Thursday, April 14, 2011

Dulu lain, sekarang lain... inilah sandiwara kehidupan seorang 'blogger'

Setelah menulis dan menyiarkan bermacam tuduhan dan apa yang disebut ramai sebagai 'pendedahan' membabitkan orang-orang kenamaan, pegawai awam  dan tokoh politik, sekarang dia muncul melalui satu temubual stesen tv Media Prima, TV3.

Dulu ceritanya lain, sekarang dah berputar 360 darjah. Itulah 'pendedahan' penulis dan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin.

Antara tokoh yang menjadi 'mangsanya' adalah PM Najib Tun Razak dan isteri, mantan PM Abdullah Ahmad, Tengku Razaleigh Hamzah dan IGP Musa Hassan. 

Namanya mula dikenli ramai melalui kempen 'Free Anwar' dan dia sememangnya diketahui sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Dia sanggup masuk penjara kerana Anwar. Begitulah semangat juang yang berada pada manusia bernama Raja Petra.

Dia menjadi buruan polis dan berjaya melarikan diri ke luar negara, dengan bantuan orang tertentu, untuk menetap di kota raya London. Dari ibu negara Inggeris itu, dia meneruskan 'perjuangan' dengan menyiarkan penulisan-penulisan yang tidak berani disiarkan oleh media arus perdana. Blognya terus popular bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi di Barat, Timur, Utara dan Selatan dunia.

Cucu mantan Gabenor pertama, sekarang digelar Yang Dipertua Negeri, Pulau Pinang yang bangga dengan darah Bugis, walaupun bercampur darah Inggeris,   memang seorang 'blogger' yang popular. Itu tidak boleh dinafikan kerana pembaca atau mereka yang melayari atau melungsuri Internet, amat gemar membaca bahan-bahan seperti yang terkandung dalam blog Malaysia Today. 

Tiba-tiba dia mengejutkan kita dengan beralih pandangan 360 darjah berkaitan beberapa isu besar dan menggemparkan yang didedahkannya melalui blog Malaysia Today. 

Semuanya didedahkan dalam satu wawancara dengan TV3 di Perth, Australia yang boleh diikuti melalui banyak laman blog dan laman sesawang TV3. 

Apakah wawancara itu satu kebetulan atau sebenarnya diatur sedemikian rupa untuk tujuan-tujuan tertentu  bukan persoalannya kerana umum boleh meneka jawapannya.

Yang pasti dan nyata, selama ini kita telah dipersenda dan dihidangkan dengan pembohongan demi pembohongan berkaitan isu-isu besar termasuk pembunuhan Altantuya. Malahan, pendedahan terkini oleh Raja Petra dengan cepat dinafikan oleh beberapa pihak yang dinamakannya. 

Apa yang dinyatakan olehnya sudah tentu mendapat liputan meluas dan di muka depan akhbar-akhbar arus perdana. Itu adalah sesuatu yang biasa.

Selepas ini, ramai yang akan bertanya sama ada manusia bernama Raja Petra Raja Kamaruddin ini boleh dipercayai atau tidak. Sudah tentu tidak kerana kita tidak mahu dibohongi lagi dengan kepalsuan.

Oh ya, besar kemungkinan Raja Petra teramat sangat merindui bumi bertuah bernama Malaysia yang ditinggalkannya secara sulit... Adalah sesuatu yang bukan ajaib jika dia diberi pengampunan dan dibenarkan pulang ke tanah air setelah membuat 'pengakuan' berani di Perth. PM Najib dah pun lega dengan apa yang dinyatakan olehnya dan IGP pun nak siasat 'maklumat' tersebut.

Apa nak dikata, dulu lain, sekarang lain.




 





 

8 comments:

Tajul Muluk said...

Adalah diharapkan janganlah kita cepat melatah atau membuat tohmahan terhadap RPK. Kita lihat dan tunggu aje. Wawancara dengan TV3 itu tak ada apanya. Bukan membela sesiapa dan bukan mencerca sesiapa. Apa yang dibangkitkan " Mengapa Polis tidak meneliti dan menyiasat kandungan Akuan Bersumpahnya itu. RPK sejak dulu lagi pernah mengatakan akan mendedahkan sumbernya apabila tiba waktunya. Saya sentiasa mengikuti blog dan tulisannya sejak awal lagi.Dia tiba2 muncul waktu itu semasa kegawatan 1998 lagi. Masa tu tak ada lagi parti keadilan dan dia saya rasa bukan seorang yang rapat dengan DS Anwar. Daripada tulisannya pada pendapat saya dia seorang yang bencikan kezaliman dan penipuan walaupun saya sendiri tak pernah kenal dan tak pernah tengok dia secara live. Rasanya lagi dia menulis bukan untuk kedudukan, kuasa atau kewangan. Kepada saya dia adalh penulis blog biasa cuma laporannya itu berbisa
dan eksklusif. Blogger lain tak lapor dia dah lapor.
Daripada pengalamnan saya membuat tohmahan awal ni menimbulkan banyak
kerusakan. Sebagai contoh di era S46. Awalnya parti ini hidup segan mati tak mahu tapi oleh kerana Kebodohan orang UMNO yang mengikut perangai Mahathir @ MahaFiraun menuduh orang-orang yang mereka tak
berkenan @ benci sebagai penyokong S46 menyebabkan S46 menjadi kuat kerana orang yang dituguh tadi bersama pengikutnya semua join S46.
Tidak bermaksud saya menasihati kerana penulis hanya sekadar memberi peringatan kepada saya dan mereka yang mahu terima secara rasional. Asanya daripada pengalaman S46 tadi. Sebaiknya kita tunggu dan lihat langkah selanjutnya. Warna sebenar masih kabur.Ingatlah "Politic is a Game".
Oleh itu sekali lagi diharap usahlah menulis sesuatu yang berupa tohmahan kepada RPK yang boleh menyebabkan dia berpaling.
Relaks dan jangan cepat " Jump to
coclusion"

d'enricher said...

Tuan,

Saya rasa dia telah terlalu yakin dengan ERA Transformasi PM Najib kot, sehinggakan dia baru sedar bahawa selama ini apa yang dia cakap atau tulis adalah atas arahan orang lain.

Kiranya, dulu dia cakap dan tulis semuanya tak betul, kenapa yang sekarang dia cakap atau tulis perlu betul.

Angin Australia & London lain kot, kira masing-masing la.

Kita di Malaysia perlu kepada Sistem 2 Parti/Gabungan, tak kiralah apa akhirnya situasi semasa.

A.Alshukor

Anonymous said...

Saudara Syed,

Sebenarnya RPK berpusing 180 darjah kerana kalau 360 darjah maka ia balik semula ke arah yang sama.

Saya lihat sebenarnya bukan RPK sahaja tapi ramai bloggers yang pada mulanya berirama pembangkang bertukar pendirian. Tidak tahu apakah sebabnya.

Yang pasti, walaupun sekarang ini ada media alternatif, kita harus bijak menilai berita yang disiarkan walaupun dari mana-mana satu pihak.

Di era atau zaman ini macam-macam berita yang pelik-pelik yang ada.

Orang KL

Syed Imran said...

Tajul Muluk,

Ini bukan soal cepat melatah atau tohmahan. Saya adalah antara peminat Malaysia Today dan RPK. Saya percaya dan terpengaruh dengan tulisannya berkaitan banyak isu penting termasuk pembunuhan Altantuya. Saya percaya, setelah membaca tulisannya, bahawa Rosmah Mansor dan Najib ada kaitan dengan pembunuhan itu. Sekarang RPK buat cerita lain dan saya serta beratus ribu pembaca blognya sudah dibohongi. Ini yang membuat saya kecewa. Pembohongan itu bukan perkara kecil kerana ia membabitkan PM dan maruah.

Syed Imran said...

A.Alshukor,

Mungkin benar dan mungkin sebaliknya. Saya tidak begitu yakin yang dia menulis mengikut arahan tetapi mungkin faktor lain, kewangan, umpamanya.

Syed Imran said...

Orang KL,

Terima kasih atas pembetulan darjah pusingan. Saya tahu ada penulis blog yang menerima bayaran atau apa yang disebut sebagai penulis upahan. Penulis upahan juga wujud dikalangan penulis buku politik dan media.

Anonymous said...

Masalahnya bukan saja cerita dari RPK tapi ttg kes tak telus tu....Yang dihukum bunuh 2 ekor tu tak ditanya sapa suruh letup altantunya najib ke, rosmah ke atau razak baginda suruh. Ini bukan kes kecik kes 3 nyawa...Mustahil 2 ekor tu bunuh tanpa sebab sebab tertentu atau diarahkan.....Itu yang kena siasat oleh polis.Satu lagi apa jadi dengan dengan 2ekor tu dah dihukum belum....atau dah lepas bebas dengan identiti baru...serta kaya raya..Tak dengar pulak komen atau keresahan dari keluarga mereka tak seperti kes-kes lain yang selalu masuk tv...Semuanya macam dah diatur cantik atau keluarga mereka pun dah kaya raya....Itu yang mushkil ttg kes pembunuhan Altantuya....Sapa-sapa boleh komen

Anonymous said...

RPK mengecewakan.
Haris pun 2 x lima.
tak caya lu orang lagi lar!


cari makan