Friday, October 14, 2011

Rakyat belum dapat nikmat Belanjawan, harga barang dah melambung

Kenaikan belanja hidup sudah mula mencengkam rakyat Malaysia walaupun PM Datuk Seri Najib Tun Razak membawa berita baik melalui pembentangan Belanjawan 2012.

Kegembiraan rakyat Malaysia selepas pembentangan Belanjawan telah tersentak apabila harga barang-barang keperluan asas, terutama bahan makanan, melambung tinggi. Di sesetengah tempat, harga sekilo cili naik sehingga RM20 manakala harga ayam naik sehingga 20 peratus dan harga ikan serta sayur-sayuran juga melambung.

Kakitangan perkhidmatan awam belumpun menerima dan menikmati kenaikan gaji ataupun bonus setengah bulan manakala golongan petani, nalayan dan mereka yang bekerja sendiri terus dihimpit kesulitan kewangan.

Kita amat menghargai keprihatinan  kerajaan pimpinan Najib tetapi ada pihak lain yang mengambil kesempatan.  Dalam hubungan ini, kerajaan mesti bertindak tegas untuk menangani kenaikan harga barang keperluan asas sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

Bah besar yang sedang melanda negara-negara pengeksport beras di Asia Tenggara mungkin mengakibatkan harga beras melambung walaupun kerajaan memberi jaminan stok penimbal negara mencukupi untuk menampung keperluan. Tetapi lama mana?

Menteri Pertanian Datuk Noh Omar menasihati rakyat agar jangan panik atau gempar berkaitan bekalan beras. Ia bukan soal panik atau gempar tetapi sesuatu yang berkemungkinan menjadi kenyataan akibat banjir buruk yang menenggelamkan ratusan ribu hektar bendang di Thailand dan mengancam tanaman padi di Kemboja dan Vietnam.

Rakyat sudah tentu bimbang akan kedudukan bekalan beras dan kerajaan perlu mencari sumber lain untuk mendapatkan bekalan bagi memenuhi keperluan negara dalam jangka masa panjang.

Kenaikan harga barang-barang keperluan asas yang berlaku sekarang dan belum boleh diatasi mesti dijadikan iktibar oleh kerajaan untuk mengelak kenaikan harga beras, sumber makanan asas rakyat Malaysia. Kita yakin dan percaya kerajaan mampu menanganinya.

6 comments:

Anonymous said...

pilihan raya nanti kita sokong lagi umno barisan national .itu tandanya kerajaan umno prihatin kepada rakyat .asalkan rakyat susah tak pa .pemimpin senang lenang biar kan .hidup melayu umno ha.ha.ha....

Anonymous said...

takpa, kita sokong UMNO BN lagi naaa. biaq kita susah jgn pemimpin UMNO susah naaaa. jgn bagi melayu UMNO hilang kuasa naaaaaaaa. jom kita pangkah UMNO BN lagi naaaaaa.
hahahahaaa...biaq UMNO pedejey kita jgn kita pedejey pemimpin UMNO naaaaaaaaaaa.

man leklau

Syed Imran said...

Dalam sesuatu penulisan itu, ada yang tersurat dan ada pula yang tersirat. Bak kata orang tua-tua, hanya Jauhari yang mengenal manikam.

Saya menulis bukan untuk menagih sokongan kepada Umno atau mana-mana parti politik. Kalau putih katakan putih, jika hitam maka hitamlah.

Yang saya utarakan ialah kenaikan mendadak harga barang sedangkan faedah Belanjawan belum pun nampak.

Soal nak sokong mana-mana parti politik, terserah kepada rakyat yang layak mengundi.

Anonymous said...

Itulah masalah dengan sesetengah pemimpian UMNO seperti Noh Omar yang masih tidak mahu menerima hakikat akan implikasi serius yang akan dihadapi Malaysia dan rakyat marhaen ekoran kejadian yang berlaku di negara sekeliling kita. Kononnya nanti akan kehilangan sokongan dan undi mereka.

Setahunya memberi tahu jangan panik dan susah hati dan bukan untuk menjelaskan dengan penuh keyakinan akan usaha-usaha dan perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. Apakah rakyat tidak berhak tahu akan perancangan tersebut, jika ada, supaya mereka turut juga bersedia menghadapi 'malapetaka' tersebut ?

ZMS

Anonymous said...

Apa sahaja yang kerajaan buat dan usahakan, carilah kehudohannya dan letakkan kesalahan itu kepada UMNO.

Anonymous said...

Saya rasa punca masalahnya adalah harga barang naik tetapi tidak seimbang dengan pendapatan.

Tindakan kerjaan memberikan sagu-hati seperti RM500 setahun tidak memberikan impak positif sekiranya harga barang melonjak naik. Rm500 setahun, sebulan lebih kurang RM40. Makanya RM40 akan diserap dengan kenaikkan harga barang begitu sahaja.

Tindakan yang sepatutnya diusahakan oleh kerajaan adalah usaha menaikkan pendapatan per- kapita rakyat kita supaya seimbang dengan kadar inflasi.

Kalau dahulu 15-20 tahun lepas, graduan mula berkerja dengan RM2000, sekarang ini lebih kurang juga tetapi kadar inflasi sudah meningkat beberapa tahap.

Harga barang-barang kawalan juga tidak akan dapat dibendung selama-lamanya jika harga minyak dan kadar inflasi naik.

Pendekkan cerita, pendapatan rakyat kita perlu naik. Itu penyelesaiannya.