Wednesday, December 08, 2010

Sultan Johor memperlihat kebijaksanaan

Saya kagum dengan pendirian dan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, mengenai tengkarah dan perdebatan berhubung apa yang disebut sebagai 'ketuanan Melayu'.

Sultan Ibrahim tepat menyatakan bahawa kata-kata 'ketuanan Melayu' seharusnya diganti dengan 'kedaulatan Melayu' kerana ia bukan membabitkan soal 'tuan' atau 'hamba'.

Benar sekali. Apa guna jadi 'tuan' jika sekadar boneka orang lain. Apa guna jadi 'tuan' jika tidak berdaulat, bermaruah dan berjaya.


Banyak pihak, terutama golongan politik dan NGO 'politik', cepat melenting dan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang kononnya memperlihatkan ketegasan mereka. Ada yang mengadakan tunjuk perasaan dan ada yang membuat laporan polis.

Ada di antara mereka yang berapi-api mengeluarkan kenyatan sedangkan, pada hakikatnya mereka memperlihatkan kemunafikan perjuangan. Mereka yang dimaksudkan adalah yang menjadi pengerusi, pengarah atau menduduki lembaga pengarah firma dan syarikat milik bukan Melayu, yang menjadi rakan kongsi, sama ada melalui pelaburan sendiri, dilantik sebagai pepatung atau  sebagai 'rakan tidur'. Pada satu pentas tertentu, mereka melaung-laungkan 'ketuanan Melayu' dan pada pentas lain, mereka meraih laba daripada syarikat dan firma bukan Melayu.

Tak guna melaung-laungkan 'ketuanan' jika kita tidak berdaulat.

Melayu yang berdaulat adalah Melayu yang bermaruah, memiliki harga diri yang tinggi, berpendidikan, berjaya dalam apa jua yang diceburi tanpa mengharapkan bantuan atau pertolongan orang lain. Melayu yang berdaulat adalah Melayu yang bukan menjadi boneka atau alat orang lain.


14 comments:

Ron Jeremy said...

We are on the same wave-length on this one. But how about Ketuanan Islam by PAS (Mahfuz's statement)? Is "mengkafirkan orang Islam" one of the tenets of Ketuanan Islam?

-thethinker- said...

yaaa.. tapi lebih tepat jika kita gunakan Kepimpinan Melayu -- krn Raja ialah Raja Melayu , PM ialah PM Melayu dan parti majoriti melayu ialah Parti majoriti di Parlimen

Unknown said...

Ron Jeremy

I do not subscribe to Mahfuz Omar's statement. As for me, Islam is above politics. Mahfuz is simply playing cheap scale politics.

-thethinker-

Berdaulat bermakna berkuasa. Jika tidak berdaulat bermakna tiada kuasa dan jika tiada kuasa, tak boleh jadi pemimpin. Oleh itu tak akan wujud kepimpinan Melayu.

tokman said...

Orang Melayu kenalah 'cemerlang,gemilang dan terbilang' dan mematuhi ajaran2 Islam maka dengan sendirinya bangsa asing dengan ikhlas dan jujur akan segan dan menghurmati kita tanpa apa2 slogan yang mana ramai daripada kita sendiri kurang yakin!

Unknown said...

Tokman, itu saya setuju.

Anonymous said...

Kalau sesiapa tak mahu lagi haknya, dipersilakan segera buat surat pelepasan hak individunya dan hantar kepada YDPA dan salinan kepada Yang diPertuan negeri masing-masing - habis cerita. - jangan dok cakap saja. Salinkan juga satu copy kepada UMNO, PAS, dan PKR.

Hak orang Melayu jangan nak persoalkan dan dijadikan isu politik - itu untuk orang Melayu dan Raja-Raja melayu fikirkan. Saya mahu hak orang melayu kekal untuk saya sekeluarga dan selama 7 keturunun, dan begitu juga setiap keturunan saya untuk 7 keturunan mereka.

Hak itu adalah hasil kebijaksanaan nenek moyang dan warisan yang perlu dibanggakan dan dipertahankan. Mana-mana individu yang lantang tidak mahu lagi dipersilakan buat surat pelepasan - habis cerita.

"It is not in dispute that since 1978 in accordance with the provisions of Article 153 of the Federal Constitution bumiputras were granted favoured access to the then established universities in the country. As regards Mr. Beloff’s argument regarding Article 152, he accepts the position of bahasa as the national and official language. He does not attack the official policy of giving preference to bumiputra admission into university".

Per Tun Suffian LP (delivering the majority Judgment of the Court) Merdeka University [a Company] v Govt of Malaysia [6 JULY 1982]

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Kebenaran dalam ketuanan Melayu
Oleh NORALI NORDIN

Apakah kandungan Perlembagaan Persekutuan? Di antara asas penting Perlembagaan Persekutuan ialah di bawah Perkara 3, bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Di bawah Perkara 32 (1) bahawa Kepala Utama Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dilantik di antara Sultan-Sultan yang menganggotai Majlis Raja-Raja.

Di bawah Perkara 152, bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Malaysia. Dan, di bawah Perkara 153, bahawa orang-orang Melayu di beri hak keistimewaan berbanding bangsa Cina dan India. Di samping itu, di bawah Perkara 89, terdapat peruntukan mengenai tanah Rezab Melayu dan lain-lain peruntukan yang melindungi orang-orang Melayu.
Jika diperhatikan kesemua Perkara-perkara yang membentuk teras Perlembagaan seperti yang tersebut di atas adalah bertunjangkan bangsa Melayu. Ia tidak boleh dipinda walaupun dengan undi 2/3 Parlimen kerana menurut Perkara 159 (5) ia memerlukan kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu.

Mengapakah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk melindungi hak-hak Melayu? Perkara ini terjadi kerana semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (sebelum ditukar nama kepada Malaysia), Suruhanjaya Reid iaitu pihak yang bertanggungjawab menulis Perlembagaan Persekutuan, mengakui bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. Kerana itulah juga namanya disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Keseluruhan perkara-perkara yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid melalui Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi orang-orang Melayu sebenarnya adalah sebagai timbal balas kepada kesanggupan Raja-Raja Melayu memberikan kewarganegaraan secara jus soli kepada sejuta orang bangsa Cina dan India yang diambil sebagai pekerja oleh pihak British.

Secara dasarnya, para pekerja ini apabila habis kontrak bekerja maka mereka wajib dibawa balik oleh British ke negara masing-masing.... .Sepatutnya, pihak British membawa kesemua pekerja ini ke England dan memberi kerakyatan British.....

habib_rizieq said...

ketuanan islam

Anonymous said...

Apabila bercakap tentang PAS, org UMNO/BN selalu mengeluarkan isu kafir-mengkafir. Mana fakta kamu? Nah, hidangkan satu peristiwa, lengkap dengan individunya dari PAS, masa, tempat dan petikan ucapan yang menunjukkan tokoh PAS pernah mengkafirkan UMNO! tunjukkan sekarang, kalau tidak kamu menfitnah dan kamu fasiq!

Ingatlah firman Allah, "Apabila datang berita kepada kamu, selidikilah dulu sumbernya, ditakuti kelak kamu tidak berlaku adil kepada pihak yang satu lagi."

Anonymous said...

Sukalah dia bila jadi kecoh gini. Dasar pemecah perpaduan. Islam apa ni???

Anonymous said...

Isu kedaulatan melayu dan orang melayu beragama Islam, apa masaalahnya? apakah dengan Islam, kedaulatan Melayu dibuang? Bukankah Islam menyebut bahawa bangsa itu perlu sendiri mengubah nasib bangsanya? Kenapa mahu buang keistimewaan yang nenek moyang kita telah perjuangkan dengan darah dan nyawa? Keistimewaan ini bukan datang free - ramai yang terkorban kerananya dahulu sebelum anak-anak kecil orang melayu tahu pakai pampers.

Abunaufal said...

ketuanan melayu tidak sama dengan keistimewaan melayu.perkataan ketuanan melayu xde dlm perlembagaan.

hamba sehaya said...

salam

kalau dah tak sembahyang,minum arak, kaki pompuan, nak marah lg ke kalau orang panggil die kafir... to norli nordin.. maybe u asyik kehulur kehilir bawak buku perlembagaan mcm idola ibrahim ali.. tp plz la tgk realiti,perg intv gomen pun english tau.... kalau g swasta lg la,bahasa melayu.. hahahaha tinggal bahasa jer.. najib ckp kat tv 3 pun english tau.. tu org kampung tenganga nak paham.. ape ade kat ketuanan melayu... hah kalau sebut ketuanan islam baru betul la beb...

Suara Ampang Puteri said...

Anon, PAS mengkafirkan UMNO dalam Amanat Hadi Awang, dan tidak pernah di tarik balik. Atas dasar yang sama Hadi Awang secara automatis mengkafirkan diri sendiri dan Ahli PAS yang lain.
Kalau di terima, apa hukum kalau berimamkan ahli PAS?