Saturday, January 03, 2009

Isu Gaza....Oh! I See....



Selepas lapan hari pengganas Zionis menyerang Semenanjung Gaza dan setelah hampir 450 orang terkorban, barulah negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat (markas) di Jeddah. Menteri Luar Malaysia Dr Rais Yatim mewakili negara ke mesyuarat itu.

Apa faedahnya? Benarlah seperti kata-kata sindiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu bahawa OIC tidak lebih daripada "Oh! I see"... hanya "see" tanpa tindakan.

Negara-negara Arab yang berjiran dengan negara Yahudi Laknatullah itupun tidak ubah seperti sotong tanpa tulang belakang. Yang paling teruk dan pengecut adalah Mesir dan presidennya Hosni Mubarak.

Apakah jenis manusia bernama Hosni Mubarak yang sanggup menutup sempadan Gaza dengan Mesir semasa jet-jet pejuang Yahudi Laknatullah menggugur bom demi bom dan peluru berpandu ke atas bumi Gaza. Tindakan Hosni yang merupakan konco Amerika Syarikat itu menyekat rakyat Gaza daripada menyelamatkan diri di bumi Mesir, bumi Anbia yang sepatutnya menjadi bumi pelindung kepada umat yang sebangsa dengan Hosni.

Begitu juga dengan pemimpin boneka di Arab Saudi dan Jordan yang hanya berpeluk tubuh melihat umat sebangsa mereka menjadi mangsa kekejaman pengganas Zionis. Di mana letaknya kemanusiaan? Tidakkah mereka mempunyai sedikitpun perasaan belas kasihan terhadap umat sebangsa yang menghadapi mara bahaya itu? Oh Ya, mereka lebih rela mempertahankan takhta masing-masing.

OIC juga sama. Apa guna mengadakan mesyuarat tergempar selepas lapan hari puak Zionis mengganas? Selepas 700 serangan bom dan peluru berpandu Yahudi Laknatullah menghujani bumi Gaza. Tergempar tahi kucing!

Presiden Palestin yang juga boneka Amerika Syarikat pun sama. Mahmood Abbas lebih rela melihat rakyat Palestin di Gaza menderita semata-mata kerana dia, sama seperti Yahudi Laknatullah dan Geroge W Bush, ingin menghapuskan Hamas. Oleh itu, dia sanggup melihat rakyat Palestin di Gaza di bunuh dan Semenanjung Gaza itu sendiri menjadi padang jarak, padang terkukur.

Insya Allah. Rakyat Palestin akan bangkit dan negara Yahudi Laknatullah akan menerima balasan. Itulah doa yang dapat dipohon dan dilontarkan kerana kita tidak berupaya untuk melontar (melancar) peluru berpandu mahupun bom tangan ke bumi Yahudi Laknatullah.


Ya Allah, selamatkan bumi Palestin. Selamatkan rakyat Palestin. Ya Allah, berilah kemenangan kepada Palestin, berilah kekuatan kepada Hamas dan Hezbollah. Ya Allah, hapuskan Yahudi Laknatullah. Amin.

8 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,

Alangkah indah dan makmurnya jika umat Islam bersatu? Pengkhianatan, kemusnahan bukanlah dari luar, tetapi dari dalam bangsa (seagama) itu sendiri. Tak payah tengok jauh, kat Malaysia ni pun, cuba tengok bangsa Melayu (Islam)...
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan oleh kaum itu sendiri...
Semoga Allah memberikan hidayahNya...

Anonymous said...

Saya ingin menyeru kepada sesiapa yang mengaku bahawa dia adalah penganut agama Islam, marilah kita sama-sama berdoa dan membantu saudara-saudara kita yang berada di bumi Palestin dan doakanlah agar Allah S.W.T. membuka pintu hati pemimpin-pemimpin yang mengakui mereka itu Islam supaya menghulurkan segala bantuan yang mereka mampu bagi membantu saudara kita sendiri. Bukanya saudara-saudara yahudi laknatullah...

ALLAHUAKBAR....!!!!

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya ingin berkongsi perspektif mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin di Gaza sekarang di mana dunia menyaksikan pertumpahan darah yang amat dahsyat.

Sememangnya lah Israel telah dan sedang melakukan kezaliman yang harus dikutuk sekeras-kerasnya. Tetapi seperti juga isu-isu lain, terdapat "two sides to a coin". Apapun ini bukan bermakna ada justifikasi bagi Israel melakukan apa yang sedang ia lakukan yang telah mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa.

Seperti yang kita telah banyak kali saksikan berdekad-dekad ini, Israel dengan kekuatan tentera dan perancangan tindak balasnya yang terkenal dengan keberkesanannya, akan sentiasa mempastikan bahawa sekiranya ia kehilangan satu sahaja nyawa dalam keganasan yang dilakukan oleh pihak Palestin atau pihak lain, ia tanpa gagal akan mempastikan bahawa sekurang-kurang 10 atau 20 nyawa di pihak yang menyerangnya akan terkorban dalam operasi tindak balas mereka. Hakikat ini sudah diketahui ramai dan telah banyak kali berlaku.

Pada satu sidang akhbar yang dihadiri oleh Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak yang juga bekas PM Israel, Israel mengeluarkan gambar-gambar satelit yang menunjukkan bahawa serangan roket yang dilancarkan ke Israel datangnya dari kawasan yang sedang dibom dengan teruknya oleh tentera Israel sekarang di Gaza. Persoalannya kenapakah pihak Hamas perlu melancarkan serangan roket terhadap Israel? Siapakah yang akan menerima padahnya? Pihak rakyat Palestin yang tidak berdosa, dan bukannya anggota Hamas. Mungkin juga jika saya baca dengan betul, motif Hamas ialah untuk pendapat umum atau public opinion dunia akan memihak kepada mereka setelah kita semua menyakikan keganasan Israel ini.

Memanglah public opinion dunia mengutuk Israel dan memihak kepada rakyat Palestin, tetapi siapa yang menjadi korban untuk Hamas just to prove a point?

Jika Hamas tidak memulakan serangan, saya rasa nescaya semuanya dapat dielakkan. Adalah wajar pada pendapat saya bagi negara-negara yang bersimpati dengan Palestin supaya turut sama menyeru Hamas tidak memulakan serangan kerana yang menjadi mangsa bukan sangat Israel tetapi rakyat Palestin juga. Keadaan ini berulang dan tetap akan berulang, tanpa pihak Palestin berjaya mencapai apa-apa matlamat.

Sekian, terima kasih.

AU

Sent via BlackBerry from Maxis

Unknown said...

Sdr AU,

Hamas bukanlah sebuah pertubuhan pengganas yang cuba prove a point melalui public opinion. Hamas adalah sebuah pertubuhan yang sedang berjuang untuk mendapatkan semula hak rakyat Palesin yang dirampas oleh puak Yahudi Laknatullah. Hanya dunia Barat dan Yahudi Laknatullah menganggap Hamas sebagai pengganas.

Ingatan saudara perlu diingatkan bahawa Hamas memenangi pilihan raya bebas yang diadakan di Palestin, satu-satunya negara Arab yang berbuat demikian, tetapi oleh kerana syaitan besar dunia, Amerika Syarikat dan Yahudi Laknatullah tidak dapat menerimanya, maka Hamas dikenakan tekanan demi tekanan sehinggalah ia hilang kuasa ke atas Palestin dan hanya mampu mentadbir Gaza.

AS dan Yahudi Laknatullah lebih condong untuk menyokong boneka mereka, Mahmood Abbas selaku Presiden Palestin.

Saudara menyebut bahawa Israel Laknatullah menunjukkan gambar satelit yang kononnya membuktikan tempat-tempat di mana serangan roket dilancarkan oleh Hamas.

Apakah saudara masih percaya akan tipu helah mereka? Lupakah saudara bahawa sebelum menyerang Iraq, AS dan Britain menunjukkan gambar-gambar satelit yang kononnya membuktikan Iraq memiliki senjata pemusnah besar-nesaran. Bukankah terbukti bahawa gambar-gambar satelit itu adalah palsu dan ia adalah pembohongan besar? Saya sedih jika saudara percaya bahawa gambar satelit yang ditunjukkan oleh Israel itu adalah benar.

Walau bagaimanapun, saya menghormati pendapat saudara, jikapun saya tidak bersetuju sepenuhnya.

Ramli Mohd Yunus said...

Tuan,

Hosni is just another `tadak telok' Arab leaders. We need more leaders like Ahmadinejad, Hugo and Castro to fight `animals' like the Americans and the Israelist.

Democrats are not wanted here!!!Sucide bombers justified!!!

Anonymous said...

Kenapa pergi terlalu jauh. Tidak perlu mengimpikan kesatuan Muslim didunia arab bilamana kesatuan Muslim dinegara sendiri entah kemana.

Saudara Islam dikafirkan tapi sebaliknya saudara yang terang-terang menentang Islam dijadikan sahabat sebantal.

Unknown said...

Setuju, tetapi isu Palestin bukan sebenarnya isu antara Islam dan Yahudi Laknatullah. Selain Lubnan, Suria (Syria) dan Jordan, sebilangan besar bangsa Arab yang beragama Nasrani (Kristian) berada di Palestin.

Anonymous said...

Sdr AU sudah menjadi penulis bebas..he he he ..tahniah