Sekalung tahniah untuk pasukan bolasepak Malaysia atas kecemerlangan memenangi Piala Suzuki, piala rebutan negara-negara ASEAN, buat julung kalinya.
Kemenangan pasukan yang dibarisi pemain-pemain muda itu sudah pasti akan membangkitkan semula semangat dan sokongan rakyat Malaysia kepada pasukan bolasepak negara yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi bahan cemuhan dan kutukan.
Kemenangan yang dicatatkan menerusi perlawanan akhir pusingan kedua di Jakarta malam tadi, walaupun kalah 1-2 tetapi menang dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 pada perlawanan akhir pusingan pertama di Bukit Jalil, disambut dengan pengumuman cuti pada hari Jumaat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak.
Kita tidak lupa mengucap tahniah dan syabas kepada pasukan Indonesia kerana memperlihatkan semangat kesukanan dan persahabatan atas padang permainan. Kedua-dua pasukan bermain bersungguh-sungguh tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Inilah semangat yang seharusnya diperlihatkan dalam mana-mana acara sukan.
Perkara yang sama tidak boleh diucapkan kepada sebilangan besar penonton Indonesia. Sebaliknya kita merakamkan ucapan takziah atas kehilangan semangat kesukanan, persahabatan dan setiakawan ASEAN. Sukan telah dijadikan bahan dan pelantar untuk mengutuk, menghina dan mencemari Jalur Gemilang, bendera kebangsaan Malaysia.
Nama negara Malaysia juga dipermain-mainkan dan dihina dengan sebutan 'malingsia' dalam sepanduk yang dibawa ke dalam stadium. Ke mana hilangnya budi bahasa dan rasa hormat sebagai tuan rumah kepada tetamu menjadi tanda tanya.
Kepada pembaca yang tidak tahu apa ertinya 'maling' dan oleh itu tidak menghiraukannya, termasuk media Malaysia yang membuat liputan perlawanan akhir itu, elok juga diterangkan maknanya. 'Maling' membawa maksud pencuri dan jika negara kita di sebut sebagai 'malingsia' ia membawa maksud 'negara pencuri'.
Kononnya Malaysia mencuri lagu Terang Bulan untuk dijadikan lagu kebangsaan kita, Negara Ku, kita juga dituduh mencuri rekaan batik dan beberapa jenis tarian, budaya dan makanan mereka. Oleh itu negara kita dikatakan sebagai sebuah negara yang mencuri banyak benda daripada mereka.
Ketibaan pasukan bolasepak kita di Jakarta juga disambut dengan kata-kata caci-hamun sehingga Rajagobal dan anak-anak buahnya tidak dapat berlatih di stadium Senayan seperti yang dipersetujui.
Mereka turut membakar Jalur Gemilang dan yang lebih bodoh lagi, mengotori anak patung Upin dan Ipin sebagai tanda penghinaan kepada kita. Alangkah rendahnya pemikiran sedemikian.
Rakyat Malaysia sewajarnya bangga kerana kita tidak berkelakuan biadab seperti itu dan kita tidak sama sekali mengganggu apatah lagi menghina pasukan Indonesia semasa berada di negara bertuah ini. Syabas kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan budi pekerti mulia terutama kepada tetamu.
Apa nak dikatakan kerana jika itulah budaya mereka yang berkelakuan bodoh itu, kita akur sahaja. Lagi pun, bukankah kita menerima berjuta babu dan buruh dari Indonesia yang mencari nafkah hidup di Malaysia. Mereka sering berkata bahawa jika pekerja mereka tidak ke sini, Malaysia akan menghadapi masalah. Jawapannya tidak sama sekali. Sebagai sebuah negara yang bertaraf majikan, Malaysia boleh mendapatkan pekerja dari negara lain dan kita tidak bergantung sepenuhnya kepada Indonesia.
Sebagai sebuah negara yang bertaraf 'tuan' dan bukan pengeksport babu dan buruh kasar, kita memahami akan tahap dan setinggi mana minda mereka yang tidak tahu menghormati tetamu, menghormati lambang dan lagu kebangsaan kita.
Sekali lagi, takziah kepada sebilangan besar penonton di Gelora Bung Karno yang bersikap dan berperangai buruk, kita akui bukan semua tetapi dek setitik nila, rosak susu sebelanga.
2 comments:
Salam Tuan Syed...
Saya setuju dengan kenyataan tuan berkenaan isu ini. Saya menonton dari awal sehingga habis perlawanan. Saya amat memuji sikap pasukan Timnas Indonesia kerana sikap mereka di atas padang, walaupun ada seorang daripada pemain mereka yang cuba nak tunjuk 'kepala angin' sewaktu perlawanan kerana dikasari pemain kita (tak ingat siapa). Tetapi pemain yang lain menunjukkan sikap dan semangat kesukanan yang tinggi. Syabas atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.
Itu cerita mengenai pasukan bola sepak mereka. Apa yang menyakitkan hati ialah sikap penyokong mereka yang HARUS kita pandang jijik dan hina. Mengikut sumber artikel yang saya baca dalam internet (maaf tidak ingat laman sesawang mana), semasa lagu Negaraku dinyanyikan, mereka saling sahut menyahut menyebut 'maling'!! Seperti yang tuan ulas, tindakan mereka ini sungguh biadap kerana mencemuh tetamu mereka. Inikah layanan yang sepatutnya diberikan kepada tetamu?
Pada pendapat saya, tindakkan mereka ini melambangkan mentaliti mereka sendiri. Saya cukup bangga dengan sikap rakyat kita yang tidak termakan dengan provokasi mereka. Secara logiknya jika kita fikirkan, orang yang sering mencemuh dan memaki orang lain akan dipandang lebih hina oleh pihak ketiga. Begitu juga mereka ini dianggap seperti tidak berpelajaran, mempunyai taraf hidup yang lebih rendah serta dilihat kurang bertamadun. Mereka mungkin menganggap perlakuan mereka itu melambangkan patriotisme mereka, tetapi bagi saya semangat itu tidak kena pada tempatnya dan salah caranya. Mereka PERLU mengubah sikap mereka jika mahu memulihkan imej negara mereka.
Selain itu, saya juga ingin menyoal kewibawaan pihak media Indonesia. Media-media di sana kebanyakkannya memaparkan maklumat-maklumat yang kurang tepat, belum pasti kesahihannya dan ada kalanya bercanggah dengan maklumat sebenar yang secara tidak langsung membesarkan isu yang kecil, mempersalahkan orang yang tidak bersalah, mengelirukan rakyat dan menimbulkan provokasi yang sepatutnya tidak berlaku. Dimanakah letaknya etika kewartawanan mereka? Layakkah mereka digelar sebagai wartawan? Nampakya dalam bidang ini pun kita lebih maju (tapi agak sukar untuk diakui oleh mereka).
Kesimpulannya di sini, kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu melatah dengan provokasi mereka. Anggap saja provokasi mereka sebagai ejekkan anak kecil yang inginkan perhatian.
Apa-apa pun, syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak negara! Anda telah membuat kami bangga!
Selain itu, saya juga ingin menyoal kewibawaan pihak media Indonesia. Media-media di sana kebanyakkannya memaparkan maklumat-maklumat yang kurang tepat, belum pasti kesahihannya dan ada kalanya bercanggah dengan maklumat sebenar yang secara tidak langsung membesarkan isu yang kecil, mempersalahkan orang yang tidak bersalah, mengelirukan rakyat dan menimbulkan provokasi yang sepatutnya tidak berlaku. Dimanakah letaknya etika kewartawanan mereka? Layakkah mereka digelar sebagai wartawan? Nampakya dalam bidang ini pun kita lebih maju (tapi agak sukar untuk diakui oleh mereka).
Kesimpulannya di sini, kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu melatah dengan provokasi mereka. Anggap saja provokasi mereka sebagai ejekkan anak kecil yang inginkan perhatian.
Apa-apa pun, syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak negara! Anda telah membuat kami bangga!
Post a Comment