Wednesday, December 29, 2010

Cerita rogol perkara serius

Seorang hamba Allah bertanya saya mengenai cerita kononnya seorang menteri merogol pembantu rumahnya. Pembantu itu dikatakan telah dihantar pulang ke Indonesia setelah dibayar ganjaran sewajarnya.

Jawapan saya ringkas. Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam bilik tidur seseorang atau di mana sekalipun.

Kita harus sedar bahawa cerita berkenaan disebar luas dalam alam maya. Ia tidak semestinya betul dan kita sendiri tidak tahu akan kebenarannya melainkan kita sendiri melihatnya.

Rogol bukan perkara kecil. Ia satu kesalahan yang jika disabitkan, akan dikenakan hukuman berat di bawah Kanun Keseksaan.

Jika cerita itu tidak benar, maka sesiapa yang menyebarnya melakukan fitnah. Hukuman fitnah dari sudut Islam adalah sama beratnya seperti hukum berzina.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu yang seberat rogol kerana jika ianya tidak berlaku, kita sebenarnya menyebar fitnah.


3 comments:

mr edz said...

betul tu.. benda yang kita tak tahu patut kita diam dari kita memperkatakannya.

Anonymous said...

It seems the Indonesians are pissed about what they perceive as a cover up of the murder of one of their nationals (like how the Mongolians were earlier) and now with talk in the Umno Blogs that the Minister who raped the Indonesian maid is Rais Yatim the government may be hard-pressed in covering up this scandal any further. - dari blog malaysiakini

Blow d' whistle said...

alah rocky...bila nak kene macam2 dgn mcmc....mulalah cari salah bos mcmc...mcm x tau perbezaan dia pre and post tsunami March 2008

apapun pihak berkuasa jangan dok sila panggung...tuduhan walaupun tiada kebenaran mesti disiasat kepalsuannya