Tuesday, December 20, 2011

Shahrizat atau Zuraida yang lebih mirip Mak Lampir?

Isu panas membabitkan keluarga Menteri Pembngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin panas bahkan mula mendidih. Semuanya kerana sikap ketua Wanita Umno itu sendiri yang telah dan masih  mengalihkan isu itu termasuk kepada Wanita Umno, wal hal ia tiada kaitan sama sekali dengan Wanita Umno.

Shahrizat menggunakan pentas Wanita Umno untuk membidas dan menghentam ketua wanita Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Ampang,  Zuraida Kamaruddin. Perbuatan Shahrizat tidak disenangi oleh sebilangan tokoh veteran Wanita Umno kerana ia tiada kaitan sama sekali dengan pergerakan itu.

Tepukan dan jeritan sebilangan ahli Wanita Umno yang sesekali kedengaran semasa ketua mereka berucap pada mesyuarat agung pergerakan itu tidak ubah dan boleh disamakan dengan sorakan muda-mudi yang menghadiri konsert rock. Selepas konsert, semuanya pulang kerana terhibur dan tidak lebih daripada itu.

Sekurang-kurangnya muda-mudi yang menghadiri konsert rock rasa berbaloi dengan hiburan itu sedangkan perwakilan wanita Umno pulang dengan beberapa tanda tanya mengenai kedudukan ketua mereka. Perlu diingatkan bukan semua ahli yang menyokong dan setuju dengan tindakan Shahrizat mengaitkan masalah 'peribadi' dengan pergerakan itu.

Shahrizat mengaitkan pembangkang kononnya sebagai 'anasir' yang menyerang beliau dan Wanita Umno berkaitan isu ladang ternakan lembu  (NFC)  yang mendapat peruntukan atau pinjaman  RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan dimana suami  dan anaknya merupakan 'orang kuat' dalam perbadanan itu.

Shahrizat lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa isu NFC tidak dibangkitkan oleh pembangkang tetapi oleh Ketua Audit Negara melalui laporan tahunannya. Isu itu turut  dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat oleh salah seorang "hulubalang"  dari parti Shahrizat sendiri, iaitu Bung Mokhtar Radin yang mendesaknya meletak jawatan.

Sudah tentu pembangkang turut membangkitkan isu NFC kerana ia membabitkan wang rakyat, soal kewibawaan, integriti, ketelusan dan kesaksamaan dalam melaksanakan projek yang berkaitan dasar kerajaan. Bodohlah wakil-wakil rakyat pembangkang sekiranya mereka membisu seribu bahasa.

Selain Bung Mokhtar, beberapa orang pemimpin pertengahan Umno turut mendesak Shahrizat melepaskan jawatan Kabinet yang disandangnya demi kepentingan parti. Mereka menyifatkan ia sebagai satu beban kepada parti yang bakal menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Saya juga mendapat tahu bahawa ada ahli perwakilan ke perhimpunan agung Umno yang ingin membangkitkan isu NFC tetapi telah dilarang oleh pucuk pimpinan. Benarlah apa yang dinyatakan sebelum ini oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, iaitu tiada kebebasan bersuara 'sepenuhnya' dalam Umno.

Mungkin kerana tidak tahan melihat Umno menjadi bahan serangan bertubi-tubi oleh lawan, maka seorang ketua bahagian yang lantang bersuara melalui media arus perdana khususnya Utusan Malaysia, iaitu Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meluahkan isi hatinya dengan menasihati Shahrizat supaya meletakkan kepentingan parti di atas kepentingan-kepentingan lain. Beliau merujuk kepada isu NFC yang menurutnya seperti kata-kata kiasan "memikul biawak hidup".

Dalam erti kata yang mudah difahami, Syed Ali mendesak Shahrizat letak jawatan kerana isu NFC pasti akan menjejas  Umno yanag sememangnya sudah "tenat" apabila menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Desakan Syed Ali nampaknya tidak disenangi oleh "penyokong" Shahrizat yang pada 15 Disember lalu, atas nama NGO yang tidak pernah dengar "menyerang" pejabat Umno Bahagian Cheras kononnya untuk menyerah memorandum berkaitan isu "biawak hidup" kepada ketua Umno berkenaan.

Turut sama dalam "pasukan"  ke Pusat Rekreasi Cheras yang menempatkan pejabat Umno itu ialah dua orang pegawai dari pejabat Shahrizat. Nah, sudah terang dan tidak perlu disuluh lagi, bahawa siapa yang turut terlibat.

Saya difahamkan bahawa mereka dilayan dengan baik oleh ketua dan kakitangan pejabat Umno Bahagian Cheras tetapi apa yang berlaku agak mendukacitakan kerana ada percubaan untuk mencederakan Syed Ali sehingga pegawainya terpaksa memanggil polis untuk mengawal keadaan. 

Hujung minggu lepas, Shahrizat turun ke Ampang, kubu kuat Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang dijadikan sasaran serangannya. Marah betul Shahrizat kepada Zuraida yang berulang kali mendesaknya meletak jawatan berhubung isu NFC.

Zuraida Kamaruddin turut digelar sebagai "Mak Lampir" iaitu satu watak dalam filem seram Indonesia dan dia dijadikan bahan serangan semasa Shahrizat turun ke Ampang.

Nampaknya Shahrizat masih tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar akan kenyataan bahawa isu NFC yang membabitkan suami dan anaknya menjadi "barah" kepada Umno yang sedikit demi sedikit merebak ke seluruh anggota yang akhirnya membunuh.

Shahrizat tidak perlu "hemoi" atau tebal muka untuk menerima kenyataan. Beliau tidak seharusnya "menyerah" kepada pucuk pimpinan untuk menentukan kedudukannya. Jika dia sayangkan parti yang begitu baik dan berbudi kepadanya walaupun dia tumbang kepada seorang yang boleh diibaratkan sebagai "anak" pada pilihan raya umum lepas,  dia mesti letak jawatan parti dan kerajaan. Itulah tindakan yang betul yang mesti diambil olehnya.

Siapa yang lebih layak digelar "Mak Lampir", Shahrizat atau Zuraida?

13 comments:

mr edz said...

yang paling layak ialah Rosmah

Anonymous said...

Shahrizat mengamuk macam mana pun yang salah tetap salah. Kalau nak buat sesuatu yang boleh menjahanamkan masa depan parti, beliau kena la berani tanggung risiko kalau dah 'kantoi'!! Letak saja jawatan!! Serang orang sana sini bukan boleh perbetulkan balik salah yang telah beliau buat. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pemimpin UMNO yang lain buat baik macam mana sekali pun nampak macam sia-sia dek kerana sikap beliau yang pentingkan diri.

chempaka said...

dengan bahasa mudahnya, perangai Kak Ijat macam orang tak pernah pergi sekolah

Anonymous said...

pemimpin mcm nie nak bela bangsa melayu?? cis, jgn dok sembang la. deybang saja lebeh puak2 nie. sekupang tak guna. sapa khianat kat melayu? habaq mai sat? ha pangkah laa UMNO lagi..nah amek habuan...
UMNO ja yg tau ajaq melayu mangkaq ni semua.

kelawai99

Syed Imran said...

md edz,

Saya tak dapat kata tak setuju, tapi saya buat perbandingan antara Shahrizat dengan Zuraida.

Mungkin Rosmah Mansor atau RM yang boleh juga dirujuk kepada Ringgit Malaysia, ada mirip Mak Lampir jika dibandingkan dengan Shahrizat dan Zuraida. Mungkin.

Anonymous said...

PETALING JAYA, Dec 20 — PKR revealed yet another startling expose today in the ongoing National Feedlot Centre (NFC) controversy, alleging that some RM10 million was siphoned to purchase another luxury condominium — this time in Singapore — for minister Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil’s family.

WHAT SAY U TUAN SYED

Syed Imran said...

Ya, saya tahu akan berita yang tersebar luas dalam beberapa portal berita mengenai pembelian kondo mewah di kawasan Orchard Road, Singapura. Kondo mewah berharga 4.3 juta dolar Singapura atau 10 juta ringgit itu didedahkan oleh PKR.

Saya sengaja tidak mengulas mengenainya dan mengenai restoran mewah dan syarikat yang ditubuh di Singapura, pembelian kereta Mercedes Benz dan sebagainya kerana semuanya itu mendapat liputan portal-portal berita.

Saya menulis dari satu sudut lain untuk memberi gambaran yang berbeza dengan apa yang dilapor oleh portal berita.

Saya menghargai komen dan minat saudara. Terima kasih.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Apa pun gelaran yang diberikan Shahrizat kepada seteru politiknya seperti Zuraida, orang tidak akan mempercayainya atau berkongsi pendapat dengannya lagi. Beliau sudah begitu terperangkap dalam skandal NFC - amat sukar baginya membebaskan diri dan kembali berdiri tegak sebagai pemimpin Wanita UMNO yang berwibawa dan dihormati.

Sebaliknya, seperti orang yang terperangkap dalam 'quicksand', semakin dia cuba melepaskan dirinya, semakin dalam dia kena telan.

Dalam keadaan yang begitu kritikal sekarang ini, nampaknya tiada seorang pun yang mampu dan sanggup menolongnya tanpa mereka sendiri turut sama menjadi mangsa 'quicksand' tersebut. Khairy, contohnya, yang cuba menjadi hero semasa skandal berkenaan mula tercetus, kini langsung tidak kedengaran lagi. Apakah dia sebahagian daripada anasir skandal NFC ini?

Masa depan Shahrizat dalam politik kini musnah. Semasa karier politiknya ini dalam nyawa-nyawa ikan ini, lakukanlah satu bakti terakhir kepada UMNO supaya sekurang-kurangnya ada sedikit kenangan manis baginya iaitu MELETAK JAWATAN SECARA SUKARELA.

Najib,saya rasa, terlalu baik untuk mengarahkan beliau meletak jawatan walaupun beliau (Najib) sedar risiko besar yang akan ditanggung UMNO dalam PRU ke-13 nanti.

ZMS

Syed Imran said...

ZMS,

Khairy bijak orangnya. Dia sedar akan kedudukan sebenar dan oleh itu dia terus membisu.

Anonymous said...

dear pak tuan,

attacking physically another human being is just "too much". I was surprised Shahrizat can condone to such act, directly or indirectly. Doesnt reflect her maturity despite she herself has law background. Sad..

Earlier on, I wanted to get more facts about this, now, I have made up my mind after doing my research through reliable sources well connected with the incident..she should step down, or DSNTR will need to kick her out..

My two cents worth..

Rgrds
MSF

Syed Imran said...

MSF,

True. I too double check the incident to be fair to one and all.

She has to go.

Anonymous said...

Pak Syed,

Sedih rasanya bila ada pemimpin wanita UMNO perangai macam ni. Dia ni dari Jelutung, sama sekolah dengan arwah mak saya. Anak Mami tanjung, yang mempunyai ilmu, bekas seorang peguam dan ada asas agama. Suami dia seorang jurutera dari Kelantan pun ada asas agama. Tapi sayang seribu kali, sayang, pasal salah guna kuasa dan moral yang rendah mereka ini hilang harga diri.

Pasal tu kita lihat masa zaman Pak Lah macam ada yang tak kena dengan Wanita UMNO, yang salah tak di tegur, yang silap tak diperbetulkan. Rupanya, Wanita UMNO telah jadi lembu yang telah dicucuk hidung dan diletakkan dalam kondo. Padalah wanita UMNO mandom je. Sekarang terjawablah segara persoalan.

Anak Mami bagi malu je orang Tanjung.

Masyarakat yang tak ada Maruah bermula dari anda Sharizat Jalil...tuuuui.

Kami akan mengutuk anda di dunia ini dan mendakwa anda di akhirat kelak.

Di dunia ni, anda bolehlah terlepas dan begitu licik macam ketua pemuda, tapi kat akhirat kelak, bersiap sedialah untuk dihitung.

Janganlah anggap yang Malaysia ni macam Zimbahwe, nak hantar kuncu kuncu anda untuk unggut orang.

Pemimpin macam anda ni, adalah beban yang menjahanamkan UMNO, rakyat bukan sangat nak undi pembangkang, tapi kerana geramkat anda, buat mereka meluat dan marah meluap luap.

UMNO akan kecundang. selagi, anda, KJ, RM dan pemimpin yang salah guna kuasa dan rasuah masih berluasa. Semua mengakui, yang merekalah calon yang boleh menang.

Tapi hakikatNya, hanya Allah sahaja yang tahu budi perkerti mereka.

Wassalam.

MAAM, Jalan Kelang Lama

Anonymous said...

Pak Syed,

Sedih rasanya bila ada pemimpin wanita UMNO perangai macam ni. Dia ni dari Jelutung, sama sekolah dengan arwah mak saya. Anak Mami tanjung, yang mempunyai ilmu, bekas seorang peguam dan ada asas agama. Suami dia seorang jurutera dari Kelantan pun ada asas agama. Tapi sayang seribu kali, sayang, pasal salah guna kuasa dan moral yang rendah mereka ini hilang harga diri.

Pasal tu kita lihat masa zaman Pak Lah macam ada yang tak kena dengan Wanita UMNO, yang salah tak di tegur, yang silap tak diperbetulkan. Rupanya, Wanita UMNO telah jadi lembu yang telah dicucuk hidung dan diletakkan dalam kondo. Padalah wanita UMNO mandom je. Sekarang terjawablah segara persoalan.

Anak Mami bagi malu je orang Tanjung.

Masyarakat yang tak ada Maruah bermula dari anda Sharizat Jalil...tuuuui.

Kami akan mengutuk anda di dunia ini dan mendakwa anda di akhirat kelak.

Di dunia ni, anda bolehlah terlepas dan begitu licik macam ketua pemuda, tapi kat akhirat kelak, bersiap sedialah untuk dihitung.

Janganlah anggap yang Malaysia ni macam Zimbahwe, nak hantar kuncu kuncu anda untuk unggut orang.

Pemimpin macam anda ni, adalah beban yang menjahanamkan UMNO, rakyat bukan sangat nak undi pembangkang, tapi kerana geramkat anda, buat mereka meluat dan marah meluap luap.

UMNO akan kecundang. selagi, anda, KJ, RM dan pemimpin yang salah guna kuasa dan rasuah masih berluasa. Semua mengakui, yang merekalah calon yang boleh menang.

Tapi hakikatNya, hanya Allah sahaja yang tahu budi perkerti mereka.

Wassalam.

MAAM, Jalan Kelang Lama