Saturday, January 24, 2009

BERNAMA TV DAH TIMPA PENYAKIT MASALAH TEKNIKAL


Kira-kira 10 bulan ke udara, Bernama Tv (kini di saluran 502 Astro) dah mula dijangkiti penyakit "gangguan dan masalah teknikal" sejak beberapa hari lalu. Apa masalahnya?

Oh ya, saya cukup berminat menulis mengenai Bernama kerana ia menjadi sebati dan saya sentiasa mengikuti perkembangan badan berkanun di bawah seliaan Kementerian Penerangan itu. Ini tidak dapat dielakkan kerana saya pernah bersama-sama agensi berita itu selama 27 tahun bermula pada tahun 1971.

Saya difahamkan bahawa pihak Bernama atau lebih tepat BTV Synergy telah membeli sistem operasi yang berharga jutaan ringgit. Sistem yang dimaksudkan dikenali sebagai GEEVES dan INCITE, jika tak silap.

Pihak yang menjual sistem itu mendakwa bahawa ia adalah yang terbaik dalam dunia penyiaran. Oleh kerana yakin dengan pihak yang menjual, maka BTV Synergy pun membelinya. Kepada orang yang menjual, dia sudah tentu berkata sistem yang ditawarkan itu adalah terbaik, tetapi bagi orang yang hendak membeli, dia seharusnya menyelidiki dan membuat perbandingan dengan beberapa sistem lain untuk mendapatkan yang benar-benar tebaik. Adakah ia dilakukan oleh Bernama-TV Synergy?

Adakah pendapat pakar di Jabatan Penyiaran diminta sebelum pembelian dibuat?


Persoalan ini dibangkitkan kerana hanya beberapa hari digunakan, sistem berkenaan mula mendatangkan masalah. Masalah yang dihadapi disifatkan sebagai "gangguan teknikal atau masalah teknikal".

Saya bukan orang teknikal dan saya tidak tahu apa itu gangguan teknikal atau masalah teknikal, dalam erti kata yang sebenar, seperti yang dikatakan punca gangguan siaran berita Bernama TV. Bagi saya, masalahnya tidak lain dan tidak bukan adalah sistem yang digunakan.

Siapakah yang terpaksa bertungkus lumus menghadapi masalah itu jika bukan para petugas BTV terutama unit teknikal!

Sherkawi Jirim yang mempengerusikan perbincangan rancangan Helo Malaysia BTV pun terpaksa menebalkan muka beberapa kali untuk memohon maaf kepada para penonton akibat daripada gangguan teknikal semasa siaran berita Bernama TV.

Siapa yang harus dipertanggugjawabkan jika bukan CEO Bernama TV Suhaimi Abdullah. Selaku ketua eksekutif BTV Synergy dia tidak boleh menuding jari kepada pihak lain, terutama para petugas khususnya yang terlibat secara langsung untuk mengendalikan sistem berkenaan, kerana bukan mereka yang memilih sistem tersebut.

Jika benarlah sistem yang dibeli itu adalah yang terbaik seperti yang didakwa oleh penjualnya (Allan?), kenapa ia menimbulkan masalah dan gagal berfungsi seperti yang diuar-uarkan?

Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan pembelian sistem tersebut. Mungkin ada kemungkinan-kemungkinan lain?
Gangguan teknikal atau masalah teknikal bukan lagi alasan yang boleh diterima bulat-bulat pada zaman serba canggih ini.

Bernama TV seharus dan semestinya diletak sepenuhnya di bawah kawalan Bernama dan bukan selaku sebuah entiti yang dikawal oleh pihak lain yang hanya menumpang nama Bernama yang sudah terkenal itu.


34 comments:

Anonymous said...

pak syed,

dengar cerita CTO BernamaTV, si mat saleh kaki kelentong tu khabarnya menghilang diri kala petugas bertungkus-lumus cuba selesaikan masalah teknikal itu.

penasihat bernamatv azman ujang dan pengerusi bernamatv merangkap punasihat PM si annuar zaini juga patut ambil tanggungjawab.

sayadahbosan ULTRA said...

rasuah la apa lagi

barang tak berkualiti tapi harga mahal gila

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Semua nak ambil kesempatan beli peralatan baru di Bernama bukan saja Bernama TV. Ada sebuah anak syarikat di Bernama, cari untung cara mudah, buat kerja untuk Bernama dengan mengenakan bayaran berlipat kali ganda berbanding dengan syarikat lain.
Bernama tak macam dulu lagi, kini Bernama berpuak-puak (factions)dah tak syor lagi kerja. Dulu masa Pak Tuan Syed ada para wartawan banyak boleh belajar tapi sekarang dengan pecakaran dan campurtangan Anuar Zaini Bernama tak ubah macam parti politik (MIC). Dua mantan GM yang dilantik penasihat Radio 24 dan Bilik Berita. masing-masing jaga periok nasi masing-masing saja.
Bernama tak sehebat dulu lagi.

Kira hari nak pencen.

Syed Imran said...

Inilah masalahnya. Bernama melantik mantan-mantan PB sebagai penasihat.

Setahu saya, pelantikan penasihat dibuat berdasarkan pengamalan dan kepakaran orang berkenaan dalam bidang tertentu.

Umpamanya, orang yang pakar dalam bidang penyiaran tv dilantik selaku penasihat bidang berkenaan, dan orang yang pakar dalam penyiaran radio dilantik untuk bidang tersebut.

Lain pula di Bernama, orang yang bukan ahli atau pakar dalam bidang penyiaran tv dan penyiaran radio di lantik sebagai penasihat. Yang perlu ditanya adalah sama ada kedua-dua entiti itu memerlukan penasihat atau tidak? Atau pelantikan mereka sekadar menolong kawan - you garu belakang I, dan I garu belakang you!

Kedua-dua penasihat itu seharusnya meletak jawatan - andai kata mereka ada prinsip dan sedar bahawa mereka bukan ahli atau pakar dalam bidang berkaitan.

Anonymous said...

Sdra Syed Imran,

kesian petugas-petugas bernamatv. mereka sudah bertungkus lumus menaikkan nama bernamatv - ketika itu dipanggil unit audio visual - sejak sekian lama ...dari penerbitan berita 15 minit kepada 30 minit dan seterusnya 24 jam -- walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan - terutama daripada segi kekurangan tenaga kerja dan logistik. bayangkan btv hanya mempunyai kira-kira 20 wartawan penyiaran sahaja, namun mereka masih boleh 'go on air' 24 jam tanpa henti. yang sedihnya, ada ORANG LUAR -- si ALLAN laknat itu (dia yang bertanggungjawab menghancurkan NTV7), telah menampilkan diri dan mendakwa dia yang pandai -- orang lain semua BODOH, termasuk datuk suhaimi. yang peliknya CEO BTV itu mudah sangat percaya dengan manusia berkulit putih itu walaupun hakikatnya satu dunia sudah tahu dia kaki kelentong... tidak hairan kalau petugas BTV yang bekerja dengan ikhlas itu sudah tawar hati -- nasib mereka tidak dibela!!!

Anonymous said...

tuan syed,

penasihat bernamatv azman ujang langsung TIDAK TAHU APA-APA mengenai perjalanan sebuah stesen tv...sejak dilantik sampai sekarang, si azman itu makan GAJI BUTA aje....mengikut cerita, dia hanya menampakkan muka 15 minit sehari di bilik berita Bernama TV...nobody seems to know what he does --- nak kata nasihat orang, diri sendiripun BLUR mengenai stesen tv!!! jawablah di akhirat nanti..

Anonymous said...

bernama lagii..lagi lagi bernama..
Kita tengok GM baru ni akan bertindak mcmana.
Mau penin kapla dia dek kerna nanah2 sebelom ni.
Ditambah plak dgn ada lagi annuar zaini belagak nak mampos tu..
SEMUA ni berpunca dari ANNUAR ZAINI tu la..!
Makhluk ni lah MASALAH teknikal tu..!

Anonymous said...

Tuan Syed,

Nampak gayanya, projek ini pun lebih kurang macam projek Eurocopter lah. Orang lain beli RM82 juta seunit, kita pulak nak beli Eurocopter yang sama dengan harga RM193 juta seunit.

Setuju tak Tuan Syed?

Anonymous said...

Salam tuan,

Sistem dah kong dari pukul 1 ptg 24/1 -SABTU sehingga Ahad masih kong.

Mujur ada sorang ketua BERNAMA ~~ Ahmat Wahab, Tuan Syed mungkin kenal kerana beliau org lama bernama dan pernah berkerja sebagai pengurus berita TV3,MEMBUAT contigency plan ... gunakan sistem lama tahun 2001 edit berita deck ke deck... maknanya edit visual secara manual.

maka dari semlm sehingga hari ni tuan dpt melihat update berita... secara tidak langsung kerja bertambah, dan sistem kerja berubah.

sekian,
kuli batak btv


para ni buang ~~

kalau tuan hendak tahu cerita lebih lanjut hubungi Encik Ahmat Wahab.mungkin beliau rakan baik tuan dulu2 di BERNAMA.

Anonymous said...

cuba check sistem radio bernama sekali. orang tak pakai, depa pakai. elok la tu...

Syed Imran said...

Saya simpati dengan kawan lama Ahmad Wahab. Tapi, saya tidak mahu mengaitkan namanya nanti dia pula menjadi mangsa. Ahmad Wahab ada integriti, ada pengalaman dan ada kekuatan untuk menghadapi masalah. Itu saya yakin.

Anonymous said...

Salam,

radio bernama pun pakai salah sistem ke? harap2 jgn sistem radio teksi sudahlah. lol

Anonymous said...

Pak syed,

kesian en ahmat wahab itu...dia seorang yang bekerja keras...CEO, chairman dan kuncu-kuncu di btv synergy langsung tak membantu, bahkan dengar khabar -mereka melihat encik ahmat wahab sebab seteru dan musuh kepada impian mereka untuk MENGUASAI BernamaTV.. dengan khabar lagi, mereka nak JATUHKAN encik ahmat wahab tidak lama lagi--- si ALLAN laknat dan seorang CINA BABI SIAL bernama kevin...mereka sekongkol dengan musuh-musuh di luar untuk MENJATUHKAN ENCIK ahmat...sayangnya, DATUK CEO - datuk suhaimi TERLALU PERCAYAKAN golongan munafik ini...tak tahulah kenapa...

Anonymous said...

Pak syed,

saya terpanggil untuk membuat komen berhubung isu Bernama TV ini. saya melihat seorang usahawan - DATUK SUHAIMI - yang ingin menguasai BTV ini semata-mata untuk membantu beliau di dalam kerjaya politiknya. sebahagian daripada matlamat dia sudah tercapai - DATUK SUHAIMI kini menjadi ketua bahagian di kedah. matlamat kedua dia - ingin memenangi kerusi Parlimen dan menjadi MENTERI - itu belum tercapai sebab dalam pilihan raya umum yang lalu dia KECUNDANG.

apa yang SEDIHnya, nasih dan masa depan kakitangan bernama tv langsung tidak diambil peduli - ada petugas yang masih berGAJI HARI, ada yang masih bekerja mengikut KONTRAK, dan pula yang dikerah keringat sampai kecut...tapi langsung tak dapat penghargaan. banyak peralatan, termasuk kamera, mesin preview tidak diselenggara - menunggu ROSAK.

kebajikan pekerja tidak diendahkan - yang ditatang macam minyak yang penuh - SI MAT SALLEH ALLAN PENIPU ITU DAN KEVIN (YANG SEBENARNYA TELAH DIPECAT DARIPADA TEMPAT KERJA BELIAU YANG LALU). tapi mereka berdua ini PANDAI KELENTONG - pandai memujuk rayu sehinggakan anak MELAYU yang bernama DATUK SUHAIMI ini begitu percayakan mereka - dan langsung tak nak dengar cakap orang lain. YANG LEBIH MENYEDIAKAN ADA SEORANG PEKERJA MELAYU YANG NAMANYA SANGAT MULIA - saidina omar -(akauntan di btv - turut jadi tali barut si allan dan kevin ini.

tak tahu lah - SAYA MINTA BERNAMA KEMBALI AMBIL ALIH BERNAMA TV DARIPADA syerngy....SEBAB NANTI IMEJ BERNAMA JUGA YANG TERCELA.

TAKBIR!!!!!!!

Anonymous said...

Pak Tuan,
dengar khabar mat salleh tu sebelum ni adalah tukang masak ..
correct me if i'm wrong ..correct
correct..correct..

Anonymous said...

Kami yang teraniaya...

Sebenarnya sistem BODOH ini dah dilakukan beberapa kali dry-run(testing) tapi ternyata sistem yang dibanggakan oleh Mat Salleh bangang(dengar khabar dia ni anak luar nikah..BASTARD) telah gagal dan tidak berupaya untuk mengikut rentak jadual siaran bernama tv.
Tetapi beliau(si Bastard) telah mengadu kepada Datuk Panglima Gantang dan Datuk Suhaimi(bukak supermarket boleh la) yang mengatakan sesetengah petugas di av tak mahu pakai sistem baru ini.Macamana nak pakai dah tak boleh pakai..Tapi dia nak jugak pakai, maka jadilah bencana yang merugikan dan memalukan BERNAMATV.Bodoh cakap orang taknak dengar(untuk Datuk Suhaimi).
Bayangkan sistem yang bernilai jutaan ringgit( dengar-dengar 7jutaRM) tak mempunyai sistem back up. Malah ia datang dengan basic spec(kalau beli kereta kita kena pasang aircond sendiri la) dimana banyak benda yang tidak lengkap misalnya effect transition tak ada.. nak kena beli tambah..tak boleh transfer ke tape..speaker pun beli kat low yat..tak ada monitor(juling la visual editor)..
Dengar khabar si Bastard yang dulunya tukang masak ini, telah menggunakan duit komisyen untuk membuka sebuah restoren di Bali. Sebab itulah si Bastard ni beriya-iya nak gunakan sistem bangsat ini supaya dia boleh dapat duit yang selebihnya..
Saya sayangkan Unit AV ni kerana perkembangannya dan penglibatannya dalam dunia penyiaran.. Dalam beberapa tahun penubuhannya, BernamaTV boleh dianggap mencabar TV stesyen yang lain.
Saya mengharapkan agar Bernama sendiri mengambil alih BernamaTV kerana ia berpotensi besar jika dilakukan dengan bijak dan betul.
Sekian.
Kadang-kadang cakap orang Melayu ni perlu diambil kira juga.
INGAT TU WAHAI DATUK SUHAIMI DAN KONCO-KONCONYA.

Anonymous said...

Salam,

Pertama skali ingin sy ucapkan SYABAS kepada anda semua..Di sudut hati bertanya,adakah anda semua antara org2 yg berhenti dari BERNAMA dgn penuh perasaan tidak puas hati? Maafkan sy jika sy tersilap. Sy bukan lah salah seorang drpd anda mahupun salah seorang pekerja dari BERNAMA. Apa yg menarik perhatian sy disini, keadaan anda semua yg menyuarakan ketidakpuasan hati anda semua. Sy bersetuju jikalau anda semua mengatakan bahawa ada dalang di dlm BERNAMA..dimana2 saja pun ada dalang..
Kita sepatutnya berbangga kerana antara mereka yg bekerja di BERNAMA ini siang malam bersengkang mata utk menaikkan nama BERNAMA.
Siapa Dato' Suhaimi? CEO? Seorang melayu? Tentunya YA. Dia hanya lah mata yang memerhatikan segalanya..namun org2 disekelilingnya juga sepatutnya dituding jari kiranya ada kesilapan yg anda semua ckpkan td berlaku.
Anda patutnya lebih meneliti dari segala sudut..Pertama, mengapa berlaku sedemikian? kita tak patut nk tuding jari salah menyalahkan org lain. Adakah anda semua pernah terfikir yang jika anda salah seorang daripada mereka(BERNAMA) apa langkah2 yg patut anda semua lakukan utk mengelakkan dr terjadinya perkara sedemikian..
Allan? Dia hanya lah salah seorang lelaki bangsa lain yg cuba membuat keuntungan atas nama org lain. Saya ingin benar bertanya kepada anda semua..pernahkan anda dengar ada bangsa lain terutamanya bangsa seperti Allan ini td, cuba menaikkan nama melayu kita? Pernahkan anda cuba menyelidik apa kepakarannya yang membuatkan dia diambil di BERNAMA? Baguskan dia dari segi PRnya? Atau mungkin dia hanya diambil bekerja di BERNAMA kerana ada org masukkan dia bekerja di situ? Fikir2kan lah..
Saya tabik jika benar apa yg anda semua ckpkan tentang usaha2 gigih pekerja2 BERNAMA ini..lebih2 lg kerana mereka ini orang melayu..
Menyusun jari memohon ampun sekiranya segala kenyataan sy ini membuatkan ada pihak yang tersinggung..

Anonymous said...

BTV synergy hutang 2 juta tak bayar pada company yang produce program hello malaysia..

sirih

bjmamaisyqi said...

semakin lama semakin dingin bernama tv ni..

kita lihat sape yang kena...

Anonymous said...

mat saleh hanjing ngan lg sekor tu la(kevin) perosak bangsa kite sendiri..buat apa kite yg bermusuhan..hapus kan jer kedua-dua ekor binatang ni..bangun kan semula bernama-tv..mesti xder masalah

363///

Anonymous said...

sokong bernama tv!!!!

Anonymous said...

Kesimpulannya jelas..Bernama dah hancur, kalau company swasta dah lama bungkus, campak dalam lombong najis.

Dalam kes sistem kong di Bernama TV, penasihat patut letak jawatan, kena gentlement, kalau dah tak tahu apa nak nasihat undurlah, bagi peluang pada yang benar-benar boleh beri nasihat yang bernas, tepat dan padat. Di Radio24 pun sama, penasihat tu sudah-sudah lah..

Sindrom korup, salah guna kuasa di Bernama memang tak payah nak hurai lagi. Siasat di HR, layak kah Pengurus Kanan dan Pengurus di situ? Editorial? Cadangan pada Kementerian, kaji semula peranan jika sudah tidak relevan, bubar sahaja, jimat duit kerjaan.

Sekian.

p/s Bos melayu sekarang suka dengar cakap keling!! sanggup jadi hamba keling, kalau boleh nak kongsi lubang kubur sama-sama..

Anonymous said...

Dear tuan syed

Bermacam2 cerita saya dengar mengenai bernama-tv ini.malu rasanya apabila diketahui oleh orang luar.

Mengenai pengurusan pentadbiran yang kurang cekap.Pengurusan kewangan yang berat sebelah.Kerahan tenaga kerja tidak memikirkan diri sendiri tak mampu nak buat.Inilah yang berlaku sekarang.

saya disini bukan ingin tunjuk pandai tapi ada baiknya union di bernama ini bersatu menyiasat perkara ini.Sudah banyak yang dilakukan seperti makin hamun di dalam meeting tetapi apakan daya yang berkuasa dia jugak.Pelik tapi inilah realitinya, yang jahat masih berkuasa dan yang baik selalu jer tetindas..Dunia dah nak kiamat bang taubat lar.

Mengenai jutaan ringgit yang hilang itu adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku di mana2 syarikat yang ingin maju.Investment yang memikirkan jangka panjang sesuatu operasi adalah amat diperlukan.Betul kata saudara yang tidak berasa puas hati di dalam komen sebelum2 ini bahawa jika kita berada di syarikat swasta kita dah lama buang kerana tidak memberi good services kepada pekerjanya.Samalah lar macam BN tidak dapat memberikan kepercayaan kepada rakyat maka berhak bagi rakyat memilih untuk perubahan.

ini semua bersangkut paut di dalam urusan kita seharian.Maka kita hendaklah bersatu untuk menjayakan union bernama-tv supaya mereka yang berada di atas sana tidak lagi merasakan diri mereka diperlukan di dalam organisasi bernama-tv ini.

Saya percaya union penyiaran di malaysia ini pastinya ada yang berasa tidak puas hati mengenai kadar rate yang telah diubah oleh pihak atasan kepada pelabur yang di luar sana.Dengan erti kata lain Mereka ini telah merosakkan industri broadast kita..Kesannya tengoklah pada tahun2 yang akan datang.

last word, kalau nak berniaga mengenai broadcast pegi lar study kenapa perniagaan tv internet lagi bagus dari apa yang kita keluarkan.Bodoh punya management

Anonymous said...

Samalah situasinya dgn radio Bernama... Mmg byk psamaan bila:

Guna sistem yg xpakai satu Msia... bila "dead-air" 30 minit masih blh enjoy isap rokok...
Penasihatnya tak tahu langsung radio broadcast mgt... Byk disciplinary advice.
CEO cetek ilmu on commercial media sales (Sbb selama ni hrpkan projek gomen)
Bos naik 3 pangkat dlm setahun (Dr Consultant ke Director ke CBO skrg COO) tapi profit is not even 5% ROI ( Kira xbwk blk modal yg berjuta2)
Research & Rating tak pandang... asyik jual guna air liur not FACT.
Mgr Programming buat program syok sendiri. So, bila rasa2 xsesuai terus cancel.
Bagi free airtime utk rapport peribadi.
Bila confirmed je sape GM baru, terus terkam. Belanja dinner la, isap rokok sama2 lps offce hr la... lobbying.
GM pulak dgn selamba "radio is not my concern..." Ouch!
Menang award pun sbb takdak nominees... Menang tanpa btanding.

The self-acclaimed "branding genius" leader very boastful tp hakikatnya tin kosong. Dok berlatarblkgkn kompeni2 besar dlm profile but ZERO achievement. Mcm nasib Channel 9 dulu. Bankrupt sampai Media Prima took over. As a failure, tak blh accept org lain yg jauh lbh bagus memimpin TV9. Then resigned within 24 hrs.

Hop On Hop Off...

Both radio & TV ade byk potential to dominate the mrkt. Sygnya, BERNAMA dah 40 tahun wujud but y masih lemah buat judgement...

Kita sama2 tawakkal n bdoa aje lah, tuan syed... huhu

Anonymous said...

Pak Syed
Bernama TV Synergy Sdn Bhd dimiliki oleh BERNAMA Berhad(33%) Silveridge Multimedia Sdn Bhd(27%) Standard Code Sdn Bhd(20%) dan Halmax Entertainment Sdn Bhd(20%)

Syed Imran said...

Betul tu, Bernama pada hakikatnya tidak menguasai Bernama-TV. Jika semua pemegang saham bukan Bernama bergabung, mereka menguasai 67 peratus, iaitu pegangan majoriti, dan mereka boleh ambil alih pegangan Bernama dan menjadikan Bernama-TV milik penuh mereka.

Siapa yang rugi? Sudah tentu Bernama. Macam mana pengurusan Bernama boleh setuju kedudukan sedemikian? Jawapannya tiada kecekapan dan ilmu pengetahuan berkaitan urus niaga.

Di mana kepentingan pengerusi bukan eksekutif Bernama? Proksi atau kroni?

Anonymous said...

pak syed,

itulah orang kata, kalau betul kepala, betul ekornya. Ni dari awal2 lagi dah lepas tangan. masa belum ada bernamatv, unit audio visual saja semua pakat pandang sinis, kondem kemampuan bangsa sendiri. bila btv on air 24 jam, baru nak buka mata (tu pun mereka2 yang berkepentingan politik sempit sendiri la) Penyudahnya, sanggup biar btv diswastakan, kononnya nak jana keuntungan, tapi bila rugi baru 20 sen, depa dah gelabah, ni la cara berniaga skim nak cepat kaya, untung nak banyak, tapi strategi tak ada. Kemudian gadai nasib pekerja bawahan, yang kerja dengan ikhlas dan sanggup hadapi persaingan hebat tv lain, sebab benchmark diletakkan bukan media prima standard tapi cnn or bbc, pun orang pandang sebelah mata, tapi bak kata pepatah hanya jauhari yang kenal manikam.
Mintak2 ada la yang nak buka mata, kalau pun tak nak buka hati, perjuangkan nasib bernamatv, terima kasih pada syed dan mereka2 yang masih percaya pada kebolehan bernamatv. majulah bernamatv untuk malaysia, moga gah julang nama malaysia kat mata dunia.

Anonymous said...

Pak Kuda

Biar bernama tv dan radio lingkup, duit tarak cakap banyak, buang snr manager buang coo, duit tarak masuk apa lagi,sudah berapa tahun, banyak melayu pandai kenapa pakai yang bodoh, aw dan sr dalam mc asyik goreng je, bagi mcm mcm alasan dah mual dengar bertahun, dah lama buang kalau kat luar, memang tarak layak, ya kerja kuat tapi result tarak, dunia mau kiamat pun sama cerita, bessar kalau bernama tak sokong jugak lingkup, kalau bernama pakai kontraktor lain 1 juta cukup satu tahun, bessar mau berjuta juta markup gila tipu GM ada backup tapi staff sendiri cakap tarak,

Hidup jabatan pengarang, jasamu dikenang pak kuda we do the real work yang lain tumpang macam parasit

Warga bernama jgn main isu perkauman tak betul tu

Anonymous said...

Kalau macam nilah pendapat kamu semua , lebih baik bernama kembali pada asal ...nak di Kopratkan semuanya tak menjadi..duit ribu riban abis..sampai nak tergadai bangunan Wisma Bernama pun ada..yang merajuk membawa diri pun ada. Bernama tetap berdiri teguh w/pun GM bertukar GM ..aku kat Bernama ni dah puloh-puloh tahun dok perati jer.. Buat bangunan 15 tkt ,tapi parking kereta hanya setingkat kan pelik tu lepas tu bergaduhgaduh nak parking kat dalam ..masing2 nak tunjuk power. haii entahlah labu.

G13 Rawks said...

Nampaknya masalah di BERNAMA semakin rumit. Patutlah tiada Gm baru dari kalangan kakitangan BERNAMA. Dapat GM baru dari luar. Kesian dia.

Masalah di BERNAMATV tu, saya cadangkan SEMUA staff BTV letak jawatan 24 jam.

Kita tengok siapa yang penting, yang dok kat atas, atau yang dok kat bawah...

Kalau nak tunggu kena buang macam kami, masa tu anda tak penting lagi dah sebab mereka dah susun orang-orang baru.

Nak tau kenapa G13 diberhentikan? Jawapannya ialah kami membantah projek Sistem Jabatan Pengarang BERNAMA yang menelan belanja hampir RM13 Juta. Ya. Kami membantah kerana BERNAMA harus membayar lebih RM 7,000 untuk peralatan yang boleh diperolehi daripada kedai yang paling mahal sekali dengan harga RM 1,500. Itu baru satu.

Maka dengan itu, pengurusan BERNAMA memikirkan adalah lebih baik memberhentikan kami untuk membayar BESSAR daripada membayar gaji kami yang jujur. Dan daripada jumlah yang dibayar kepada BESSAR itu nanti bolehlah ada peruntukan untuk membayar elaun-elaun Tuan dan Puan Director.

Mudah kan? Tak perlu belajar tinggi-tinggi.

Alhamdulillah, dulu kerja kat bernama 15 tahun, gaji baru RM 2,000++. Lepas diberhentikan, syarikat lain offer RM 7,000. macam tak percaya je. Nampaknya orang luar menilai batu permata. Pengurusan BERNAMA hanya pandai menilai kertas yang dicetak dengan gambar Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sahaja.

Jumpa lagi...

Anonymous said...

Salam, Tuan Syed

Bila saya baca komen 2 di atas,di sinilah tempat pekerja2 BERNAMA meluahkan rasa ketidakpuas hati mereka terhadap pengurusan BERNAMA.

Dan saya amat berharap sangat, PENGURUS BERNAMA yang baru dilantik,Encik Hasnul Hassan dapat mengambil kira pandangan semua di atas. Saya percaya Encik Hasnul Hassan telah membaca komen2 di atas dan amat yakin beliau seorang Pengurus Besar yang baik dan prihatin terhadap nasib pekerja BERNAMA.

Dalam masa sebulan beliau bertugas di BERNAMA,respon dari sumber2 BERNAMA yang dipercayai, beliau seorang yang amat prihatin terhadap kebajikan pekerja.

Sebagai petugas BERNAMA dari BERNAMA TV, saya merasa lega bila mendengar berita tentang keprihatinan Pengurus Besar terhadap nasib pekerja.

Encik Hasnul Hassan,

Sekiranya Bernama TV berjalan mengikut prosedur yang betul, pengurusan yang cekap,jujur , amanah dan tahu apa yang dilakukan,tidaklah ada luah2an yang negatif terhadap bernama tv seperti di atas. Saya tidak berani komen tentang entiti lain di BERNAMA.

Saya amat berharap Encik Hasnul Hassan dapat mempertimbangkan luahan rasa pekerja2 BERNAMA TV. Nasib BERNAMA di tangan tuan dan buruk dan baiknya adalah tanggungjawab tuan.

Sebagai salah seorang petugas di BERNAMA TV, saya telah menjalankan tugas dengan amanah,jujur dengan rasa penuh tanggungjawab dan berpuashati dengan rezeki yang diterima di sini dan berharap tuan yang berkuasa,dapat memperbaiki kelemahan pengurusan BERNAMA yang semakin parah dan kronik dengan unsur2 kroni, rasuah, salah guna kuasa,dan pengurusan BERNAMA yang lemah.

Saya amat yakin berdasarkan pengalaman,kemampuan dan kewibawaan tuan sewaktu di syarikat swasta dahulu.Saya mengalu2kan kedatangan tuan di BERNAMA. Rajin2lah tuan membuat lawatan melihat kami yang bekerja di bawah pengurusan tuan. Tuan tidak dapat melihat senario sebenar sekiranya tuan hanya duduk di bangku tingkat 14 sahaja.

Saya berdoa Encik Hasnul Hassan dapat menjalankan tugas dengan baik serta dilindungi Allah s.w.t dalam menjalankan tanggungjawab yang berat ini.Amin

Sekian, terima kasih.

Petugas Bernama tv tertindas.

Anonymous said...

Salam Pak Syed,

Cuba Pak Syed tengok Utusan Malaysia hari ni (10 Feb, page berapa teman tak berapa nak ingat lah..)

Al-kisahnya ada la teman nampak satu gambar nih. Si CEO BTV sedang 'ghairah' berdemo mempertahankan Sultan Perak.

Disini Pak Syed, bukan teman nak mengulas pasal politik Perak, cuma teman sebagai pekerja BTV kesal la seorang CEO (yang juga Ketua Umno Bhg mane ntoh le) tak mengikut saranan kerajaan bahawa berdemo bukan budaya kita..

lebih parah, dia nih sibuk nak berdemo sampai lupa kerja dia sebagai CEO BTV..

wassalam pak syed.

Anonymous said...

Salam Pak Syed,

Sistem perhambaan moden di BERNAMA.

Di BERNAMA , telah berlaku beberapa pencabulan hak pekerja.Contoh yang paling nyata kita akan lihat pada 6/3/2009. Apabila 13 orang bekas pekerja Jabatan Teknikal yang di buang kerana tidak bersetuju untuk masuk ke BESSAR. Setelah 2 tahun diperam kerana Pengurus Besar waktu itu tahu mereka tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya.

Selepas itu Pengurus Besar Badut pula mengambil alih tanpa mengetahui BERNAMA adalah tanggungjawab dia dan membenarkan 'Kerusi' berkuasa dan akhirnya mereka 13 orang telah dibuang.Kita akan saksikan kisah mereka di Mahkamah 2 minggu sahaja lagi.

Kisah hamba seterusnya adalah kisah pekerja di BERNAMA TV. Walaupun belum berlaku... tetapi sudah nampak kemungkinan akan berlaku.

Sebelum ini Bernama Tv dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Audio Visual. Setelah hampir 6 tahun beroperasi , muncul kuasa besar yang cuba menakluk BERNAMA TV

Tidak diketahui samada 'ADA' perjanjian dengan BERNAMA tidak lah diketahui. Maklumlah Pengurus Besar pada waktu itu adalah seorang badut. Walaupun beliau hanya badut tetapi cerdik dan pintar. Setelah membuat perjanjian dengan pihak ketiga, akhirnya BERNAMA TV 24 jam ditubuhkan seperti yang anda lihat hari ini.
Badut itu tadi kemudiannya tamat perkhidmatan sebagai Pengurus Besar BERNAMA dan kemudiannya beralih memegang jawatan sebagai penasihat BERNAMA TV.

Kisah perhambaan bermula bila BERNAMA TV yang dahulunya perkhidmatan Audio Visual memiliki pekerja yang pelbagai status. Kalau tak silap ada 5 jenis status.

1. Pekerja SSM
2. Pekerja Komersial Bernama.
3. Pekerja Kontrak Bernama
4. Pekerja Part Time Bernama.
5. Pekerja Bernama TV Synergy.

Adalah amat sukar untuk menguruskan 5 jenis pekerja sekiranya tidak di satukan di bawah satu pentadbiran. Setahun yang lalu, pekerja2 Bernama 1,2,3,4 telah dijanjikan tawaran masuk ke BERNAMA TV Synergy.

Setahun sudah berlalu, tawaran masih belum nampak dan yang paling sedih nasib pekerja2 kontrak dan part time BERNAMA.Selepas ini tidak tahu siapa yang akan menjadi tuan mereka kerana pengurusan BERNAMA sudah tidak mampu membiayai gaji mereka.

Manakala pekerja Komersial BERNAMA dan SSM pula tidak tahu apakah pilihan mereka selepas ini.Dikatakan sistem perhambaan moden ialah akan berlaku bila mana hanya TUAN-TUAN sahaja yang tahu tetapi hamba2 tidak tahu.Seperti mana kita lihat dalam cerita KUNTA KINTE di mana hamba tidak boleh bercakap apa2 dan harus mengikut sahaja telunjuk Tuan yang membeli mereka.Di manakah hak pekerja ? Adakah BERNAMA TV ini berada di zaman perhambaan Amerika abad ke 19?

Tuan... di sinilah tempat meluahkan ketiadakpuasanhati... kerana pengurusan BERNAMA adalah pengurusan yang zalim ,tetapi apa2 pun terjadi serahkan pada Allah S.w.t. kerana DIA lebih mengetahui daripada kita.


Kepada Pengurus Besar terkini adalah dinasihatkan mengambil 'kembali' BERNAMA TV kerana BERNAMA TV bukan milik individu tetapi milik KERAJAAN MALAYSIA.Banyak peruntukan telah diberikan kepada Unit Perkhidmatan Audio Visual oleh kerajaan sebelum ini.

Sekiranya anda berjaya melakukan, anda lah Pengurus Besar yang akan dikenang sampai bila2.

Anonymous said...

nak ambil kembali bernama tv tu?
ishh mustahil kalau share tu 30%++ je usah harap le..
jadi macam kerajaan negeri selangor nak ambil AIR le jawab nye.
kena bayar billion le jawab nye bernama? ada ke duit tu.
itu la kalau dah tak duit tu buat la cara politik plak..
pakat ramai ramai mogok je.
ada berani?
nampak 13 orang teknikal yang kena buang tu je yang berani. walaupun menjejaskan periuk nasik diorang.

selagi kerusi tu masih ada macam tu le