Tuesday, June 21, 2011

Pesawat perang Singapura ceroboh ruang udara Malaysia sebanyak 2,508 kali

Memeranjatkan!

Itulah yang dapat dikatakan apabila membaca jawapan bertulis Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada soalan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat. 

Pesawat perang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah menceroboh ruang udara Malaysia sebanyak 2,508 kali sejak tahun 2008. Dalam tahun ini sahaja, iaitu dari Januari hingga Mei, RSAF menceroboh sebanyak 19 kali.

Apa tindakan Angkatan Tentera Malaysia? Kita tidak tahu kerana Zahid hanya menyatakan bahawa Malaysia telah dan sedang menangani pencerobohan tersebut melalui 'bantahan-bantahan diplomatik'. Sekali lagi kita katakan ia amat memalukan negara dan rakyat.

Apakah kemampuan pertahanan udara kita begitu lemah sehingga sebuah negara asing boleh dan terus mencerobohi ruang udara kita tanpa tindakan tegas?

Khairy, yang terkejut dengan pendedahan itu berkata pencerobohan ruang udara Malaysia oleh RSAF melibatkan kedaulatan negara, walaupun ia hanya berlaku sekali.

Beliau mahu Kementerian Pertahanan  memberi penjelasan lanjut memandangkan pihak Singapura jauh lebih tegas dan berwaspada dalam melindungi ruang udara mereka.

Katanya apabila jet-jet pejuang dan helikopter Malaysia mendekati ruang udara Singapura, helikopter perang dan jet pejuang mereka akan lantas ke udara dan siap siaga untuk menangkis jika kita memasuki ruang udara mereka.

Khairy berkata bantahan diplomatik tidak mencukupi walaupun kita melakukannya sejak 2008, ia jelas tidak menyekat atau menghalang RSAF daripada terus mencerobohi ruang udara Malaysia.

Saya ingin tahu sama ada ATM terutama TUDM mempunyai keupayaan atau kelengkapan canggih untuk menagkis serangan udara, jika ianya berlaku, memandangkan kita hanya mampu membuat bantahan diplomatik apabila ruang udara dicerobohi oleh RSAF sebanyak 2,508 kali.

ATM sepatutnya menempatkan kelengkapan menangkis serangan udara termasuk peluru berpandu bumi-ke-udara, jika kita memilikinya, atau sekurang-kurangnya meriam penangkis pesawat di Johor sebagai satu amaran kepada RSAF agar tidak mencerobohi ruang udara Malaysia.

Malaysia tidak boleh selama-lamanya 'beralah' tetapi mesti memperlihatkan ketegasan dan kesungguhan dalam menangani sesuatu isu terutama yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Saya tertarik melihat jawapan Zahid mengenai pencerobohan oleh RSAF; iaitu pada tahun 2008 sebanyak 985 kali, 2009 iaitu paling banyak, 1,286 kali, 2010 sebanyak 218 kali dan 2011 dari Jan-Mei sebanyak 19 kali. Tiada angka yang diberi sebelum itu, mungkin tiada pencerobohan atau mungkin tidak dikesan oleh pihak pertahanan Malaysia.

Hati kecil saya tertanya-tanya sama ada pencerobohan oleh RSAF akan berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir masih PM Malaysia. Saya berpendapat Singapura tidak berani untuk mencerobohi ruang udara Malaysia atau jika adapun mungkin jumlahnya terlalu sedikit.

Saya tidak mahu menyatakan bahawa pencerobohan sebegitu banyak berlaku kerana kepimpinan Malaysia tidak tegas atau lemah, walaupun itu satu kemungkinan dan itulah yang mungkin dirumuskan oleh rakyat. 

Oleh itu, pemimpin Malaysia mesti memperlihatkan keberanian dan ketegasan dalam menangani isu keselamatan dan kedaulatan negara terutamanya pencerobohan ruang udara oleh RSAF atau mana-mana pasukan bersenjata asing. Jika perlu lepaskan tembakan amaran sama ada melalui sistem pertahanan udara daratan atau oleh pesawat pejuang, lakukannya demi mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara.



19 comments:

Anonymous said...

Bro,
Mana pi depa yang bertanggungjawab tentang keselamatan dan maruah negara? Tidoq ka?

-- Balanglama

Anonymous said...

Saya khuatir TUDM tiada bajet untuk membeli peluru memberi amaran kpd Singapura. Dan ini diketahui oleh SAF, lantas SAF berani sewenang wenangnya berlegar di ruang udara M'sia. Kalau 10 kali menceroboh, mungkin boleh dimaafkan. Kalau 2,500 kali, ini menunjukkan kelemahan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri M'sia. Cukuplah dgn PM Najib dan media arus perdana mengalu-alukan perhubungan yg kononnya bertambah erat antara M'sia dan S'pura dan kepimpinan tertinggi masing2. Atau pun sebab perhubungan yg erat inilah yg mendorong S'pura menceroboh demi mengeratkan lagi perhubungan kedua2negara? Pemimpin kita patut hentikan sahaja menjadi tuan rumah Permainan Golf dan Pesta Durian dgn Lee Hsien Loong dan rakan2nya.

sri hartamas

d'enricher said...

Tuan Syed,

Saya juga (dalam blog saya) merasa sungguh terkejut atas pendedahan tersebut oleh Menteri, dan boleh bagi "detail with average per month" lagi.

Kalau setakat bagi analisa nak buat apa. Kita buka nak tahu statistik, yang penting apa yang telah kita lakukan dan apa yang akan kita lakukan????

Saya rasa kita ni nak tunjuk baik tak bersebab.

Saya syorkan TUDM tembak aje, kerana menceroboh ... tapi Zahid berani ke ???

Bukan nak gaduh tapi rasa hormat nampaknya memang jelas tak ada dari pihak mereka.

A.Alshukor

Unknown said...

Balanglama,

Mungkin depa dapat arahan pihak atasan, yakni tengok saja.

Sri Hartamas,

Saya simpati dengan TUDM kerana dah bertahun-tahun minta peruntukan untuk membeli pesawat amaran awal dari udara tetapi ditolak oleh kerajaan. Singapura ada empat buah pesawat sedemikian lebih 10 tahun lalu. Apabila pesawat AWACs E2C Singapura ke udara dari Pangkalan Udara Paya Lebar, radar pesawat itu mampu meliputi kawasan sehingga Kuantan, iaitu melewati Pangkalan TUDM di Pahang. Inilah padahnya apabila kerajaan Malaysia belanja wang rakyat untuk tujuan lain dan tidak memberi keutamaan kepada soal keselamatan seperti yang diminta oleh TUDM. Dalam hubungan ini kita tidak boleh persalahkan TUDM sepenuhnya kerana ia tidak memiliki aset yang sewajarnya.

A.Alshukor,

Memang rasa hormat tiada di pihak mereka. Mereka selalunya pandang rendah kemampuan dan kebolehan kita termasuk soal keselamatan. Mereka sedar bahawa angkatan tentera mereka adalah yang paling moden dan canggih di Asia Tenggara dan mereka disokong dan dibantu oleh Amerika Syarikat dengan barisan penasihat keselamatan dari Israel. Mereka adalah Israel Asia Tenggara. Nasib yang menimpa Keretapi Tanah Melayu yang 'dipaksa' berpindah dari Tanjong Pagar ke Woodlands boleh dijadikan contoh selain penutupan pusat latihan TLDM, KD Malaya di Woodlands beberapa tahun lalu.

anak melayu said...

malaysia terlalu menggunakan pendekatan diplomatik sangat sehingga negara jiran tertangga sanggup untuk membuat sesuatu yang melukakan kita.jangan diberi muka sangat atau kita cuba pulak masuk ruang udara mereka apa kata sisepek disana pulak???menteri kita hanya cakap kosong saja!pintas dan tahan mereka di malaysia dan soal siasat baru menampakkan ketegasan kita.harap segala komen2 ini mendapat perhatian dari menteri berkenaan dan juga PERDANA MENTERI kita

Anonymous said...

ini baru betul tak ada maruah dan gadai maruah negara jika biarkan orang lain senang2 ceroboh negara, tak kire la dari laut udara atau darat sekali pun...

apa nak jadi dengan pertahanan kerajaan mesia nihh......sampai beribu kali kena ceroboh oleh jet pejuang asinggggg...

dayussss......

Anonymous said...

Saudara Syed,

Kadang-kala kita boleh membuat rumusan dengan angka statistik. Mengapa 2508 kali, kenapa tidak satu juta kali?

Sekiranya satu tahun 365 hari, maka mengikut statistik yang diberikan, bermakna secara purata, satu hari lebih dari sekali Singapura masuk ruang Malaysia.

Sekiranya kita ada rumah dan hari-hari jiran lalu mungkin kerana jiran ini berfikir laluan itu mereka punya.

Sempadan di laut banyak dipertikaikan apatah lagi sempadan udara. Alat yang diguna iaitu radar mempunyai ralat pada kadar jarak tertentu.

Kesimpulannya, saya berasa angka yang sebesar ini tidak munasabah dan tidak masuk akal. Menteri yang terlibat harus menjelaskan secara terperinci mengenai angka ini secara lebih intelektual.

Sekiranya ada bantahan, maka apa jawapan dari Singapura?

Mungkin saya rasa ada cerita disebalik angka statistik yang tidak didedahkan sepenuh. "Half story is not the full story". Oleh itu kita tidak boleh membuat kesimpulan dengan "half story"

Kadangkala, ada pihak tertentu yang mengeluarkan berita seperti ini untuk mencuit perasaan pembaca dan mengalihkan perhatian daripada hal yang lain pada ketika itu.

Saya mencadangkan, kalaulah benar berita ini, tidak perlu kita menembak pesawat mereka, depa masuk 2508 kali, kita masuk ruang udara mereka 10,000 kali. Setiap hari pesawat kita masuk 3,4 kali, lalu atas ribuan bangunan rumah pangsa mereka sampai bergegar. Saya yakin 100% mereka tidak berani lagi masuk.

Mengenai Tanjong Pagar, Singapura sudah mengishtiharkan sebagai bangunan sejarah dan tidak akan dirobohkan. Tempat ini bukan hak mutlak negara yang mana kita boleh bangunkan untuk tujuan lain selain dari tujuan asal. Kita pajak dengan dengan depa 999 tahun.

Sallam

Jay Bee

Unknown said...

Jay Bee,

Pengalaman lalu, pesawat Malaysia yang 'termasuk' ke ruang udara Singapura akan diarah berpatah balik oleh SAF. Satu insiden awal 1990-an membabitkan sebuah helikopter milik pihak tertentu di JB yang memasuki ruang udara Singapura tanpa kebenaran telah diarah mendarat di pangkalan helikopter Seletar. Insiden itu kemudian diselesaikan setelah pihak atasan kedua-dua negara campur tangan. Singapura tegas dalam melindungi ruang udaranya berbanding Malaysia.

Isu KTMB, benar tempoh 'pajakan' yang saudara sebut, tetapi ada peruntukan undang-undang yang menyebut bahawa selagi perkhidmatan keretapi berjalan, tanah dan aset berkaitan adalah kekal seperti seadanya. Malaysia sebenarnya telah 'tunduk' kepada desakan Singapura.

Anonymous said...

MINTAK TOLOONGG!!!!! lakukan sesuatu seblm trlambat.Kerajaan Malaysia dh x bleh brlembut lgi dgn singapura.kalau dh smpai 2508 kali pencerobohan brlaku,adakah pihak kerajaan masih nk brlembut lagi?bukan kite nk brmusuh dgn negara jiran,tpi dlam perkara yg sebegini kerajaan wajib ambil tindakan tegas.Saya ni duduk di kawasan gelang Patah,Johor.Dah tak tahan dgn bunyi bising jet2 pejuang tu.Sampai saya dah hafal nama & jenis jet2 pejuang mereka.Sebenarnye Singapura sebuah negara 'KIASU',takut dgn bayang2 sendiri.Tolong lah kerajaan Malaysia.Jgn biarkn negara asing menjadi lebih berani menindas kita....................

Anonymous said...

Anomymous 4.18,

Saya duduk di JB berpuluh tahun, masa sekolah pun kat bandar JB, tak ada pun dengar jet pejuang Singapura masuk.

Heran juga bandar JB yang dah dekat dgn Spore tak ada dengar pesawat, ini pulak kat Gelang patah yang jauh ke dalam daripada selat tebrau.

Kalau boleh hafal nama pejuang, mungkin you boleh ambil gambar dan masukkan dalam you tube. Sekarang ini zaman Sains dan teknologi,sekarang ini juga zaman banyak orang temberang, oleh itu elok kalau kita sertakan bukti yang sahih.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sekiranya ada berita yang dikeluarkan oleh akhbar, adakah Tuan akan ambil sebagai fakta?

Syed Naquib Al-Attas ada menyatakan ilmu adalah fakta yang benar yang memberi makna kepada individu berkaitan.

Persoalannya, sejauh mana kredibiliti maklumat yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan?

Mengikut bacaan saya, pencerobahan yang begitu banyak adalah di pulau batu putih. Sekarang ini, Pulau batu putih sudah pun menjadi milik Singapura.

Saya tidak menafikan, boleh jadi perkara ini berlaku, tetapi kenyataan yang dikeluarkan dengan angka 2508 adalah tidak masuk akal.

Mungkin Radar di Malaysia memberikan bacaan 2508 kali, tapi janganlah masukkan sekali Pulau batu putih.

Sepatutnya ada pegawai yang bertauliah yang boleh mentafsirkan data mentah "raw data" daripada radar untuk menjadikan maklumat yang bermakna kepada orang ramai. Angka 2508 ini memeranjat dan mengelirukan orang ramai.

Rupa-rupanya 2508 kali itu adalah pesawat Singapura masuk kawasan pulau batu puteh.

Mengenai Tanjong Pagar, saya tidak berasa yang hal ini menjejaskan kedaulatan negara kita kerana kerana tanah ini bukan hak mutlak kita.

Memang pajakkan selama 999 tahun mengikut perjanjian british agak lama namun terdapat prasyarat tertentu yang tidak boleh membenarkan kita membangunkan tapak itu atau menjualnya.

Lagipun, Tanjong Pagar bukan kita serahkan secara percuma tetapi dengan pampasan tertentu melalui pertukaran hartanah.

Sekiranya Tuan Syed ada sebidang Tanah, kerajaan mahukan tapak tanah itu untuk membina lebuhraya dengan pampasan yang munasabah, mengapa tidak kita ambilnya?

Sallam

Jay Bee

Anonymous said...

Anonymous 9.55

mmg benar Gelang Patah tu dekat dgn sebuah Pengkalan Tentera Singapura...tidak mustahil perkara itu berlaku..saya bersetuju dengan pendapat yg mahukan sistem pertahanan udara kita diletakkan di sekitar sempadan negara..Kepada Anonymous 9.55..awk xdgr sbb awk dok kt banda jb tu..kt situ bising dgn bunyi kenderaan tp klu awk rajin..cube tgk kelangit waktu tengahari..awk akan nmpk helikopter SAF ini berlegar pada ketinggian yg amat tinggi..selain dari mengelak di kesan radar, ia pun xmau bunyi enjin pesawat itu di dengar oleh kita semua..selain itu,ade lg beberapa tempat yg boleh kite mengesan kehadiran pesawat2 SAF ni..

Selain itu, aktiviti kumpulan konvoi berbasikal,kereta,motor2 berkuasa tinggi,geng2 scrambler dan lain2..perlu mendapat perhatian yg serius dari pihak PDRM kerana spisis ni lebih bahaya dari kes pencerobohan pesawat..mereka banyak berselindung dari aktiviti yg mereka lakukan...

Anonymous said...

" PEMIMPIN MALAYSIA TAK BERMORAL "
ADA UDANG DISEBALIK BATU.

Unknown said...

Jay Bee,

Maklumat tersebut tidak dikutip daripada laporan akhbar tetapi daripada jawapan bertulis Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat. Oleh itu, ia adalah FAKTA. Saudara berhak mempertikaikannya tetapi ia adalah kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia.

Merujuk isu KTMB, saudara boleh merujuk kepada buku 'A DOCTOR IN THE HOUSE - The Memories of Tun Dr Mahathir Mohamad.' Dalam bukunya itu, Tun Mahathir memberi ulasan dan kedudukan sebenar berkaitan isu KTMB dan hasil rundingannya dengan pentadbiran Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Saya ingin perbetulkan,

Fakta pertama,

Datuk Ahmad Zahidi menyatakan pencerobohan ruang udara bermula selepas keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh. Ini adalah kenyataan beliau di dewan rakyat.

Fakta kedua,

Pulau batu puteh sudah diisyhtiharkan oleh ICJ sebagai wilayah Singapura.

Saya harap dapat Tuan semak balik fakta Tuan kerana kalau orang baca tulisan Tuan, mereka akan berfikir RSAF masuk kedalam ruang udara Johor 2508 kali dengan tujuan untuk mencabar kedaulatan negara kita.

Sallam

Jay Bee

Unknown said...

Jay Bee,

Angka 2,508 adalah fakta yang disebut oleh Menteri Pertahanan.

Dalam tulisan saya, tidak pula disebut ruang udara Johor tetapi ruang udara Malaysia.

Ruang udara Malaysia meliputi kawasan yang luas dari sepanjang Selat Melaka yang berada dalam sempadan laut kita hinggalah ke Laut Sulu dan Laut China Selatan.

Sebagai seorang yang pernah menetap hampir lima tahun atas tugas rasmi di Singapura pada era pentadbiran Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong, saya sedar akan beberapa perkara yang sensitif dalam hubungan dua hala. Salah satu daripadanya adalah penggunaan ruang udara Malaysia oleh pesawat RSAF. Ianya memerlukan kebenaran kerajaan Malaysia dan sejak beberapa tahun lepas, kerajaan Malaysia tidak membenar pesawat RSAF melintasi ruang udara kita yang bersempadankan Selat Tebrau.

Singapura menempatkan jet pejuang F-16 Falcon di pangkalan udara Tengah, kedudukannya tidak begitu jauh dari sempadan Malaysia. Apabila jet berkenaan berlepas ke udara, ia sering kali memasuki ruang udara Malaysia di Johor apabila ia membuat pusingan kerana faktor jarak. Oleh itu, Singapura meminta kebenaran untuk berbuat demikian. Ini mungkin salah satu faktor pencerobohan udara oleh RSAF.

Secara jujur saya katakan jika kita nak bertengkarah mengenai isu ini, sampai bilapun tak akan selesai.

Anonymous said...

sbnrnye saya rasa malaysia ingin mengelakkan berlakunya pertempuran kerana itulah yg diinginkan oleh pihak singapura...sebiji kapal terbang mereka ditembak jatuh...maka ianya mampu mencetuskan ketegangan serantau....dan pangkalan US dan Israel ada di Singapura...tetapi tidakkah tuan2 tahu bahawa kita telaj mengajar mereka...tahun 80 an kalau x silap sy...komando malaysia telah menceroboh depoh peluru berpandu singapura dan menampal kesemua peluru itu dgn stem malaysia dan menukar meja pegawai atasan mereka dgn bendera Malaysia..so faham2 lah amaran yg kita berikan...ini fakta dan ada keluar kat paper mereka.... hehehe

Unknown said...

sangat disayangkan juru terbang ceroboh, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com

PARABOLA TVRO ANTARABANGSA. said...

MALAYSIA PENGECUT KOTE TAK ADA.WALAUPUN SINGAPURA ADALAH MILIK MALAYSIA TAPI MEREKA BERANI MEMASUKI RUNAG UDARA NEGARA MALAYSIA KERANA BAIK DENGAN KAFIR LAKNATTULLAH.