Friday, October 13, 2006
Peminggiran Melayu Singapura oleh PAP
(Gurkha Regiment - pasukan yang mengawal pejabat Perdana Menteri dan Menteri Mentor (Lee Kuan Yew). Pasukan ini juga bertindak sebagai pasukan anti-teroris. Kuan Yew masih tidak mempercayai bangsanya sendiri untuk menjaga keselamatannya).
Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.
Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.
Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.
Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.
Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.
Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh, Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.
David Marshall membentuk sebuah kerajaan campuran antara Labour Front dengan UMNO dan MCA pada 6 April 1955 selepas menang tipis dalam pilihan raya pertama. Bagaimanapun, dia meletak jawatan pada 6 Jun 1956 setelah rundingan di London untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri sepenuhnya dan tidak dibawah seliaan Inggeris menemui jalan buntu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh Kuan Yew kerana dia sedar pengganti David Marshall, iaitu Lim Yew Hock adalah seorang pemimpin (MCA) yang lemah.
Mulai 1959, PAP mula berkuasa sepenuhnya di Singapura dan terus memerintah sehingga ia dikeluarkan daripada gugusan Malaysia. Sejak berkuasa, Kuan Yew dan PAP melakukan apa saja yang mungkin untuk menindas dan meminggir orang Melayu. Perkampungan-perkampungan Melayu seperti Pasir Panjang, Telok Blangah, Bukit Timah, Bedok, Kampung Ubi, Kampung Dusun, Seranggoon, Geylang Serai, Kampung Glam, Paya Lebar dan lain-lain, diroboh dan dikosongkan untuk membina rumah pangsa atau binaan-binaan lain dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa HDB mengikut arahan pemerintah. Mereka diasing-asingkan supaya tiada satu kawasanpun yang akan mempunyai majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu. Ia bertujuan untuk menjamin sokongan politik berterusan kepada PAP. Episod ini menandakan permulaan peminggiran secara paksa yang dilakukan ke atas orang Melayu.
Walaupun Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sebenarnya terpinggir kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pentadbiran, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditutup dan hanya sekolah beraliran Inggeris dibenarkan. Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan kedua di peringkat sekolah.
Untuk memasuki pasaran pekerjaan, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin menjadi pra-syarat universal dan dengan sendirinya bahasa Melayu terus terpinggir.
Dalam perkhidmatan negara atau kerahan tenaga, anak Melayu dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu yang strategik dan canggih. Anak Melayu hanya layak dikerah berkhidmat dalam pasukan pertahanan awam dan pasukan polis dan sedikit sahaja dalam angkatan tentera, itupun dalam kor atau regimen yang dikira selamat untuk mereka masuki.
Sehingga saat ini, tidak seorangpun anak Melayu yang memegang jawatan penting atau tinggi dalam sektor awam (pemerintah) atau badan-badan berkanun.
Orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan PAP dan dipilih sebagai wakil rakyat, itupun dalam kawasan undi berkumpulan, hanya layak dilantik menjadi menteri yang menjaga alam sekitar, peparitan, kumbahan, kebajikan dan masalah berkaitan dadah. Jawatan-jawatan penting dikhaskan kepada bukan Melayu.
Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan oleh sektor perkilangan atau industri, pekerja pertama yang mesti diberhentikan hendaklah orang Melayu. Bilangan penganggur di kalangan orang Melayu adalah yang paling tinggi walaupun mereka memiliki kelulusan dan kemahiran tertentu.
Untuk memastikan ratio bukan Melayu dikekalkan pada paras sekarang, kemasukan secara beramai-ramai pendatang dari China, Taiwan, Hong Kong diberi galakan sedangkan penghijrahan orang Melayu dari Malaysia dikawal ketat.
Inilah ketidakadilan dan peminggiran yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dan PAP ke atas orang Melayu, masyarakat peribumi Singapura.
Apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura dilihat sebagai satu bentuk pemerintahan ala kuku besi atau "authoritarianism" iaitu pengamalan demokrasi bukan liberal dan demokrasi berprosidur dan bukan demokrasi sebenarnya.
Reporters Without Borders meletakkan Singapura di tangga ke-140 daripada senarai 167 buah negara dalam "2005 Worldwide Press Freedom Index". Ia juga menuduh PAP mengamalkan penapisan yang ketat dan keterlaluan, mempengaruhi urusan Jabatan Pilihan Raya dan menjadikan pengambilan tindakan sivil di mahkamah terhadap pengkritik kerajaan sebagai satu senjata untuk melemahkan pembangkang. Kebebasan bersuara dibataskan.
Singapura kini mempunyai penduduk berjumlah 4.35 juta (sehingga Jun 2005) terdiri daripada 76.8 peratus Cina, 13.9 peratus Melayu dan 7.9 pratus India. Malangnya, ia tidak diperlihatkan dalam kabinet Singapura dimana hanya seorang Melayu bertaraf menteri, ia juga tidak kelihatan dalam sektor awam apatah pula dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya perkatakan mengenai peminggiran Melayu di Singapura. Saya dapat berbuat demikian hasil pengalaman hidup semasa menetap dan bertugas di republik itu dalam tahun 1990-an dan dapat merasai apa yang dirasai oleh sebilangan besar orang Melayu Singapura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Bukan utk menyebelahi sesiapa..
tetapi hanya menunjukkan fakta..
penubuhan Gurkha Regiment oleh kerajaan Singapure adalah berdasarkan prinsip bhw mereka memerlukan satu pasukan keselamatan yg neutral , dlm kata lain, jika darurat/ rusuhan berlaku , tindakan kekerasan yg bakal digunakan mungkin akan mengundang masalah jika dilakukan oleh pasukan keselamatan biasa ( dimana mungkin berlaku anggota polis kaum melayu menggunakan kekerasan keatas perusuh kaum cina dan sebaliknya ) , maka jika ianya dilakukan oleh GR , maka dapatlah diminimakan masalah yg bakal timbul. harap maklum.
Saya kurang bersetuju dengan andaian saudara. Pengalaman kerja saya di Singapura yang antara lain membolehkan saya memasuki Istana, kediaman rasmi Presiden, pejabat Perdana Menteri dan Menteri Mentor, membuktikan sebaliknya.
Askar Gurkha yang dtitugaskan sebagai anggota polis mengawal Istana. Mereka bertugas dalam bangunan, mengawal ketat setiap penjuru dalam bangunan Istana. Hanya orang yang berpeluang memasuki Istana dapat melihatnya. Soal andaian polis Melayu guna kekerasan ke atas bukan Melayu dan sebaliknya, sukar diterima. Majoriti anggota polis adalah kaum bukan Melayu. Kebanyakan Melayu yang memakai seragam polis adalah anak muda yang menjalani kerahan tenaga.
The Malaysian constitution, PART XII - GENERAL AND MISCELLANEOUS, Article 160, states that:
"Malay" means a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom and -
(a) was before Merdeka Day born in the Federation or in Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or in Singapore, or is on that day domiciled in the Federation or in Singapore; or
(b) is the issue of such a person;
So, yes, effectively, even if you are actually Chinese, Indian, Arab, Caucasian but do fall under and observe all of the above conditions, you can be Malay Mr Syed Imran...
I am Singaporean or rather what the PAP would like to call these days the post 65ers, i.e. Singaporean citizens born after 1965.
All four of my grandparents were immigrants from an island in Indonesia (no need for me to detail which part of Indonesia they actually hail from) so yes, I am effectively not Malay. My mother for instance, only began to speak the Malay language fluently while I was about 8 years old. She is about 65 years old now and I am in my early 30s.
Personally, I am not proud to have 'Malay' reflected in the race column of my Singaporean identity card. Not that I detest the Malay people but rather because I know that I am essentially not one. I am not that proud to be associated (by default) with the Temenggong's 'selling' of Singapore to Raffles, the stereotype that Malays are chronic procastinators (which to some extent I consider true) and the fact that the Malays themselves gave 'sekangkang kera' Singapore away in 1965 (no matter what the pressures were then). These, to mention just a few of the negativity of the Malays.
I have had many comments from my Malay Malaysian friends saying that Singaporean Malays are marginalised while they keep their mirrors away from reflecting the position of Chinese and Indian citizens of Malaysia...
Being Malay and practicising Malayness is a state of mind to me. I have always considered myself Singaporean because the fact is I know I am not and can never be one because Malayness is not in my blood. the And I am not so bothered that I am losing my 'traditional' Malay identity because I prefer to be just human.
In my opinion, whatever PAP and Lee Kuan Yew has done to Malay Singaporeans, he would have most likely done likewise to the Indians and Chinese Singaporeans. Show me one Chinese village in Singapore today please? The Indian community and Little India area in Singapore is vibrant and the Indians themselves own most of the properties there, for generations. The Malays? Now, explain to me why Istana Kampong Glam beacame a haven for drug addicts and criminals (to name a few) when the government decided to take control and turn it into a heritage museum?
well said Mr.!! Can u please tell me then..since when there is a Chinese Village in singapore.? To tell u why the govt turn istana Kg glam into heritage museum is just a show..but who owns it?? who governs it?? who gains the economic upliftment..thats very important. Another example is Kampong Melayu in Geylang Serai..yes indeed it is very the vibrant...but who owns it?? A malay village of existence but a non malay ownership??What that? hey..be more transparent in bidding and i bet Malays to are able to own it.!!
Since u did mention that u r not Malay by blood...so i strongly believe u r JAVA. L0L. Betawi are malays. Bugis are malays..lingga are Malays...bintan are Malays and etc..java proclaim that they are not malays because they have big lands so called the tanah java..worried of others proclaiming it..hehehe. the terms goes like this...ORANG BUGIS BANGSA MELAYU...ORANG BINTAN BANGSA MELAYU and so on...enough said cos Bahasa menunjukkan BANGSA!!Maybe u dont feel the pinch cos u are not Malay as the constituency act reflects the MAlay only..so u are out of question already. Simply..an immigrant wouldnt feel any...cos their fore fathers never did fight for this land like what our fore fathers have done. thnx.
With 75% of singaporeans being chinese,it is utterly cynical to ask whether there is any kampung cina around when there are chinese in all nooks and corners.
Historically,indonesia did not exist until very lately. Selangor down to Riau (Batam and Bentan) including Djambi, siak etc were part of the malay world. So successful are the malays that the archipelago is named as the malay archipelago and the malay language reigns supreme over other dialect even over the javanese language.
Even in malaysia,the javanese would at times distant themselves from the Malays but the reality is, even if one is a bugis or java, one still is a malay.
Definitely i cannot agree with the thinker and have serious doubt over his ability as a thinker. The reason given is superficial and too simple.
The marginalisation is real and actively done, no doubt about it.
berdasarkan kebanyakan jwpn drpd org Melayu Spore kt dlm tenet nie, sye x hairan jik armai yg tak setju. sbb kbykn drpd merka mmg susah dan x mengaku pun yg situasi ni terjadi pd mrka. typical sporean lar, so-called kiasu. apepn, bila dh hilang kuasa politik, secara otomatik, hlglah kuasa dn suare dlm polisi dn pntdbrn kerajaan. Spore stuye2 ngra yg diperinth oleh non native ppl kt Asia ni (selain Israel).Org Cina bkn orang asal Nusantara. tgk geografi pn dh tau. diorng dr Asia timur/China. apen, keadaan mmg akn mcm2. nk x nk, diorng mmg kene trima lah. nk wat cmne lg.....
Salam sejahtera, saya turut merasa simpati di atas nasib warga Kota Singa yang brbangsa Melayu. Namun harus juga kita beringat, di Singapura banyak sekali terdapat etnik Jawa yang datang dari Indonesia (pualau-pulau tertentu). Walau mereka boleh bertutur Bahasa Melayu dan Menganut Agama Islam, tidak ramai di kalangan mereka yang memiliki semangat bangsa Melayu seperti kita di Malaysia. Hasil dari pengamatan saya melalui beberapa pemerhatian tidak formal, mereka lebih berfikiran terbuka dan tidak menganggap apa yang berlaku sebagai ancaman. Lihat sahaja dari komen-komen mereka di blog saudara, mereka tidak melihat isu bangsa dipinggirkan di negara itu walaupun mereka Melayu, Jawa, Bugis, Boyan atau Banjar masih digelar Melayu di Malaysia. Berbeza dengan negara kita kerana terdapat bangsa yang benar-benar Melayu seperti Melayu Kelantan, Melayu Pattani, Melayu Terengganu dan lain-lain. Marilah kita bangun dan berjuang untuk kemajuan dan kedaulatan bangsa kita yang merdeka, tanah kita milik kita. Tapi kita tidak sekali-kali meminggirkan bangsa lain, semoga Malaysia terus maju jaya dan aman sejahtera, Insya Allah... M A L A Y S I A B O L E H !
Post a Comment