Tindakan biadab dan tidak siuman oleh segerombolan warga Indonesia ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan perbuatan melampau memijak dan menodai bendera negara, Jalur Gemilang, menurut apa yang dilaporkan dalam wadah-wadah Internet dan media tempatan dalam talian, seperti Utusan Malaysia, sewajarnya dipandang serius.
Wisma Putra seharusnya mengirim nota bantahan kepada pihak Indonesia manakala pihak keselamatan negara itu mesti bertanggungjawab melindungi warga Malaysia di sana yang mungkin akan dijadikan sasaran oleh golongan manusia yang tidak siuman.
Apa nak dikata, tindakan manusia yang lupa bahawa lebih dua juta rakyat mereka menumpang hidup di bumi bertuah bernama Malaysia, yang saban bulan mengirim wang untuk membolehkan keluarga mereka menyambung hidup, yang jelas tidak erti akan perkataan terima kasih dan bersyukur kerana dengan wujudnya Malaysia, maka mereka boleh menyara kehidupan sanak saudara dan keluar daripada kepompong kepapaan. Mereka angkuh, sombong dan iri hati akan kemajuan dan kejayaan Malaysia.
Benar, bukan semua yang mencari nafkah hidup di Malaysia bersikap biadap seperti segerombolan yang wujud di Jakarta, tetapi perbuatan mereka itu bukan sahaja melampaui batas bahkan boleh menjejas pershabatan antara kedua-dua negara. Bayangkan keadaan seterusnya jika ada rakyat Malaysia yang berhimpun di hadapan Wisma Duta Indonesia di Kuala Lumpur, melempar najis dan memijak serta membakar Sang Saka Merah Putih, apa perasaan mereka...
Gerombolan manusia kurang siuman yang mencemar dan memperlekeh negara kita di Jakarta harus ingat dan sedar akan musibah dek perbuatan biadab mereka. Jangan ingat yang mereka sahaja mempunyai perasaan dan semangat juang, jangan ingat yang mereka sudah gagah untuk berperang sedangkan mereka tidak mampu mempertahankan Timur Timor, nampaknya mereka mudah lupa.
Kita bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang jauh lebih rasional dan tidak mengambil tindakan bodoh seperti mereka. Inilah sebabnya kita adalah majikan, bukan hamba atau babu yang terpaksa menyeberang lautan luas untuk bekerja di rumah orang, kita bukan buruh kasar atau kuli yang terpaksa berkelana ke negara orang untuk bekerja
Tidak hairanlah mereka begitu mencemburui kita.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama
Klik untuk membaca laporan Utusan Malaysia
8 comments:
jika indonesia tidak mengambil tindakan tegas mereka yang bertanggungjawab, Malaysia tidak harus berdiam diri.
Ketika Malaysia bakal menyambut sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-53,hujung bulan ini insiden ini sedikit sebanyak bakal mencetuskan kemarahaan rakyat Malaysia.
Justeru kita tidak harus terkejut jika berlakunya pergaduhan/ pertengkaran atau insiden lebih serius membabitkan rakyat Malaysia & indonesia di negara ini dalam masa terdekat.
Meskipun 'segerombolan', tindakan itu disifatkan AMAT BIADAB! KURANG AJAR!
Bayangkan situasi sama jika bendera indonesia diperlakukan sedemikian rupa?!
BAYANGKAN...
Kutuk habis habis, jangan tak kutuk kebiadapan makhluk parasit Pulau Jawa ini!
Mana dia komen Hanifah Aman? Senyap menikus saja Menteri Luar Negeri kita ini. Ini contoh menteri yang tak berkaliber Najib. Dilantik semata mata atas rasional orang sabah sebagai "simpanan tetap" UMNO dan atas sebab Hanifah ini mmpunyai citarasa busana yang tinggi. Kalau iapun, carilah pemimpin Sabah lain. Kalau tak ada, lantiklah yang paling berwibawa dan layak walau dari negeri mana pun pemimpin itu!.
sri hartamas
Salam Pak Habib,
Semoga Allah swt menerima ibadah kita di bulan mulia ini.
Pertama2 kita mengutuk keras tindakan biadap segelintir manusia yang hilang rasional mereka terhadap tata susila. Apa yang ana perhatikan, semua media2 di Indonesia sentaiasa melaporkan apa2 juga kezaliman atau ketidak adilan yang di lakukan pihak2 berkuasa seperti PDRM, Immigrasi dan sebagai nya di Malaysia. Setiap kali laporan2 ini membakar kebencian mereka terhadap kita, yang menjadi mangsa adalah pengunjung2 ke Indonesia, sudah merasai tidak enak lagi. Saranan ana, kita juga perlu memainkan peranan positif dgn gejala2 penindasan yang pihak berkuasa kita lakukan terhadap rakyat Indonesia di sini, ana lihat sendiri wawancara di TV Indonesia bagaiman seorang rakyatnya menyuarakan kekesalan dengan kata2 "sekira kami di tahan kerna kesalahan immigrasi kenapa pula dompet2 kami di kosongkan pihak kepolisian di Malaysia." Ini menyebabkan kebencian itu membara lagi. Kesimpulan nya Pak Habib, sekira kita tinggal di rumah berkaca jangan sekali kali kita membaling batu ke arah orang lain. Lambat laun kita terima balasan yang setimpal atau lebih buruk lagi. Wasallam, Pak Habib AlAidarous.
Tuan Syed,
Kalau saya, kita boleh hantar 100 buah kontena besar bendera Malaysia biar mereka puas memijaknya. Bukan apa kan pepatah kita ada mengatakan seperti beruk mendapat bunga. Berilah bunga apa sekalipun kepada beruk pasti tidak dihargai oleh beruk. Yang sebenarnya, setakat pijak bendera ini bukan ada apa-apapun. Banyak sangat berlaku merata-rata di dunia ini. Bendera Amerika orang pijak, bakar,letak najis, ludah kencing tiap-tiap hari, tapi Amerika tetap Amerika jugak. Orang tetap mau dolar Amerika, pergi Amerika, tengok filem Amerika, terkinja-kinja juga dengan muzik rap Amerika. Orang juga tetap pakai microsoft dari Amerika dan sebagainya lagilah. Cuma saya berharap rakyat Malaysia jangan pijak bendera orang lain. Perbuatan itu kalau zaman sekarang ini orang kata adalah perbuatan orang yang bodoh dan pendek akal. Lagipun ianya sia-sia. Bukan dapat apa-apa pun. Kepada orang Indonesia yang suka pijak bendera Malaysia, saya tidak marahpun dengan kalian semua. Kalau kalian datang ke rumah saya, malahan saya bagi lagi kalian makan enak-enak, tidur tilam empuk-empuk, mandi air panas dan kalau sudah mau pulang, ya saya bagi beberap ratus ribu rupiah lagi. Lagi untung dari pijak bendera Malaysia, Amerika, dan Belanda.
Anak Malaysia
Assalamualaikum Pak Tuan..
Kepada Anak Malaysia,
Saya menyokong pendapat anda. Begitu juga dengan bendera Malaysia. Mereka pijak-pijak, letak najis dan bakar. Tetapi mereka datang juga ke sini untuk mencari rezeki. Mereka tak sedar bahawa lebih 2 juta rakyat mereka bergantung dengan Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Malaysia membuat macam-macam untuk membantu rakyat mereka, tetapi mereka masih tidak sedar. Perbuatan mereka mencerminkan bahawa mereka tidak bertamadun. Walaupun begitu kita tidak boleh menghukum semua rakyat mereka kerana tidak dinafikan ramai lagi golongan terpelajar mereka yang tidak terlibat dalam perbuatan mereka yang agak tidak terdidik itu. Jadi kita yang terpelajar ini janganlah berlagak seperti mereka kerana tidak berbaloi untuk kita bergaduh dengan orang yang cetek akal. Buat penat kita saja. Mereka tetap juga begitu.
Malaysian!!
Pak Tuan,
Apa dah jadi dengan Dewan Perniagaan Melayu P.Pg? Lemah dan mandom. CIMB dah keluar dari premis...sepatutnya CIMB patut bantu DPMPP, tempat strategi..mana Zahid Hamidi kenapa tak pujuk CIMB. Sibuk benda2 tak bertempat...
Salam Pak Syed,
Waah..komain maghah lagi kita kat depa na! Ni..nak habaq mai..hak yang depa buat kat Malaysia ni tak nak pula kita maghah? Tu..hak yang jadi amah lepaih tu lari (ada yang dengan laki-laki kita skali), tinggai anak kita sorang-sorang kat rumah, ambik alih perniagaan kita dan la ni..nak ngundi skali dengan kita..pasai apa tak maghah? Sadaq la sikit cek ooii..!! Sapa nak belasah kitapun..takdak sapa nak bela aiih. Sabit tu Chua Soi Lek dan Namawee boleh buat hapa depa suka. Melayu dah lama layu dahhh..!!
Adila,
macam mana tak marah, depa baling taik! Yang tu yang buat hilang sabark! Depa nak tunjuk perasan ka, nak tunjuk kemaluan ka, depa punya pasai, tapi bila depa baling taik, tu dah melampau.
Kita tau banyak yang ikut sama tunjuk perasan hari tu dapat upah 40 ribu rupiah (RM15) sorang. Depa orang papa kedana yang tak dak kerja dan selalu dipeguna oleh pihak lain untuk tunjuk perasan. Tak kisahlah, yang tu hak depa, tapi bab baling taik ni yang buat kita marah.
Bab perangai pembantu rumah, sepatutnya kita pakai istilah babu, memang ada yang tak senonoh tapi boleh telepas mai sini. Ada yang bekas jalang (maaf cakap), ada yang tak tau tulis dan baca dan ada macam-macam hal lagi. Kita terima depa duduk sama-sama, jaga anak kita dan lepas tu, jadilah benda-benda yang Adila sebut tadi.
Pasai tipu umork tok sah cakap, tipu, nama dalam paspot pun bukan nama betoi, bila kena tangkap dan dihantark pulang, dia masuk balik pakai paspot baru dengan nama baru. Kat sebelah sana, semua boleh jadi asai ada duit. Nak buat macam mana, depa dah macam tu. Yang kat sini pun satu hal, ada yang dok makan suap bila jumpa kawan seberang masuk secara tak sah, saya tak suka guna pekataan haram pasai tak sesuai dan tak mau keliru dengan bab hukum agama, depa lepas masuk. Depa tak kaya pun tapi kalau kena cekup, menangis/teriyak ayark mata darah pun tak guna.
Post a Comment