Monday, August 21, 2006

Siti Nurhaliza dah selamat disambar Datuk K

Dah selamat dah! Siti Nurhaliza dah selamat diijab kabulkan dengan Datuk K (Mohamad Khalid bin Mohamad Jiwa) di Masjid Wilayah Persekutuan, KL tengah hari, 21 Ogos 2006.
Duda berusia 47 tahun itu merupakan lelaki paling bertuah kerana dipilih oleh Siti sebagai teman hidupnya. Benarlah kata orang....cinta itu buta.
Sebagai manusia yang serba kekurangan dan lemah, kita sepatutnya mendoakan semoga Siti dan Datuk K dapat melayari bahtera kehidupan dalam suasana aman, damai dan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayat. Insya Allah.

4 comments:

Anonymous said...

Semoga selamat berbahagia kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K...//..Assalamualaikumwbt untuk Pak Tuan Syed yang dihormati, saya teruja dengan kisah serta gambar keluarga ahlul bayt di dalam 'blog' ini..baru saya tahu Habib Nuh rhm 'the saint' asal usulnya dari utara..well, all the best untuk Pak Tuan Syed dan Mak Puan Al Habshee..dari Muhd Zakir, Universiti Malaya,KL.

Anonymous said...

saudara tak perlulah cerita pasal budak penyanyi dan duda anak empat tu. ceritalah pasal isu panas yang berlaku sekarang antara dr m dan pak lah. saya percaya saudara dikenali oleh dua orang tua ini. saudara tahu atau tidak bahawa "perompak yang bergaduh sesama sendiri kerana pembahagian harta rampasan yang tidak sama rata". masalah yang berlaku ialah dua untuk aku dan satu untuk engkau seperti dalam cerita p.ramlee 'nujum pak belalang' semasa penyamun membahagikan harta rompakan dalam gua. saudara tentu ingat kerana saudara adalah peminat p.ramlee. buat apa saudara nak cerita pasal penyanyi dan playboy tua tu.

Anonymous said...

Mr John Silver,
Sesekali bagilah peluang kepada Kudaranggi menyentuh hal kurang serius, terutama berkaitan artis, untuk meredakan sikit ketegangan. Lagipun, Kudaranggi juga agaknya memang meminati bidang nyanyian kerana teruja dengan lagu yang ada kaitan dengan kaum kerabatnya yang berjudul "Kudaku Lari". Macam mana kalau kita minta Kudaranggi sampaikan beberapa lagu pada majlis persandingan Siti nanti. Saya rasa lagu The Last Waltz dan Am I That Easy To Forget nyanyian Engelbert Humperdinck tentu dapat dibawanya dengan penuh perasaan pada majlis itu.

Unknown said...

Tak mengapa Ansul, John Silver tu berniat baik. Kita terima dengan hati terbuka pendapatnya itu. Kan dia kawan kita.

Betul kata saudara, sesekali kita kena rasa teruja dan perlu mententeramkan jiwa, kan yang diperkatakan adalah Siti Nurhaliza.

Kalau dijemput apa salahnya. Bukan sekadar lagu Engelbert tapi lagu Frank Sintara berjudul My Way pun boleh saya dendangkan atau lagu malar segar P Ramlee, Putus Sudah Kasih Sayang. Tapi, almaklumlah. Ini majlis yang cukup hebat, masakah manusia marhain seperti saya nak dijemput.