Penantian saya untuk mendengar atau membaca komen Saudara Anwar Ibrahim mengenai hasutan bersifat perkauman yang dilemparkan oleh mantan perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew terhadap masyarakat Cina di Malaysia dan Indonesia akhirnya tiba.
Sdr Anwar dengan tegas menyatakan bahawa Kuan Yew masih terperangkap dalam pemikiran perkauman lapuk. Bagi saya, ia bukan sahaja lapuk tetapi memperlihatkan kepada kita bahawa minda Kuan Yew sudah menjadi jijik dan dipenuhi najis. Sebab itulah dia tidak lagi berfikiran waras.
Sdr Anwar, selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), meluahkan isi hatinya itu dalam satu kenyataan media hari ini. Anwar berkata tuduhan (lebih tepat hasutan) Kuan Yew yang menyentuh nasib orang Cina Malaysia dan Indonesia yang kononnya dipinggir secara sistematik oleh kerajaan/pemerintah masing-masing, mendedahkan susuk perkauman yang terpendam dalam diri Kuan Yew selama ini.
Kata Anwar, Kuan Yew atau Harry Lee hanya nampak masalah orang Cina di luar negaranya sedangkan kegelisahan masyarakat Melayu di Singapura tidak dipedulikan sama sekali.
Selain Anwar, pemimpin Malaysia yang telah menyuarakan pandangan secara tegas dan berani terhadap tuduhan Kuan Yew adalah mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad manakala para pemimpin kerajaan Malaysia seolah-olah hanya berani buka mulut selepas Tun berbuat demikian. Sebelum itu, timbalan perdana menteri Najib Tun Razak hanya bersuara apabila didesak oleh pihak media dan kenyataannya tidak setimpal atau setegas seperti yang diharapkan. Pak Lah pula memilih pendekatan mengutus surat meminta penjelasan tanpa meluahkan bantahan tegas atau rasa marahnya selaku pemimpin Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa semasa memerintah Singapura, Kuan Yew melaksanakan dasar dan pemerintahannya secara kuku besi. Dia pernah berkata bahawa orang Melayu dan India mudah menjadi Pak Turut setelah dia mendisiplinkan orang Cina.
Semua perkampungan dan penempatan orang Melayu terutama di Paya Lebar, Geylang Serai, Kampung Ubi, Kebun Limau, Kampung Gelam, Changi, Siglap, Serangoon, Sembawang dan Bukit Timah dimusnahkan atas nama pembangunan dan orang Melayu dipisah-pisahkan untuk menjadi penghuni rumah pangsa HDB.
Kuan Yew mempastikan bilangan keluarga Melayu di satu-satu estet perumahan tidak mengatasi jumlah keluarga orang Cina supaya tidak ada satupun kawasan undi yang majoriti pemilih adalah orang Melayu. Tindakannya meminggirkan orang Melayu memberi kekuatan politik kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya dan menghakiskan pengaruh parti-parti lain termasuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS).
Jika nak diperkatakan mengenai tindak-tanduk Kuan Yew dan kroni-kroninya dalam PAP, termasuk beberapa kerat orang Melayu sendiri, memang banyak dan nyata. Kenyataan ini pastinya disangkal oleh pemimpin-pemimpin pertengahan PAP yang terdiri daripada orang Melayu kerana, seperti orang Umno di Malaysia, mereka perlu menjaga periuk nasi masing-masing.
4 comments:
begitulah hitamnya hati Kuan Yew. Patutlah Tun Dr M tak pernah mahu memberi dia muka. Tetapi mengapa di bawah pemerintahan sekarang Singapura begitu berani dan angkuh. Apakah yang dilihat oleh Singapura ?
Inilah akibatnya apabila kepimpinan negara kita kelihatan lemah dan tidak tegas.
Jika diamati, kenyataan maaf Lee Kuan Yew sebenarnya bukan bertujuan untuk memohon maaf tetapi memperlihatkan kesombongan dan 'kekiasuan' beliau. Dalam surat jawapannya kepada Pak Lah, menteri mentor Singapura itu telah mengulangi hasutannya dengan mengheret nama Tun Mahathir dan mengungkit-ungkit beberapa kenyataan ahli politik dan pemimpin kerajaan Malaysia berkaitan kedudukan Melayu pulau singa itu.
Kuan Yew juga memuji melambung-lambung tindakan Pak Lah membatalkan pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak Johor yang dimulai oleh Tun Mahathir. Apa tujuannya berbuat demikian?
Bagi saya, muslihat Kuan Yew tidak lain malahan untuk melaga-lagakan barisan kepimpinan Melayu Malaysia dan untuk menyemai perasaan benci terhadap Tun Mahathir. Kuan Yew juga menuduh zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai satu dekad yang penuh dengan masalah. Persoalannya, siapa yang menimbulkan masalah? Malaysia atau Singapura?
Kuan Yew tidak nyanyuk tetapi bijak menggunakan kata-kata kerana dia tahu sejauh mana kekuatan Pak Lah. Kuan Yew telah serik dan tewas dalam gelanggang semasa dia berdepan dengan Tun Mahathir dan kali ini dia tahu bahawa dia ataupun anaknya Hsien Loong, mampu menewaskan Pak Lah.
LKY is a racist with long malice intentions on the Malays and Malaysia.
Download this Waspada Malaysia article series by a former PAP activist that was published on MalaysiaKini from the following web addrress:
http://www.savefile.com/projects/1018550
Mari kita kenang kembali kata-kata Tunku Abdul Rahman kepada Kuan Yew ketika Singapura keluar daripada Malaysia: "Kalau hendak kekal dalam Malaysia, kamu mesti menerima hak bangsa Melayu dan kedudukannya sebagai bangsa utama negara ini." dan "KAlau kamu enggan menerimanya, maka kami tidak lagi menerima kamu dalam Malaysia." tegas Tunku kepada Kuan Yew yang mahukan hak sama rata antara rakyat negara ini, yang kemudian membawa Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965. Kenapa sekarang dia nak masuk campur lagi dalam hal kita? Apa hak dia?
Post a Comment