Wednesday, December 21, 2011

Adakah Malaysia mengamal 'pemujaan' pemimpin?

Kejadian sekumpulan anak muda yang dilaporkan sebagai mahasiswa yang berarak secara aman ke PWTC dan dikatakan telah menurun 'bendera' berwajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik perhatian saya.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah 'bendera' tersebut. Adakah ia  benar-benar 'bendera' dan jika ya, kenapa pula ada wajah Najib mahupun pemimpin-pemimpin lain?

Jika ianya 'bendera' saya ingin tahu 'bendera' itu mewakili atau melambangi apa?  Adakah ia didaftarkan dengan mana-mana pihak berwajib seperti Pendaftar Pertubuhan? Jika tidak adakah ia 'bendera' mana-mana kumpulan tidak berdaftar?

Sejak kurang sedekad ini, rakyat Malaysia disajikan dengan bermacam bentuk pemidang, sepanduk, lencana dan kini bendera yang memaparkan wajah pemimpin negara, negeri dan parti-parti politik. Ia seolah-olah satu kemestian atau 'wajib' diadakan.

Saya bimbang kita sedang atau akan menuju ke arah pemujaan pemimpin atau pendewaan pemimpin sama seperti yang berlaku di negara-negara komunis dan sosialis. Kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi seperti Korea Utara yang begitu taksub mendewa-dewakan pemimpin mereka dengan memasang sepanduk, lambang dan pemidang besar gambar pemimpin mereka.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Di mana-mana sahaja kita boleh lihat potret atau gambar pemimpin-pemimpin tertentu seolah-olah mereka adalah 'dewa' yang dipuja dan dijulang tinggi. 

Apa kata para ulama dan cerdik pandai Islam mengenainya? Kenapa mereka tidak bersuara atau adakah mereka bersetuju dan menjadi 'pak turut' yang tidak berani menegur atau menasihati pihak berkenaan?   

"Pendewaan" dan "pemujaan" manusia dilarang oleh Islam.

 

10 comments:

Anonymous said...

Setuju dengan pandangan Tuan Syed.

Penggunaan media massa dan propaganda adalah satu medium yang digunakan untuk mengekal atau mengembali dan meningkatkan aura dan pengaruh seseorang pemimpin yang kian merundum.

Ianya mempunyai sejarah yang lama ketika mana semangat dan api demokrasi mula melanda di negara-negara beraja. Demi menentukan rakyat kekal memuja dan mendewakan mereka tanpa sebarang soal-jawab, raja-raja berkenan mempamerkan lukisan potret yang hebat-hebat di tempat-tempat strategik.

Dalam kes kita, saya khuatir, sekarang ia hanya dalam bentuk 'bendera' yang relatif kecil. Tetapi kalau tidak ada sesiapa yang ambil kisah termasuk dari segi hukumnya, pameran fotonya mungkin akan memenuhi keseluruhan bahagian luar bangunan PWTC. Ia boleh dilakukan kerana teknologi sudah ada di pasaran seperti yang dilihat setiap malam di bangunan PWTC sekarang ini.

ZMS

Unknown said...

ZMS,

Saya pun percaya dalam masa yang tidak berapa lama lagi, seluruh bangunn yang bernama Menara Dato Onn akan dihiasi wajah Najib. Logo Umno dan BN pernah bergemerlapan di situ.

chempaka said...

Pembaziran yang berlaku di tahap gaban. Digital info board sepanjang 5 kaki pun setelah puas tawar menawar secara direct dengan pembekal harganya 3k, bayangkan berapa harga nya jika sebesar bangunan Menara Dato'Onn?

Unknown said...

chempaka,

Benar tu. Mereka bebas membazir kerana bukan wang sendiri. Lihat saja episod NFC yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM250 juta.

Anonymous said...

Setuju, negara kita sekarang sedang menuju kearah itu. Datanglah ke Kedah. Disetiap simpang terpampang gambar MB.

Unknown said...

Di mana-mana saja. Malaysia nak jadi macam Korea Utara.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed...

Tabiat (bukan budaya) mendewa2kan pemimpin sangatlah dasyhat di negeri2 yg diperintah oleh kerajaan dap-pkr-pas dan tidak begitu ketara di negeri2 pemerintahan bn...

Kalu nak taw lawat lah kelantan, kedah, pulau pinang dan selangor...di pwtc tu hanyalah dlm bentuk bendera sebabnya meeupakan antara hiasan sempena peehimpunan agung umno yg baru lepas.

Akan tetapi di penang, selangor dan kelantan kempen muka mb/cm di setiap pulusok negeri amat berleluasa...ini dah sama dengan seketika dulunya di jordan, korea utara, iraq, arab saudi dan negara2 afrika hitam...

Insiden d pwtc tu hanyalah tindakan nakal budak hingusan akan tetapi umno menerimanya sebagai cabaran yang maha hebat, depa lupa cabaran yg lebih besar ialah macam mana nak jawab kepada pengundi pasai bab Rompakan Bersiri oleh pembesar2 negara sampaikan ada seorang menteri yang dikatakan pandai beri ucapan dalam bahasa arab pon dituduh SONGLAP duit zakat utk bayar yuran guaman....isu Rompakan Bersiri ini lebih dasyhat dan lebih sukar utk dijelaskan....sebab sekiranya Umno dan PM berdiam diri ini akan ditafsirkan sebagai merestui rompakan2 itu.

Din Tunjang
Jitra, Kedah....

Unknown said...

Din Tunjang,

Saya merujuk kepada kedua-dua pihak kerana sama saja.

Din boleh ke KL sekarang dan lihat sendiri apa yang dipaparkan secara kerlipan digital sepanjang menara Dato' Onn, PWTC pada sebelah malam. Bukan bendera, bukan lambang parti tapi wajah pemimpin. Ya, dari atas hingga ke bawah menara Dato' Onn. Datanglah dan lihat sendiri.

Unknown said...

Din Tunjang, ada masalah teknikal. Tolong hantar semula komen kedua saudara. Mohon maaf dan terima kasih.

Alkafaza said...

melayu megah dgn budaya MENYEMBAH sampai xkenal lg yg mana patut menyembah n yang mana patut disembah... budaya menjilat dah sebati dgn jiwa melayu..