Friday, June 24, 2011

TUDM perlu miliki pesawat AWACS




Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System .


Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS? 

Kerajaan mesti melengkapi ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera dengan aset-aset canggih dan selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Sistem radar yang ada tidak memadai untuk mengawasi ruang udara yang begitu luas merentasi Laut China Selatan dari Semenanjung ke Borneo.

TUDM benar-benar perlu memiliki AWACS untuk meningkat keupayaan, kecekapan dan kemampuan melindungi negara dari ancaman musuh melalui udara. Kerajaan tidak boleh mempersalahkan TUDM jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kerana ia gagal melengkapi TUDM dengan aset yang diperlukan.

Menurut laporan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya enam buah AWACS untuk melengkapi aset pertahanan udara yang canggih. Malaysia memiliki pesawat canggih seperti SU-30MKM, MIG-29N, F/A-18D Hornets, Hawk dan F-5E Tiger dan sistem penangkis pesawat termasuk peluru berpandu. Namun demikian, ia tidak memadai tanpa AWACS.

Di kalangan negara-negara ASEAN, hanya Singapura memiliki AWACS, iaitu jenis Grumman E-2 Hawkeye sebanyak empat buah dan telah menempah pesawat G550 Phalcon dari Israel untuk mempertingkat kawalan dan sistem amaran awal dari udara. Walaupun sebuah negara pulau yang kecil, Singapura sedar akan kepentingan AWACS memandangkan negara itu adalah sebuah ekonomi yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan. Singapura ingin melihat laluan-laluan laut dan udara ke republik itu selamat dan bebas daripada sebarang ancaman. Oleh itu, pengawasan dari udara amat penting.

Apabila pesawat E-2 Hawkeye Singapura lepas landas dari pangkalannya di Paya Lebar,  sistem radarnya mampu meliputi kawasan luas sehingga ke Kuantan, Pahang, sesuatu yang tidak mampu diliputi oleh kebanyakan sistem radar daratan. Begitulah pentingnya AWACS untuk mengawasi ruang udara sesebuah negara.

Jiran kita di sebelah utara, Thailand juga telah memesan sekurang-kurangnya 10 AWACS jenis SAAB S-1000 Erieye manakala Indonesia juga berminat untuk memiliki AWACS.

AWACS adalah aset yang amat perlu dimiliki oleh Malaysia dan kerajaan seharusnya memperbetulkan keutamaan keperluan pertahanan dengan meluluskan permohonan TUDM untuk membeli AWACS sama ada yang bersaiz besar seperti E-2 Hawkeye ataupun sederhana seperti Saab S-1000 Erieye.  


Konsep pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh Malaysia semestinya menyeluruh dalam erti kata sebenar dan untuk menjadikannya kenyataan, maka TUDM semestinya memiliki pesawat AWACS.


11 comments:

johari said...

Malaysia sebenarnya perlu cipta pesawat AWACS bukanya beli dengan harga yang mahal, lepas tu mkos maintainance dan spare parts pun tinggi. Malaysia selalu di tipu apabila membeli teknologi dari luar negara. Dimasa yang sama harga pembelian menjadi tinggi kerana ramainya org tengah mengambil kesempatan terutama org politik dan org2 dlm yg berpakat terlibat.
Kita jgn cepat terpengaruh dgn propaganda ini.
Malaysia setakat ni sudah cukup dengan radar seperi alenia, psr dan lain-lain lagi.
Yang penting Malaysia perlu cipta teknologi Awacs sendiri. Kalau beli dgn harga berbillion-billion, kalau di cipta sendiri dapat untung bole jual lagi.....

Anonymous said...

Kenapa perlu beli....Malaysia perlu cipta pesawat awacs. beli berbillion-billion lepas tu kena tipu je....Radar2 yg ada skrg mcm Alenia, PSR dan lain-lain sudah cukup. Yg penting cipta dan komersialkan...membazirkan duit rakyat sahaja

Anonymous said...

Bukan ke AWACS tu hanya US saja yg buat dan kalau betul hendak ke US jual kat Malaysia? Kalau boleh beli rasanya dah lama najib dan suami dia beli.

Syed Imran said...

Pesawat AWACS dikeluarkan oleh beberapa buah negara selain Amerika Syarikat yang merupakn pengeluar utama termasuk oleh Grumman dan Boeing.

Russia pun mengeluarkan pesawat AWACS yang dikenali sebagai IL-76. India adalah antara negara yang menempah pesawat AWACS buatan Russia.

Israel juga mengeluarkan AWACS yang ditempah oleh Singapura manakala Sweden terkenal dengan pesawat AWACS Saab Erieye. Brazil juga mengeluarkan pesawat AWACS Embraer.

Mengenai sama ada Amerika akan membenar penjualan AWACS kepada Malaysia, saya yakin Amerika akan jualnya memandangkan negara itu telahpun menjual pesawat FA-18D Hornets kepada Malaysia.

Adakah Malaysia mampu mengeluarkan pesawat AWACS sendiri?, saya tiada jawapan.

mr edz said...

ini kena tanya najib hehehehe

Syed Imran said...

Kena tubuh syarikat untuk dijadikan ejen. Boleh dapat komisyen beratus juta ringgit.

Anonymous said...

sya trtnya-tnya knpa malaysia tidak mnubuhkan syarikat pertahanan yang mampu mncipta senjata seperti raifle...jet...atau aset-aset penting mngunakkn akal fikiran saintis2...di malaysia...tnpa perlu membazirkn duit beribu2 untuk membeli senjata

Anonymous said...

pesawat awacs amat sukar utk diselengara....sistemnya juga amat kompleks...hanya mekanik US shj dibenrkan menyelenggara pesawat tersebut...mereka tdk membenarkan rakyat malaysia dilatih utk menyelenggara pesawat tersebut krn risau teknologi canggih pesawat tersebut jatuh ke tgn musuh...ia juga akan membuat tudm terlalu terikat dgn US utk menyelenggara pesawat tersebut dgn kos yg amat tggi ....

Syed Imran said...

Malaysia boleh perolehi AWACS dari negara lain dan bukan AS sahaja.

Anonymous said...

Jurutera-jurutera yg ada di Malaysia ini sudah cukup untuk mencipta prototaip pesawat AWACS. Jadi kerajaan tidak perlu untuk membelinya dari pihak luar. Mengapa tidak Malaysia sahaja yg menciptanya? Ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan dari segi penyeggaraan dan alat ganti. Memang TUDM perlu memiliki pesawat AWACS ini tetapi bukan dengan cara membelinya dari pihak luar tetapi menciptanya sendiri.

Anonymous said...

Kategori assault rifle, kita ada Berapi M4A1 Carbine. Skala 1:1, exact specs, material, firepower 100% macam Colt M4A1. Tahun bila tak ingat bila ZH selaku menteri pertahanan ketika itu membuat pembelian 110K unit rifle Colt M4A1, bertujuan mendapatkan licensing sbb kita boleh manufacture sendiri. Kuasa Allah SWT, material Carbine kita far best in the world! Dari sejarah lampau, semua kuasa nak tanah melayu/malaysia disebabkan hasil bumi yg unik tak terkata.

Oh yg simbol Colt pada rifle digantikan dgn logo keris Luk-5.