Friday, June 15, 2007

Isu bahan lucah tak kesudahan kerana kealpaan

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin sekali lagi membangkitkan isu bahan lucah yang begitu banyak "berlayar" dalam alam siber atau Internet. Mamu ZAM mahukan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kerana masalah itu adalah serius. Sebenarnya, ia sudahpun merebak seperti "pekung" yang sukar diubati.

Dalam soal pengawalan atau kawal selia berkaitan alam siber, pihak yang dipertanggungjawabkan ialah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui Suruhanjaya Multi-Media.

Mamu ZAM bimbang setelah mendapati terlalu banyak bahan lucah dalam Internet, tidak pula disebut bagaimana beliau mengetahuinya, sama ada beliau sendiri yang melayari laman-laman web berkenaan atau dimaklumkan oleh pegawai dan petugas di Kementerian Penerangan.

Kerajaan telahpun mengarahkan Suruhanjaya Multi-Media menyekat laman-laman web yang menawarkan pelaburan melalui Internet jadi kenapa tidak boleh menyekat laman-laman web yang menyalurkan bahan-bahan lucah atau pornografi? Yang mana satu lebih berbahaya dan boleh merosakkan akhlak?

Sebenarnya, isu penerbitan bahan lucah sudahpun dibangkitkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada tahun 2001 tetapi kerajaan agak alpa untuk bertindak sehinggalah ia merebak sebegitu hebat seperti sekarang. Selain PPIM, badan-badan sukarela lain termasuk badan-badan agama juga mendesak kerajaan melakukan sesuatu berhubung masalah itu.

Pada bulan Julai 2001, setiausaha Agung PPIM Datuk Dr. Maamor Osman mendesak kerajaan mengenakan hukuman lebih tegas terhadap mereka yang terbabit dalam kegiatan mencetak, mengedar dan menjual bahan-bahan lucah terutama cakera padat memandangkan ia sudahpun berada pada tahap serius. Itu pada tahun 2001.

Beliau juga meminta kerajaan melakukan sesuatu untuk menyekat penyebaran bahan-bahan lucah melalui Internet.

Katanya hukuman yang dikenakan seperti denda terbukti tidak berkesan dan gagal untuk menginsafkan golongan berkenaan.

Dr Maamor mahukan kerajaan melaksanakan hukuman penjara mandatori dan sebat ke atas pihak-pihak yang didapati bersalah mencetak, mengedar dan menjual bahan berunsur lucah. Malangnya, ia tidak dilakukan.

Andaikata kerajaan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menyekat pengedaran bahan lucah melalui Internet seperti yang disarankan pada tahun 2001, maka tidak perlu bagi Mamu ZAM melenting atas kealpaan pihak berkuasa sendiri.

2 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan,
yg ni saya sokong mamu zam kena kerja keras, bukan setakat cuba - jika boleh benteras habis-habisan. anak-anak kita pun selamat, mamu zam pun dapat pahla.

fendi1183 said...

emm..boleh ke nak banteras?? laman web tu boleh le nak block...saye rase
nilai murni,kesopanan dan maruah diri
bangsa melayu dah ade yg jtuh ketahap
pling rendah..semua kena mula bekerja.. dari kekeluargaan sendr..sekolah ..dan jbtan2 agma ptt diperbnyakan..kalau universiti2 kolej2 ade disetiap negeri..kenapa tak diperbnyakkn universiti2 agama..
takkn uia sebijik je..u lain bnyak..
mngapa nak ambik agama sampai mesir..
arab saudi..jordan...kalau u lain kita boleh buat ketahap glokal dan global..spttnya u agama juga kita tak perlu pggirkan..berhubung perkara nie..sbb saye ckp camtu...
cuba tgok dlm system p2p..takyah le sbutkan nama system tu...kalau taip tag melayu( mulanya ingat nak cari lagu)..masyallah ...dah thap pelcur amerika cari mkn..berpuluh2 mgkin beratus koleksi ada..begitukah melyu yg kita tahu mmpunyai sifat pemalu??( sggup rakam sendr) kalau dah nama system p2p..mcm mana nak banteras..mcm mana nak block?? saye rasa..lebih baik lah dibnyakkn jbtan agama..bnyak student2 luar negara
ambil bhgian agama nie pun, tak le bmbg sngt kluar takde keje,,,