Tuesday, January 06, 2009

PR Kecil KT, UMNO/BN MASIH ULANGI TAKTIK LAMA



Parti Barisan Nasional terutama sekali UMNO nampaknya belum dan tidak menyedari bahawa rakyat sudah bosan dengan taktik yang selalu digunakan apabila menghadapi pilihan raya umum apatah lagi pilihan raya kecil. Isyarat yang diberikan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan sebelum itu pilihan raya umum ke-12 tidak dijadikan iktibar.

Bagi pilihan raya kecil Parlimen untuk mengisi kekosongan kerusi Kuala Terengganu, UMNO telah siang-siang lagi mencaturkan "politik sogokan pembanunan" untuk memikat atau menagih undi rakyat.

Para pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri terutamanya, bergegas ke Kuala Terengganu untuk mengumumkan "peruntukan pembangunan" yang kononnya telah diluluskan dalam rancangan pembangunan yang disediakan sama ada melalui Belanjawan mahupun Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

Awal-awal lagi masyarakat Cina Kuala Terengganu mendapat peruntukan lebih RM6 juta untuk pembangunan dua buah dewan selain beberapa janji peruntukan lain.



Timbalan PM Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sudahpun berkampung di Kuala Terengganu telahpun menyerah cek bernilai besar sebagai "royalti minyak" dan merasmikan sebuah hotel milik Felda. Beliau juga menjanjikan jawatan timbalan menteri akan diberikan semula kepada calon BN sekiranya dia menang.

Janji-janji dan sogokan pembangunan adalah taktik lapuk tetapi nampaknya UMNO dan BN masih ketinggalan zaman. Rakyat sekarang tidak mudah dipengaruhi dengan janji-janji manis dan projek pembangunan semata-mata untuk mendapat sokongan.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak lebih daripada "nak tunjuk muka" berduyun-duyun ke Kuala Terengganu kononnya nak bantu calon BN tetapi pada hakikatnya kehadiran mereka tidak dapat membantu bahkan "menyemakkan" suasana.

Media yang menyokong kerajaan pula terus menghidangkan laporan berat sebelah dan yang mengagung-agungkan pemimpin. Tidakkah mereka sedar bahawa rakyat dah naik jijik dan jelek dengan laporan sedemikian?

Cara dan kaedah yang digunakan oleh UMNO/BN dan media bukan sahaja tidak betul tetapi boleh menikam diri sendiri.

Zaman telah berubah, pusaka akan bergilir, tetapi kenapa penggiliran tidak dilaksanakan mengikut perubahan zaman? Inilah pengajaran yang masih belum dihayati oleh UMNO.


Saya kira keputusan pilihan raya kecil ini tidak akan memihak kepada BN jika dilihat dari sudut calon kerana saya berpendapat UMNO telah memilih calon yang kurang tepat. Sekiranya pengundi membuat pilihan berasaskan calon, maka kemenangan akan memihak kepada calon PAS. Jika pemilihan dibuat berasaskan parti, kemenangan boleh memihak kepada BN, saya katakan boleh memihak kerana kekuatan agak sama rata.

11 comments:

mn said...

Tuan Syed,

1. Bukan sogokan tetapi nak ambil hati. Habis takkan nak pi maki pengundi dan nak rampas harta rakyat kot?

2. Bagi saya jika sesuatu kawasan itu memang kubu kuat PAS, letak Dr.M sebagai calon BN pun kalah.

3. Tetapi kali ini saya merasakan BN mungkin boleh menang dengan majoritinya lebih daripada 628 undi.

Unknown said...

SUKJ,

Banyak orang kata jika mahu pembangunan segera, tunggu sehingga wakil rakyat meninggal dunia dan berlaku pilihan raya kecil.

Minta apa saja yang patut - tentu dapat.

Ia telah menjadi satu budaya politik Malaysia.

Cokodok said...

Salam,

Apa yg UMNO/BN umumkan utk PRK KT nie semuanya adalah tanggunjawab.. pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan.. kalu bukan kerajaan yg buat pembangunan sapa lak lagi nak buat?? so, taktik nie dah agak lapok.... Nway, saya bersetuju ngan SUKJ.. saya merasakan BN boleh menang dgn majoriti yg lebih baik... Ini adalah talian hayat terakhir UMNO sebelum pemilihan UMNO bulan Mac kelak... ini adalah kayu ukur samada UMNO masih relevan atau tidak... serta menjadi medan Datuk Seri Najib menunjukkan pengaruhnya.. pasti UMNO tidak akan duduk diam...

sedikit ironi pasal PRK kali nie.. jika di Permatang Pauh.. undi PKR utk ke Putrajaya.. dan calon BN adalah wakil ADUN... kini terbalik.. jika undi BN, calon akan jadi menteri balik maka ke Putrajaya... calon PAS lak adalah wakil ADUN... hmmmmm...

Anonymous said...

Salam Tuan,
Tapi kalau dikatakan taktik UMNO taktik lapuk, apa bezanya dengan cara PKR atau PR yang juga menggunakan taktik yang sama? Mereka pun buat macam tu juga. Janji itu ini. Malah lagi teruk. Dan ada yang masih belum terlaksana...

Anonymous said...

calon PAS pun begitu juga.sudah pastinya mereka akan menabur janji kepada umum untuk memenangi pilihanraya.isu hangat yang dibangkitkan oleh PAS ialah hudud.

di KT kita boleh katakan yang PAS serta BN adalah sama kuat.owh silap.bukan PAS tetapi PR.PR sama kuat dengan BN di Kuala Terengganu.

jika PAS,DAP dan PKR masing-masing membawa haluan sendiri rasanya mereka takkan mampu bergerak dan berjaya seperti sekarang.

fazemy said...

Tulah. tak insaf2 BN ni. kat TV smua yg baik2 dari dia. yg buruk2 dr PAS. bosan giler dengar.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Budaya dah jadi adat resam.. adat resam dah jadi darah daging dimana sogokan memjadi satu tradisi..

Bila BN@UMNO nak berubah... perubahan diperlukan bagi menarik golongan muda...

Sekian,

mn said...

Tuan Syed,

1. Betoi juga apa yang Tuan Syed cakap tu noo.

2. Kalau macam tu PRU-13 nanti, kawasan majoriti Melayu saya minta PAS letak calon yang berusia 75 tahun ke atas.

3. Janji Melayu dapat faedah. Bukan orang lain.

Anonymous said...

pernah tak kita terfikir kenapa BN berjaya merebut Terengganu semula dari PAS?.pastinya ada 1001 macam sebab tetapi mungkin salah satu darinya ialah PAS tidak efisyen dalam bekerja.kalau PAS benar-benar bagus dalam bekerja,pastinya Terengganu masih lagi didalam tangan PAS sekarang?

betul tak? :)

bat8 said...

sdra razali hakim

andai sdra rasanya terlalu simplistik. PAS memerintah terengganu hanya sepenggal dalam keadaan tertekan. Duit royalti minyak ditarik.

Bagaimana agaknya kalau wang tersebut tidak diambil balik? Juga bila bercakap pasal efisyen ni - kerajaan telah menerima royalti minyak dari tahun 1975 lagi.

Efisyenkah pemerintahan UMNO apabila selepas memerintah selama 29 tahun ( 33 - 4 tahun PAS), terengganu masih lagi antara negeri yang termiskin di malaysia?

bat8

Ramli Mohd Yunus said...

Sdra Syed,

That is because of the role of the same advisers with the same mentalityof the sixties. Mental block yang menebal dan sikap yang angkuh dan BS....