Tuesday, January 13, 2009

Antara rumah rakyat dan rumah pemimpin di Terengganu


Kata orang sekeping gambar (foto) boleh menceritakan seribu perkataan. Oleh itu tiada perkataan yang boleh menceritakan mengenai gambar di bawah yang dikutip daripada blog Raja Petra Raja Kamaruddin.







11 comments:

azmi yusof said...

banyak rumah rumah burok seperti dalam gambar tu kat terenganu..diorang sendiri nak hidup macamtu..apa kita nak buat..tiap tiap bulan bagi duit pun masih tak nak berubah..

Fazrulls said...

Nak ubah? ya .. berubah? atau mereka nakkan perubahan..

Bagaimana nak berubah? jika harga beras lebih mahal dari pendapatan sehari???

Bagaimana nak berubah jika kais pagi makan tengahari... kais petang makan malam...

Duit bantuan kerajaan? sampai ka ketangan mereka ni???? sampai ka??? sampai masa zakat... tu pun zakat fitrah, orang ramai bagi...

kalau betul kerajaan nak tlong.. kerajaan kata ada bagi duit... buktikan.... ya buktikan... biar mereka puas hati....

Anonymous said...

jangan cakap pasal rumah saje...duit pun besar juga pak

nape diorang idup mcm tu...pasal peluang dinafikan oleh pemimpin

sekadar bagi pada yang 'terpilih' sahaja

Raison D'etre said...

"tiap tiap bulan bagi duit pun masih tak nak berubah..."

Ye ke Azmi?

Bagi duit banyak mana tu? Agaknya cukup tak untuk buat mahligai macam yang ada dalam gambar?

Sapa yang bagi? Untuk apa di bagi?
Umno bagi? berapa peratus gamaknya daripada yang di cekau untuk buat mahligai gamaknya?

Gaji bulan diaorang yang dapat mahligai agaknya sapa yang bagi? Umno?

Dapat duit dari mana le gamaknya untuk dibagi bagi ni, ye?

Orang Terengganu suka hidup dalam keadaan daif ke?

Apa kata tak payah bagi duit, tapi bagi rumah yang orang putih kata decent sikit: Alah, macam rumah tukang kebun mahligai2 yang makin banyak kay negara Umno yang tercinta ni pun kira okay la tu..

Bagi duit tiap - tiap bulan ...

Hina sangat bunyinya.

Anonymous said...

Kalau nak rumah cantik, usahalah lebih sikit untuk dapat yang terbaik. Bukan hanya tunggu bantuan. Lagipun takkan nak bagi bantuan yang sama nilai dengan kos bina rumah pemimpin tu. Melampaulah pulak. Takkan nak suruh kerajaan sediakan rumah macam rumah pemimpin setiap satu famili? Kesimpulannya, nak rumah cantik macam istana, usaha sendiri...

Unknown said...

Sdr Azmi, semua orang nakkan rumah yang selesa, bukan mahligai, untuk berteduh berbanding dengan sebegitu banyak rumah yang usang seperti yang digambarkan itu.

Jika sesebuah negeri itu dikatakan "kaya" dengan hasil royali minyak, kenapa ramai rakyatnya miskin?

Ke mana perginya duit royalti minyak yang kononnya untuk rakyat Terengganu?

Semasa PAS memerintah, hak rakyat Terengganu dirampas kononnya ia bukan royalti tetapi wang ehsan. Sebuah jawatankuasa kerajaan pusat dibentuk untuk urus wang itu. Ke mana perginya wang tersebut?

Bila BN menang semula dan pentadbiran Idris Jusoh berkuasa, apa jadi dengan wang ehsan yang disebut semula sebagai royalti minyak? Monsoon Cup? Patrick Badawi? JE (sebuah enterprise yang rakyat Terengganu cukup kenali)?

Kata kerajaan perihatin akan masalah rakyat, kenapa masih ramai rakyat hidup di bawah paras kemiskinan?

mie said...

jauhnya beza..truk2

add said...

Nape dok ambik gambo rumoh pemimping Pas sekali, tunjuk la kalu beraning, ambik gambo rumah yang sebeno lepah tu tulis nama pemimpin sape die, jangang ambik gambo rumah hj hadi ngan nik aziz je, ambil gambo pemimpin lain, tu

isu lagu ni ade sokmo bile nok ngundi, ni isu lapok la kawang,

Da Real Deal said...

Rumah2 yang sebegitu, belum tentu didiami tuanpunyanya wahai saudaraku.

Saya sudah lihat dan dapat dibukti juga di waktu banjir, rupa2nya tuanpunya dah duduk di condo sederhana mewah kemudian disewanya rumah buruk itu kepada orang lain.

Yang jijiknya apabila mangsa di hantar ke penempatan lain sementara banjir reda, dan tok penghulu mengambil nama setiap penghuni utk diberi bantuan, tuanpunya asal suruh anak yg duduk bersamanya di condo untuk turut tidur di dewan semata2 untuk mendapat bantuan free. Akhirnya, yg benar2 memerlukan tak dapat dan yg menipu dapat dan walau dituntutpun enggan untuk memulangkannya.

Dari itu, jangan salahkan kerajaan. Mereka sudah memberi peluang supaya orang2 seperti ini maju tetapi yang simiskin yang baru kenal kesenangan sendiri yang menindas orang miskin lain.

Samakkan najis dan tabiat ini dari bangsa kita dahulu sebelum hendak menuding jari dan terus menyuruh orang kita hidup mengemis sepanjang hidup.

Kalau ada yang di sini yang bersimpati dengan ikhlas, tanyalah kuda ranggi dimana tempatnya dan hulurkan bantuan dengan ikhlas. Setakat menyalahkan orang sahaja tanpa membuat apa2 menunjukkan kamu semua sejijik orang yang menindas.

Siti Khadijah said...

Salam. Rumah hanya harta dunia, amalan yang dibawa ke akhirat.

http://www.jutawansenyap12.blogspot.com

Anonymous said...

Sudahlah nak rebut kuasa, Kerana hati
kita masih riak dan ego dan sombong.
Bila cakap derma kana masok dlm suratkhabar atau dlm TV. Kalau cakap kebenaran, kita lupa siapa kita sebenarnya betul kah cakap tak serupa bikin. Tidak salah kita miliki
rupa cantik tapi kita kena ingat jiran sebelah kita dah makan ke belum. Cuba jalan2 dikawasan jiran kita, kita perlu jua masalah mereka supaya kita bersama mereka. Sekian