.

Syed Imran said...

Tak masuk akal? Terpulanglah, saya menyatakan apa yang saya amati. DSAI ada kelemahan dan ianya mesti diakui. DAP dan PAS ada kekuatan dan pengaruh masing-masing.

snow white said...

bro syed,
pemimpin politik ini boleh diibaratkan seperti lampin bayi. apabila sampai waktunya, perlu ditukar ! dalam konteks politik malaysia, kita kena tukar lampin baru di kedah, kelantan dan selangor kerana lampin tersebut tidak lagi mampu menahan air kencing dan najis bayi tersebut. bagi penang pula, kita tak perlu tukar kerana bau busuk air kencing dan najis tersebut boleh menjahanmkan alam sekitar pulau itu.

Anonymous said...

snow white...
apa yg kau merepek niee?? lebih baik kau pergi basuh lampin kau sendiri?
bau hencing siottt...

-huntsman-

Anonymous said...

Lampin² yang kat negeri perlis, terengganu, pahang, johor, melaka, n9 dan perak bila nak ditukar. takkan nak disimpan dan peram buat pekasam ¿¿

Anonymous said...

to snow white...zaman dah berubah. baby pun dh tak pakai lampin, hg dok pakai lampin lagi ka? patut otak kemetot...serrr.

leklau

Anonymous said...

Pak Tuan,

Minta komen sikit tentang Bersih 3.0. Yang India nak sangat jadi ketua ni kenapa?

Anna Ong Abdullah

Anonymous said...

leklau,

ini kata pepatah sahaja dan tak bermaksud dalam konteks sebenar. Kiasan lambang keagungan bahasa.
Namun demikian, terpulanglah kepada anda menyerap kefahaman berdasarkan kapasiti kendiri.

Siva Dass

Anonymous said...

Bodoh punya worang la..orang(bayi) sekarang tak pakai itu lampin kain la..sekarang pakai itu pempers..sekarang itu pemimpin kerajaan juga ibarat lampin la???jadi apa lagi tukar la itu pemimpin kerajaan(LAMPIN BUSUK yang telah tamat tempoh)kepada yang baru..