Wednesday, June 01, 2011

Pulau Pinang sesak dengan pelancong musim cuti sekolah

Ke mana saja anda pergi di tempat-tempat tarikan pelancongan di Pulau Pinang, anda akan berdepan dengan kesesakan. Pulau Pinang dibanjiri pelancong dalam negeri sempena musim cuti sekolah.

Selain pelancong dalam negeri, deretan teksi dan beca roda tiga atau lancia, setia menunggu beribu pelancong asing yang tiba dengan kapal pelancongan mewah di Jeti Swettenham.

Kesesakan jalan raya amat ketara terutama sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah, dulu Northam Road, Jalan Kelwai, Persiaran Gurney, Jalan Burma, Jalan Gottlieb, Jalan Bagan Jermal, Jalan Tanjong Tokong hinggalah ke Telok Bahang.

Di dalam kawasan pusat bandar raya, Tapak Warisan Dunia menjadi tarikan utama terutama oleh pelancong asing. Tetapi, kawasan yang pernah dikenali sebagai Malay Town, seolah-olah terasing dan kita ingin tahu apa yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Agama Islam yang mentadbir harta wakaf di kawasan Lebuh Aceh.

Apa yang jelas, Pulau Pinang kini menikmati kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri yang amat ketara.

Masalah besar yang dihadapi adalah sistem lalulintas yang agak ketinggalan zaman. Masih banyak jalan utama yang mengekalkan laluan dua hala seperti Jalan Kelawai, Jalan Burma dari simpang Jalan Pangkor hingga ke Jalan Gottlieb dan sepanjang Persiaran Gurney.

Kesesakan mungkin dapat ditasi atau di kurangkan sekiranya laluan-laluan tersebut dijadikan laluan sehala.

Semoga pentadbiran negeri dapat mempercepatkan usaha untuk memperbaiki sistem lalulintas di bahagian pulau, Pulau Pinang demi kebaikan semua pihak.

7 comments:

Anonymous said...

tuan Syed mungkin boleh buat cadangan utk KM LGY untuk kurangkan masalah traffice jam di Penang.
Rasa kerajaan Pakatan akan ambil
serius pandangan tuan.


CAT

Unknown said...

CAT,

Cadangan untuk menjadikan laluan-laluan utama yang saya sebut daripada dua hala kepada satu hala telah dibuat oleh pentabiran BN pimpinan Koh Tsu Khoon. Malangnya ia tidak dilaksana.

Mungkin pentadbiran yang ada sekarang akan lebih serius untuk mengatasi masalah lalulintas.

Terima kasih kerana saudara mempercayai kemampuan saya untuk mempengaruhi pentadbiran LGE walaupun ia mungkin satu sindiran.

Leman Lawak said...

Salam Tuan Syed,

Jangan crita la time cuti sekolah..tu kira biasak la..ni..yang kat KL ni..time cuti sekolah ka tak cuti sekolah ka..kecuali time raya..tak abih-abih dengan jem..pusing tang mana skalipun..suma sangkut..rapat-melekat..dah la bayaq tol..buat perabih petrol jer..dah la RON97 naik (apa macampun tak boleh pakai RON95..injin jadi kasaq dan under power..dah kena dah). Kat KL ni bukan setakat ade Datuk Bandaq..siap Menteri pun ada (lagi tinggi pangkat dari KM)..depa buat macam tak dak apa-apa jer..depa tu pukui brapa pi pejabat? Agak-agak..Tuan Syed buleh tolong sound tak kat depa? Daak..ni saja nak tanya..takdak niat nak sindir aiih!!. Apa-apa hal.. "I'M SORRRY!"

Unknown said...

Leman Lawak,

Isu lalulintas kat KL memang dak teruk. Kerajaan dah tubuh LLM kemudian SPAD tapi dok tang tu jugak. La ni depa dok cakap pasai MRT dan masalah tak selesai. Bayangkan di KL ada bas, ada Monorel, ada LRT, ada Komuter dan tak lama lagi ada MRT. Tapi masalah tak sudah.

Anonymous said...

Saya baru pulang bercuti di Penang. Macam wajib ke Penang apabila ada cuti panjang, tambahan pula anak-anak pun suka. Macam ada tarikan. Dan satu daripada tarikan itu sudah tentu makanan. Tersenarai di atas sekali ialah nasi kandar Line Clear.

Semasa di Penang kami menginap di Rumah Perak di Batu Feringgi.

Ingin berkongsi di sini, dengarnya banglo bernama Rumah Perak (milik kerajaan Perak) ini bakal dirobohkan dan di atas tapaknya kini bakal didirikan kondo beberapa tingkat dengan lebih 100 bilik. Apabila ini berlaku nanti, hilang satu lagi bangunan bersejarah di Batu Feringgi, terutama di kalangan mereka yang pernah menginap di Rumah Perak ini.

aat

Unknown said...

aat,

Rumah Perak milik Kerajaan Negeri Perak dan terpulanglah kepada pentadbiran Negeri Darul Ridzuan itu untuk menentukan untung nasib hartanya yang cukup berharga itu. Jika benar apa yang saudara katakan, maka amat malang dan rugi. Kerajaan Negeri Perak seharusnya mempertahankan dan memperbaiki Rumah Perak yang pada sekitar tahun 1970-an menjadi 'istana' persinggahan Almarhum Sultan Idris Shah. Saya pernah menghadap baginda di Rumah Perak semasa 'kemuncak' perbalahan antara baginda dan MB ketika itu, Ghazali Jawi.

Saudara tidak pula menyatakan pembinaan kondo itu dilaksana oleh siapa? Jika oleh Kerajaan Negeri Perak, kita sepatutnya menyambut baik kerana ia memberi peluang kepada lebih ramai kakaitangan awam dari Perak untuk menikmatinya apabila bercuti ke Pulau Pinang. Jika ia bakal dimajukan oleh pihak lain dan tiada kaitan dengan pentadbiran Ipoh, maka ia amat dikesali dan merugikan rakyat Perak itu sendiri.

Anonymous said...

Semua ini kerana flat-flat high density yang rata rata di PP terutama di Golden Crescent Belt dari Telor Bahang sampai kat Weld Quay sebaliknya satu Pulau Pinang dah hancur kalau kita cakap pasai lalulintas dan traffic jam…Ini semua kita kena ucapakan terima kasih kepada keraajan BN yang dulu….satu apa pun tak berguna kepada penduduk PPinang…malahan balak ni yang kita dapat…jam…pollution…nilah kita kata warisan cacamarba. Perancang bandar semua corrupt pulak ingat tak payah dok bagi tahu kat KM ni pon pencuri lebih baik tunggu masa….bila Sumatra goncang…tahan pon gegar…baru lah depa lari lari lintang pukang .