Dua tiga orang pelawat ke blog ini bertanya kenapa saya tidak "melaporkan" mengenai cerita panas di Bernama dan ada juga yang bertanya tidakkah saya "terhidu" kepanasan cerita tersebut.
Sebenarnya, saya mendapat tahu beberapa hari selepas insiden yang amat memalukan itu tersebar dan kebetulan saya berada di luar Selangor atas urusan peribadi. Lazimnya apabila saya berbuat demikian, saya tidak akan melayari internet.
Apa yang berlaku di Bernama, iaitu seorang pegawai kanan yang "berpangkat" telah "ditangkap berkhalwat" dengan seorang kakitangan wanita yang juga isteri seorang petugas di agensi itu oleh suami wanita itu sendiri.
Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat, semasa rakan-rakan Muslim yang lain pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, sungguh memalukan dan amat dikesali.
Sebenarnya, skandal seperti ini bukanlah yang pertama kali berlaaku di Bernama. sebelum inipun ada tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahuinya dan "ditutup" oleh pihak atasan. Tetapi, lain pula ceritanya kali ini kerana ia dilakukan dalam premis dan perbuatan itu dikesan oleh suami wanita berkenaan sendiri.
Saya mendapat tahu bahawa jawatan tinggi yang disandang oleh pegawai berkenaan telah "digantung" dan dia akan ditukarkan ke pejabat di Putrajaya, satu tempat yang tidak asing baginya, sementara wanita berkenaan juga "digantung" jawatan. Satu siasatan rasmi akan dijalankan. Itu yang saya tahu.
Perkara ini membabitkan keaiban bukan sahaja kepada Bernama tetapi kepada individu yang terbabit. Oleh kerana itu, saya tidak akan menyiarkan nama mereka yang terbabit. Sama-samalah kita tunggu siasatan rasmi dan keputusannya.
24 comments:
Saya pun tak nak tahu, Tuan Syed. Hal2 macam ni, saya tak nak tanya. Nanti orang kata saya nak jadi polis moral pulak. Curious jugak, tapi biarlah. Lantak pii..
Lama tak jumpa dan dengar khabar berital. Bila nak join mi rebus di Maria's? you know you are most welcomed.
pengerusi SURAU tu...!!!
Sdr Ahirudin,
Sayapun keberatan nak komen, tetapi saya terima banyak mel yang mempersoalkan kenapa saya tak komen. Ada yang kata saya berat sebelah kerana orang yang terlibat adalah "kawan" saya dan bermacam lagi andaian yang dibuat.
Sebenarnya semasa peristiwa mengaibkan itu berlaku, saya berada di Penang atas urusan tertentu dan tiada masa nak melayari internet. Saya hanya berbuat demikian apabila selesai kerja di Penang dan kembali ke Ampang.
Saya juga terima beberapa SMS berkaitan peristiwa itu.
Mau tak mau, kenalah tulis sikit.
InsyaAllah jika ada masa dan peluang, saya akan join sdr untuk menikmati mi rebus Sdri Maria. Terima kasih atas ingatan.
Pak Tuan,
Mi rebus Maria ni baguih ka? Mcm2 org dok kata saya tak pernah rasa lagi. Nak jugak try..
Seluloi dok pekena Mail Mee Rebus di Medan Selera Melawati yang ada cawangan di Bandar Baru Sentul. Ni mi rebus penang/kedah piaw punya sebab depa rebus kepala udang dengan ubi keledek (arwah tok saya kata kededek). Cucoq pun depa murah hati...
Sdra Din ka, Pak Tuan ka, tolong la habar di mana boleh pekena mi rebus Maria ni? mi mcm mana? mir ebus jb yang ada ketoi tulang n dia bagi straw utk sedut som2 mcm warong aji don di plaza damaz ka atau mcm mi rebus penang adik beradik mi bersin tonggek di padang kota?
Tuan,
Walaupun Tuan tidak menyatakan nama namun masih terpalit aib mereka.
Ada hadith menyatakan kalau kita menutup keaiban seseorang Muslim di dunia maka Allah akan menutup keaiban kita di akhirat kelak.
Renun-renunkan....(sepertimana yang sering didengar di radio)
Pak Tuan,
Betul kata ahirudin attan tu Pak Tuan! Pak Tuan seolah-olah serba salah - nak tulis nama atau tak tulis nama. Pak Tuan dah jadi macam penghukum dan mahu memulakan siri trial by bloggers! Bila Pak Tuan tulis macam ni, spekulasi akan menjadi2! Dan ini tidak membantu Bernama yg cuba nak memperkukuhkan dirinya. Jangan tulis cara selective Pak Tuan. Dan kenapa nak mengaibkan mereka jika betul berita panas itu adalah benar.
Pak Tuan tak payah jadi 'polis moral' pulak. Kalau pak tuan nak jadi polis moral, jangan buat cara selective. Buat dari atas ke bawah; top to bottom.
Dalam negara kita hari ini, banyak lagi masaalah yang besar yg Pak tuan patut dedahkan. Jangan pilih2 Pak Tuan, tak baik! Tak perlu merosakkan masa depan kawan2 Pak Tuan. Kalau mereka nak rosakkan masa depan mereka, biar mereka buat sendiri. Tak payah dibantu.
Tuan Syed,
Mee Rebus Maria ni bukan terkenal kat KL saja, saya yang kat Neqw York pun duk mengidam nak p makan, tak sabaq nak balik Msia sebab nak p pekena mee rebus Maria...
Sdr Raj,
Ini bukan soal hukum, bukan soal nak jadi "polis moral?" seperti yang saudara katakan.
Perkara itu berlaku atau tidak? Ini bukan menulis secara pilihan. Apa pilihannya?
Nampaknya sindrom hanya yang baik-baik sahaja diutarakan dan yang buruk disapukan ke bawah permaidani begitu mendalam dalam jiwa saudara Raj.
Sebelum saya menulis perkara ini, saya menerima beberapa mel-elektronik yang menghentam saya kerana membisu dalam perkara ini. Mereka cabar saya supaya menulis.
Sdra Syed Imran,
Teruskan usaha ini untuk mendedahkan kemungkaran. Jangan berundur walau setapak pun. Biarla apa sahaja orang lain hendak perkatakan, pokoknya perbuatan terkutuk itu dilakukan dan terjadi semasa umat Melayu Islam berdoyon-doyon ke rumah ALLAH untuk menunaikan tanggungjawab. Masyallah!
Saya setuju dengan Pak Tuan bahawa ini BUKANlah selective prosecution kerana sebelum ini blog ini telah mendedahkan pelbagai kemungkaran untuk makluman semua kerana mereka yang ada di bernama sudah bacul, dayus dan tidak bermaya untuk berbuat apa-apa hanya pandai berbisik-bisik dan mendiamkan diri asalkan gaji dapat di hujung bulan.
Orang nak merompak dan mencuri di bernama dan angkut keluar hasil rompakan dan curi melalui pintu depan bernama pun anda semua boleh buat tak tau dan pandang ke lain hanya kerana "aku makan agaji di sini, kenalag jaga periuk nasi".
Hari ini ada orang berselingkuh dengan isteri orang pun anda tidak setuju agar angkara didedahkan. Kalau hendak jadi bacul dan dayus pun ada hadnya..
Anda mempunyai pilihan, baca atau tidak mahu baca dan komen atau tidak mahu komen. Kalau tak suka tutuplah mata dan telinga seperti apa yang anda seringkali lakukan di bernama. Hanya kerana ada hamba ALLAH yang bernama Syed Imran hendak mendedahkan kemungkaran anda sudah melenting!
Sekiranya tidak didedahkan mungkin sudah banyak dan sudah lama angkara keji ini terjadi, mungkin sejak si polan tu kembali bertugas di bernama selepas beberapa tahun dipinjmankan ke putrajaya.
Pokoknya si polan itu harus sedar dari awal bahawa sepandai mana sekalipun suatu hari nanti akan ALLAH dedahkan angkara yang anda honarkan selama ini.
Yang menjadi persoalan ialah apakah jenisnya manusia anda yang berbuat angkara ini? Anda diberi kepercayaan untuk menyandang pangkat kanan dan diberi pula kepercayaan menerajui sebuah jawatankuasa yang mulia dan anda sendiri bertitle...
Anda ada isteri dan ada pula anak dara yang berada dalam umur layak disunting...fikirkanlah sendiri apakah konsekuensi angkara anda, atau anda hanya berfikir menggunakan kepala yang anu tu?
Fikirlah masak-masak akan konsekusnei angkara anda -- anda mungkin akan merobohkan rumahtangga si wanita yang menjadi rakan subahat angkara anda dan dosa meruntuhkan masjid adalah amat besar dan keluarga anda sendiri akan porak peranda, bagaimana pula perasaan isteri anda dan anak-anak anda?
Inilah yang dikatakan BODOH dan BANGANG, BAHLOL dan MEMANG BANGSAT PUNYA MELAYU!!! Udahlah buat kerja terkutuk dengan isteri orang, buat pula waktu umat Islam yang lain sedang bersedia menghadap Yang Maha Esa. Ish ish...patutlah anda dihina sebegini rupa kerana anda MEMANG BANGAT PUNYA JANTAN!!
Syed Imran...teruskan usaha anda...
Pendedahan bukan tujuan utk aibkan individu (sebenarnya mereka sendiri yang memilih untuk mengaibkan diri sendiri) tetapi lebih untuk memberikan INGATAN kepada individu lain agar jangan melakukan perkara yang ditegah sama ada oleh agama atau undang-undang negara.
Dalam Islam keberkatan hanya akan datang bila lunas-lunas agama diikuti bermaksud berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran. Kerja adalah satu amalan dituntut. Namun apakah ganjaran pahala diperolehi jika tidak menepati piawaian QMS Islam? Keberkatan bukan bermakna sekadar bermewah-mewahan tetapi lebih dari itu - wujudnya kesepakatan, tidak cemburu mencemburi, tidak khianat terhadap amanah dan tanggungjawab atau rakan sekerja, suasan kerja yang kondusif, masalah pada tahap yang minima dan senang diselesaikan dan pelbagai lagi jalan-jalan yang mudah dibukakan oleh ALLAH.
Setiap individu muslim mempunyai tanggangjawab/hubungan - hablum min Allah (Islam) dan hablum min nas terhadap manusia iaitu, dirinya, keluarganya, masyarakat dan negaranya.
Jadi setiap perlakuan kena ikut agama supaya dapat menjaga nama baik agama, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Natijahnya masyarakat,agama, keluarga akan terpalit sama di atas keburukan yang dilakukan oleh seseorang.
Bukan soal menjadi polis moral tetapi mengikut seruan cegahlah kemungkaran mengikut kemampuan kamu iaitu dengan tangan iaitu bagi yang berkuasa - kedua dengan lidah kamu iaitu melalui peringatan atau menzahirkan kata-kata mengutuk gejala maksiat yang berlaku dan yang ketiga (selemah-lemah iman muslim) mengutuk di dalam hati.
Namun kalau tak ada juga yang ketiga tu maka tak taulah macam mana ...
Terima kasih kepada saudara-saudara yang memberi semangat dan sokongan kepada saya.
Sebenarnya saya malas nak layan mereka yang membangkitkan soal aib dan polis moral kerana pada hakikatnya mereka tidak faham. Tetapi saya perlu berbuat demikian dengan harapan mereka akan faham.
Al-Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Azkar (mengandungi pilihan dari kalimat-kalimat Rasulullah s.a.w.) dengan terang dan jelas menegaskan bahawa kita boleh mengutuk orang yang maksiat tanpa menyebut identitinya (namanya). Itu yang saya lakukan. Jadi soal mengaibkan orang lain tidak timbul.
Pengertian aib cukup luas maknanya dari segi hukum dan ia tidak termasuk melindungi mereka yang melakukan maksiat.
Pak Tuan,
"Saya pun tak nak tahu, Tuan Syed. Hal2 macam ni, saya tak nak tanya. Nanti orang kata saya nak jadi polis moral pulak. Curious jugak, tapi biarlah. Lantak pii.."
Komen dari orang yang ada masalah peribadi yang serious.
T.Kasseee.....
"Saya pun tak nak tahu, Tuan Syed. Hal2 macam ni, saya tak nak tanya. Nanti orang kata saya nak jadi polis moral pulak. Curious jugak, tapi biarlah. Lantak pii.."
Komen dari orang yang ada masalah peribadi yang serious.
-----------------------------------
Bukan mcm tuuu...
Komen orang yang kecenderungan dan kesukaan yang sama -- suka makan buah terlarang...kata mereka kekadang buah telarang ni sodap sesangat...perlu pengesahan kemukakan musykil ini kepada 3450 Jalan Suden...
Bangkai gajah sonang ko nak totop??? Amacam skrg dah jadi hal kek bernama...camno jang??
Tuan SIA,
Sebagai bekas kakitangan Bernama, saya tabik spring dengan pengurusan di bawah GM baru yang cepat bertindak terhadap pegawai kanan yang 'kantoi' tu. Jika benar kata tuan bahawa (saya quote)'Sebenarnya, skandal seperti ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Bernama. sebelum inipun ada tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahuinya dan "ditutup" oleh pihak atasan" (unquote), maka ini adalah petanda baik.
Apa pandangan Tuan? Setidak-tidaknya marilah kita menyokong usaha pengurusan untuk memajukan Bernama. Saya tahu Tuan SIA bukan berniat untuk memburukkan lagi nama Bernama dengan menyiarkan isu ini. Saya sedar Tuan sayangkan Bernama, tempat Tuan bekerja sehingga pencen. Jika tidak takkan Tuan terus memberi perhatian dan pantas menghidu apa sahaja yang tidak kena (pada pemerhatian tuan). Saya dengar Bernama nak adakan siaran radio. Apa komen Tuan? Tidakkah Tuan berminat untuk berkhidmat semula di Bernama sebagaimana rakan-rakan lama kita?
X-Bernama
berbalik kepada Mee Rebus Maria ... di manakah lokasinya?
- Man
PJ, depan masjid bulat.
Dengar cerita GM yang baru nie pun kalau boleh nak sorok juga cerita panas terlarang tu...tetapi ntah macam mana dapat tahu pada Datuk C,maka alkisahnya meletup lah si Datuk C, minta GM bertindak cepat.
Si lelaki tua tu kabarnya akan di transfer..si perempuan pula dah bertukar tempat duduk..mungkin nak meredakan pening kepala GM. Cuma kita tunggu apa tindakan suami si perempuan tu pula...tungguuu!!!
Salam,
Macam-macam kisah di Bernama nie..itu yang melibatkan orang atasan. Kalau nak tahu banyak lagi kisah panas yang melibatkan staf bawahan. Biasa la..kisah suami orang buat affair dengan isteri orang.
Jangan ingat orang tidak ambil kisah, bukan bermakna tidak mahu masuk campur..ada mata, ada telinga dan ada mulut yang melihat, mendengar dan berbicara perkara sebegitu. Jangan sampai menyesal di kemudian hari sudah lah. Ingatlah pada anak isteri/suami di rumah dan yang paling penting ingat ALLAH S.W.T yang sememang melihat setiap perkara yang cuba diselindungkan..
Wassalam
"Saya pun tak nak tahu, Tuan Syed. Hal2 macam ni, saya tak nak tanya. Nanti orang kata saya nak jadi polis moral pulak. Curious jugak, tapi biarlah. Lantak pii.."
Orang yang beri komen sebegini agaknya dari spesis yang sama kot..hobinya begitu juga..
Tuan SIA,
Kalau tak silap cerita skandal mengenai GM sekarang pun pernah heboh dahulu, waktu di Bernama TV, siap ada budak perempuan tunjuk sms diterima daripadanya, juga cerita-cerita lain masa kat newsdesk dulu
xx bernama
Banyak cerita yang dihebohkan dan banyak juga personaliti yang dikaitkan. Tetapi tiada pula laporan yang dibuat secara rasmi seperti apa yang dilakukan dalam kes sekarang. Jadi ia hanya tinggal satu heboh saja dan belum tentu ia benar-benar berlaku.
takkan melayu hilang di dunia, takkan melayu bersatu di dunia
skandal GM yang dulu tu memang heboh...itu dulu, sekarang ni pun ada hati juga nak berskandal cumanya agak slow sedikit sebab jawatan dah nombor 1.
Post a Comment