Rancangan popular terbitan TV3, Aduan Rakyat, malam tadi memaparkan sesuatu yang menarik parhatian saya, iaitu berkaitan ketakseimbangan pembangunan di Jelebu, Negeri Sembilan, khususnya dalam Mukim Ulu Teriang.
Apa yang didedahkan oleh TV3 cukup menarik kerana ia membabitkan keperluan asas untuk hidup, iaitu air.
Aduan Rakyat membandingkan pembangunan dan kemudahan asas yang ada di Kampung Gagu dengan jirannya Kampung Durian Gasing. Perbezaannya amat ketara.
Kampung Gagu mempunyai prasarana yang lengkap - jalan yang berturap, bekalan air bersih dan semua penduduk perolehi bekalan elektrik dan terkini khidmat jalur lebar. Tempat saya di Ampang masih belum mempunyai perkhidmatan jalur lebar (kerja-kerja pemasangan masih dijalankan).
Di Kampung Durian Gasing, jiran Kampung Gagu, juga wujud prasarana asas tetapi 10 buah rumah masih belum menerima bekalan air bersih. Ada yang mengguna air perigi untuk semua urusan kehidupan.
Persoalannya kenapa penduduk Kampung Gagu seramai 349 orang, iaitu 70 peratus menjalankan kegiatan pertanian - tanaman getah dan bersawah padi, mendapat keperluan tersebut sedangkan jiran mereka masih ada yang belum menikmati bekalan air bersih.
Apakah perkhidmatan jalur lebar yang hanya memberi faedah kepada segelintir penduduk lebih penting dan terdesak daripada bekalan air bersih?
Mungkin itulah yang cuba diketengahkan oleh TV3 melalui rancangan Aduan Rakyat dan saya menghormati dan tabek spring kepada mereka kerana "berani" mendedahkan ketaksamarataan dalam pembanguann dan kemajuan antara dua buah kampung bersebelahan itu. Syabas TV3.
Oh ya, pada awal tadi saya menyatakan apa yang dibangkitkan oleh TV3 menarik minat saya kerana wakil rakyatnya yang juga seorang menteri Persekutuan, Dr Rais Yatim adalah mantan bos saya.
Selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan beliau bertanggungjawab kepada sektor komunikasi yang merangkumi industri telekomunikasi dan jalur lebar beroptik fiber termasuk dalam kategori tersebut. Tidak tahu pula saya sama ada kemudahan jalur lebar diperkenalkan di Kampung Gagu atas faktor kedudukan wakil rakyatnya atau atas pertimbangan keperluan sebenar oleh Telekom Malaysia.
Pembaca boleh membuat tafsiran dan andaian sendiri.
6 comments:
Tuan Syed,
Pada awalnya, penggunaan fiber optik adaalah untuk transmisi jarak jauh. Ia digunakan untuk rangkaian telekominikasi antara negeri dan juga antara negara.
Ini adalah kerana kapasiti muatan fiber jauh lebih tinggi daripada tembaga (copper). Fiber menggunakan cahaya menggantikan teknologi lama, tembaga yang menggunakan elektromagnetik. Sepasang fiber setebal berapa helai rambut boleh menampung kapasiti perbualan telefon keseluruhan penduduk beberapa buah negeri secara serentak (dalam ratusan terra-byte).
Hanya baru-baru ini, penggunaan fiber semakin rancak di bandar kerana permintaan jalur lebar yang tinggi.
Dalam rangkaian antara negeri (Trunk network), laluan fiber optik termasuk ke pendalaman dan juga lebuhraya utama. Antara negara melalui dasar laut (Dari Kuantan ke Jepun, Amerika dll).
Dalam komen Tuan Syed ini, sebenarnya adalah tidak menghairan sekiranya fiber optik terlebih dahulu berada di kampung-kampung pendalaman lebih awal kerana ada kemungkinan ia adalah dalam laluan fiber yang sedia ada.
Ada kemungkinan juga fiber ini ditarik jauh (puluhan km)daripada laluannya disebabkan sebab tertentu, maka perbelanjaan ini sangat besar. Perlu kita melihat rekabentuk/design TMB untuk kita membuat kepastian. (Design/Rekebentuk rangkaian adalah confidential).
Namun adalah tidak wajar sekiranya terdapat perbezaan amat ketara dari segi infrastruktur antara 2 kampung. Apatah melibatkan infra asas seperti bekalan air. Ini tidak seiring dengan motto yang dilaungkan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” . Memang patut media massa menyiarkan isu-isu ini untuk perhatian semua.
Ex-Fiber Designer
Ex-Fibre Designer,
Terima kasih atas maklumat mengenai optik fiber.
Dalam rancangan berkenaan ada disebut tentang janji orang politik nak selesaikan isu bekalan air semasa kempen pilihan raya, penduduk kampung masih menunggu.
Ingat mantan bos tuan tu kita dah buleh masukkan ke tingkat paling atas dalam muzium adat dokek Jelebu sekali dengan mantan bos tuan punya isteri.
Idea-idea yang dia ada semua dah lapuk dan tahap bahasa bodeknya semakin ditahap meraban.
Eloklah dia dan ideanya tu kita hantar je ke muzium adat. Tak habis habis dengan minangkabau dia aje, macam malaysia ni dah takde melayu dari suku lain.
Sdr Imran,
Bagi saya Rais Bin Yatim adalah seorang kaki bodek dan ampu at tyhe highest level. Saya kenali Rais sejak di MB nogeri lagi. Dia memang pandai bercakap dan sepatutnya dilantik Ketua Penerangan UMNO.
Ex PD
Salam,
Saya hampir setuju dengan pandangan yang tidak berpihak kepada Rais kerana beliau berfikiran mengikut jendela dari dalam kotak fikirannya sahaja, tanpa mengambil tindakan untuk berada di luar sambil mendengar, melihat, menghayati dan menimbang pandangan luar dan kemudian menjengah ke dalam. Saya orang Negeri Sembilan. Saya akui dia bijak tapi sedikit berhidung tinggi.
Tuan Syed,
Masalah utama dengan sesetengah pemimpin Melayu ialah mereka terlalu ujub dengan diri mereka dan pertubuhan yang mereka dokong. Tidak sedar bahawa manusia pun seperti produk, cukup masa akan luput kegunaannya, orang putih kata'expired'. Mereka hendaklah serius memikirkan akan hala tuju organisasi dan bangsa mereka.
Bagi mereka yang ikhlas, mereka pasti akan mengenalpasti pelapis yang lebih berkebolehan, cukup ilmu untuk menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
Yang menjadi isu, ramai dari mereka ini masih terperangkap dalam kotak minda yang beku dan ketinggalan zaman.
Akhirnya kita tetap akan lihat muka-muka yang, menyanyi nada lagu yang lapuk dan basi. Ada yang dah hilang kelayakan jadi pemimpin lobi pula jawatan duta, pengerusi, pengarah, penasihat dsb. Yang akhirnya menjadikan polisi kerajaan seperti polisi parti politik mereka.
Populariti diri sendiri dan perasaan syok sendiri menjadi keutamaan dengan membelakangkan dasar kerajaan yang mementingkan kepentingn negara dan rakyat amnya.
YB Rais Yatim dan ramai lagi 'expired individuals' adalah manifestasi terbaik akan individu yang dah luput hayat ini. Dengan dikelilingi oleh kaki-kaki ampu seperti dirinya sendiri, memanglah dia akan merasakan bahawa dirinya tidak ada galang ganti dari segala segi. Ini akhirnya akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri.
Post a Comment