Sunday, July 01, 2007

Tahniah Datuk Seri Utama Jeanne Danker Abdullah

Seperti yang ramai menjangkakannya, isteri perdana menteri mula menerima anugerah tinggi peringkat negeri seperti yang lazimnya dilalui oleh semua isteri mantan perdana menteri. Oleh itu, sekalung tahniah kepada Y.A.Bhg. Datuk Seri Utama Jeanne Danker binti Abdullah.


Sebenarnya, saya memang menjangka bahawa negeri Melaka akan mendahului siri penganugerahan ini dan jangkaan itu tepat sekali. Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Ali Rustam memang bijak dan pintar. Dia mendahului para menteri besar dan ketua menteri yang tidak kurang pintarnya seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Adnan Yaakob.


Anugerah bintang kebesaran yang diberikan kepada isteri perdana menteri, "Darjah Utama Negeri Melaka" (DUNM) merupakan darjah tertinggi negeri itu. Anugerah DUNM adalah terhad dan diberikan kepada orang tertentu sahaja.

Selepas ini, kita akan pasti dihidangkan berita mengenai penganugerahan oleh negeri-negeri lain terutama Perlis dan Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr. Koh Tsu Khoon mungkin terkilan kerana Melaka telah mendahuluinya dalam penganugerahan darjah kebesaran kepada isteri perdana menteri.

Dalam hubungan ini, Datuk Seri Utama Jeanne tidak boleh dipersalahkan kerana dia telah ditakdirkan menjadi isteri perdana menteri dan "budaya kebangsawanan" yang diwarisi dan diamalkan di negara ini membuatkan para pemimpin negeri berlumba-lumba untuk menganugerahkan bintang dan darjah kebesaran kepadanya. Saya percaya pejabat Perdana Menteri, khususnya pejabat Ketua Setiausaha Sulitnya, sudahpun menerima cadangan dari negeri-negeri tertentu untuk memberi anugerah kebesaran kepada isteri perdana menteri. Mereka hanya menunggu persetujuan perdana menteri untuk berbuat demikian.

Sebenarnya, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang masih mengamalkan budaya kebangsawanan yang menjadi salah satu tunggak sistem feudal zaman silam. Malaysia mengatasi negara-negara lain yang mengamalkan sistem beraja termasuk United Kingdom, Thailand, Jepun, Jordan, Arab Saudi dan Maghribi.

Saban tahun, beratus malah beribu orang akan menerima bintang dan anugerah kebesaran dari ketua-ketua negeri termasuk gabenor dan ketua negara sehingga nama gelaran juga semakin bertambah dan "berlambak" mengakibatkan ianya menjadi satu rebutan dan kemestian bagi golongan tertentu mendapatkannya.

Mereka yang ingin bergelar datuk dan ke atas seperti datuk seri utama, datuk paduka, datuk wira, datuk seri panglima, datuk patinggi dan sebagainya akan "berusaha sedaya upaya" untuk mendapatkannya. Inilah budaya kebangsawanan yang diwarisi dan menjadi satu kebanggaan.

Pada zaman awal kemerdekaan, bukan senang bagi seseorang itu untuk mendapat gelaran datuk dan bilangan yang menerimanya boleh dikira dengan jari. Ketika itu, seseorang yang menerima gelaran datuk sememangnya wajar dan patut. Dia telah memberi sumbangan dan khidmat yang cemerlang kepada masyarakat dan negeri, dia adalah orang yang dihormati di kalangan masyarakat dan dia bersih daripada semua jenis jenayah terutama rasuah dan dia juga seorang yang cukup matang dari segi usia. Sebab itu, kita tidak menghadapi "lambakan" penerima datuk pada zaman itu.

Sekarang, seseorang itu mudah diberi anugerah dan kebesaran atas pertimbangan politik, perniagaan dan "sumbangan" mereka kepada pihak-pihak tertentu dan bukan atas dasar sumbangan khidmat bakti sukarela kepada masyarakat dan negeri.

Seseorang ketua bahagian Umno, umpamanya, yang tidak menabur khidmat bakti kepada sebuah negeri lain boleh menerima anugerah tertentu semata-mata kerana dia mencalonkan ketua menteri atau menteri besar negeri berkenaan untuk jawatan naib presiden parti. Begitu juga dengan mereka yang masih belum cukup matang dari segi usia, seperti ketua pemuda dan ketua puteri, yang belumpun memberi khidmat bakti sewajarnya kepada masyarakat, negeri ataupun negara, tetapi diberi anugerah bergelar datuk atas kepentingan politik.

Golongan ini cukup selesa dan senang dengan anugerah dan gelaran yang diterima kerana inilah budaya kebangsawanan yang menjadi "amalan" di kalangan masyarakat Malaysia. Mereka pentingkan nikmat duniawi! Mereka sebenarnya mudah lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa kekayaan, kemewahan serta pangkat dan darjah adalah milik sementara dan tidak lebih daripada satu pinjaman. Akhirnya kepapaan akan mengiringi mereka ke alam kubur apabila badan hanya diselimuti sebidang kain putih. Tiada beza antara seorang bangsawan dan seorang pengemis jalanan.



4 comments:

zukri valenteno said...

Pak Tuan Yang DiHormati,

Senario Harian...

Di sebuah coffee house (sebuah hotel terkemuka), seorang lelaki sedang menghampiri sekumpulan 5 orang lelaki yang sedang berborak sambil meminum kopi berjenama. Lelaki itupun menyapa "Dato'" dan kesemua lima lelaki itu berpaling pada ketika yag sama seperti ingin bertanyakan "Dato' yang mana satu yang hang tanya ni? Kami semua Dato kat sini..."


A: Belum dan berangan hendak menjadi Dato’, justeru kenalah cari kenalan (baca: kabel) yang boleh menghubungkannya dengan si pemberi gelaran, atau sekurang-kurangnya mereka yang mendakwa boleh memenuhi impiannya untuk menjadi Dato’ atau setidak-tidaknya mereka yang mendakwa selalu berdampingan dengan si pemberi gelaran atau selekeh-lekehnya dengan orang-orang yang berdampingan dengan si pemberi gelaran.

Atau paling busuk (baca: paling pariah) sekali pun mengenali mereka yang mendakwa sentiasa berdampingan dengan mereka yang boleh mempengaruhi mereka yang berada pada lingkaran dalam si pemberi gelaran.

Kesimpulan: Tiada martabat, apa kelas, kan?


B: Sudah bergelar Dato’ tapi kelas kedua. Justeru kenalah cari jalan untuk naik martabat ke kelas pertama. “Ini standard penyanyi lama, macamlah si penyanyi lagu Selamat Hari Raya yang berambut palsu dan yang baru dapat Dato’, kan?”

Kesimpulan: Ada kelas tapi kelas bawah, justeru martabat kurang.

C: Sudah bergelar dato’ dan berada di kelas pertama. Sedang berangan hendak menambahkan bintang agar dikenali sebagai Dato’ Paduka kerana menurutnya, ”kat Chow Kit pun bersepah Dato’ saja”.

Kesimpulan: Sudah ada martabat tapi kenalah ditambah-nilai.

D: Sudahpun bergelar Dato’ Paduka akan tetapi belum berpuas hati kerana ”ada depa yang muda daripada saya dah dapat Dato’ Seri. Saya ni Timbalan Menteri, depa sapa dapat sampai Dato’ Seri. Apa jasa depa sampai dapat Dato’ Seri, saya ni Ahli Parlimen, depa kenalah respect saya ni”.

Kesimpulan: Macam mana pun kena pertingkatkan martabat yang sudah ditambah nilai.

E: Sudahpun bergelar Dato’ Seri tapi ”kalau setakat dato’ seri di state mana ada kelas kalau dibandingkan dengan hanya datuk (perhatikan ejaannya) yang Agong bagi, bukan ka?. Kalau Istana Negara punya Datuk sudah cukup kelas berbanding dengan dato’ seri ka, dato’ paduka ka, apa ka... bukan ka?”

Agong tidak anugerah bintang yang membawa gelaran Dato’ Seri tapi ejaan ”Datuk” sudah cukup membuktikan kelas, martabat yang sudah ditambah-nilai dan dipertingkatkan.

Kesimpulan: Kena cari jalan untuk memper-KELAS-kan lagi mutu kepada martabat yang sudah ditambah-nilai dan dipertingkatkan selama ini.

Analisa mutakhir: Apabila semua impian dan hasrat ini dipenuhi anda sebagai kawan atau kenalan dimestikan membahasakan diri di polan di atas sebagai ”Datuk” atau apa sahaja gelaran yang beliau ”bersusah payah” perolehi saban tahun.

Biarpun seandainya anda mengenali beliau semasa belum menerima sebarang gelaran akan tetapi setelah menjadi ”seseorang bergelar” kita hendaklah menggunakan gantinama yang paling sesuai kerana:

”Bukan apa brother, hang tau la aku... aku tak pa, ok....ni kalau orang lain dengaq, nanti depa pi mengacum pulak kat sultan, murka dia pasai gelaran yang dia bagi aku tak pakai dan buat macam tak hargai pulak. Hang pahamlah macam mana dunia la ni.” katanya tanpa mengerjip matanya langsung serta memandang terus ke dalam mata si pendengar labunnya.

Dan, sebagai tanda pengabadian ingatan anda akan gelaran-gelaran itu, si polan berkenaan akan memberikan kad namanya (yang mutakhir) yang tersurat deretan bintang kebesaran dan pingat yang telah diterimanya. Akhirnya si polan itu atau polan ini sudah berjaya, sekeurang-kurangnya beliau menganggap dirinya sudah berjaya.

F: Dia sudah berjaya, akan tetapi apabila mendapat tahu si polan-polan yang lain pula dapat lebih daripada satu bintang sedangkan dia hanya dapat daripada sebuah negeri dan Istana Negara, dia nanti jadi gabra.

”Mana buleh macam ni...depa sapa? Aku ni VIP takan dapat daripada satu negeri saja, kan?”.

Kesimpulan: Apabila sudah dapat bintang kebesaran dan pingat lebih daripada satu negeri, kita sebagai pembuat panggilan telefon hendaklah memulakan bicara kita dengan menyebut

”Assalamualaikum...Datuk Dato’Seri Dato’ Paduka Dato’...Apa habaq? Lama tak dengar berita? Dok buat apa la ni?...”

Kalau dia dapat 3 pingat yang setaraf daripada tiga negeri yang berlainnan, kita yang diwajibkan mengetahui tata-susila protokol hendaklah membahasakan si polan tadi

”Assalamualaikum Dato’ Dato’ Dato”...”.

Kita hendaklah turut sama menghargai kebesaran diri si polan berkenaan yang telah bersusah payah dan berhempas pulas memperolehi gelaran yang da pada dadanya.

Bermacam-macam sebab musabah mendapat bintang kebesaran, gelaran dan pingat.

Banyak buat jasa dan dianugerahi gelaran Tan Sri, Dato’ Seri dan Dato’, justeru penghargaan wajib diberikan.

Belum banyak berjasa akan tetapi dianugerahi gelaran dikirakan wajar kerana difikirkan banyak lagi jasa yang akan ditaburkan.

Tidak pernah membuat jasa selain kepada dirinya sendiri akan tetapi cukup berjaya dalam perniagaan justeru harus dianugerahi gelaran agar lebih berjaya dalam perniagaan. "mana ada kelas kalau pengarah urusan atau ketua pegawai eksekutif hanya bergelar Encik...budak pejabatpun kita kena sebut Encik dalam urusan surat menyurat...takan sama kelas?"

Tidak pernah langsung berjasa akan tetapi banyak duit dan memperolehi gelaran daripada kerajaan-kerajaan negeri yang diketahui umum ”mempunyai kilang buat bintang” BUKANlah misteri lagi dalam dunia negara kita hari ini.

Sudah banyak berjasa dan enggan atau menolak apabila ditawarkan gelaran untuk memartabatkan diri. Dua contoh terbaik yang diketahui (1) Syed Imran Al-Sagoff dan (2) Tamrin Abdul Ghafar. Sebab-musabab masih lagi misteri sampai hari ini.

Saya? Cukuplah sekadar mendapat penghormaan Johan Mangku Negara (JMN) daripada YDP Agong, anugerah untuk jasa dan bakti kepada kerajaan (yang antaranya tidak bolehpun disebut, ditulis atau diceritakan kepada sesiapa sahaja melainkan menjadi pengetahuan pihak yang memberikannya dan saya yang menerimanya).

Secara tidak disangka saya dianugerahi JMN pada ketika umur saya 40 yang merupakan penerima yang paling muda dalam sejarah negara kerana menurut Boss yang mencadangkan pingat itu hanya mereka yang berumur 50tahun ke atas selalunya dicadangkan untuk pingat berkenaan.

Apapun saya amatlah bersyukur kerana ianya tidaklah setimpal dengan sekiranya boleh disebut sebagai jasa, bakti dan sumbangan kepada negara, agama, bangsa dan tanahair semasa berkhidmat di Angkasapuri (1995-2004).

Hendak menjadi Dato'? Saya kenalah tunggu sekurang-kurangnya 20 tahun lagi apabila putera saya berumur 36 tahun ketika itu dan apabila pada umur itu dijangkakan beliau sudahpun berumahtangga dan memperolehi cahayamata, justeru sayapun bergelarlah Dato'.

Syed Imran said...

Sdr Zukri,
Inilah senario yang kita hadapi sekarang.
Kebanyakan bell-boy dan jaga pintu di hotel-hotel berbintang empat dan lima akan menyapa tetamu sebagai "datuk" dan saya dah beberapa kali disapa sedemikian. Apabila saya kata saya bukan datuk, mereka akan jawab, tak mengapa sebab orang tak akan marah, tapi jika si datuk masuk dan tidak ditegur dengan panggilan datuk, si bell-boy atau jaga pintu akan terima sindiran pedas, sama ada daripada si datuk itu sendiri atau si datinnya. Jadi nak selamat, sapa siapa saja yang masuk ke hotal sebagai datuk. Selamat!
Saya dah ada dua orang cucu, jadi dah dapat pangkat datuk! Datuk ori kata orang Angkasapuri.

zukri valenteno said...

Pak Tuan,

Ada lagi beberapa kriteria yang diguna pakai untuk memberi gelaran Dato' dan serba maknika lagi...

(1) Pasai dia ada jawatan politik. Ini berlaku pada Ahli Parlimen, ADUN, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. Yang paling menarik perhatian ialah gelaran khas yang berbunyi "Dato' Seri Menteri Besar Selangor" yang pernah diberikan kepada YB Dr Mohamad Khir Toyo semasa beliau dilantik ke pesada politik Darul Ehsan.

(2) Satu lagi kriteria ialah "kenalah bagi, si minah tu dah jadi ketua puteri, si mamat tu dah naik martabat sebagai setiausaha politik, si polan tu dah jadi setiausaha sulit kanan dan sebagainya..." Jasa? belum tentu lagi, title mau kasi dulu lah!

(3) Pasai dia ada jawatan korporat. Ini selalu ditaburkan kepada ketua-ketua pegawai eksekutif (ceo) yang menerajui syarikat berkaitan kerajaan (sbk). Tak kisah la si polan tu pandai meniaga ka tak pandai meniaga ka, title mesti kasi punya, walaupun kepimpinannya hampir pasti merudumkan sebuah syarikat pembuat otomobil nasional dalam masa terdekat ini.

(4) Pasai si mamat ni kawan kita, dah tak tau nak buat macam mana pasai selalu dok bagi biznez pun dia pelingkop selalu pasai dia tak pandai meniaga, jadi kita bagilah title mana tau nanti ada Cina nak lantik dia jadi pengerusi, cara tu dia tak payah dok mai sua domoi (hidung kata orang kedah). Dengan title dan dengan jawatan chairman dia tak payah la buat kerja sangat, sekadar memberi salam mukaddimmah kepada menteri pada awal sessi perbentangan kertas kerja projek yang hampir pasti dianugerahkan kepada syarikat Cina berkenaan.

(5) Yang ni paling best. "Kerajaan negeri memberikan anugerah ini kepada si polan walaupun umurnya belum mencecah 30 tahun seperti yang bising diperkatakan orang setelah umum mengetahui senarai penerima. Sebenarnya kerajaan negeri hendak menghargai si bapanya yang pernah membuat jasa yang amat besar dan bakti yang tidak ternilai kepada kerajaan negeri dan rakyat di sini," kata seorang menteri besar di sebuah negeri di pantai timur 4 tahun lepas.

Bapa berjasa, anak dapat dato'...walaupun anak dia masih dok beringuih...Takpalah nak bagi bintang dato dia bukan payah nak ada ujian kesesuaian ka, apa ka..janji dia boleg eja nama dia..sign sikit dan pandai pakai baju melayu bersampin dan bertanjak...ok latu..dan boleh lah jadi dato.


(6) Yang tidak kurang best. "Kena la bagi dia dato'...wife dia sultan dah bagi dato'...kesianlah dia..takan kita ni kerajaan yang bertanggungjawab nak biaq dia dia naik dato' kot? biaq la sama-sama depa naik jadi dato'..bukan ka?

Tak boleh biaq suami dok meleleh ayaq lioq tengok wife dia saja jadi dato' satgi depa jadi cacamarba haru biru. Loqlaq sungguh depa ni dok buat tahana kat suami dato ni.

Isteri berjasa ataupun jadi dato pasai ada jawatan, justeru suami pun mestilah dato...bukan pa, nanti dikhuatiri salah identiti kerna ingatkan si dato' tu suami dia tapi yang sebenarnya di isteri. Tak boleh la buat macam tu, nanti orang malu, justeru kita kenalah tutup aib saudara mu di dunia nescaya akan Ku tutup aib mu...

(7) Dapat jadi Dato' pasai pi berenang laut di tempat orang putih dan belayaq sorang-sorang macam takdak kerja lain yang lebih berpekdah. Peliknya depa yang tawan Puncak Everest tak pun dapat jadi Dato'...pasai pa? Depa pun "harumkan" nama negara dan depa pun buat sesuatu agar mendapat penghargaan daripada kerajaan.

(8) Ada yang dapat pingat Panglima Mangku Negara (PMN) daripada YDP Agong pasai anak dia dah dapat pingat daripada negeri dan bergelar dato'. Justeru mana ada kelas anak dengan bapa sama taraf bintang, bukan ka? Ini berlaku kepada dua, tiga orang bekas menteri dan seorang dua ahli perniagaan.

Sebenaqnya banyak lagi kriteria yang kadangkala cukup sukar difahami mengapa mereka diberikan taraf dato, dato seri, datuk, tan sri dan akhirnya tun. Namun selalunya dipercayai mereka sudah berjasa dan berbakti kepada masyarakat, negara dan biasanya kepada sesebuah pertubuhan politik, khususnya parti politik memerintah.

Macam la kata Pak Tuan tadi, memang betoi la hari ini kita semua kena bersangka baik dan membahasakan diri semua orang seagai "dato" walaupun kadangkala (baca: jarang sangat) depa ni BUKAN dato'. Akan tetapi tidak salah untuk berbuat demikian kerna ini melambangkan sikap berbudi bahasa kita yang amat mengetahui tatasusila protokol dan hormat menghormati.

Kadangkala tok sah la kita ni kisah sangat kalu gelaran dato tu datangnya daripada sebuah dua negara asing yang diketahui TIDAK LAYAK menganugerahkan sesiapa sahaja gelaran dato, siap dengan gambar bersempang dan berunifom khas semasa "upacara penganugerahan bintang dan darjah kebesaran".

Adalah baik sekiranya kita menganggap bahawa semua gelaran dato itu adalah sah dan layak, sehinggalah dibuktikan tidak. Ini adalah sama seperti taraf kita semua di sisi undang-undang yang berbunyi bahawa "anda tidaklah bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya atau you are innocent until proven guilty yang sama sekali bertentangan dengan tafsiran Kerajaan Perancis bahawa "you are guilty until proven innocent."

Zukri Valenteno
Anakbukit, Alor Setar, Kedah

ed_4216 said...

Depa dapat gelaran Dato'nu Datuk ni
dan macam macam Datuk. Saya ni tekilan juga bukan di calunkan untuk Datuk tapi PJK saja. Tahun 80han PBSM calun. Tahun 1991/92/93 PBTM Baling calun. Tahun 1994/1995/
1996 Hospital Baling calun, tapi tak kena tang mana pun tak tau, habuk pun tarak.Nak kata tak aktif
10 tahun dalam ATM nak cerita tuga
shih!! RAHSIA. 10 tahun dalam PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, macam macam tugas ada hingga ke Si Racha, Chonbury, Thailand attending ASIA PACIFIC RED CROSS CONFERENCE,politik pun masuk juga ada jawatan juga, nak cerita banyak nanti kata masuk bakul angkat sendiri. Pendek kata macam macam sijil penyertaan ada. Nak tengok pun boleh. La ni saya dah pencen pingat Perkhidmatan lama pun tarak. Kalau tuan jadi saya tentu terkilan juga. Mungkin tak dapat tu kerana diatas tu ada orang pakar cantas tak tau lah.