Saturday, April 30, 2011

Apa yang timbul daripada sumpah laknat Eskay?

Seorang insan bernama Shahryl Eskay Abdullah yang lengkap berpakaian Melayu dan dilindungi pihak polis, telah melafazkan apa yang disebut sebagai sumpah laknat di hadapan seorang pegawai Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, petang semalam.

Dalam sumpah laknatnya itu  dia membuat pengakuan bahawa dia, iaitu Eskay, berada dalam bilik bersama-sama Anwar Ibrahim. Bilik yang dimaksudkan oleh Eskay adalah bilik dalam mana Anwar dikatakan oleh Eskay telah berzina dengan seorang perempuan atau pelacur?


Turut sama berada dalam Rumah Allah itu adalah dua orang rakan Eskay yang ketiga-tiga mereka digelar sebagai Datuk T.  Abdul Rahim Thamby Chik, mantan Ketua Menteri Melaka yang terpaksa meletak jawatan atas sebab-sebab yang umum ketahui; dan mantan guru, mantan ketua Umno Bahagian Sungai Petani, mantan Senator dan kini bapa mertua salah seorang naib presiden Umno, Shuib Lazim. 

Abdul Rahim dan Shuib tidak pula membuat atau melafaz apa-apa sumpah. Mungkin mereka tidak  yakin sepenuhnya atas apa yang berlaku. Hanya mereka berdua yang tahu. 

Walau apapun, kita kena akur akan 'keberanian' Eskay melafaz sumpah laknat kerana dia tentu sedar dan tahu akan akibat dan padahnya. Oleh itu, ramai yang akan mempercayainya.

Saya hanya mampu membuat satu kesimpulan ekoran daripada sumpah laknat yang dilafazkan oleh Eskay.

Atas pengakuannya yang dia berada dalam bilik berkenaan bersama-sama Anwar, maka dia, iaitu Eskay, jelas telah bersubahat dalam pelakuan zina oleh Anwar, jika benar itu adalah Anwar. Sama ada Eskay adalah orang yang 'membekal' pelacur itu kepada Anwar atau sebaliknya juga menjadi tanda tanya?

Apakah hukum ke atas sesiapa yang bersubahat dalam pelakuan zina dan 'membekal' wanita untuk tujuan pelacuran? 

20 comments:

Anonymous said...

Paling kurang Dato Eskey dalam lorong orang yang mahu bertaubat .. telah melihat kemungkaran sebagai kemungkaran dan bersedia untuk memeranginya ... petanda baik seorang hamba Allah .. bukan terus menyembunyikan dan melakukannya ..

-thethinker- said...

tak mau sentuh bab rambut ,misai ,janggut , perut buncit ,tisu yg dibuang... cuma jalan cerita jee pun dah banyak temberang..
mula mula kata disuruh pii ke hotel utk cari jam omega .. polis kata yg ni apartment , pastu eskay pulak kata dia ada dlm bilik bersama anwar...

skrip tak sync , bole caya ke ?

yg pasti , yg sokong anwar tak akan caya , yg benci anwar terus percaya .. atas pagar , senyum jee... buat malu malaysia dimata dunia je.

nasib ko lee malaysia darul lucah

Anonymous said...

Saudara Syed,

Saya tidak berselera untuk membaca suratkhabar mengenai tajuk ini.

Sepatutnya sebelum dia bersumpah, dia perlu bertaubat dahulu kerana bersubahat dalam dosa tetapi nampaknya agenda politik lebih mustahak daripada akhirat.

Persoalan kedua, apakan penyaksian orang yang fasik boleh diterima-pakai?.

Saya rasa tidak kena apa yang mereka buat ini....Apakah Jabatan Islam tidak boleh campur tangan dalam perkara ini dan memberikan nasihat samada satu perkara itu wajar atau tidak dilakukan?. Perkara ini dibuat di dalam masjid.

OrangKL.

Leman Lawak said...

Salam Tuan Syed,

Huui..jangan memain dengan sumpah laknat woo..La ni sapa yang bersumpah tak kira la sumpah laknat ke sumpah khianat ke..depa tu dah sama taraf dengan sang kelembai..sat lagi kompem la orang yang disumpah tu akan kena dakwa..tapii.. bila pulak Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Keterangan dipinda yek?

Anonymous said...

Eskay ni adalah manusia yg berfikir dan bercakap ikut bontot sebab tu dia tak ambik pot langsung implikasinya. Betulah tu samada betul dipelaku tu DSAI atau tidak si eskay ni adalah bapak ayam tukang supply betina, tukang subahat paling besar. Jadi manusia spt dia tu mana tahu tentang hukum bersumpah. Memang muka laknat mati dia besok kena bakar pasal tanah pun tak nak terima.

umar said...

Saiful pun bersumpah. Katanya Anwar meliwat dia.
Doctor PUSRAWI kata tidak ada apa2.
Doctor HKL kata tak pasti.
Jabatan Kimia kata ada banyak airmani dalam dubur Saiful. Salah satunya matching Anwar punya DNA iaitu Lelaki Y. Siapa pula lelaki lain-lain yan juga meliwat Saiful ?
Mengapa Saiful tidak dedahkan lelaki lain yang juga pernah meliwatnya dalam sumpahnya di Masjid ?
Saiful kata dia dipaksa dalam kes liwat ini. Tetapi Anwar disabitkan dalam kes ini dengan tuduhan sama-sama rela/suka ? Mengapa Saiful tidak pula mengadu pihak pendakwa silap tuduhan ?

Dato Eskay bersumpah .Katanya lelaki dalam video itu Anwar.
Siapa lagi yang pernah dibekalkan wanita pelacur selain Anwar ?
Mengapa dia tidak mendedahkan berapa ramai lagi VIP yang dia pernah lihat berzina ? Tak akan Anwar seorang sahaja yang berzina ?

Mengapa orang macam ini boleh bebas gunakan masjid untuk menghina Anwar ? Pihak Jabatan Agama biasanya tak bagi ustaz bercerahmah pun kalau tidak diberi tauliah oleh pihak JAWI, JAKIM..

Sodomi 1. driver Anwar, Azizan tidak pula muncul bersumpah. Dia dipelihara atau dilindungi polis sampai mukanya pun tak didedahkan untuk umum.

Nampak gaya, Anwar ini jadi mangsa fitnah.

Anonymous said...

Sebagai seorang Islam, sudah tentu ingin kepada keadilan dan sedaya upaya mengelakkan fitnah menurut cara Islam sebenar. Mendatangkan 4 saksi seperti yang dituntut oleh mereka yang mempertahankan kewibawaan dalam memutuskan kebenaran dan menghukum kesalahan tersebut amatlah wajar pada satu sudut. Sekiranya ketiadaan 4 saksi menjadi sebab meletakkan kesalahan yang di perbuat terbeku dan dijadikan pula bentuk qazaf juga tidak menyelesaikan masalah asas itu. Ini ditambah pula sekiranya terdapat kepentingan yang lain.
Benarkah Islam menidakkan bahan bukti lain. Bukankah terdapat kaedah takzir. Mendalami perkara bukti2 itu yang diterima pakai pada akal manusia dan ilmu Allah yang ada pada manusia adakah menyalahi. Apa yang berlaku pada sumpah laknat eskay ialah menjurus kepada mengakui kesahihan pelaku melalui bahan bukti itu. Bijaksana para alim ulamak dan sekian orang islam dan para ahlinya(tekno video selain rentetan lain seperti hal omega,dna,it fb/twitter, rekord sms dll) perlulah kehala tersebut. Bukan sekadar mendesak kearah perkara buntu. Tidak salah maah wajar jika eskay memilih jalanya dengan bersumpah dikhalayak ramai.
Perkara mengaibkan sudah jelas menyalahi budaya dan hukum Islam. Namun untuk menyatakan betapa buruk kelaku sesaorang yang boleh memberi kesan umum satu kewajiban. Dimana pulak tanggung jawab para pendokong2 dan alim ulamak mempermudahkan hal sebegini. Cukup kah sekadar membuat kesimpulan 'berita dari orang yang pasik tidak perlu diayan malah diragui seragu2nya. Kenapa tidak memeriksanya sesungguh hati bagi mengelak fitnah lagi besar.Ia bagai terlepas begitu sahaja dengan sikap enteng kita. Ada kenyataan sebenarnya islam pun tertegak oleh orang fasik begini. Kefasikkan orang bukan tempat kita bersenang lenang dengan andaian kita semata2.
wallahuaam.

Burung Merbok said...

1. Saya terasa amat malu bila membaca beberapa komen tentang tajuk ini. Mungkin komen-komen ini berobjektif dan dengan berniat ikhlas, tapi kurang juga yang agak beremosi dan memihak-mihak kepada sesebelah pihak.

2. Kepada saya perkara yang perlu dibicarakan ialah :

a) niat baik Dato' Eskay mahu bersumpah laknat di dalam masjid. Jika niat beliau adalah untuk membukti kebenaran secara yang dituntut Islam, maka langkah itu harus dipuji. Bukankah kita rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi yang beragama Islam, perlu memahami dan menghormati niat Datuk ini ?

b) samada Datuk ini membawa dan membekal 'pelacur' dalam episod ini atau di episod2 lain, TIDAK BOLEH menghalalkan perbuatan si-PELAKON dalam video ini. Mengalih tuduhan kepada pihak yang lain, semestinya TIDAK BOLEH menghapus dosa yang dah dilakukan.

c) mengapa tidak si-pelakon berbuat apa Datuk Askay telah lakukan, ia itu 'bersumpah laknat'; jika tetap mahu menunjuk kebenaran. Apa perlu ditakutkan jika seseorang itu berada dalam 'kebenaran'

d) lojik apa yang dipakai bila kita mahu menyekat seseorang yang mahu melakukan sesuatu yang molek dan yang dituntut Islam, dengan cuba menghalang dan terus membuat kacau dan huru-hara, di masjid pula tu ! Yang cerdik, yang matang, yang waras tetap akan kutuk perbuatan mengganas ini. Dan diakui cuma yang bodoh, yang tak terpelajar, yang emosi tak tentu pasal, yang tak rasional dalam tingkahlaku dan penggunaan akal, yang memandang tapi tak melihat dan yang taksub tak berpunca sahaja berbangga berbuat demikian !

e) setiap kali perhimpunan serupa ini berlaku, kita boleh melihat gelagat manusia yang sesungguhnya tak tahu ekor pangkal pun kenapa mereka berkumpul. Cuma menjadi ekor-ekoran , seronok berteriak menjerit-menjerit seolah-olah itulah sahaja caranya membukti kebenaran. Malang sekali manusia bertamaddun berkelakuan sebegini. Lebih malang, di antara yang tak senonoh di dalam perhimpunan sebegini, terdapat mereka yang berpendidikan tinggi, ahli akademik dan ahli profesional. Dan apa pula kita boleh tujukan kepada mereka yang berpendidikan Agama , yang sepatutnya menjadi penasihat ke arah kebaikan tetapi sama-sama bertindak liar dan tak senonoh serta tak bertamaddun ???

e) Sepatutnya kita bersyukur kerana 'mencari kebenaran' menjadi agenda utama dalam episod ini. Jika 'sumpah laknat' boleh membantu mendedah kemungkaran pihak yang bersalah, kita rakyat Malaysia harus berterima kasih atas dasar telah diselamatkan dari sesuatu yang tak elok jika dilihat dari sudut kepimpinan pentadbiran negara, misalnya !!!

f) episod kali ini benar-benar telah membantu saya dan ramai lagi kawan-kawan membuat penilaian MUKTAMAD terhadap sekumpulan manusia di dalam parti politik berkenaan. Jika dahulu sebalik-baliknya atau samar-samar pendirian, kali ini kami TETAP tidak menyebelahi mereka ! Bukan itu sahaja ; percayalah 'rakan sepakatan' pun sudah mula bercakap-cakap mahu meninggal pakatan yang 'cakap tak serupa bikin' selama ini ; pakatan yang penuh dengan pembohongan, tipu muslihat, sandiwara politik dan terbukti sangat TIDAK LANGSUNG serious tentang perjuangan " Alif, Ba, Ta ". Amat malang dan bodoh sekali jika perjuangan politik hanya tertumpu kepada "idealisme individu" semata-mata. Cubaan untuk menunjuk sebaliknya, jelas KOSONG , 'pure rhetoric' sahaja ; omong-omong kosong dengan kata-kata penyedap untuk 'telinga si-pekak dan mata si-buta' !!!

Anonymous said...

Kalau anwar bukan peliwat saya tetap tidak akan sokong dia atas sebab dia telah pecah belahkan orang melayu.

Dia memang mahu jadi PM walau pun kena ikut telunjuk dap atau yahudi. Orang orang UMNO tahu sombong dan bongkak dia.

Patutlah Tun Mahathir libas dia cukup cukup. Kalau dengan dap pun dia sanggup bersekongkol....nak percaya ke orang macam ini?

Leman Lawak said...

Salam Tuan Syed,

Kepada si Burung Merbok, Tekukur dan yang sama waktu dengannya..saja nak bagi tau..kami tak undi Bang Nuar pun (umoq tak cukup 21)..dia nak berzina ka..meliwat ka..apa kami peduli..tu urusan antara dia dengan keluarga, rakan sezina/seliwat dan Tuhan saja. Walaupun kami ni masih budak-budak jaras..tapi kami tau gak cara camana nak jadi juri..start dari Akademi Fantasia membawak ke Maharaja Lawak..kami la yang antaq undi sms kat depa..cerita geng Dato T ni patut-patut masuk pertandingan Maharaja Lawak jer..lawak terbaek.. terganas.. terbaek..dan terbaeeek!!! Kami hantaq sms undi 20 untuk kumpulan Dato T pasai dah tua tapi jahhell..bawak-bawak la bertobat.

Orang Kampung said...

Saya cukup sedih apabila nama Allah, kitab Allah (al-Quran), syiar Islam (masjid)dan hukum Islam (mengenai zina, qazaf,sumpah dll) dijadikan alat untuk mencapai sesuatu objektif keduniaan (peribadi, politik,dll). Sangat bimbang dengan masyarakat yg. seolah-olah meminta laknat Allah, bukan berdoa dijauhinya (wa i'ya zubillah)dan sebgainya. Wal hal apabila dilaknati Allah (dengan menurunkan bala) masya Allah semua orang akan menanggungnya.

Anonymous said...

Dato Eskay ni bukanlah orang yang baik atau orang yang mau bertaubat.Dia adalah perancang dan penjerat Anwar. Dia tahu anwar boleh hayun petai dalam umor yang lanjut ni. peluang keemasan yg tak akan datang lagi.

Syed Amat said...

Heran betoi Pak Habib. Pasai apa org yg bersubahat yg dihighlightkan. Si pelaku, org tak peduli malah ada jugak org yg kesian kat dia.

Semasa berkuasa, Anwar cukup suka membuka aib orang lain, yg dilihat sebagai musuh politiknya. Tidak bolehkah kita melihat segala aib beliau yg dibuka kini sebagai balasan Allah SWT?

Saya amat yakin si pelaku itu adalah Anwar. Alasannya :-

a) Mengapa Anwar tak saman Datuk Eskay sedangkan budaya menyaman orang cukup sinonim dgn Anwar?

b) Kalaulah betul ada org nak fitnah Anwar, adalah lebih bijak kalau video lucah tu terus disebar diinternet tanpa perlu pemfitnah menunjukkan diri. Ini bermakna org yg terlibat menunjukkan video tersebut berani berdepan dgn apa juga risiko.

c) Anwar terlalu cepat mengeluarkan statement utk menafikan dirinya terlibat dgn video tersebut hingga menimbulkan lebih byk keraguan spt Tweeter dan FB serta jam Omega. Kalau betul jam tu ada pada beliau, apa yg susah sgt nak tunjuk?

Dalam politik, konspirasi adalah sebhgan dr budayanya. Kalau hang tak pejatuh aku, aku akan pejatuh hang. Masing2 akan cuba korek lubang supaya musuh mereka jatuh ke dalamnya. Dalam kes Anwar, dulu beliau dah terjatuh dlm lubang yg dikorek, tapi nasibnya baik masih ada rakyat M'sia yg sudi hulur tali utk tarik beliau naik ke atas. Tapi, sbb nafsu beliau lebih besar dr otak yg beliau miliki, Anwar mengambil keputusan utk terjun semula ke dalam lubang yg sama. Jadi, jgnlah kita jadi dungu utk sentiasa menarik naik org bodoh yg sengaja cari penyakit.

Anonymous said...

ESKAY NI PUN BANGANG , ALANG2 NAK PEDAJAIKAN ANWAR KENAPA TAK BAWAK ORANG JAWI ATAUPUN BAWAK SATU BATALION POLIS ATAUPUN FRU PERGI RUSH SEMASA AKSI PANAS TU SEDANG BERLANGSUNG. KAN MUDAH KEJE KITA. DAH TENTU DAN PASTI SIAPA DIA YANG SEBENARNYA.

Unknown said...

Syed Amat,

Saya berbuat demikian kerana Eskay sendiri yang mengaku. Oleh kerana itu, saya katakan dia bersubahat dalam pelakuan zina. Anwar adalah orang yang dituduh oleh Eskay dan setakat ini belum terbukti benar.

Saya akur akan kenyataan beberapa orang tokoh agama iaitu Anwar sepatutnya bersumpah. Dia belum berbuat demikian maka tuduhan itu masih bersifat tuduhan bukan kebenaran.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Dr Abdul Shukor Husin berkata sesiapapun tidak berhak untuk memaksa Anwar bersumpah selain perintah mahkamah syariah.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula berkata Anwar wajar bersumpah secara terbuka di hadapan umum.

Beliau juga berkata pihak yang menuduh perlu mengemukakan bukti di mahkamah syariah.

Mantan mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin pula berkata sumpah itu bukan satu paksaan atau kewajipan tetapi cara itu boleh menghilangkan sangkaan.

Beliau juga tidak setuju dengan perbuatan Eskay melafaz sumpah laknat kerana ia hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.

Dr Asri berkata cara politik kita memang menjijikkan dan kotor. Isu mengaibkan peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara.

Amat jelas perbezaan pendapat bukan sahaja di kalangan masyarakat umum tetapi mereka yang bergelar tokoh agama.

tokman said...

Kawan2 Eskay diSg. Patani kenal sangat perangainya dari kecil lagi. Beliau saya difaham keturunan Siam dan India dan telah masuk 'Islam' bila dewasa dan saya difaham beliau tidak benar2 mengamalkan agama Islam (wallahua'lam) dan 'sumpah laknat' yang di buat dimesjid tu memang senang dibuat tanpa rasa kekesalan dan ragu2 macam dalam satu drama aje.....hairan juga mereka pakai 'bullet proof vest' bila masuk mesjid semasa 'sumpah laknat'! Tapi statement2 yang dibuat kepada media massa bercanggah dan meragukan!

Unknown said...

Tokman,

Orang yang tahu akan usul asal dan latar belakang Eskay tahu siapa dia sebenarnya.

Orang yang ambil kesempatan untuk mendapatkan kelebihan politik sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian.

Syed Amat said...

Salam Pak habib,

Bg saya, suasana politik M'sia boleh diibarat begini :-

"Malaysia kini diperintah oleh segolongan perompak yg sering merompak harta benda rakyat. Tiba2 muncul satu kelompok perompak lain yg ingin menawar diri utk memerintah M'sia. Malangnya kelompok perompak yg baru nie ada tabiat buruk lain, iaitu selain suka merompak, mereka suka merogol. Jadi sbg rakyat, pada masa ini kita tiada pilihan. Lebih baik kita terus dirompak drp dimasa akan dtg kita akan dirompak, disamping anak bini kita dirogol. Kecuali jika ada sekelompak pencuri (kalau tiada Tok Wali sekali pun)yg menawarkan diri, baru kita tukar pemerintah"

Saya rasa Anwar perlu undur diri dr politik disebabkan masalah peribadi beliau yg bertimpa-timpa. Pembangkang perlu mencari ikon lain utk diangkat mengantikan watak Anwar. Pada saya yg paling sesuai adalah Ku Li. Percayalah, cabaran pembangkang akan menjadi lebih hebat bg menyedarkan kerakusan kerajaan yg ada sekarang.

Unknown said...

Syed Amat,

Saya setuju dengan pendapat yang berkata Anwar kena undur. Bagi saya bukan Anwar saja tapi Azmin Ali, salah seorang punca utama dalam hampir semua masalah dalaman PKR.

Jika betul Cikgu Bard nak keluar PKR dan masuk DAP, berpunca daripada ketidakpuasan hatinya terhadap Azmin, saya kira dia buat kesilapan paling besar dalam kerjaya politiknya. Saya berpendapat lebih baik Cikgu Bard masuk PAS kerana saya percaya dia tidak akan masuk UMNO.

Saya tidak menganggotai mana-mana parti politik, walaupun demikian, saya percaya PKR gagal kerana kelemahan kepimpinannya. Saya nampak PAS lebih mantap dan berwibawa daripada PKR dan sudah pasti DAP.

Syed Amat said...

Setuju dgn Pak Habib. Bg saya PKR hidup kerana PAS dan DAP. Kalau tidak kerana penyokong PAS dan DAP, PKR dah lama terkubur. Jika pilihanraya di Malaysia mewajibkan setiap parti bertanding atas nama parti masing2 tanpa membenarkan penggabungan parti2, saya pasti, PKR akan berada di kelompok paling corot.

Yg jadi masalahnya, mcm mana pemimpin PAS tak nampak perkara nie. Sekarang dlm Pakatan Rakyat, PKR nampak lebih dominan dr PAS. Suatu hakikat yang tak boleh dinafikan oleh sesiapa yg jujur dgn diri sendiri.