Tuesday, October 02, 2012

Kaji selidik tak boleh dipercayai sangat

Kebelakangan ini beberapa pihak termasuk universiti mengadakan kaji selidik atau tinjauan rambang mengenai sokongan rakyat kepada parti-parti politik, khususnya parti yang mentadbir Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan-kerajaan Negeri.

Kaji selidik itu di buat sama ada melalui panggilan telefon ataupun secara bersemuka. Ia biasanya tidak melibatkan ramai orang tetapi sekadar peratusan kecil. Oleh itu, kaji selidik sedemikian tidak boleh dijadikan kayu pengukur mengenai sokongan rakyat sama ada kepada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

Saya sendiri menerima beberapa 'pertanyaan' oleh mereka yang menjalankan kaji selidik itu, ada yang melalui telefon talian tetap ataupun selular dan ada juga melalui khidmat pesanan ringkas atau SMS.

Ada soalan yang dibuat secara terus terang, iaitu pada pilihan raya akan datang ini, nak sokong BN atau PR, dan ada yang dibuat secara halus iaitu sama ada saya puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor (PR).

Kepada kedua-dua soalan sedemikian, saya tidak memberi jawapan sebenarnya kerana parti mana yang nak disokong adalah hak dan satu rahsia, orang lain tidak boleh ambil tahu. Jadi, jawapan yang saya berikan tiada kaitan dengan soalan. 

Dalam hubungan ini, saya tabek jentera pilihan raya BN Selangor yang begitu cergas 'mengambil berat' mengenai masalah rakyat. Saya dan rakyat Selangor yang berdaftar sebagai pengundi menerima SMS memberitahu di mana tempat untuk mengundi. Selain itu, mereka mengirim SMS mengucapkan selamat hari lahir,  selamat berpuasa dan selamat menyambut aidil fitri. Jentera BN Selangor amat perihatin sejak kalah pada pilihan raya 2008 yang lalu.  

Terima kasih sajalah yang dapat diucapkan kepada mereka. 

5 comments:

nick said...

Tuan,

Nampaknya keperihatinan pihak BN terhadap hal ehwal rakyat berkait rapat dengan kekalahan mereka dalam pilihanraya. Melihatkan perkembangan yang sihat itu, saya kira amatlah perlu kita memastikan bahawa pihak BN kalah teruk dalam pilihanraya akan datang supaya sifat keperihatinan yang baru tumbuh (kepada kebajikan rakyat) kembali subur dalam jiwa BN (dan secara tidak langsung dalam jiwa UMNO juga).

Elok juga pihak BN mengalami kekalahan teruk. Mudah-mudahan dengan kehilangan kuasa serta terlepasnya jalan mudah mengumpul harta, para pimpinan mereka lebih2 lagi pemimpin2 UMNO tidak lagi "besar kepala" serta beranggapan bahawa rakyat adalah hamba suruhan mereka dan kuasa ditangan mereka itu milik turun temurun hingga ke anak cucu!

Nick.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya mengalami perkara yang sama.

Jalan di depan rumah baru diturap. hitam color sekarang.

Tong sampah dapat yang baru. (yang ada roda). Kali terakhir dapat pada tahun 2008.

Bn juga amat prihatin dengan kesihatan warga setempat. Ada periksa kesihatan (medical check up) percuma dan juga check gigi percuma. Saya dapat tuala muka daripada puteri Umno, warna pink.

Setakat ini belum dapat sms Hari Jadi. Teringin juga, setakat ini dapat sms hari jadi daripada kedai letrik Hock Guan.

Macamana nak dapat sms percuma?. Dapat 4 tahun sekali pun berseri juga rasanya.

Joe

Sallam.

Syed Imran said...

Joe,

Saya percaya mereka dapat nombor hp 'pengundi' daripada syarikat pengendali perkhidmatan telefon (telco) yang sama ada menjual senarai pemilik berdaftar atau memberinya secara percuma untuk tujuan-tujuan tertentu.

Mereka juga tahu tarikh hari lahir berdasarkan senarai pendaftaran yang disimpan oleh telco. Maklumat itu diperlukan semasa kita mendaftar nombor hp.

Walau apa pun, saya percaya pengundi telah pun sedia untuk mengundi berdasarkan pendirian masing-masing.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sebenarnya no Hp adalah "confidential", adalah tidak wajar untuk pengendali telefon mendedahkan nombor Hp. Mungkin ada sebab lain nombor telefon boleh sampai kepada yang tertentu.

Saya setuju dengan Tuan,pengundi telah pun membuat pendirian termasuk kebanyakkan yang diatas pagar disebabkan aktiviti politik yang agak rancak sejak dari awal tahun.

Cuma agak lucu sekiranya sms hari jadi dihantarkan, apatah lagi sekiranya dihantar 4 tahun sekali. Sekiranya seseorang itu dilahirkan 29 february (leap year), mungkin tidak apa kerana menyambut harijadi 4 tahun sekali.

Joe

Anonymous said...

Suami saya merupakan pengundi berdaftar di DUN yang terletak di Terengganu kerana masih menggunakan alamat rumah datuk beliau sebelum menukarkan alamat terkini ke kediaman kami. Sejak 3, 4 tahun lepas lagi telah mendapat ucapan Selamat Hari Raya dari PAS kawasan.. :). Kedua belah pihak menggunakan cara yang sama. Telco makan kiri kanan nampaknya ;)