Thursday, August 31, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-49.

Saya akan ke Pulau Pinang pagi Khamis untuk menghadiri satu majlis tahlil dan satu majlis perkahwinan anak saudara sepupu di sana. Oleh itu, saya mungkin tidak dapat mengemas kini blog ini sehinggalah hari Isnin. Harap maaf.

Sempena bulan kemerdekaan ke-49 ini, saya perturunkan beberapa bait daripada sajak yang dikarangkan oleh sasterawan negara A Samad Said berjudul HIDUP BERSAMA untuk renungan.

" Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

" Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan tofan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."

4 comments:

Anonymous said...

Mana boleh tak update beb, sekarang ni kan banyak kemudahan. Kat rumah di Penang, takkan takde komputer kut, atau tinggal di hotel lagi senang. Cyber Cafe pun bahyak. Jangan kasi mali Penang babe. Paling mudah setiap blogger kena ada Black Berry, boleh update kat mana saja, Cari lah satu babe. Hidup perawi maya, terma yang saya belajar dari Kuda Ranggi.

Anonymous said...

Dulu tubuh kita kecil dan kerdil
Tapi jiwa kita besar dan segar
Perut kita sentiasa kempis kelaparan
Tetapi jiwa kita kental dan kebal
Kita segar kerana perjuangan
Kita kuat kerana keyakinan
Kita berani kerana kebenaran
Merdeka ada erti dan ada makna
Sumpah janji kita tidak pura-pura.

Hari ini kita merdeka juga
Merdeka dari rasa kasih dan cinta
Merdeka dari rasa salah dan berdosa
Merdeka daripada perjuangan
Merdeka daripada mempertahankan bangsa
Merdeka untuk tamak dan haloba
Merdeka untuk jadi kaya raya
Rasuah, korup tidak apa-apa
Asal di hujungnya bergunng harta
Merdeka hanya cara untuk kaya
Untuk rakus merebut kuasa
Untuk mengisi nafsu yang tiada batasnya.

Kalau inilah erti Merdeka
Biar aku kembali dijajah semula
Kerana dulu dan sekarang tiada beza
Hanya hari ini orang sama warna kulitnya
menjadi tuan dan pemilik kita.

Tetapi itu bukan adat aku diajarkan
Aku diajar tentang perjuangan
Tentang cinta asmara untuk bangsa
Tentang rindu demdam buat negara
Tentangan gelora asmara kepadamu Malaysia.

Merdeka, merdeka, merdeka!

Unknown said...

Benar, kita boleh kemas kini di mana-mana, lebih-lebih lagi di Penang. Tapi, masa agak terbatas kerana saya perlu menghadiri beberapa majlis di sana.
Terima kasih atas perhatian saudara.

Unknown said...

Bravo Malaysia Merdeka,
Tak sangka sdr pandai bergurindam dan berseloka. Orang sekarang kata bersajak, tapi saya lebih gemar menyebutnya sebagai gurindam dan seloka atau syair. Dalam kita bergurindam itu, kita dapat menyelit bait-bait yang membawa maksud yang dalam dan tajam. Syabas sdr Bravo Malaysia Merdeka.