Monday, December 06, 2010

Khir Toyo dituduh rasuah

Akhirnya mantan Menteri Besar Selangor, pentadbiran Barisan Nasional, Dr Khir Toyo dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Kita tunggu dan lihat sama ada tuduhan itu akan disabitkan atau dilepaskan, iaitu dibebaskan, oleh mahkamah.

Tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM kerana berjaya membawa kes ini ke mahkamah. Kini terpulang kepada Pejabat Peguam Negara, iaitu pihak yang diberi kuasa untuk mendakwa, sama ada berjaya atau tidak untuk mensabitkan tuduhan rasuah. Andai kata gagal, SPRM tidak boleh dipersalahkan kerana tugas mereka hanyalah menyiasat dan menyediakan kertas siasatan untuk Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan selanjutnya.

Khir Toyo charged with graft

2 comments:

tokman said...

SPRM dan Polis selalunya menjalankan tugas dengan sempurna hanya Peguam Negara menjadi masalah rakyat. Harap sekembalinya dari menunaikan haji ni maka beliau sedia 'berhijrah' dan jangan fikir sangat pasal 'periok nasi' tapi tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan jujur!

Syed Imran said...

Tokman,

Itulah yang diharapkan selama ini.