Monday, March 26, 2012

Blogger dakwa Umno akan beli agen PKR

Blogger Tulang Besi dedah taktik UMNO/BN nak beli ejen (bukan agen) PKR pada pilihan raya akan datang. Bagi saya, ia bukan  perkara baru dalam sepak terajang politik dan pilihan raya di Malaysia.

Saya angkat topi kepada Tulang Besi. teruskan dengan penulisan yang mendedahkan kepincangan.

Sila klik di bawah ini.
Blogger dakwa Umno akan beli agen PKR

7 comments:

d'enricher said...

Tuan Syed,

Takkan betul kot ???

Kalau ikut cerita dalam MSM, saban hari sokongan meningkat untuk PM Najib. Dengan apa yang telah diberikan ... dengan Transformasi, tak kan lah tak yakin lagi?

Pada sayakan, kalau nak mudah jangan lah teka teki lagi bab PRU13 ni, PM Najib Confirmkan aje, 5 tahun kerajaan sekarang, Parlimen boleh bubar pada 8hb Mac 2012. Mesti semua DUN sekali setuju, tak ada nak pening, nak lain2 tarikh.

PRU13, 14 - 21 hari dari tarikh itu.

Semua pun dah puas kempen. Rakyat akan "EVALUATE" kerja ADUN dan MP untuk 5 tahun yang lepas.

Yang Baik kita sokong, tak kita tendang, kira ok tak???

Masa tu kita kan ke BOSS, walaupun 1 undi.



Cinta Alam Malaysia
A.Alshukor

Anonymous said...

Tuan Syed,

PM Najib telah mengisytiharkan perang (sesuatu yang tidak pernah saya dengar sebelum ini dari mana-mana PM ) dalam rangka memenangi PRU ke-13. Sebelum ni beliau juga ada menyatakan untuk memenangi PRU tersebut dengan apa cara sekalipun.

Jelas menunjukkan beliau memberikan 'blanket approval' kepada UMNO/BN untuk mengambil apa jua tindakan asalkan UMNO/BN menang dan terus kembali berkuasa - 'the ends justify the means.'

Jadi saya tidak heran kalau UMNO membeli ejen PKR. Ini tentunya satu daripada strategi mereka.

ZMS

Anonymous said...

How can you be so gullible?

Tulang Besi is what of the most compulsive liar and spinner

Shame on you former SUA to rais.

Unknown said...

Anon 3:04pm,

Say what you like. It is your right.

By the way, why hide behind Anonymous? Scared of what? or Who?

Unknown said...

ZMS,

Saya ada banyak pengalaman dengan politik UMNO. Mereka boleh nafi itu dan nafi ini, kenyataan tetap ada.

Saya ingin petik apa yang dikatakan oleh allahyarham Tun Ghafar baba, mantan TPM dan timbalan presiden UMNO yang terkenal sebagai seorang tokoh politik yang bersih daripada rasuah.

Allahyarham Tun Ghafar pernah berkata:

"Semangat UMNO tahun 50-an dahulu saya rasa sukar hendak dipulihkan semula."

Apa yang dimaksudkan oleh Tun Ghafar adalah pada era 50-an semua ahli UMNO bekerja dengan sukarela. Ada yang sanggup mengeluarkan wang ringgit semata-mata untuk memajukan parti. Perebutan untuk merebut jawatan boleh dikatakan tidak ada. Ramai yang menolak apabila dicalonkan untuk memegang jawatan. Tuduh-menuduh, berpuak-puak tidak ada dan politik wang jauh sekali.

Sekarang, lain ceritanya.

Unknown said...

Al Alshukor,

Sama-samalah kita tunggu PRU-13. Kuasa rakyat adalah segala-galanya dan pada masa itu, mereka yang inginkan sokongan rakyat, sanggup ketepikan kemewahan kononnya untuk bersama-sama rakyat. Mereka lupa rakyat atau pengundi sekarang tidak mudah dipergula-gulakan, diperdaya dan dibeli.

Anonymous said...

UMNO tahun 50-an dulu tak 'advanced' macam sekarang ni.. Tak bunuh dan letupkan orang, tak ada video lucah, tak ada fitnah liwat, tak ada rasuah berjuta2 ringgit, tak ada beri kerakyatan kepada PATI, tak ada anak pemimpin yang guna kereta Bugatti Veyron dan Porsche, tak ada pinjaman mudah RM250 juta dan macam-macam lagilah.. Yang saya tahu, kalau bukan 'PENIPU' maksudnya bukanlah UMNO dulu kini dan selamanya..

BENGKANG UBI