Monday, October 01, 2012

Jual aset: PAS Perak tuntut penjelasan Zambry


Berita ini menarik perhatian saya kerana ia membuatkan saya terkenang akan pertemuan dengan almarhum Sultan Idris Shah dan isteri baginda, Sharifah Salmah di rumah berkenaan.

Pada ketika itu, saya berkhidmat di pejabat biro Bernama, Lebuh Light, Pulau Pinang dan  mendapat panggilan telefon untuk ke 'Rumah Perak' kerana almarhum ingin membuat kenyataan media. Itulah kali pertama dalam kerjaya saya menerima panggilan daripada seorang sultan yang ingin membuat kenyataan media atau kenyataan akhbar.

Kenyataan media itu ada kaitan dengan 'masalah perhubungan' antara baginda dengan menteri besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi (allahyarham).

Saya dan rakan wartawan dari Berita Harian yang hadir di Rumah Perak 'terpegun' seketika melihat baginda yang menerima kehadiran kami dengan hanya berpakain kain pelikat dan singlet. Baginda meminta kami menunggu sebentar kerana sedang menaip sendiri kenyataan media berkenaan. Satu lagi 'kejutan' kepada kami.

Saya masih ingat hampir keseluruhan kenyataan baginda tidak dapat disiarkan oleh Bernama pada waktu itu kerana terlalu 'sensitif' dan membabitkan pentadbiran negeri dan 'kepimpinan politik.'

Rumah Perak meninggalkan kenangan dan jika benar ia telah atau hendak dijual oleh kerajaan negeri Perak seperti yang dilaporkan, maka ia sesuatu yang amat malang. Saya harap ia tidak benar.



Jual aset: PAS Perak tuntut penjelasan Zambry

3 comments:

Anonymous said...

Dah di jual.Pembelinya hendak buat hotel,

Syed Imran said...

Sayang dan satu kerugian besar kepada rakyat negeri Perak.

Di kawasan percutian itu terdapat banyak rumah persinggahan yang dijadikan rumah peranginan dan kerajaan negeri Perak memiliki Rumah Perak. Ia adalah rumah peranginan untuk keluarga di raja dan kakitangan awam negeri Perak.

Rumah Perak adalah milik rakyat negeri Perak yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Jika dijual, mungkin sukar untuk mendapatkan tapak yang begitu bernilai tinggi sebagai ganti.

Antara pihak lain yang memiliki rumah peranginan di kawasan percutian itu adalah Petronas, Bank Negara, TNB, Telekom dan GLC lain.

Saya agak hairan kenapa kerajaan negeri Perak menjual Rumah Perak? Kepada siapa atau syarikat mana yang dijualnya dan sama ada ia dibuat secara telus dan mendapat persetujuan pihak Istana?

Rakyat Perak sudah tentu ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Besar Perak.

nick said...

The real question we should ask is how many asset sale have been going on under Zambry and how much losses has the state incurred on these sale both in monetary and historical value?

I won't bother asking about the transparency of these sale and its validity in exercise since Zambry's state government was unconstitutionally formed, abetted unconstitutionally by the Perak Sultan and his regent, which placed a most dangerous and most destructive precedent on the Perak state's sovereignty, democracy.

And what's worse, the Perak royalty has destroyed the spirit of The Federation when he allowed the federal govt black hand to interfere with the state's affair which severely jeopardize the spirit of Malaysian Federation and its governing laws and values! So, I am not surprise to learn that a lot of unlawful or not transparent action, deeds have been perpetrated in the Perak state government. Can we expect a lawful act from those who obtain power unlawfully? Just like the people no longer have any regards for the Perak royal household, Zambry's govt enjoy much less even.

Nick.